My Nuffy

Showing posts with label kisah kami. Show all posts
Showing posts with label kisah kami. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Kehilangan.

Tanggal 17 September 2O11... pak mertua aku telahpun kembali ke rahmatullah kira-kira jam 3 pagi... Aku dan hubby dapat tau kira-kira pukul 4 pagi... Kebetulan petang tu kiteorang balik rumah mak aku sebab ader jiran aku yang jemput untuk open house. Mengimbas balik pagi Jumaat 16 September 2O11 tu... aku yang ajak hubby balik rumah IL aku... Sempatlah kiteorang pegi makan roti canai mue bagai pagi tu...

Mase kiteorang sampai, mil aku tengah uruskan pak mertua aku tu... die duduk kat kerusi yang mil aku beli sehari sebelum raya hari tu... Mase tu aku tengok arwah ni kurus sangat-sangat... Betis die dah same besar dengan lengan aku... Sempatlah die agah aisy tapi bukan macam kat hospital hari tu... Muka die macam sayu je mase tu tapi aku tak terpikir langsung yang arwah akan pergi buat selama-lamanya...

Tak lama lepas tu arwah mintax nak masuk baring dalam bilik... Lepas tu mil aku pun buka citer pasal arwah ni kat hospital... mil aku cakap mase sehari sebelum arwah nak ke Muar untuk scan ct, arwah ni macam gelisah je... Lepas tu die macam tak sabar nak pegi berubat kat muar tu... Setiap 1/2 - 1 jam arwah akan kejutkan mil aku... arwah sibuk tanya dah pukul berapa, die nak bersiap sebab nanti takut tak sempat... Bila aku dengar macam tu je terus hati aku tak sedap. Berdebar-debar... Rase semacam je tapi aku diamkan sebab taknak dieorang pikir lain pulak nanti...

Bila dah balik rumah, malam tu arwah ader kejutkan mil aku sekali ajak pegi berubat kat muar/benut rasenye tapi mil aku janji nanti kiteorang akan pegi same-same bawak arwah ni... Sayangnya arwah pergi dulu sebelum sempat pegi berubat...

ada sekali tu aku lalu depan bilik arwah, arwah tengah baring kat atas katil... arwah pandang aku lama sangat... Cuma yang buat aku terkilan... selalunya sebelum balik, aku akan salam tangan arwah tapi hari tu aku terus je pegi lepas tengok hubby dengan aisy salam atoknya... memang takder langsung nampak ceria muka arwah mase tu tapi masih jugak aku tak dapat baca tanda-tanda yang arwah dah nak pergi...

Hubby pun terkilan sama sebab tak dapat nak tengok arwah di saat-saat akhir... Tapi daripada apa yang aku dapat tau, mil aku sendiri tak sedar yang arwah dah pegi...

Pukul 4 tulah kiteorang bergegas balik... hubby tak henti-henti menangis... aku sendiri cuba nak menahan tangis... Sepanjang jalan aku beristighfar saja sambil tenangkan hubby... yelah dieorang 1 family memang rapat sangat... daripada sebelum aku masuk dalam keluarga tu pun aku dah banyak kali dengar orang cerita pasal keakraban family mertua aku ni...

Mase kiteorang sampai tu cuma baru ada family kiteorang anak beranak je... Yelah pukul 4 pagi... masuk je aku tengok mil aku dah tak tentu arah... tapi die tak menangis sangat... Risau sangat kalau mil aku pengsan ke ape sebab die ade darah tinggi...

Lepas subuh barulah ramai yang datang daripada surau berdekatan... saudara mara... sahabat handai... alhamdulillah ramai... Terima kasih sangat-sangat kepada yang sudi hadir dan yang memberikan sumbangan... dengan duit tulah segala perbelanjaan untuk menguruskan jenazah diselesaikan... Cuma yang aku terkilan, dalam pada tu ader jugak yang nak ambik kesempatan atas kekurangan orang lain... Tak apalah.. hari ni hari die... tak lama lagi lingkuplah tu!

banyak lagi yang aku nak ceritakan tapi belum ada mood. Ni pun aku asik on off je kat opis ni... Owh ye... pada yang tak tau... arwah pak mentua aku dengan aku ni 1 opis sebenarnye... meja arwah betul-betul mengadap depan aku... Bila nak keluar pun mesti lalu sebelah meja arwah... Tadi memang sebak betul rasanya bila aku berdiri kat tepi meja arwah... Ya Allah... Tabahkanlah hati kami Ya Allah...

Doa Buat Arwah Ayahanda-ayahanda Tersayang

Ya Allah Ya Tuhanku... DaripadaMu kami datang... KepadaMu jua kami kembali... Ya Allah Ya Tuhanku Engkau tempatkanlah kedua-dua arwah ayahanda kami di kalangan orang-orang yang beriman... Engkau luaskanlah kubur mereka... Semoga mereka aman dan tenang di sana_ Al Fatihah.






Thursday, April 21, 2011

Kesah Hujung Minggu... Masyuk!!!

Seperti yang mama janjikan... mama nak storyla sikit pasal hujung minggu yang lepas... Dalam en3 Minggu yang memenatkan hari tu mama ada story serba sedikit pasal aktiviti yang mama buat kan... So sekarang mama sambunglah story tu...

