My Nuffy

Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Saturday, October 31, 2015

Tips Mudah Meriahkan Susu Ibu


Masalah kekurangan susu ibu ni memang selalu kita dengar kan? Terutamanya pada ibu-ibu yang baru melahirkan cahayamata pertama. Baru-baru ni pun ada keluar dalam suratkhabar mengenai seorang ibu yang terjun bangunan sebab stress tidak dapat menyusukan anaknya yang baru 10 hari lahir. Macam-macam spekulasi yang timbul tapi saya sangat tidak setuju kekurangan susu ibu dijadikan tajuk utama semata-mata untuk melariskan akhbar. Makanya ramailah yang tak senang duduk mempertahankan ideologi masing-masing.

Saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama iaitu kekurangan susu ibu di awal kelahiran anak pertama saya, Aisy. Nasihat saya, dapatkanlah maklumat sebanyak mungkin mengenai penyusuan susu ibu ni. Jangan segan, jangan malu untuk bertanya terutamanya kepada jururawat di hospital atau klinik. Jadi hari ni saya nak kongsikan sikit beberapa tips mudah untuk meriahkan susu ibu.

1. Minum air secukupnya

Ibu-ibu yang menyusukan perlu minum air sekurang-kurangnya 3 liter air @ 13 gelas air kosong setiap hari. Ini penting bagi mengelakkan badan dehydrated. Sukat jumlah air kosong yang diminum supaya cukup sekurang-kurangnya 3 liter. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Ingat! bukan air berkarbonat, berkafein atau air manis ye.

2. Kerapkan menyusu dan mengepam

Susukan bayi anda sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali. Begitu juga sekiranya anda bekerja dan bayi tinggal di rumah pengasuh, pam susu sehingga payudara benar-benar kosong kerana apabila payudara dikosongkan, makin banyak susu yang bakal dihasilkan. Elakkan menunggu sehingga payudara benar-benar penuh baru hendak dipam. Buat jadual menyusu/mengepam yang ringkas. 

3. Pam pada waktu malam

Hormon prolaktin banyak dihasilkan sekitar jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi jadi inilah masa untuk anda bangun dan mengepam! Anda jugak boleh mengepam selepas anda menyusukan bayi anda. Waktu terbaik adalah sebelum tidur, 3 pagi dan 6 pagi /selepas solat subuh.


4. Makan makanan berkhasiat

Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat dalam tempoh kehamilan, berpantang dan menyusukan. Makan sayur-sayuran seperti sawi, lobak merah dan lobak putih. Pengambilan protein juga sangat penting untuk menghasilkan susu. Minum susu atau ambil pil kalsium sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selain itu anda boleh mengambil buah tamar, buah kismis dan badam sebagai snek harian.

5. Amalkan pengambilan suplemen 

Tidak dinafikan sekarang ini sudah ramai ibu-ibu yang mengambil suplemen sebagai makanan tambahan atas faktor kesibukan atau masa makan yang tidak menentu. Kini terdapat pelbagai jenis suplemen di pasaran yang boleh anda pilih untuk menambah susu badan.

Selain itu anda juga boleh amalkan doa berikut ketika mengepam.


Selamat Berjaya!


                        









Thursday, December 15, 2011

TANGAN vs MESIN PAM.

Assalamualaikum,

Lately jarang dapat nak update belog ni. Salah satu sebab adalah 'penyakit M'. Hari ni je macam semangat sikit nak mengupdate. Selasa lepas me and my opismate ade menyertai BENGKEL PENYUSUAN IBU BEKERJAYA anjuran MAINS yang telah diadakan di Dewan Masjid Negeri, Seremban. Alhamdulillah banyak info yang telah kami dapat kat sana. MAINS telah menjemput PN KAMARIAH dan DR NING dari SUSUIBU.COM untuk memberi penerangan.

So hari ni nak share sikitlah pasal penyusuan susu ibu ni tentang cara memerah susu guna tangan vs guna mesin pam. Yang mana satu pilihan anda?




sumber : google


Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah
 
-credit-

 


Untuk mesin pam pulak ada pelbagai jenis pam yang boleh anda cuba. Ada pam manual and ada pam elektrik/guna bateri. Jenama pun ada macam-macam jugak. Ada dengan dengan idak je bugetnye...hehe. Untuk saya, saya pilih MEDELA FREESTLYE. MEMANG BEST! Even saya cuma beli yang 2nd je. Alhamdulillah dah dekat 3 bulan pakai Medela Freestyle ni puas hatilah. Ia menyempurnakan misi penyusuan saya tapi jangan risau, takder medela pun boleh berjaya jugak ye. Yang penting USAHA tangga KEJAYAAN!

