My Nuffy

Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Barang lama usah disimpan... Dikenang juga jangan....

ehsan dari encik google


Dah tak ada gambar nak dimasukkan sebab dah lama sangat rasanya tak bergambar sakan ni. Malas pun ia jugak. Tak taula kenapa sekarang ni rasa malas sangat nak bergambar - gambar ni. Rasa macam muka tu burok semacam je. Huhu....

Dah lama dah sebenarnya nak buat en3 pasal benda ni tapi asik tertangguh je. Baru nak ada feel menaip dah dieorang datang serbu. Haiii tak menyempat - nyempat nak tau ye.... So hari ni barulah aman sikit dan mood nak menaip jiwang - jiwang tu ada. (walaupun perut tengah berkeriuk sekarang ni....huhu)

Lagi sebulan nak nikah macam - macam yang aku rasa. Takut... gementar... suka.... risau.... semua ada. Tak sah kalau 1 hari tu akan tak risau pasal nikah kawen ni. Sampaikan kadang - kadang jadi modal gaduh aku dengan dia. Yang melebihnya akulah. Pantang cuit sikit mulalah hangin satu badan. Nasib badan.......

Waktu - waktu macam ni jugak kadang - kadang buat aku teringat pada........... (bukan nama sebenar). Tak boleh nak sebut nama even nak sebut pasal dia pun sebenarnya tak boleh. Encik abi cukup pantang aku cakap pasal dia lagi tapi kali ni aku nak cakap jugak! Sebab aku rasa masih ada yang belum jelas.

Aku rapat dengan encik abi ketika aku masih lagi berkawan dengan........(bukan nama sebenar). Berkawan baik.... tak lebih tak kurang. Walaupun kebanyakan kawan - kawan aku tak suka aku rapat dengan dia tapi aku tetap degil. Sampailah 1 tahap encik abi tak boleh lagi terima cara aku tu so persahabatan tu terputus macam tu sahaja. Biarlah..... Mungkin ada hikmahnya....

Aku terima semuanya demi kebaikan hubungan yang baru bakal aku bina tapi aku masih lagi dianggap terbelenggu dengan sejarah lama. Sejarah aku dan dia..... Sedangkan aku dah cuba sedaya upaya untuk membuka lembaran baru. Melupakan kenangan - kenangan lalu.... Yang pahit.... yang manis.... Semuanya aku dah cuba buang dari kotak ingatan ni tapi aku cuma manusia biasa. Kalaulah dengan hilang ingatan boleh buat aku lupakan segala - galanya aku sanggup! asalkan encik abi tak curiga lagi pada aku. Asalkan encik abi tak pikir yang aku masih lagi tergila - gilakan bekas2ku dulu.

Apa pun sanggup aku lakukan asalkan hubungan yang bakal kami bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Meskipun encik abi tak menyatakannya tapi aku tahu dalam hatinya masih berkira - kira. Aku tak salahkan dia..... Aku salahkan diri aku sendiri. Aku cuma manusia yang selalu hidup dalam angan - angan dan kenangan.

Tapi aku sangat berharap 31 Julai ini bakal menjadi garisan penghabisan bagi kenangan - kenangan dulu. Biarlah semuanya berlalu demi kebaikan aku dan encik abi. Bak kata pepatah, barang yang lama jangan disimpan, dikenang juga jangan.....

Cinta aku pada encik abi adalah cinta seikhlas hatiku tanpa paksaan.... Dialah yang banyak mengajarku erti kehidupan. Telah banyak dugaan dan rintangan yang kita lalui selama ini abi.... Tak terhitung rasanya airmata yang mengalir.... Tak tertanggung rasanya derita yang kita rasa selama ini.... Harapan sayang semoga hubungan kita ini bahagia tanpa ada perasaan curiga. Cukuplah cerita - cerita lama..... Usahla biarkan hati abi dicengkam perasaan itu lagi.... sayang cintakan abi seadanya...... Selamanya......

Seandainya cinta abi tiada lagi buat sayang...... Biarlah sayang mengundurkan diri dan takkan kembali lagi..... Seandainya jodoh kita sampai akhir hayat nanti..... Doakanlah supaya kita sama - sama saling menyayangi sampai bila - bila.....