Selepas semalaman mama tak tidur... awal paginya mama dah kena kejut dengan babah aisy... Adeh memang terseksa betul rasanya bila tak cukup tidur ni... Aisy memang tak pernah bagi mamanya tidur lena pun selama ni... hehe. Lepas bersiap-siap... mama dan babah aisy terus hantar puding untuk pertandingan dulu... Da sampai kat tempat tu... Mama segan, babah pun segan... Adeh! Macam mana ni??? Sudahnya mama dengan babah aisy patah balik rumah IL mama... Sampai rumah tengok-tengok dieorang tak adalah pulok!

Yang ada cuma tinggal tok mak je... Macam biasalah... bak kata babah aisy... Non Stop Talking! Kehkehkeh. Baru je duduk tak sampai 1o minit mama dan babah aisy keluar balik. Tinggalkan nini kat rumah dulu... Kali ni nekad jugak paksa babah aisy hantarkan puding tu... Bila babah aisy balik ke kereta, babah aisy tergelak sakan... Kata babah... semua yang hantar puding tu buat macam-macam bentuk... Puding mama je yang boleng! Tak ada hiasan... tak ada bentuk yang menarik... Huhu. Confirmla kalah...

Bukan salah mama pun... Manalah mama nak tau kena buat macam-macam bentuk bagai! MIL mama pun tak bagitau apa-apa... Dia cuma cakap suruh mama buat puding... Masa mula-mula tu ada jugaklah terfikir nak buat bentu macam-macam tapi faham-faham jelah mama ni... Otak tak kreatif langsung! Kehkehkeh.

okey enuf pasal puding... lepas breakfast, mama dan babah aisy sudah sedia untuk memulakan bisnes! owh sebelum mama terlupa... mama dan babah aisy nak ucapkan terima kasih pada penaja breakfast pada pagi tu iaitu Poksu dan Ucu Watie! Hehe. Kebetulan pulak terjumpa dieorang tengah breakfast pagi tu... terus tumpang sekaki...


Hanya berteduh di bawah pepohon mangga... tanpa payung atau khemah... Kalau hujan nasibla...Huhu. Alhamdulillah doa mama dan babah aisy dimakbulkan... Hari tu tak jadi hujan... Syukur alhamdulillah... 


Tak lama lepas tu poksu dan ucu datang bawak 2orang budak ni...:-) Aqish dan Idlan yang dah semakin petah berkata-kata... Aqish tak sudah-sudah panggil babah aisy dengan panggilan 'awong'. Seronok sangat tengok telatah dieorang ni tau!


Waktu pagi gerai kami terletak di tepi jalan seperti yang disyorkan oleh babah aisy... Naik tengahari je kiteorang mula beralih tempat... Tak tahan owh... Panas! Kek kukus mama pun dah beruap-ruap jadinya... Air batu pulak dah habis cair... Alhamdulillah rezeki buka gerai awal pagi... Dapatla hasil jualan dalam rm 60++... 
~BIL mama yang masuk sukanika~
~FIL mama pun ambil bahagian jugak~

Aktiviti seterusnya diteruskan pada pukul 2 petang... Petang tu ada jugak yang cuba-cuba nak buka gerai tapi mama dan babah tak rasa tergugat pun... Adakah mama dah mula riak???:-)Hehe... Tak adalah... Mama cuma yakin yang rezeki tu datang daripada Allah dan tetap akan ada tak kiralah lambat atau cepat... Betul tak? Buat apa nak iri hati dengan rezeki orang lain ye tak? Dan alhamdulillah ternyata firasat mama benar belaka...

~muka letih + Sakit pinggang!~


Petang tu rezeki tetap ada buat mama dan babah aisy... Alhamdulillah... Senang hati mama tengok riak dan senyuman di wajah babah aisy... Walaupun babah aisy nampak letih sangat-sangat sebab terpaksa uruskan banyak benda memandangkan mama tengah sarat tapi babah tetap ceria...


Alhamdulillah lebih kurang pukul 6 semuanya selesai...
Balik je rumah... mama terlentang kat atas sofa... Babah aisy yang kemaskan semua benda... TQ so much abi sayang...:-)


Walau macam mana penat sekali pun... mama dengan babah aisy tetap happy hujung minggu tu... Alhamdulillah jugak rezeki aisy tetap ada...
Yang ni kira last project mama dengan babah aisy...
Lepas ni kalau boleh mama nak rest je... Tak larat owh... Kaki dah asyik membengkak je... Tapi kalau babah aisy nak belanja makan kat Seoul Garden, MP... Mama on je!Hehe.


Jemput singgah kat Belog babah aisy & aisy On9 Boutique!:-)









Thursday, February 24, 2011

Babah Aisy Kena Darah Tinggi!

Semalam babah aisy dapat mc. Babah aisy kena darah tinggi! Macam tak percaya mama! Babah aisy muda lagi... baru nak masuk 23 tahun. Hurmm... mungkin babah penat sangat agaknya. Yelah sejak IL tak ada ni, babah aisyla yang buat semua kerja termasuklah kerja rumah. Mama cuma dapat tolong sikit-sikit je.

Risau jugak mama. Tadi babah aisy sms lagi... Baru pas check kat klinik panel die. Darah tinggi lagi tapi dah turun sikit daripada semalam. Alhamdulillah tapi babah aisy tak dapat nak cuti lagi hari ni sebab tak ada orang yang nak gantikan babah aisy. Masing-masing yang keje kat situ ada macam-macam masalah. Yang sorang suspek denggi... Yang sorang isteri sakit... Yang sorang ni pulak kena darah tinggi sudah...