Antara kedua-duanya saya lebih memilih untuk guna pam atas faktor-faktor tertentu. Diantaranya ialah :

1) keadaan persekitaran di pejabat (bos dah tarik balik kemudahan bilik mengepam kami... KEJAM!). Terpaksa mengepam kat meja masing-masing dengan staff lelaki yang berkeliaran termasuklah BOS LELAKI kami. Baru sekejap tadi cuba nak mengepam guna tangan tapi kurang berjaya. Tak pasti apa punca sebenarnya...

2) Boleh buat kerja sambil mengepam. Memang tak digalakkan sebenarnya sebab waktu mengepam kalau boleh kita mesti dalam keadaan rileks. Tak boleh stress2 tapi bila time nak pam time kerja tu memang stress. Takley nak buat apelah... Kejap bos panggil... kejap buat itu.. kejap buat ini...

3) MUDAH dan JIMAT MASA! tak dinafikan guna tangan lebih mudah daripada mesin pam sebab tak perlu bawak apa-apa alat tapi bagi saya dan yang lain-lain yang mempunyai kekangan masa... Mesin pam adalah yang TEMAN TERBAIK saya buat setakat ni. Sejujurnya, saya ambil masa sikit bila memerah guna tangan ni. Kalau orang lain senang2 nak dapat 4-5oz tak sampai 5 minit, saya pulak ambik masa sekurang-kurangnya 30-60 minit untuk 1 sesi.

Selebihnya anda boleh tambah sendiri kenapa anda perlu guna mesin pam. 

Saya kagum dengan dr Ning dari SUSUIBU.COM yang dah beranak 4 (tapi slim macam anak dara) hanya memerah menggunakan tangan SAHAJA. WOW! 

Apa pun pilihan terletak di tangan anda... Yang penting ikut pada buget. Tak perlu susah hati kalau tak dapat beli Medela... guna tangan pun boleh. 






Wednesday, October 5, 2011

Aisy Nak Makan?


DAH LAMA DOK PENDAM TAPI ASIK TERLUPA JE NAK LUAHKAN... PELIK KAN! ~ ASAL AKU DOK GUNA TULISAN BESAR PUN ENTAHLA... SYOK PULAK TULIS DENGAN TULISAN BESAR-BESAR NI... MENCURAH-CURAH IDEA RASANYA TERUTAMA BILA TENGAH BENGANG DENGAN TUTTTTTT.... HAHA.

AISY BARU 4 BULAN TAPI RAMAI DOK BISING-BISING SURUH AKU BAGI AISY MAKAN. APEHAL? ANAK KAU KER? SAKIT BALIK HATI AKU NI BILA MENGENANGKAN PERISTIWA-PERISTIWA TU... AKU TAK PERNAH PAKSA ANAK KAU MAKAN SO APEHAL KAU NAK PAKSA-PAKSA AKU BAGI MAKAN ANAK AKU?

SEINGAT AKU SELAMA AKU BAGI AISY SUSU BADAN SEPENUHNYA NI TAK PERNAH PULAK AISY KENA GASTRIK! MAKIN TEMBAM DAN BERISI BADAN DIA ADELAH. SEMUA ORANG NAMPAK TAPI TAK PAHAM-PAHAM. KENAPE EK? SUSAH SANGAT KER NAK PAHAM?

DAH BERULANG KALI JUGAK AKU BAGITAU... KALAU DAH SAMPAI MASA NANTI AKU BAGI JUGAK AISY MAKAN CUMA BUKAN SEKARANG... ALHAMDULILLAH MAK DENGAN MAK MENTUA AKU DAH BOLEH TERIMA... CUMA ADER JE SEDARA YANG TAK BERAPA MARA ASIK PAKSA ANAK AKU MAKAN. SIAP SURUH PAKSA / SUAP ANAK AKU DENGAN MAKANAN LAGI DEPAN AKU. SAKITNYA HATI! RASA NAK MENANGIS RASANYA BILA BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG TAK FAHAM BAHASA MACAM NI.

SELAMA 4 BULAN AKU DAH BERUSAHA UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK ANAK AKU IAITU SUSU BADAN. AKU SANGGUP BERHABIS DUIT UNTUK BELI SUPLIMENTS, BREAST PUMP ETC. DUIT AKU SENDIRI! AKU ULANG DUIT AKU SENDIRI! BUKAN DUIT SUAMI AKU... BUKAN DUIT MAK AKU ATAU DUIT SESIAPA SO APEHAL DIEORANG NAK MENYIBUK?