Sayang memang susah nak jatuh cinta.... tapi kalau dah jatuh cinta sayang akan cinta sampai mati.... sayang selalu suka pada orang yang salah..... tapi orang selalu cakap, kita selalu akan jumpa dengan orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang betul - betul cintakan kita..... sayang dah jumpa abi.....   Tak ada yang lain selain abi... Sayang harap abi percayakan sayang........ cuma abi saja yang sayang ada sekarang ni.....
abi...... abi pun cuma ada sayang seorang.... dan harap apa yang sayang katakan ini sayang lakukan.... dalam hati abi cuma ada sayang seorang... hingga akhir hayat abi......... abi love u sayang

Tuesday, February 23, 2010

Happy 1st month engagement aniversary!!!!

dapat bunga daripada MaC. TQ abi sayang!

Hea? Ada ke orang sambut sebulan bertunang? Hehehe... Aku jelah kot yang memandai - mandai celebrate. Kebetulan jatuhnya pada Valentine's day. Series aku & MaC tak sambut Valentine's day ni ok! Kebetulan saja 14 Februari 2010 genap sebulan dah aku berstatus tunang kepada MaC. Macam biasalah... Ada sahaja aktiviti aku dan MaC cuti - cuti begini. Kalau tak silap, sepanjang minggu ni aku memang cuti daripada memandu. MaC dengan sukarela hati nak memandu aku ke mana sahaja aku pergi. Bermula daripada kursus di Seremban hinggalah aktiviti terakhir kami untuk cuti tahun baru cina tadi.

08/02/2010 - 11/02/2010

Selama empat hari berulang - alik ke Seremban, MaClah yang bertanggungjawab menghantar dan mengambil aku balik. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa terharunya aku dengan pengorbanan yang telah dilakukannya. Pengalaman banyak mengajar dia untuk jadi lebih prihatin bukan pengongkong. Aku tahu dia sudah banyak berubah sedikit demi sedikit untuk kesejahteraan hubungan ini dan aku sangat - sangat menghargainya. Ini juga mengajar aku supaya lebih menghargai apa yang terbentang di depan mata bukan asyik terlena dan khayal dengan dunia semalam. Ia sudah menjadi sejarah... Sejarah adalah untuk dikenang... Tak mungkin kita akan kembali kepada alam sejarah silam... Sejarah hanyalah sebagai pengajaran dan ukuran... Apa yang kita ada kini... apa yang kita bina selama ini... adalah realiti.

12/02/2010

Aku dan MaC bercadang untuk survey barang - barang untuk kedai kami tapi lain pulak yang dapat. Kalau dah alang - alang ke MP... tak sah kalau tak shopping sakan. Tambahan pulak bila MaC dah bagi greenlite. sepersalinan seorang untuk hantaran nikah nanti. Macam tak percaya... saiz seluar aku dah jadi saiz 31! Tapi nak sedapkan hati, aku beli saiz yang sama dengan MaC iaitu saiz 30. Bila aku timbang... berat aku dah naik 52 kg! Kalau dulu semua orang bising sebab aku nampak kurus sangat tapi since aku kawan dengan MaC, berat aku bertambah - tambah. Pun orang dok bising jugak. Isy... isy.... Tak paham aku.

eating at Korean Restaurant Melaka Parade
nice place

Makan kat tempat ni memang tak hengatla melantaknya pun. 2 - 3 piring daging kambing aku bedal. Almaklumlah kat situ kita boleh makan apa saja sampailah kedai tu tutup... Tambahan pulak Mac memang sangat - sangat teruja untuk menggalakkan aku menambah berat badan. Huahuahua.. So apa lagi... bedallah sebelum 2 - 3 bulan yang akan datang ni. Kalau orang lain sibuk nak kuruskan badan bila dah nak kawen tapi aku selamba je melantak macam - macam. Tak kesah pun.... 

  
 choosing one for my hantaran



Lepas penat menapak berehat sebentar di kerusi urut ni. 30 minit -1 jam. Memang syiok habis. Rasa nak terlelap pun ada tapi nasib baiklah sedar yang kat situ public. Nanti sedap - sedap tidur... barang - barang tah ke mana.