Semalam sempat gak mama usik babah aisy. Mama cakap ni baru kena jaga sorang... kalau ada 2-3 orang adik beradik lagi camner tah? Hihi... Ni belum aisy lahir lagi... Kalau dah lahir sok tak taula macam mana babahnye ni sok. Harap-harap babah aisy cepatlah sembuh. Hari Sabtu nanti dah nak gerak ke JB pulak.

Nak tak nak mama kena gagahkan jugak diri. Tak boleh nak lembik-lembik walaupun kadang-kadang badan ni memang rasa dah tak terdaya dah. Sekurang-kurangnya mama boleh backup babah aisy. Insyaallah.

Cerita pasal nak pegi JB ni, mama hairanla apesal HSAJB yang sikit punya besar tu tak ada sediakan langsung kerusi malas tu. Kasihan MIL mama tu kena tidur atas kerusi plastik tu je. Beberapa hari lepas die ada mengadu kaki die dah naik bengkak dah. Nak pegi beli makanan pun tak lepas. Pastu masa mula-mula kiteorang hantar die pegi JB hari tu pulak, babah cerita MIL terpaksa pecahkan tabung untuk buat belanja kat sana. Mama dah offer MIL supaya pakai dulu duit gaji babah aisy tapi die tak mau. Gaji babah aisy memanglah tak banyak. Dah tolak ini... tolak itu... adelah tinggal sikit tapi setakat nak buat belanja MIL kat sana tu bolehla.

MIL mama ni ada jaga budak. Pendapatan die sebulan kadang-kadang lebih banyak daripada gaji FIL tau tapi sejak FIL sakit dan perlu berulang alik ke hospital, banyak jugak belanja nak pakai. Tambahan masih ada 2 orang lagi yang sekolah tapi bulan ni tak tahulah macam mana. Setahu mama, MIL cuma sempat jaga budak lebih kurang 2 minggu je bulan ni. Babah cakap selalunya dieorang tetap bayar full. Mintak-mintak dapatlah dieorang bayar sebelum mama pegi JB ni nanti. Boleh jugak MIL mama tu buat belanja kat sana... Harap-harap dieorang fahamlah. Kalau dieorang tak faham jugak, nanti mama suruh je MIL mama tu supaya tak payah lagi jaga budak. Duk je rumah diam-diam jaga FIL mama tu je lagi baik. Boleh jugak MIL mama tu rehat sikit. Tak lama lagi nak jaga cucu pulak kan!kehkeh...

Mama bukan apa, kasihan je dengan MIL mama tu. Bukan senang nak jaga budak-budak ni tau. kalau mak bapak depa pun pening dengan karenah depa ni... pengasuh depa lagila tambah pening nak menjaganya. Mama ni walaupun pernah ambil cos pendidikan awal kanak-kanak tapi pening jugak dibuatnya. hehe..

Buat babah aisy, mama doakan babah aisy cepat-cepat sembuh ok. Mama sayang sangat kat babah aisy. Muah muah!




Sunday, February 13, 2011

Dating Lepas Kawen... Lebih Afdal okeh!


Sape kate lepas kawen dah tak payah nak dating-dating lagi? Perlu okeh! Ngeee.... Semalam Hubby kerja pagi. Memandangkan semalam hari Sabtu dan aku pulak memang dah plan awal-awal nak ronda bandar Segamat so dengan rela hatinya aku tolong hantar hubby pegi kerja pagi semalam walaupun terpaksa bangun seawal 5.3o pagi. Bangun je 5.3o pagi tapi siapnya 6.3o pagi. Apa lagi, mencicit-cicitla hubby bawak kereta. Lepas hantar hubby ke tempat kerjanya, aku terus balik rumah mak. Nak jalan-jalan pun masih awal lagi. Sempat jugak mata ni melirik-lirik kat kedai-kedai sekitar Bandar Segamat ni, masyaAllah memang tak terbayang dek aku macam mana rupanya masa banjir hari tu. Banyak kedai yang rosak teruk akibat banjir hari tu.

Tengahari tu pulak, aku datang awal ke tempat kerja hubby untuk hantarkan lunch. Tu yang sampai terdating kat taman bunga tu. Panasnya jangan ceritalah... Entah apa pulak mimpi hubby agaknya sampai nak dating kat taman bunga tu. Saja aku dan hubby pilih gazebo ni tempat nak melepak sambil makan-makan. Hubby yang memang tengah lapar, selamba je makan dalam keadaan panas terik tu. Masa aku ambik gambar hubby kat bawah ni, aku nyaris-nyaris nak jatuh tergelincir sebab tak perasan lantai tu berlapis. Berderau darah aku masa tu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Cemas jugaklah muka hubby aku tengok masa tu. 

Kat taman ni tak ramai orang. Ada sorang dua orang je yang melepak kat situ. Almaklumlah cuaca tengah panas terik. Masa nak balik tu barulah ada 1 couple ni sampai... nampak gaya belum kawen lagi kot sebab muka lelaki tu nampak macam playboy lagi! Haha... Yang perempuannya pulak dressing macam nak pegi shopping siap dengan kasut tinggi ko. Adeh! Kalau aku jadi perempuan tu tak koser de aku nak melepak kat taman cenggitu. Dahla panas terik.... Cair mekap de! Korang sanggup? Berbalik pada couple tadi, aku rasa ada banyak lagi tempat yang lebih sesuai nak berdating daripada kat taman bunga tu. Dahlah tengah-tengah hari tepat tu kan tak ramai orang. Tak sesuai ko! Kalau betul nak dating kat taman ni pun dah kawen lagi afdal rasanya kot (contohnya macam kami...hikhik). Boleh bawak family... anak-anak sekali kan. Lagi seronok okeh. So fikir-fikirkanlah ye...



