My Nuffy

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Kesan Daripada Berpuase.

BerbelOg time!

Nak tidO tapi mate ni terase macam segar bugar plak lepas telan Alfalfa ni tadi... Hehe. Jangan esOk terlajak lagi sudah... Tak larat Owh tak sahur... Dahla bf kan aisy... Kuat menyusu pulak beliau tu... Nasib baiklah makan set B Shaklee ni terase bertenaga jugaklah badan ni walaupun menyusukan... Alhamdulillah... Tak menyesal beli set lengkap die...

Oklah mama bukan nak cerita pasal tu je, mama nak stOry pasal kesan daripada berpuase pada diri mama ni... Mase last mengandung berat mama hampir mencecah 7O kg jugaklah... Macam biaselah kena kutuk manjang dengan member-member... Cuma babah je yang beri perangsang pada mama supaya jangan hiraukan kutukan Orang... Babah cakap babah lagi suka kalau mama tembam. Ahak! BOleh caye ke?

Then lepas bersalin dan masih dalam pantang lagi bila mama timbang kat klinik berat mama dah turun jadi 59 kg... Nurse tu pOn macam terkejut je bila tengOk berat mama turun dengan cepat macam tu... Mase tu memang kembang kempis rasenye hidung ni... Terus cepat-cepat bagitau babah aisy... Babah aisy senyum je...

Lepas je habis pantang, mama mula dapat selera mama balik... Tambahan pulak masih duduk dengan mak... Ape je yang mama nak makan yang mana mase pantang mama dilarang keras makan, mase tu dah bOleh makan dah! SerOnOk sangat menala macam=macam makanan sampai terlupe nak maintain berat... Sampai 1 mase tu, mama cube nak pakai seluar jeans lame tapi tak muat... Mulalah nak rase dOwn je... Tapi babah aisy tetap cakap babah lagi suka mama tembam... Cute! Haha.

Mase tu rase macam nak menangis rasenye! Bila tengOk perut bOrOi tersangatlah sedih. Salah mama jugak sebab jarang berbengkung mase dalam pantang. Lepas pantang tak jaga makan pulak... Semua habis nak dibedalnye... Pakai lOsyen panas pun sekejap-sekejap je... Kejap pakai kejap lagi lupe kejap lagi malas...

Lepas daripada tu, mama cuma berani pakai seluar kembang atau skirt je... Baju pun terpakse beli size L bukan lagi M. Pernah hari tu shOpping kat Mydin, mama beli seluar slack size 2L kO! Hambek kO! Memang dOwn sangat=sangat mase tu. Mama pikir kalau mama naik kerja nanti mesti kena gelakkan sebab badan dah tak slim macam mase anak dare dulu... Perlu mama tunjuk gambar sebagai bukti kah? Ahak. Takyahla ek... Kang 'ter' riak plak ek!Hihi.

Them masuklah bulan puase... Mama buget memang mama nak berpuase selagi mama terdaye... Walaupun menyusukan... Alhamdulillah stOk ebm aisy pun dah bertambah walaupun dalam bulan puase... SO dipendekkan cerita, semalam mama try pakai seluar jeans lame mama mase nak pegi pasar ramadhan... Itupun sebab mama terlupe nak bawak spare seluar dari rumah ke rumah mak... SO surprise! Mama dah bOleh pakai seluar jeans tu!


~sila abaikan baju yang bersepah tu~
Alhamdulillah berjaya jugak mama mengurangkan berat + lemak-lemak yang bertepek kat badan mama... Lepas raye ni tak taulah macam mane pulak...hehe. Ingat nak sambung panjang lagi tapi nampak gayanye mama kena stOp dululah ye... Aisy sudah bangun! Panggilan kecemasan dah tu...Hehe. Kalau ade perkembangan lagi lepas ni mama akan stOry ye.... Wassalam. 

Selamat Bersahur dan selamat beramal!







Wednesday, July 27, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.


Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan pose balik dah kan... Cepat betul mase berlalu. Dalam bulan pose ni jugak mama akan masuk kerja semula. ~kemalasan melanda~ Haha. Kalau boleh nak duduk rumah je menggentel aisy + duit masuk je... boleh? hehe.

Insyaallah kali ni mama harap mama dapat berpose dengan baik. Cadangnye jugak nak duduk rumah sendiri semula tapi bila pikir-pikir balik... hmmm.... leceh jugak sebab :

1) baby nanti xde orang nk jaga. nak hntar k rumah IL, mama sendiri tak tau lagi nak pegi keje naik ape... kemungkinan besar mama naik motorlah sebab babah pakai kereta. memang mama yang tak kasi babah aisy naik motor ulang alik ke PD tu... Bahayalah! Dahla 2 kali babah pernah terserempak dengan pocong. 1 die tengah baring kat tepi jalan, 1 hari tu pulak die tengah berdiri kat celah semak. kalau babah naik motor tah camnerlah gayenye... silap-silap aribulan, pocong tu tumpang babah sampai ke PD...hehe. Kalau mama yang terjumpa entah camner pulaklah kan! Mau seminggu demam..hehe.