Inilah antara barangan hantaran aku nanti. Pelik ke?
p/s: seluar tu sama jenis and saiz dengan MaC punya.

Dalam pada seronok - seronok shopping tu tiba - tiba aku didatangi sakit tanpa di duga. Tuhan sahaja yang tahu macam mana rasanya masa tu. Jalan pun dah macam orang baru lepas pantang. Mula - mula tu aku kuatkan jugak sebab tak nak MaC risau tapi makin aku tahan makin sakit tu datang.

13/02/2010

Pagi - pagi lagi Anak cik Kiah yang sorang tu dah sibuk telepon tanya bila nak gerak antar Cik Kiah pegi airport padahal flight pukul 6.30 pm. Apelah... Kalut betul. Dia tak tahu Cik Kiah tu lagi handal and berani dari aku. Huhuhu... Masa hantar cik kiah ni sakit aku makin menjadi - jadi. Jalan pun macam orang baru lepas beranak gitu. Orang semua pandang aku semacam je... Isy segan mak aihh... Cik kiah pun nek risau dah tengok aku cenggitu. Macam - macam petua petui keluar. Nasib baiklah MaC sabar melayan karenah aku. 1st kelas gitu... Kalau dulu... ehem - ehem... sekarang dia dah pandai dah... Dah prihatin dah.... Dia selimutkan aku masa kat dalam kereta... dia tanya kalau - kalau aku nak apa - apa.... Pandai dia bawak diri.... Hukhukhuk. Tak sampai hati tengok dia risau punya pasal... aku pun ajaklah dia pergi klinik. Siap tanya tu doktor tu lelaki ke perempuan. Hik3x. Malu siot.... Rupa - rupanya aku kena bisul da....

Tapi alhamdulillah lepas kena henjet sedas and makan ubat bisul tu pecah and esoknya aku pun pergi ikut rombongan pertunangan anak Pak sedara MaC kat Muar. Jalan cover - cover jerk. Dah tu lepas pulak pegi melaka balik tu. Hik3x


 
sakit - sakit pun sempat jugak shopping kasut.
my mother in law pun tak lepas peluang.
father in law? pening kepala da....hehe
 
Lepas penat jalan - jalan teragak pulak nak makan korean food lagi. again????!
Huhuhu....
Kali ni dengan family pulak....
meriah and haruk....
love to see my mother in law makan yee sang dengan selambernya...
more important.....
these
l
l
l
V


sejambak bunga sempena 1st month engagement aniversary kiteorang.
terharu....
1st time ada lelaki bagi bunga kat aku...
 TQ so much abi sayang...
I LoVe U sO Muchhhhh.....

Monday, January 18, 2010

Darah Manis????!!!! Patutla banyak semut hurung....



" sayang... tok mak pesan kat abi tadi jangan balik lewat... Kite kan tengah darah manis..."

erk???!

Bukan tu sebelum tunang or sebelum nikah ke abi? Huhuhu.... Tahla.. Compius aku. Yang penting kiteorang tetap kuar happy - happy macam dulu - dulu. Kan abi kan.... Heeee... Bukanlah aku nak meng idakkan pesanan tok mak tu.... Yelah... Aku kan sekarang ni dah jadi cucu kesayangan tok mak... So abi... Jaga - jaga ea! Ciaplah sayang nak ngadu kat tok mak pasni lau abi sakat sayang lagi ea! Heeee...

Tulah kisahnya semalam. Baru dua hari tunang dah gatal nak kuar jenjalan. Actually semalam aku nak pegi daftar and ambik modul kat Seremban. Sebelum tu kak erna ajak aku tengok team opis main netball kat Seri menanti. Ada karnival de... Tapi sampai - sampai je kat sane dieorang da abes main and dah gerak ke UBen plak. Haiiyookkk.... So Mac bawak aku pusing - pusing sekitar situ dulu memandangkan aku pun belum penah pun masuk ke Seri Menanti tu. Setakat tengok sempang die je ada ler.... Huhuhu... Ade ler ambik gambar kat situ tapi mane tah aku letak gambar tu.