   



Monday, January 24, 2011

Rasa Macam Baru Semalam.


Dah hampir setengah tahun rupanya usia perkahwinan aku dan hubby tapi rasa macam baru semalam je kami diijabkabulkan. Ceh... Sedar tak sedar, perut aku pun dah mula memboyot. 4 bulan rasa macam dah tak terlarat je nak bawak. Macam manalah yang mengandung kembar banyak t agaknya eh? Eh baru 4 bulan eh? hehe... Yelah, aku bukannya bunting pelamin pun. Tak ada rezeki nak bunting pelamin masa tu. Mungkin Dia nak bagi aku manja-manja dengan hubby dulu puas-puas kot. Hik3x.

Apa pun alhamdulillah, setelah 6 bulan hidup bersama... setelah mengharungi pelbagai rintangan bersama... suka duka bersama... akhirnya terasa sudah kemanisannya. Setelah dihambat dengan pelbagai masalah termasuklah masalah kewangan, masalah kesihatan ahli keluarga dan beberapa masalah lain, akhirnya pintu rezeki sudah terbuka luas buat kami. Benarlah kata orang, anak itu rezeki. Ye memang betul... Dia juga membawa pelbagai rezeki yang tak kami jangka.

Bermula dengan masalah kewangan yang menghambat akhirnya kini kami dah boleh menarik nafas lega. Hubby pun dah dapat kerja yang boleh menjamin masa hadapan kami. InsyaAllah...

Baru tadi hubby jugak ada bagitau yang dia dah dapat surat pengesahan jawatan. Cepat betul. :-) Alhamdulillah hari yang sama, aku jugak baru menandatangani surat untuk pengesahan dalam perkhidmatan dalam masa yang terdekat ni. Itulah yang aku tunggu-tunggu selama ni. Sekarang ni cuma tunggu pelarasan gaji je lagi. SPA tolongla cepat sikit eh...Heeee...

Aku harap lepas ni semuanya berjalan dengan lancar. Aku jugak bersyukur atas rezeki yang tak putus-putus selama ni. Semoga rezeki kami akan sentiasa dimurahkan.Amin.




Sunday, January 23, 2011

Oh Rindunya.


Hari ni Hubby nak balik. Yeeaaayyyyy!!!! Seronoknye... :-) Dah rindu sangat  sama my hubby. Asalnya hubby dapat tiket Cepat Exspress pukul 9.3o mlm tapi aku cari inisiatif lain. Aku cari tiket on9 kat transnasional. Alhamdulillah, lepas macam-macam masalah aku tempuh malam tadi akhirnya berjaya jugak aku booking tiket pukul 6.3o petang untuk hubby. Lega rasanya.

Semalam masa kat kampung, makcik aku bawak mak pegi berurut kat sorang makcik ni. Umurnya sebaya mak je. Alhamdulillah sekarang ni kaki mak dah kurang bengkaknya. Mungkin aku akan bawak mak pegi berurut lagi sekali nanti. Makcik tu ada tanya aku dah mengandung berapa bulan. Bila aku bagitau yang aku baru mengandung 4 bulan, dia macam tak percaya. Katanya perut aku nampak besar. Hehe... Mana tak besarnya, asyik makan je. Dia agak baby dalam perut ni baby gurl. Hmm... ramai gak yang teka baby gurl tapi aku dan hubby tak kisah pun asalkan baby ni sihat, sempurna akal dan fizikalnya cukupla. Hubby pun pernah cakap dulu, kalau anak sulung dia nak gurl.

Kebetulan makcik urut tu ada cucu lelaki umur dalam setahun lebih. Comel sangat. Dia cepat mesra pulak dengan aku. Orang kata kalau baby boy mesra dengan perempuan mengandung maknanya perempuan tu nak dapat baby gurl. Betul ke? :-) Apa-apa jelah kan!

Hubby sendiri dah siap-siap pilih nama baby gurl dia. Yang penting kat pangkal nama baby mesti ada nama Aisy. Maksudnya kemakmuran hidup / kemewahan. InsyaAllah baby ni membawa rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Rasanya sekarang dah boleh beli sikit-sikit barang keperluan baby. Kejap lagi aku nak sediakan senarai semaknya. Taknak nanti berlebih-lebihan pulak. Hari Sabtu / Ahad mungkin hubby dapat cuti. bolehla pegi shopping barang-barang baby. Yeay!

Dah pukul 11.3o rupanya. Aku tak mandi lagi ni... Hehe. Owh baru aku teringat, hubby suruh aku cuci kereta tapi aku tak sempat lagi nak cuci. Agak-agak hantar car wash je boleh tak?Hehe...




Friday, January 21, 2011

Serba Salah.


Sepatutnya aku keje hari ni tapi mengenangkan ada beberapa perkara yang aku kena selesaikan, aku memutuskan untuk ambik EL jelah. Agak serba salah jugak aku dibuatnya tapi rasanya ini pilihan yang baik. Takut nanti ada pulak yang mempertikaikan kalau aku diberi kebenaran keluar pagi dan masuk lewat petang. Almaklumlah, aku bukan insan terpilih untuk disayangi di pejabat. Huhu... 