2) mama masih seram lagi nak jejak kaki ke rumah tu... huhu. Toyol punya pasalla ni! Tapi sebenarnya mama pun tak pasti benda ni... Bayangkanlah, ari tu (dah lama gak dah... mase dalam pantang) mama ajak babah singgah rumah nak ambik barang. Hari pertama memang tak ada pape yang berlaku... Hari kedua, mama tiba-tiba tergerak nak balik rumah semula sebab nak ambik barang yang tertinggal. Masa tu babah dengan aisy duduk dalam kereta. Bila mama masuk je mama tengok kipas angin terpasang dengan lajunya. Mama pun hairan bin ajaiblah. Mama syak babah lupa nak tutup semalamnya tu. So masuk-masuk je kat dalam kereta mama terus sembur babah! Mama marahlah sebab mama sangka babah lupa nak tutup kipas tapi babah cakap die tak bukak pun kipas. Aik? Ley caye ke? Sebab bukan ape, kenkadang babah aisy ni suka sangat pekena @ menyakat mama. Tu yang kurang percaya tu. 

Oklah walaupun macam-macam yang bersarang dalam kepala otak mama ni tapi mama pendamkan jelah. Then beberapa minggu lepas tu mama dan babah singgah balik ke rumah nak ambik barang lagi. Kali ni babah yang keluar. Mama dok tunggu dalam kereta je. Dah siap ambik barang, babah aisy masuk dalam kereta bising-bising sebab kipas terbuka dengan lajunya sekali lagi. Ha! sape pulak punye keje ni...Babah cakap mama yang tak tutup kipas mase balik hari tu. Isy ade ker... Lepas tu mama pandang babah, babah pandang mama. Mulah bulu roma meremang... Adohai...

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku, mama suruh babah ambik barang-barang kemas mama kat dalam bilik. Takut-takut kalau ade yang menceroboh masuk pulak. Hairan mama sekali lagi sebab barang kemas mama masih ada kat tempatnye dan rumah tak bersepah ke hape. Alamak sekarang pun bulu roma dah meremang dah ni.

~Tiba-tiba cicak jatuh kat mama! Hampeh tul! Buat suspen je...~

Tak lama lepas tu barulah babah aisy buka cerita yang kawannya yang duduk kat area situ ade cakap kat tempat tu kecoh dah ade orang bela toyol. FIL pulak cakap ada orang dok menumpang-numpang kat rumah yang lama kosong. Oleh kerana nak mencari kepastian, lepas je daripada tu mama dan babah nekad nak balik tengok rumah tu. aisy tinggal kejap kat rumah IL. 

Mase mula-mula masuk kat dalam rumah tu siyes meremang bulu roma dibuatnye. Dah tu rumah tu nampak suram je. Mama check kalau-kalau ade barang-barang yang hilang tapi semua ada lagi kecuali duit kertas dalam tabung botol susu aisy. Mama tanya babah, babah cakap babah tak ambik. Seingat mama, mama pun xde ambik duit tu tapi entahla sebab kadang-kadang mama ni pelupa. Bila mama kemas dapur sebab dapur macam dah berselerak sikit, mama jumpa butir-butir kacang hijau berselerakan kat atas lantai. Alamak! Apekah?

Babah ambik keputusan nak 'pagar' rumah tu dengan cara tabur garam + sedikit bacaan. Kebetulan mase babah aisy 'memagar' kat belakang rumah tu mama ade kat dalam bilik berhampiran. Mama ade terdengar bunyi orang menjerit tapi mama ingat orang sebelah kot pasang tv. Mama diamkan je tapi bila pikir balik seram pulak. Hehe. Tulah kisahnya kenapa mama tak duduk rumah tu lagi. Tambahan pulak aisy masih kecik lagi. Tak maulah die ternampak atau terkena gangguan ke hape.

3) sudah semestinya menjimatkan kos. Hehehe. 

Tulah kisahnya... Dah lame tak update belog ni, sekali taip hambik ko!Hehe. Ape pun mama harap lepas ni mama boleh duduk rumah tu semula. Rindu sangat nak manje-manje dengan babah aisy kat rumah tu.Hehe. Eh lupa, nak pose dah ye...Hehe.

~Selamat Berpuase kengkawan~






Thursday, September 2, 2010

shopping time.

31 Ogos lepas mak mentua aku ajak pegi Segamat sebab anak dara dia nak beli lappy. - actually kiteorang pun memang nak hikut sekali. hehe. Saja nak sebok. Sambil-sambil tu aku nak survey barang-barang rumah sekali. Aku ingat nak amik mesin basuh dengan peti ais tapi incik suami nak amik tv jugak. Isy mana boleh tamak-tamak kan?! Kalau nak jugak amik tiga2 barang tu nanti takut terover bajetla pulak. So nak amik ati hubby punya pasal, so aku pun bersetujulah untuk amik peti ais dengan tv jerk. Mesin basuh laterla ye. Tapi semua tu bukanlah nak ambik sekarang pun coz sekarang kan dah dekat nak raye, banyak hutang nak kena settlekan dulu hokeh!