Singgah Uben tapi kiteorang tak turun pun sebab tengok semua dak opis ada kat situ. Bos - bos pun ada sekali nampaknya. Segan pulak nak turun. MAc pun macam tak selesa je so aku batalkan niat nak sembang - sembang dengan dieorang and terus blah ke OUM Seremban. Lepas daftar and ambik modul, MAc terus ajak aku pegi Melaka pulak. Nak tengok citer Adnan Sempit kata die. Okey Lhorrr.... Sebagai tunang yang setia (Wahhh... statement berani mati enjin kereta punyo... Hahha... aku ikut jelah. Lagipun dah lama gak rasenye kiteorang tak keluar tengok wayang sesama ni.

Mula - mula ingat nak makan kat Seremban Parade je tapi MAc nak makan kat tempat lain pulak. Dalam perjalanan melalui highway tu aku tiba - tiba teringat and teringin nak makan kat restoran jejantas Ayer Keroh. Bila aku cakap kat MAc, dia pun rupanya teringin gak nak singgah kat situ. Sampai kat situ cepat - cepat kiteorang carik tempat makan sebab perut dah mula nyanyi lagu keroncong untuk ana memandangkan aku tak makan daripada pagi. MAc cuma sempat belikan aku Kinder Bueno je masa kat Stesen minyak Pilah sebelum tu. Kak Erna ajak makan kat Uben jual mahal sangat... Padan muke aku.... Huhuhu...

Alhamdulillah lepas kenyang makan KFC kat situ kiteorang meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. MBO ayer keroh Melaka. Hereeee Weee Comeeeee! Yeba yeba.... Owh luper... Sebelum tu mase kat Seremban Parade kiteorang dah siap - siap beli blanket sebab luper nak bawak sweater dari rumah!  Ate... Ape kename eh tengok wayang tak bawak sweater? Sampai - sampai je kiteorang tengok Wayang penuh giler de.... ( De - Ni sumer pengaruh Filem Adnan Sempitlah ni...) Aku cadang kalau tak dapat tengok citer Adnan Sempit, aku nak tengok citer Spy Next Door tapi biler aku tengok sedey je muka MAc biler aku sebut Spy Next Door tu tak sampai hatilah pulak. Yelah yelah... Kite tengok Adnan Sempit Okeh! Hahaha... Nampak nau bongak eh.... Nak tengok citer Sherlocks Holmes xderla pulak... Dah keluar ke belom citer tu???!! Hampeh tol!

Mula - mula Nak tengok pukul 3.30 ptg tapi dah penuh so kiteorang terpaksalah ambik yang pukul 5.15 ptg punye. So masa yang ada kiteorang hiasi dengan melepak sambil makan eskrem and posing - posing.


Nilah die 1st date after tunang



Inilah die ubat paling mujarab untuk sakit gigi ye anak - anak....Huhuhu



MAc abeskan sorang eskrem tu sementara aku cube carik signal Wifi kat situ... Eiiii...

 
Ha.... Ni ntah biler mase tah MAc ambik. Ketiduran kat dalam kereta sementara tunggu mase nak tengok wayang. Ngantok giler de lepas makan KFC. Seluar toksah citerlah camner sempit die. Abi... pinjam Seluar! 



 Abes tengok Adnan Sempit yang memang lawak giler tu MAc ajak pegi ronde - ronde dulu sebelum balik. Masa ni kiteorang singgah kejap dekat kedai Haiwan. Saje nak cuci mate tengok ikan - ikan yang comel tu.



MAsa ni kiteorang lepak kat dataran sebelah Jusco tu sambil makan - makan. Beli masa kat Pasar Bukit Baru.



" Betul ker kite dah bertunang ni abi?"

"Betullah yang..."

"hikhikhik"




Ok! Lastly gambar kaki ni.... Jangan tanya kenapa! Nak buat trademarklah konon sampai puas aku paksa MAc rapatkan kaki walaupun aku tau die tak boleh buat punyo... Luperla abi..... Hehehe....

Kesimpulannya, kiteorang sampai rumah hampir pukul 11. Kire lambat gak ke tu? Huhuhu.....

Sunday, January 17, 2010

Tunang 1

Hola hola....