Kebetulan aku nak semak akaun CIMB bank aku sekali. Semalam masa balik rumah mak aku, aku dapat satu penyata dari CIMB. Dalam penyata tu ada jumlah baki yang aku sendiri tak jangka akan ada dalam akaun aku. Aku cuba nak check kat atm tapi tak boleh. Sekali INACTIVE da... So pagi ni sebelum hubby pegi kursus, dia temankan aku setlekan benda ni. Alhamdulillah bila semuanya dah selesai, barulah lega sikit. Alhamdulillah ada rezeki yang tak disangka-sangka kat CIMB... Dapatla aku bayar balik duit yang aku pinjam kat mak aku bulan lepas.

Lepas hantar hubby ingatkan nak singgah BSN pulak nak buat SSP tapi tengahari tutup pulak. Hari Jumaat kan... Hmm... memandangkan hubby pun tak ada, aku malas nak meronda mana-mana. Letihla... Aku cuma sempat singgah kat kedai perabot untuk tanya pasal harga katil. RM499 untuk katil + tilam 8 inci. Berbaloi x?
Aku cuma survey harga je dulu. Manalah tau kalau dapat harga yang lebih murah kat tempat lain.

Dekat pukul 2.30 petang jugaklah aku sampai rumah. Bila balik rumah, mak aku tak masak lagi rupanya. Maka memasaklah aku ala kadar. Sekadar masak nasi dengan sardin goreng saja dah cukup membuka selera. Lebih kurang pukul 5 petang aku dah terbongkang kat atas katil. Penat owh...

Hmm... dah dekat pukul 11.30 mlm rupanya. Patutla layu semacam je mata ni. hehe... Good Nite semua...




Baru Sekejap Berpisah Hati Dah Rindu.


Rasa macam mula- mula bercinta pulak. Baru pagi tadi aku hantar hubby naik bas ke JB. Sekejap je aku dah mula rindukan dia. Nak buat macam mana, memanglah berat hati nak bagi dia pegi tapi demi masa depan kami... aku relakan jugak dia pergi. Sekejap je taw! Tak boley lama-lama... Nanti aku nangis! Huhu...




Thursday, December 16, 2010

Cekodok Masin

Sebelom aku nak cerita pasal cekodok aku yang masin ya rabbi semalam... aku nak citer kisah pagi semalam dulu...

Alkisahnya pagi semalam dengan excitednye aku bangun awal nak buatkan bekal untuk hubby aku... Sebelom tu kena tanye dulu die nak makan ape... Yelah, lau ikot selera aku, aku buat nasi goreng je... Takyah nak rendam2 mehun tu... Leceh! Nak2 pepagi subuh gitu... Dengan mate yang separuh tertutupnye... Maka memasakla aku dengan sungguh2nye... Campur udang kering... cili api... telor... Hmmm... test cikit... perghhh sodap tekau... Bile dah siap2, terus masuk dalam tapawer... mase tu rase cam bahagianye dapat masak sendiri untuk hubby bawak ke tempat keje kan... Daripada die makan benda bukan2 kat luar tu lebih baik aku sediakan sendiri kan! Jimat pun jimat. Untuk aku pun aku tapaukan sekali. Sonang!

Dipendekkan cerita then dekat nak tengahari tu hubby aku sms... Aku ingatkan kenape... rupenye kate die ade ulat kat dalam mehun tu... Erkkkk?????? Katenye macam ulat gonggok tu tapi dah putus pale... Nasib baik die pasan... Eiiii.... mane pulak datangnye ulat ke jadah tu?????????
Tetibe je mase tu aku rase nak marah plus emosi bagai. Yela, sakit ati tau bile kite dah beria2 masak tetibe hubby kate ade ulat dalam makanan tu!  Terus protes taknak masak lagi dah lepas tu!haha.

Puas aku pikir dari mane datangnye ulat tu... Hubby aku cakap dari siling... ceh! Ulat terbang ke hape? Bile aku pikir2 balik mungkin jugak ulat tu datang bersama2 udang kering tu... Hmmm.. mungkin jugak! Dan bila pikir2 balik, nasib baik hubby aku tak apa2...

Pastu petang semalam mak mentua aku suh goreng cekodok... aku pun excitedla nak buat cekodok gembol cam yang kawan aku selalu bawak tu... Katanye kena taruk air panas... puasla aku godek2 adunan cekodok aku... bile tibe masenye.... haremmmmmm..... lombik! Dah tu masin nak mampos! Naik darah tinggi mak mentua aku... Adoi! Takder bakat langsung nak buat cekodok! Huh...

Tulah kesahnye semalam... Moral cerita ni... Kot ye pun nak jadi isteri mithali, checkla dulu ape yang kite bagi makan kat suami kite tu. Jangan main sumbat je... Sian die kalau termakan benda2 tak elok... Pastu jangan nak hangin satu badan padahal ko yang salah. Haha... Ape da.... Yang penting masak tu biarla ikhlas... Barulah ader feel suami kita nak makan kan... InsyaAllah...

Sunday, October 17, 2010

Minum Petang Di Seremban


Semalam KU, hubby KU and mak KU pegi ke seremban sebab nak ambik gambar kawen KU dekat sepupu KU. Lama sangat dah... photographer tu kate nak poskan tapi tak jadi pulak. Nasib baiklah photographer tu suami sepupu KU jugak (bukan yang dekat seremban ni).

Janji dengan die nak minum petang... dah dekat maghrib baru kiteorang sampai. Leka dok berFB je suami isteri ni...Hehe...




Malam - rush nak balik sebab ade perlawanan bola kat tv. n9 lawan Perlis. Terpakse singgah kat kedai makan sebab nak tengok. hehe....

