My Nuffy

Showing posts with label kisah Cinta mama dan babah aisy. Show all posts
Showing posts with label kisah Cinta mama dan babah aisy. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Berwajah Baru.


Belog Mama berwajah baru suda...


Belog Babah Aisy pun berwajah baru jugak...

Jemput-jemputla jengok belog mama dan babah aisy ye...:-)






Sunday, March 6, 2011

Kisah Pagi Ni... Kisah Hantu Kak Limah!


Awal-awal pagi lagi mama dan babah aisy terkekek-kekek tengok cerita Hantu Kak LImah Balik Rumah sambil tunggu misi datang check mama. Nasib baiklah babah aisy cuti, dapatlah habiskan masa terluang di pagi hari dengan babah aisy sambil tengok movie...Weeeee... Seronok owhh...

Sejak Kawen rasanya belum sempat lagi mama dan babah aisy nak pergi menonton wayang... Nasib baik SIL mama ade cerita ni so layan jerla... Sambil tu pekena roti telur dengan oat... Perghhh... Kekenyangan rasanya...

Pagi tadi bp mama 100/60 je... Tak kena bebel tapi macam biaselah... Dia nasihat mama makan lebih sayur-sayuran terutamanya bayam... makan hati or kerang... Bukan makan hati yang sakit hati tu ye...Hehe. Kak Earna kata makan epal hijau pun boleh jugak. Dulu memang mama ni berhantu kalau makan epal hijau tapi sejak pregnant, mama kurang... memang jarangla makan epal hijau ni... Masam! ( padahal dulu-dulu mama hantu asam tau!)

Misi jugak pesam supaya mama minum susu banyak-banyak. Kalau boleh 3x sehari... Mama ni biasalah... Pelupa ya amat! Kalau pagi mama dah minum susu, mesti lepas tu mama lupa nak makan ubat pulak sebab misi pesan tak boleh makan ubat dengan susu. Nanti ubat tak serap... Kalau minum dengan air jus buah digalakkan. Mama kan... biasalah pelupa... Malam kalau dah masuk bilik memang malas nak keluar lagi dah. Terus lupa lagi nak minum susu atau makan ubat.... Kesian baby aisy mama ni...:-)

Lepas misi balik, mama sambung balik tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tadi... Memandangkan hari ni punya cuaca memang panas sangat, sambil tengok movie tu mama boleh terlelap... Lepas tu mama ingatkan mama sorang je yang terlelap, mama tengok babah aisy pun sama jugak...Movie tengok mama dengan babah aisy rupanya...Hehe.

Walaupun macam tu, mama dengan babah aisy tetap habiskan tengok movie tu sambil menggodek speaker angah mama sebab speaker laptop tak kuat. Bila dah pasang speaker angah mama tu ape lagi... Rase macam tengok kat panggung wayang betul dibuatnye... Tu yang syok nak tengok sampai habis tu.

Kesimpulannya cerita Hantu Kak Limah tu memang kelakar walaupun ade beberapa babak yang mama rase macam tak patut je... Contohnya masa kaki usop kena lenggek dek mesin tu... Padahal usop tu jatuh meniarap... Entah macam mana lepas tu boleh pulak die elok je terduduk... Tak boleh blah betul... Ape pun cerita tu dah buat mama dan babah aisy happy pagi ni. Hantu Betullah!Hehe...




Thursday, March 3, 2011

Apa Yang Penting???? KerjaSama!


Semalam mama hantar babah aisy pergi kerja lepas hantar mak mama pergi tempat urut kaki tu... Nasib baiklah mak mama sanggup tunggu... Mula-mula babah memang tak bagi mama hantar die... Babah aisy risau mama memandu jauh-jauh macam tu... Dah malam pulak tu... (mama memang ada masalah memandu memalam... silau). Tapi nak buat macam mana... skuter babah pancit... Langgar lubang mase nak balik kerja hari tu kat batu anam... Babah dah cuba pam tapi tak boleh jugak... Babah nak hantar pergi workshop tapi takut kena ganti tayar pulak macam hari tu... Duit lagi.... Hurm... Bukan sikit-sikit kalau nak ganti tayar... Nak-nak kalau tayar skuter, kata babah aisy... Makan jugak puluh-puluh macam hari tu....

Nak bawak kereta wira, lagilah banyak belanja untuk isi minyaknya... Nak isi minyak viva lagi... Belanja makan lagi... Owh tak boleh- tak boleh... Tu yang mama buat keputusan nak hantar babah aisy pergi kerja semalam... Tak apalah susah sikit... Mama tak kisah pun.... Lagipun dari awal lagi mama dan babah aisy dah janji.... Segala susah senang biarlah kiteorang yang tanggung bersama... Kalau boleh taknak menyusahkan orang lain lagi terutamanya mak mama dan IL... Apa yang penting????! Sabar.... dan kerjasama! :-)

Kalau orang nak padankan muka mama sebab pilih babah dulu.... terpulanglah... Mama tak pernah kesal dengan pilihan mama. Kerana ada babah aisyla akan hadirnya Aisy dalam hidup mama... Mama bersyukur sangat... Alhamdulillah.

Pagi tadi mama jugak yang jemput babah aisy... Pukul 6 je mama dah gerak dari rumah mak mama untuk jemput babah aisy. Sempat jugak mama maklumkan pada ketua mama yang mama ambik EL hari ni sebab mama takut mama lambat... Daripada mama masuk lambat lepas tu orang lain pertikaikan mama, lebih baik mama ambik cuti je terus. Esok mama kena pergi checkup lagi pulak tu... Nasib baiklah Kak Jun baik hati nak tukar jadual bertugas dengan mama... Thanx Kak Jun!:-) Nanti mama bawak puding buah ye! Hehe...

Masa mama update belog ni... babah aisy tengah tidur dengan nyenyaknya... Pukul 7 nanti babah aisy kena masuk kerja balik. Mintak-mintak petang ni babah aisy sempat betulkan skuter tu... Kalau tak, kenalah babah aisy bawak kereta je... So esok mama kena tunggu babah baliklah sebelum ke klinik... Mintak-mintak bp mama okey esok! (padahal mama terlupa nak makan ubat pagi tadi...Kuikuikui) Doakan mama ye!:-)




++Jom Kita Tukar Link!++