How are you today? Chewah.... Tetibe berangan nak speaking londah... Dah dekat seminggu rasanya aku tak menghapdate blog kesayangan aku ni. Sejak cincin disarung di jariku ini terasa berat je nak menaip bait - bait kata. Aduhaaiiiiii.... Ayat pun semacam jerk... Meremang pulak bulu kaki aku ni. Huahuahua... Owh... buat yang masih blur - blur gitu... Aku sebenarnya dah pun melangsungkan pertunangan dengan MAcku yang tersinta pada 14 januari 2010 yang lalu. Alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar dan agak meriah dengan kehadiran opismate aku yang havoc gitu... Thanx to everyone yang sudi datang and full kredits to Nuyuy yang sudi temankan aku dari awal sampailah majlis tu berakhir..... And also sebab die berjaya menggubah sirih junjung aku yang tak siap - siap aku kerjakan sampailah dah nek tengahari... Huhuhu.... Mekacihla Nuyuy... Suspect aku dengan kau babe! Also to kak erna and her mother in law yang sudi buatkan pulut kuning untuk aku pada hari itu.

Seriesly sampai sekarang aku masih blur - blur and macam tak percaya aku dah pun bergelar tunangan orang. Dalam sekelip mata sahaja status aku dah berubah. Setiapkali aku terpandang cincin di jari aku ni aku rasa macam bermimpi pulak. Apatah lagi biler tengok gambar masa pertunangan aku tu. Macam tak percaya orang yang disolekkan tu adalah aku. Huhuhu....

Apapun sekarang semuanya dah berakhir dengan baik dan kami hanya menunggu masa untuk diijabkabulkan setahun lebih dari sekarang. Tak lama pun masa tu. pejam celik pejam celik dah setahun. Huhuhu..... Cepatkan? Actually kiteorang ikat setahun hidup. Meaning kalau dah cukup duit.... jalan jelah. Tak tunggu lagi dah. Dah gatal benar dah ni.... Hahaha.... Die pulak sibuk nak ke Qatar... InsyaAllah... Kalau ada rezki kita nanti dapatlah kite pegi sane ye abi...

Actually banyak yang aku nak story pasal kisah pertunangan aku and MAc ni. Tapi kite pegi step by stepla ek. Sal gambar nantila ek. Korang tengok jelah dulu gambar header yang aku buat untuk tatapan korang tu dulu ye.  Ok ok.... ambik seat masing - masing... Fokus betul  betul ye... MAkcik Liza nak bercerita ni... Haha...

Alkisahnya.... citer sal tunang menunang ni dah lama dah. Sejak awal - awal perkenalan aku dengan MAc lagi citer ni dah dibangkitkan Tapi aku buat tak tau jerk. Almaklumlah masa tu kan baru - baru kenal.... So manelah nak ada feeling - feeling nak bertunang ni kan... Mase tu baru 3 bulan asenye kiteorang fall in love... MAc bercadang nak bekerja di JB lepas tamat belajar nanti so die harap dapatlah bertunang dulu sebelum pegi sana. Kire - kirenye gitulah perancangan die. Aku tak kisahpun tuang ker tak ker same je. Walaupun mase tu xder feeling - feeling nak bertunang ni, aku dah mula bagi hint kat Cik Kiah supaya get ready nak terima menantu tak lama lagi. Cik Kiah apa lagi.... The happy go lucky - luckylah die. Tapi dua tiga bulan lepas tu kiteorang rileks jer lagi... Aku tak pikir banyak pun sal tunang - tunang ni. Bagi aku dah sampai masa nanti, aku akan kawen jugak kan... Tak maulah tergesa - gesa buat keputusan kan...

So biler nothing happen a few month tu, Cik Kiah mulalah bising.... Ke hulu Ke hilir sudah... Biler nak tunangnyer?????! After a few arguments.... Akhirnya aku mengalah.... Memandangkan kerana hal tunang ni jugaklah aku and MAc hampir breakoff, so kiteorang merancang untuk mengikat diri masing - masing dengan tali pertunangan. And then aku mintak MAc sendrik yang bagitau keputusan tu pada Cik Kiah.... Lama jugaklah aku tunggu die bagi keputusan tu... Mau makan sebulan kot... Die senyap aku pun senyap jela.... Malas nak kecoh - kecoh pun.

