My Nuffy

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Perkembangan bayi anda pada usia 3 bulan







Sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/baby/3bulan/

Menegakkan kepala dengan stabil

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.

Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.

Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.

Jelas mengenali emak dan ayah

Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.

Mulalah membaca kepada dia sekarang

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.

Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).

Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.

Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.

Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk “menerima”, serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.

Monday, March 7, 2011

Tekanan Darah Rendah Serta Cara Untuk Mengatasinya.


Tekanan Darah: Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah?

Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai.

Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.

     Tekanan Darah Rendah  =  Tekanan darah < 90/60 mmHg.

 
Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth:    115   ∕  50      = tekanan darah rendah @   85   /   70       = tekanan darah rendah
         (normal)    (rendah)                                                                    (rendah)     (normal)
Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup

Tekanan darah rendah  boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:


v  Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak  5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.

v  Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung,  serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing)  dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.

v  Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan  jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.

v  Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.

v  Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.

v  Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.

Ubat-ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah

v  Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
v  Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
v  Beta-blockers (ubat darah tinggi)
v  Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
v  Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
v  Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

v  Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.

v  Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.


Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah


v  Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.


v  Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).


v  Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.

v  Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

v  Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.

v  Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah

v  Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.

v  Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.

Sumber :

http://site.100percentnutrisyen.com/main/1065/index.asp?pageid=68783&AccId=4465


Saturday, October 16, 2010

Monday, October 11, 2010

++Under construction++

~ x dapat nak update banyak buat mase ni sebab line internet weng ~

Harap maklum.

Saturday, October 9, 2010

++Datuk Nicol Ann David menang lagi++


Tahniah buat Datuk Nicol Ann David yang memenangi 1 lagi emas buat Malaysia. 

Tuesday, October 5, 2010

++Kitaran Haid++


Berapa lamakah satu Kitaran Haid?

Biasanya ia akan berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Kamu boleh menganggap kitaran yang 21 hingga 35 hari sebagai normal. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.

Tuesday, June 22, 2010

Penjara Pudu : Hanya tinggal Sejarah

TINGGALAN SEJARAH ... Pejalan kaki melintasi Tembok Penjara Pudu yang dipenuhi dengan mural yang bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu bagi memudahkan pengguna jalan raya pada masa hadapan. Pembinaan laluan bawah tanah ini merupakan alternatif yang menghubungkan Jalan Pudu menuju ke Cheras dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah. Mural Penjara Pudu dilukis oleh beberapa banduan yang diketuai oleh Khong Chong Yen dengan menggunakan 2,000 liter cat sepanjang 384 meter dan setinggi 4.5 meter. Ia dilukis pada tahun 1983 dan memakan masa lebih setahun untuk disiapkan dan pernah diiktiraf oleh Guinness Book of Records. Tembok itu akan mula dirobohkan pada waktu malam mulai 20 hingga 23 Jun ini. - Foto BERNAMA.


Penjara pudu.......

Dulu masa ulang alik dari Puduraya ke rumah kakak aku di HUKM, aku selalu lalu tempat ni. Kalau naik bas nak balik kampung pun same... Mesti akan lalu tempat ni.... Memang mata ni takkan lepas nak memandang warisan tinggalan sejarah yang satu ni. Unik dan penuh misteri.

Nak masuk kat dalam? Owhhh aku mengaku yang aku memang tak berani. Cerita - cerita misteri yang aku dengar pasal penjara pudu ni pun dah cukup membuatkan bulu roma aku tegak berdiri. Inikan pulak nak menjelajah di dalamnya. Owh no....

Tapi bila aku dapat tahu yang penjara pudu ni akan dirobohkan yakni telahpun mula dirobohkan malam tadi rasa menyesal pulak sebab sebelum ni tak pernah pun nak ambik tahu pasal penjara pudu ni. Tentang sejarah lampaunya.... Siapa yang bina..... Macam mana kalau satu hari nanti kalau anak - anak bertanya? Bolehkah aku menjawabnya?

Pagi tadi tengok dekat MHI, ally pegang serpihan batu tembok penjara pudu tu rasa macam nak jugak bawak balik buat kenangan. Manelah tau 10 atau 20 tahun akan datang ianya akan jadi sesuatu yang berharga? Huhu..... Tapi tak mungkinlah aku akan ke sana semata - mata nak ambil serpihan batu tu. Cuma aku terkilan jelah, salah satu tembok tu tak di ambil dan diletakkan di muzium ke sebagai tanda kenang kenangan....

hanyatilah gambar - gambar penjara pudu dari dulu hingga sekarang...

http://www.prison.gov.my/pride/index.php?view=article&catid=37%3Awarta-sejarah&id=318%3Apenjara-pudu-dalam-kenangan&option=com_content&Itemid=75

sekian wassalam....