Oklah... KU nak chow dulu ye... Nak kemas kain baju untuk esok. Hubby KU ni dari tadi dok mengendeng-ngendeng kat KU ni ha nak balik...hehe.... Daaa....... Jumpe lagi 2 minggu ok!

Wednesday, October 13, 2010

++Bila Rajin Die Dah Datang...++

Sabtu lepas KU, hubby KU and mentua families tido kat kampung KP lepas kenduri dekat rumah mak long sebab nak celebrate birthday da boy tula... Since dari malam tu lagi KU memang rase tak sihat dah. Melepet je macam lepat pisang. Mase nilah rase macam nak manje-manje je dengan hubby... Hehe.

Pantang die xde depan mate mulala melilau bijik mate mencarik. Pastu kalau dah jumpe tu yang buat muke seposen tu....Hehe.

Ahad tu pun same... tapi dalam pada melepet2 tu pun KU ni asik nak berjalan je kejenye. Tak reti nak dok diam tak buat pape. Tu kalau kat rumah orangla kan...Kalau kat rumah sendiri, konpemla KU dah berenang kat atas katil tu. Hehehe....

Hubby KU nak tanam rumput karpet kat halaman rumah tu... Bersungguh-sungguhla hubby KU ni nak buat itu... nak buat ini... KU on je tapi nak menolong xdela....hehe.

So pagi tu (pagi ape... matahari dak tegak tas pale dah oi!), KU pun mulalah usha-usha hubby KU ni cari nursery dekat-dekat situ. Yelah dari tak buat pape kan... Walaupun KU ni memang tengah pening-pening lalat. Tapi biaselah... Selalu je buat muke tak poas hati ko! Nak buat KU rase bersalahla tu....huhu.

Tapi bila dah sampai kat nursery tu tak hengat....




Kalau boleh sume rumput karpet kat situ nak diborongnya....Kuikuikui.


Dan hasilnya petang tu..... Setelah berhempas pulas mengemas kawasan laman rumah tu..... Tadaaa...


Hubby KU suke-suke je potong rumput karpet tu ikut selera die... Letak pun main suke-suke je... Entah bile mase die nak siram entahla.... Nak nak sekarang dah keje jauh pulak.... KU macam biaselah... kena tunggu hubby KU kat rumah mentua KU dulu baru balik sekali. Dah tu camno?

Friday, October 8, 2010

++My Hubby's Confession++

Tak sangka betul KU...

Tadi mase KU tengah asyik bubuh losyen Vaseline kat tangan hubby KU, tiba-tiba dia buat 1 confession. Katanya mase KU tertinggal losyen tu kat rumah mentua KU hari tu.... Dia ada curi-curi pakai losyen ni... Sajelah nak test. Bila sampai kat opis, member opis die tegur and tanya die pakai minyak wangi ape? Apalagi... Seganla die nak jawab yang die pakai losyen KU kan... So die cakap ler yang die beli minyak wangi dari member KU...Hehe...


KU akuilah losyen ni memang wangi...:-) nasib baiklah peraduan Vaseline tu dah habis... Kalau tidak boleh jugak KU masuk...Hehe.

Friday, October 1, 2010

++Pow Mengepow++


 Semalam  masa lunch... aku teringin sangat nak makan KFC. Nape tah.... So tengahari tu terus pujok manja-manja dengan hubby nak makan KFC. Dia apa lagi... On jela...

Nasib baik hubby sudi nak belanja tapi dengan syarat aku kena belanja dia gunting rambut pulak. Gunting rambut pun kena belanja jugak....Huhu. Padahal aku rasa die baru je lepas gunting rambut ritu. Ni dah gunting lagi. Pastu sebok nak rambut panjang pulak... Camner tu? Jawab abi!

Okler... Bile calculate balik, x rugi pun. Hehe. Xpela kan... Asalkan hubby aku happy sudah. 


Cube korang tengok tu... Ada beza  x rambut hubby aku ni? Aku rasa camtu je rupenye.... Hehe. - Statement dengki sebab aku tak dapat nak gunting rambut sekali masa tu. Takpe-takpe.... Tunggula lepas ni!


Sambil menunggu, sempat aku interbiu cine tu pasal ubat rambut. Try nak kuncupkan rambut aku yang kembang semangkuk ni. Haha. Ade ke?

Kalau ada sape-sape yang tau produk ape yang boleh aku pakai untuk kuncupkan rambut aku yang ala-ala mariah meggi ni bolehla share dengan aku okeh!

Daaaa....
Muah Muah!!!

++ Alhamdulillah rezeki datang lagi...++


Ini bukan citer pasal aku tapi pasal hubby aku ni. Die ada interview hari ni... Kat mana adalah dirahsiakan... Biarlah kalau betul-betul dah dapat nanti baru aku uar-uarkan kat semua ok. Ni pun tadi sebok suh aku ambikkan gambar pastu masukkan dalam blog. Haihhh... Ape mimpi tah... hehe.

To abi :

Sayang doakan yang terbaik buat abi... InsyaAllah kalau ada rezeki kita kat situ adalah.... Chayyukk abi...:-)

Muah muah!!!

Wednesday, July 7, 2010

Dugaan

Emmmm..... Rasa macam dah lama je tak meng'update' blog aku ni kan. Story yang last pun pasal mee bandung Desa Temu Jodoh tu kan. Hmmmm... nak buat macam mana, dah masuk bulan 7 ni memang dah start bz giler - giler.