Atlast.... 2 minggu sebelom majlis barulah MAc bukak mulot kat Cik Kiah. Apa LAgi.... Tak pasal - pasal aku kena smack down dengan Ci Kiah sebab tak bagitau die sendrik katanya. Acheeeehhh.... Punyalah lama aku dok bagi hint tak paham - paham jugak.Hadohaiiii...... Tulah alkisahnya macam mana pertunangan ni boleh terjadi. Kepada sesapa yang kecik hati sebab aku tak inform awal - awal tu mintak maaplah banyak - banyak ye sebab aku sendiri pun tunggu comfirmation dari die. Huhuhu..... Takkan aku nak ua - uarkan satu dunia aku nak tunang padahal orang tu tak cakap paper pun. Ye dak?

So... moral of the story.... aku tak bersalah dalam hal ini de.... huhuhu....

Sekian terima kasih....

Saturday, January 9, 2010

Buat - buat bz...

Aku dalam proses mengemas kawasan setinggan aku dengan malasnya. Sempat selak - selak majalah Pesona Pengantin sekejap sambil on9 blog.... Hehehe.... Majalah aku bersepah - sepah tak tau dah mana nak letak. Azam tahun 2010 ni... aku nak hadkan beli majalah ni. Buat masa sekarang ni... Majalah Pesona Pengantin lah yang jadi perhatian aku. Banyak idea - idea yang menarik kat dalam tu. Hope aku ada masalah nanti nak share apa yang aku suka kat blog impian elaiza .

esok nak ambik baju kat untie... Hope baju tu siap and aku boleh hantar jahit manik.

Tepuk Dahi sendri...

Insyaallah... Dalam masa tak sampai seminggu saje lagi aku bakal jadi tunangan orang. Pada zahirnya aku nampak macam cool tapi dalam hati tuhan sajalah yang tahu perasaan aku waktu ni. Dengan masa yang sangat - sangat suntuk... aku terpaksa menyiapkan segala - galanya tanpa bantuan sesiapa kecuali Cik Kiah & Abi. Buat masa ni aku baru saja mengisi cekedis dalam beg kertas untuk diberi pada tetamu pada hari tu nanti. Rasa macam tak ckup je... Mungkin kena beli lagi sikit...

Sepatutnya aku dah mula mengemas rumah tapi sungguhla aku rasa macam tak berperasaan je nak mengemas mue sampah sarap aku ni. Abi dah janji nak tolong aku mengecat bilik pengantin... eh... Bilik pengantinla pulak... Hehehe... Tibe gatal aku datang... Ala kire macam bilik pengantinla jugak tu kan? Malangnya cadar kena beli yang baru sebab Cik Kiah cakap cadar yang aku beli hari tu pucat je... Tak berseri langsung! Hadoooiiii.... Duit lagi.... Tulah... Masa kat Seremban Parade hari tu dah intai - intai set cadar tu tapi jual mahal... tak nak beli masa tu... Konon lambat lagi nak nikah pun... Huhuhu... Nak tak nak terpaksa jugaklah aku redah Seremban Parade esok.... Kalau tak esok... luse.... tak luse... tulat... Sudahnya besok masa tunang, tilam ak boleng jerk! Wakaka... Padan muke aku...

Baju? ha! Tang ni yang buat aku sangat - sangat geram! marah! Sakit Hati! rase nak mak - maki orang tua tu! Alkisahnya... konon - konon buat baju kali ni nak nampaklah simple tapi ada kelainan sikit kan... So aku pun dengan terujanya pegilah tempah kat satu kedai #%$@*#  ni. Padahal selama ni aku sangatlah setia tempah baju dengan sorang nyonya tua ni. Dari awal lagi aku memang rasa tak sedap hati nak tempah kat kedai tu sampai Abi pun naik risau. Tapi aku pandai... Aku cakap aku buat plan B. Kalau baju tu tak siap atau aku tak berkenan... aku nak tempah lagi satu kain kat untie tu. Kire backupla ni. Hapa.... Sudahnya plan B takder... baju yang aku dapat pun macam hampeh.