AKU BERUSAHA KERAS MENGEPAM, BUAT STOK EBM UNTUK AISY... BUKAN AKU MINTAK SEN DENGAN DIEORANG PUN... APER DIEORANG NAK KISAH? HMM... MENCI TAPI APE NAK BUAT DALAM HIDUP NI SELAGI ORANG TU MASIH HIDUP SELAGI TULAH AKU KENA MENGADAP DIA. HUH.

ITU SEBABLAH AKU BELUM YAKIN NAK HANTAR ANAK AKU PADA ORANG LAIN. THE END!




Tuesday, October 4, 2011

Lagi-Lagi Pasal Susu dan Shaklee...:-)

Alhamdulillah... semenjak seminggu yang lalu aku dah dapat buat stok ebm buat aisy... Dah tak payah nak gundah gulana susu tak cukup ke hape... Alhamdulillah sepanjang siang tadi aku dah dapat mengumpul hampir 14 oz ( 4 oz dah guna sebelum aku pergi kerja tadi). Balik tadi tengok ader lagi dalam 4 oz yang tinggal dalam freeze. Yang beku pun ade 2 botol besar dalam 9 oz dan dlm 8 botol kecik 2 oz... insyaallah malam ni nak tambah lagi...

Mungkin ade yang rase ebm yang aku hasilkan xlah seberapa pun... tapi alhamdulillah setakat ni aisy masih lagi belum merase susu formula macam mula-mula dulu. Sekarang pulak aku dah dapat kumpul stok ebm semula. Alhamdulillah.

Tapi sayangnya masih ada jugak yang tak faham pasal konsep pengepam ni contohnya :

# Kerap mengepam atau menyusukan baby, susu akan berkurangan. so kena tunggu sampai breast penuh atau keras dulu baru boleh mengepam semula. Mula-mula aku ingat macam tu jugak tapi bila aku rajin bertanya dengan member kat group shaklee gbs barulah aku tau tanggapan tu tak benar sama sekali. Kerap mengepam atau menyusukan sebenarnya membuatkan kilang susu kita tambah produktif! Kalau tak percaya boleh search kat internet! Atleast mesti mengepam kalau berjauhan dengan baby atau menyusukan baby sekerap yang mungkin. Kalau tak maka susu akan berkurangan.

# Tak kisahlah korang makan vitamin jenis ape sekali pun pastikanlah jadual mengepam korang tu konsisten. Jangan ponteng! Ader banyak lagi produk yang boleh korang cuba. Terpulang pada kemampuan dan azam korang. Kalau korang dah mula giveup, susahla jawabnya nanti.

# Korang merungut susu merudum tapi korang macam tak ada inisiatif je nak tambahkan susu. Benda lain yang mahal-mahal korang sanggup beli tapi untuk kesihatan anak korang mula pikir berkali-kali. Aku bukan nak promote shaklee je sebab aku memang tau produk ni memang bagus. Aku sendiri dah cuba dah masih lagi mencuba... Alhamdulillah hasilnya dah nampak tapi ada jugak yang masih tak percaya. Terpulanglah korang.





Monday, October 3, 2011

TQ Shaklee! :-) ** Selepas.


 





TQ Shaklee! :-) ** Sebelum.





Saturday, August 27, 2011

Owh Rupanye Tak Boleh Goncang Da...


Don't Shake the Milk
Linda J. Smith, BSE, FACCE, IBCLC

Why not?

Because shaking expressed mothers' milk (or boiling or freezing it) denatures the shaped molecules of the protective proteins, leaving only the pieces - the amino acids - the parts. Lactoferrin, lysozyme, and other protective components work their protection magic when they are in their original shaped molecular structure. Some components remain intact, even during freezing, shaking or heating. They not only protect the gut from many kinds of infection, but also prevent inflammation of the gut lining. Even broken up, the separate amino acids are still really good stuff and are digested by the baby as nutrients.

Imagine a set of pop-beads assembled into a necklace or bracelet. When the beads are acting as a bracelet or necklace, they are doing their job as protective elements. When you break apart the beads, you have in your hand many individual chunks of amino acids which are then digested.

Cellular components are also susceptible to damage by physical stress. After all, they are living cells.

With mother's milk, you get at least two functions for the price of one. With manufactured formula, you only get the individual beads, never the necklace or bracelet. And never the living cells.

So, please handle human milk gently, respectfully and kindly. It's far more than perfect food for babies - it's a living tissue and protective shield too.


sumber : http://mamayangcekal.blogspot.com/2010/01/tolong-jangan-digoncangkan-ebm-itu.html

pssst : Pernah jugak aku terbuat macam tu...Hehe. Nasib baik tak ape-ape.. Ni dah tau info ni xmo goncang lagi dah! Share info untuk sume...:-)









++Jom Kita Tukar Link!++