By the way, semalam my future father in law baru saja dimasukkan ke hospital untuk operate bisul dekat pinggang dia. InsyaAllah tak ada apa - apa cuma biasalah, orang tak pernah kena masuk hospital kan.... Pastu kena tahan wad pulak, So masing - masing macam terkejutlah especially encik abi. Bakal mak mertua aku pulak kat rumah nampak steady je. Siap boleh gelak - gelak lagi tapi bila dah sampai kat hospital tengok hubby dia penuh wayar kat tangan, mula dah mendung je. Sebak pulak aku tengoknya...

Aku? Aku macam biasalah. Steady je.... Dah semua mendung semacam je takkanlah aku pun nak ikut mendung jugak kot? Kenalah cheer up sikit kan???! Bukan tak rasa sedey ke simpati ke apa (aku ni muka je kejam tapi tak kejam pun ok! Orang je selalu kejam dengan aku... Huhu) tapi awal - awal masa bakal mak mertua aku bagitaw tu aku dah setkan otak aku yang bakal pak mertua aku tu xda pape. Just buat pembedahan kecil je. Tak memudaratkan dia pun. Kalau boleh taknaklah fikirkan benda - benda yang negatif kan. Sebab karang tak pasal - pasal yang sakit bertambah sakit sebab tengok orang yang tak sakit tu macam orang sakit (haha... ni ayat aku bagi kat encik abi tadi).

So janganlah buat muka sedey je depan orang sakit tu kan... :-) Nangis pun kalau boleh jangan! Then semalam puas jugaklah nak pujuk encik abi supaya jangan sedey - sedey tapi tak makan pujuk. Tak tau dah macam mana nak cakap lagi. Sudahnya aku biarkan saja dia melayan perasaan duduk kat tepi tingkap tengok ayahnya. Aku blah tau pulak dia nak kejar tu. Malas nak layan. Orang sepatutnya doakan supaya orang tu cepat sembuh, ni idak.... Sedey - sedey je bukan ley sembuhkan orang tu pun. Huhu.... Bukanlah maknanya aku ni tak prihatin or tak ada perasaan ke apa, just aku tak sukalah situasi macam tu.

Tambahan pulak bakal mak mertua aku tu ada darah tinggi tak silap. Karang tak pasal - pasal naik pulak tekanan darah dia. So anak - anaklah kena bagi support kat dia kan. Hei kalau nak cerita memang panjang lebar rasanya coz ku sendiri pernah jugak merasa menjaga arwah ayah aku selama dua malam kat hospital ni. Penatnya tak usah cakaplah. Encik abi sendiri pun pernah jaga arwah atok dia kat hospital tapi dia tetap emo..... Huhu.

Hopfully bakal pak mertua aku tu akan selamat menjalani pembedahan tu and dapat menghadiri majlis kami 31 haribulan ni nanti. Barang - barang untuk buat pelamin mini and kepala katil dah beli sikit. Yang lain - lain tu je belum lagi. Eiii risau jugak ni tapi nak buat macam mana kan.... Dugaan datang bertimpa - timpa. Encik abi pulak dapat cuti sebab bos dia xcident minggu lepas. Yang sakitnya sampai sekarang tak bayar gaji lagi. Agak - agak boleh buat report x kat kementerian sumber manusia? huhu....

Nanti kalau free aku update persiapan majlis aku tu nanti ea.....:-)
Buat semua rakan - rakan yang mengenali, hope dapatlah sama - sama kita doakan agar bakal pak mertua aku tu selamat menjalani pembedahan ye. Amin.



Wednesday, June 23, 2010

Bila mana....

Hingga saat ini
Masihkah kau meragui sayang
kesetiaan dan keluhuran cintaku padamu
Sedangkan segalanya telah engkau tahu
Dia tidak lagi di hati
Ketika kau hadir dalam hidupku
Sukarkah untuk kau memahami diriku
Sukarkah untuk kau yakini cintaku
walaupun telah sekian lama berlalu
Tidakkah kau merasai cintaku
hanya buatmu
Maafkanlah andai aku melukakan hatimu
Maafkanlah andai aku tak sempurna buatmu
Batinku berserah apa adanya
seandainya kau masih merasa begitu

Tiada niatku membuatmu kecewa
Tiada niatku membuatmu sengsara
Biarlah kenangan itu berterbangan jadi debu
Biarlah cintaku itu hanya untukmu....

Seandainya mampu untuk aku bicarakan tentang cinta
sesungguhnya semuanya hanya tentang dirmu
sandainya aku mampu melupakan segala kenangan lalu
sesungguhnya semua itu hanya untukmu
Hanya untukmu........



Sunday, May 30, 2010

terima kasih sayang:-)