Masa ambik ukur hari tu bukan main lagi... ukur macam nak sesak napas aku. Bila dapat baju, sebijik macam baju  perempuan mengandung. Aku makin kurus kah? Bak kata kak earna... padahal aku rasa perut aku tak pun surut - surut. Bonset gitu jugak... Haha... janji boleh siap 5hb la... boleh buat macam lengan spa-Qla... Sudahnya 7hb baru aku dapat ambik baju. Alasan kain tak siap lagi. Hangguk die gaknye. Nak tak nak tadi lepas facial aku terpaksa jugak tebalkan muke pegi kedai untie tu suh die oter balik baju aku tu.

'Hayooo ni manyak susah mau bukak balik oooo'

'Ala untie.... bolehla.....'

'manyak susa mau bukak.. mau jahit balik.... upah kasi sama dengan harga lu tempah bajula'

'yela - yela'

Huhuhu........ Kejamla......

Tu belum jahit manik lagi tu... Sudahnya kang ada jugak yang aku jahit sendiri manik die kang! Macam reti padahal jahit baju aku tetas pun aku hulur kat mak aku. hukhukhuk... Nak uat macam mana... jahit menjahit ni bukan minat and bidang akula weh... Tu bidang akak - akak aku tu jer. Bidang aku sekarang ni adalah masak memasak... Sepah menyepah.... Tu memang feberet aku.

So abes citer pasal baju... hopefully hari ahad ni untie tu sempat siapkan.... Kalau tak, aku paksa jugak Abi temankan aku carik baju... Tak pun aku sewa je nanti kat kedai mak andam kat taman tu. Owh... sebut pasal mak andam ni... aku ingat nak tempah jugak mekap tunang tapi aku tak compemkan lagi... Isyyyy... Ni ada jugak yang aku mekap sendiri nanti ni... huhuhu... Esoklah kot aku compemkan...

hari ahad pulak ingat nak pegi beli barang - barang nak buat hantaran.... Semua pun tak buat apa lagi... Ada saper - saper nak suka - suki tolong aku buat hantaran tak? Hehe..... KAlau ada... sila inform aku ye... Habuan menanti....

Wassalam...

Thursday, January 7, 2010

Naper ek...

Naper ek....
Hati aku sangat berdebar - debar sekarang ni...
Lemah - lemah badan...
tinggal seminggu je lagi tapi banyak yang tak siap...
banyak idea tapi tak tau ley gune ke tak...
hope semuanya berjalan dengan lancar...
kecil & simple
but almost perfect...



Tuesday, October 6, 2009

Akhirnya...Bertunang jua...


 

Bertunang? Siapa yang nak bertunang ni?
aku ker? Bertuah badan hei...
haha...
tipu jerk...
 ^_^
Aku just mengant0 anak jiran aku bertunang jerk kat Durian Tunggal Melaka. [Cis mendahului aku rupanya... Haha]

Mula - mula aku memang malas nak pergi p mak aku da merengek - rengek nak pergi jugak nak uat camner kan? ^_^  So mau tak mau... Malas tak malas... Kena jugakla aku mengadap gurl - gurl ganyut 2. Nga lepak2 kat umah juran aku tu tetiba jiran aku tanya aku da isi munyak ke belom. Aku pun dengan niat nak bergurau pun cakapla... ' Naper... nak t0l0ng tuang ker? ' sambil tu mak aku pun tumpang sekakila gelak. Saje je aku nak menyakat bakal tunang orang tu. P aderla plak gurl ganyut ni tak puas ati sound aku baek punya... Eiii.. lau tak memgenangkan mak aku ada kat situ, dah lama gurl ganyut tu aku cilikan.

Macamla aku papa sangat. Eiii... Lau ikutkan ati memang aku tak mau pergi langsung p kang mak aku majuk plak. Mane taknya die nak belikan periuk belanga untuk anak kesayangan yang dengar cakap die tu. :-p




 



 


 



 
 Kesimpulannya... memang aku tension & bengang giler. Malas nak citer panjang2. Beliau plak asikla m00dy jer. Kena anta his sister balik Poli. Assignment tak ciap agi tu. Hmmm... Tempiasnya kena kat aiii r... Huhu.

The End



++Jom Kita Tukar Link!++