Wednesday, June 16, 2010

Ketika Datang Bulan....

ehsan dari encik google

Bendera merah! Haha.... Patutla aku rasa macam meong je dua tiga hari ni.... Habis semua orang aku nak marah. Hmmm.... Ok! Encik abi sorang je yang selalu jadi mangsa sebenarnya.... Huhu. Dua hari kena teruk dengan aku. Sabar jela.... Nasib baik aku dah warning pada encik abi awal - awal, dalam 2 minggu ni bersiap sedialah dengan emosi and ragam aku. Huhu....

Start semalam jugak kepala aku sakit tak berhenti - henti. Bila pandang skrin Lappy tu rasa macam tak selesa. Ingatkan sebab aku terlalu lama mengadap lappy tu. Takpun sebab aku tengok lappy sambil meniarap tu yang buat aku rasa tak selesa and pening - pening... Sampai ke malam masih jugak macam tu. Tidur dalam keadaan yang sangat tak selesa. Hidung tersumbat and kepala sakit sangat. Owhhh.... Bencinya saat tu....

Pagi tadi pun sama. Sangat - sangat tak larat nak bangun tapi mengenangkan tak lama je lagi, so aku gagahkan jugak. Takkan nak ambik cuti lagi kan.... Rugila aku nanti.... Nak ambik mc, aku kena tempuh opis dulu baru sampai klinik... baik aku pegi keje je. So datanglah aku kerja dengan sakit kepala yang amat sangat. Nampak macam tak percaya je aku ni tengah sakit kepala tadi. Budak - budak ni pun mesti ingat aku main - main sebab malas nak masuk mesyuarat padahal dieorang tak tau kepala aku ni rasa macam nak meledak! Hidung pulak penuh je memanjang.... Tak selesa sungguh... Menyengau 24 jam!

Lepas makan ubat, terus pegi toilet sebab perut ni dari pagi tadi meragam. Then...... Bila tengok rupa - rupanya.....

B.E.N.D.E.R.A M.E.R.A.H ma..........

Hayyooooo...... Nak peot pun kena emosi - emosi bagai. Kalau jenis orang yang tak faham, memang sah - sah kena sepelempang dah tu. Mana yang dah faham tu pulak nasib - nasiblah boleh tahan ke idak. Yang pastinya PMS ni bukan hal main - main!

Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman web kotex ini.





Thursday, April 15, 2010

Isy betul ker ni?

ehsan dari encik google

Soalan :




Assalamualaikum ustaz, bolehkah ustaz memberikan sedikit huraian berkenaan hukum orang lelaki memakai emas putih dan platinum, adakah harus kerana ia bukan emas seperti emas kuning?



JAWAPAN :

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :



Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)



Tetapi Ibnu Majah menambah: “halal buat orang-orang perempuan.”



Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.



Kemudian beliau bersabda: “Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’” (Riwayat Muslim)



Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.



Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum. Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh , fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas )



Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-



White Golds: What are they?



What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk : http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html



Juga disebut bahawa :-



“White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.” (http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)



Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.



Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan



Dalam takrifannya Platinum adalah : “Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.” ( Rujuk : http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )



Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.



Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.



(sumber http://www.zaharuddin.net/)

Thursday, March 25, 2010

Jom Usha Buku Baru!



Sinopsis


Hampir mustahil bagi kita memisahkan hutang dalam kehidupan seharian. Hutang ibarat racun dan penawar. Jika bijak mengawaknya, maka hidup pasti kekal bahagia. Malah kita semakin kaya-raya. Jika hutang gagal diurus, maka hidup kita semakin miskin atau lebih buruk., bankrap.

Alangkah ruginya andai ada antara kita terlepas memiliki Hidup Tenang Walaupun Berhutan (Edisi Kemas Kini) terutamanya bagi:
- Graduan yang berminat memiliki kenderaan sendiri dengan cara berhutang.
- Pasangan suami isteri yang berhutang perabot, televisyen dan keperluan rumah lain.
- Menggunakan kad kredit setiap bulan bagi perbelanjaan sendiri.
- Gelisah diburu 'Ah Long' atau ceti haram di mana-mana sahaja.
- Bergaji tetap, namun masih sesak melunaskan segala hutang.
- Dihubungi pihak bank bertalu-talu yang menuntut hutang pinjaman.
sumber : PTS Portal

Sunday, March 21, 2010

Jom serbu Pesta Buku!



Diam tak diam dah setahun berlalu dan pesta buku antarabangsa kembali lagi starting 19 - 28 Mac 2010 ni. Aku sendiri dah 3 tahun berturut - turut tak miss pesta buku ni tapi untuk tahun ni tak pasti lagi dapat atau tidak ke sana. Rak buku dah hampir penuh. Ada jugak buku - buku yang hendak aku jualkan semula. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan aku k!

berikut aku sertakan beberapa info mengenai pesta buku ni yang mungkin boleh membantu korang apabila korang nak pergi sane nanti ok.


peta ke PWTC




Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.kualalumpurbookfair.com/ 
so apa tunggu lagi? Jom Shopping!

++Jom Kita Tukar Link!++