Usia perkenalan kami sudah pun melepasi setahun beberapa hari yang lepas......
"selamat ulangtahun perkenalan kita yang pertama sayang :-)"
setelah beberapa kali buat alasan, last2 baru hari ni dapat ilham untuk uat n3... itu pn lepas aku terdiam seketika time aku baring atas riba dia.....
terdiam dan terfikir..... serta apa tindakan yang patut aku lakukan.....
3 perkara yang tiba2 terlintas dalam fikiran aku.....
lama juga aku tenung dia.... kejujuran serta keikhlasan jelas terpancar dari riak wajahnya.... sudah cukup membuatkan aku terharu atas segala pengorbanan dia terhadapku.... cukup2 besar.....
kenapa aku tidak bertemu denganya seawal dulu........ kenapa???
sekurang2nya aku bahagia melayari karenah manja dia,kesabaran dia serta kasih sayang dia yang cukup2 tinggi kepadaku.... 
jujur... 
aku cukup bahagia bersama dia... lagi2 lepas kami melansungkan pertunangan pada 14/01/2010 lalu....
kasih sayangku padanya makin mendalam.... cintaku padanya cinta yang abadi selamanya...
dengan dugaan dan cabaran yang tak putus2 datang sejak kami kenal, itu semua sedikit pun tak melemah semangat aku untuk terus mempertahan cinta ini.....
ikatan yang dibina cukup kuat... ombak badai, taufan melanda sekalipun aku akan tetap mempertahankan hubungan suci ini....
sejauh manapun aku pergi, seramai manapun manusia yang aku temui, bukan alasan untuk aku berfoya2 kerana dia yang aku cintai lebih sempurna.... tiada wanita yang boleh menggantikan tempat dia dihatiku.... xkan ada..... hanya dia seorang.....
dedikasi khas untuk wanita yang paling aku cintai, NORLIZAR BTE HUSIN....
 abi cinta sayang seumur hidup abi..........


Wednesday, May 26, 2010

Happy 1st aniversary!!!!!!


Semoga hubungan ini berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat
Terima kasih abi kerana membahagiakan sayang
sayang love u so much abi sayang




Tuesday, May 11, 2010

Sambungan : Konvo encik abi

1stly naik train ke Kluang for the 1st time after so many years duduk kat gemas ni.
Naik train pukul 3.57 petang and dijangka sampai pukul 7 petang
but luckily pukul 6.30 dah sampai Kulang
Alhamdulillah.....



kena tunggu encik abi yang belum habis rehersal kat dewan Tunku Ibrahim Ismail
Tak jauh pun dari stesen keretapi
boleh dengar keretapi lalu
Family encik abi yang lain semuanya naik kereta
sampai kira - kira jam 10 malam tu jugak

-The next day-

Testing his jubah
Tak sempat nak hantar dobi
nak iron sendiri dia tak berani
takut nanti rosak
sia - sia je kena bayar RM200!

try his songkok
Lepas tu terus buat facial kat muka dia
prepair untuk majlis konvo petang tu


me looks older hea???!!!!
baju tu actually sangat jarang!
sampai my mother in law terjerit tengok me menantu dia pakai baju macam tu...
hehehe.....
ampun mother in law...
masa dah sampai kat dewan baru perasan ada inner kat dalam kereta
chissss!
he looks so handsome hea... :-)

Mula - mula hanya 2 orang bagi setiap graduan dibenarkan masuk kat dalam dewan
meaning parentsla kan
tapi malangnya ramai yang tak hadir
so dia bagi kebenaran pada sesiapa yang tak ada tiket/kupon tapi nak masuk tengok boleh masuk
ceh.... baik tengok kat luar jela....
boleh jugak nak ambik gambar....
then we olls yang lain duduk jelah kat khemah yang disediakan sambil tengok kat tv screen besar tu

see! tu encik abi...
orang kedua yang akan menerima sijilnya
perasaan???
peluh dah menitik - nitik dah kat dalam tu walaupun sejuk ber aircond!
-ok tipu-

aQish yang sangat comel bila senyum tanpa gigi
hikhikhik
sepupu kesayangan encik abi pun tak lepas peluang nak bagi sokongan moral kat beliau

and finally debaran makin terasa
macam nak sambut tangan tok kadi
peluh dah melurut - lurut ke lantai
-wah tipu lagi-
nama beliau diumumkan


Alhamdulillah.....
akhirnya dapat jugak aku bersama - sama dengan encik abi meraikan hari yang bersejarah ini.... Sempat jugaklah bersms walaupun memang telah dilarang sama sekali menggunakan hp.

Lama jugaklah kiteorang menunggu sebelum beliau keluar dari dewan.
so the next entry aku akan tempek lagi gambar konvo encik abi tu ek!
Daaaaa........


Monday, May 10, 2010

Preparation Untuk konVo encik Abi

Alhamdulillah.... Sabtu yang lepas adalah hari yang bersejarah buat Encik Abi. Hari di mana akhirnya beliau telah berjaya menggenggam segulung sijil ( x bergulung pun... saje nak bagi sedap ayat.... hehe ) dalam bidang lukis pelan.

Walaupun hanya peringkat sijil tapi we olls tetap excited! So awal - awal lagi aku dah janji nak buatkan sendiri jambak bunga buat si dia ni... Even aku tak berpengalaman langsung nak buat benda ni tapi atleast aku try jugak buat coz bagi aku, apa yang kita buat sendiri tu lagi berbaloi and bermakna untuk dihadiahkan pada yang tersayang.... betul tak abi????!!! :-)

So hari khamis tu aku dah start mencari bahan - bahannya.....

untuk bear tu je aku berhabis dekat RM50.... Mahallah kat sini.... Tu belum masuk bahan - bahan yang lain lagi tu.... Kira - kira belanja kasar dekat RM70 - RM80 jugaklah berhabis. No wonderla mase aku tengok kat melaka dulu tu dia jual sampai RM 100++.

Tapi tak apa.... Yang penting hasil kerja tangan aku sendiri. Manelah tau lepas  ni ada orang nak order plak kan.... hehehe.....

okeyla jom kite check bahan - bahan yang diperlukan.....



dan hasilnyaaaaaa......


taddaaaaaaaaaaa

sekian persembahan kali ini.

++Jom Kita Tukar Link!++