So Lepas settle pasal lappy anak dara tu terus je kiteorang pegi jenjalan sekitar kawasan shooping. Macam biasalah, orang mula berpusu-pusu sebab kat situ jugak ada dibuat bazar ramadhan. Survey2 jugak baju melayu hubby tapi xder yang die berkenan. Aku sendiri pun tak berkenan eh. Tapi takper, banyak masa lagi. InsyaAllah minggu depan ni dapat duit bantuan RM 5oo tu boleh jugaklah buat beli baju raya lagi nanti. Huhu...

Antara barang yang sempat aku beli ritu adalah...


ni senang nak gantung spender..hehe.

Actually banyak lagi yang aku beli tapi malas nak tepek kat sini. Ala kat rumah korang pun aderla benda-benda tu cuma aku je jakun sikit sebab dok rumah baru kan.... Ngeeeee.... So sume benda nak kena beli baru. Nasib baiklah sekarang ni belom ada baby lagi so tak banyaklah barang nak kena beli. InsyaAllah kalau ada baby pulak nanti pun rezeki melimpah ruah lagi. Amin.

Tapi buat masa ni nak ajak orang datang raya kat rumah aku segan sebab kiteorang xde meja makan lagi. hehe. Pinggan mangkuk pun tak cukup sifat lagi neh.

selesai shopping kiteorang terus balik. Then dalam perjalanan kiteorang singgah kat bazar ramadhan taman yayasan. Best jugaklah. Kiteorang cadang nak berbuka kat rumah Londah je coz dah dekat seminggu duduk situ belum pernah sekali pun kiteorang berbuka kat situ. So aku pun bajetla beli ayam panggang segala. Siap beli bekas air batu sekali kat sakan.

Sebelum tu kiteorang beli dapor gas yang kecik tu tau konon2nya nak masak nasik jelah petang tu sebab lauk semua beli je. Tambah pulak mak mentua aku bekalkan extra ayam panggang. Lepas tu punyalah excited kiteorang pun pegilah kedai nak beli gas.Sekali rege die Rm 76.oo ko! Terkedu aku kejap. Terlupa pulak aku yang kalau nak beli gas tu kenala ada tong gasnya. Kalau beli gitu je memangla mahal. Huhu...
Punyalah excited nak memasak langsung semua lupa. Hubby senyap aku pun senyap. Huhu. Terus suggest nak pow tong gas mak aku nanti. hehe. Buat sementara ni aku terpaksalah guna dapor elektrik aku tu dulu. Tu je yang mampu. Huhu.

Sudahnya malam tu kiteorang beli je nasi.

Rasa nak marah pun ada masa tu tapi bila pikir-pikir balik kelakar pulak. Tulah, masa duk umah mak tak pernah amik peduli bab-bab cenggini. Dah kawen ni ha! Hambik ko! Nasib baiklah aku ni dalam kategori 'bolehla jugak masak' kan. Haha. Nantilah aku dah ada tong gas dengan peti ais nanti! Tiap-tiap hari aku update pasal makan jork. Ha bagi korang terliur.

Petang ni nak berbuka kat rumah mak ai pulak sambil membasuh baju sebab kain baju dah selonggok kat depan toilet tu. Mana taknya, semalam elok-elok dah idai balik tu tengok dah berterabor je kat lantai diterbangkan angin. Huhu. Habis baju tidur yang seksi baru beli tu. Wakaka. - statement maut de.

Tuesday, August 17, 2010

Laparnya.

Salah ke kalau saya mengaku yang saya sangat lapar sekarang ni?
salah ke?

Masa nilah saya teringin sangat nak makan kat Secret Recipe's.
Udang galah.
Korean Food.
Oblong Burger daging kambing.
Hmmm.
Takdelah melampau sangat kan?
:-D

Sahur tadi saya cuma makan 2 keping roti kosong + air sunquick oren tanpa gula.
Tu saja yang larat saya nak telan.
Penat dah
asik
makan muntah.
muntah makan.
Pagi tadi tu pun saya dah mula loya bau kopi incik suami + peanut butter.
Tapi tak sampai hati pulak nak muntah sebab incik abi nampak berselera sangat makan.

Takkan saya pregnant kot?
Ada ke orang baru dekat 3 minggu kahwin dah pregnant?
Isy takkanlah.

Saya yakin gastrik saya datang balik sebab sebelum puasa saya kan seorang yang pemakan.
Saya nak makan ubat gastrik tapi tak berani.
Macam mana kalau saya betul-betul pregnant?
tak bahaya ke nanti?

Tapi kalau saya tak pregnant pun saya tetap risau.
Sebabnya sepanjang bulan puasa ni boleh kira dengan jari berapa kali saja saya tak muntah balik lepas makan.
Macam mana saya nak ada tenaga nak buat kueh raya?
Nasib baik jugak tahun ni saya tak ambil tempahan.
Saya cuma akan buat untuk makan sendiri saja.

Hari ni pulak walaupun takde muntah-muntah lagi, saya tetap tak larat sebab sahur cuma makan 2 keping roti kosong.
Lepas tu sebelum pegi kerja tadi saya dah 'melabur' dulu.
apa je yang tinggal?

So sekarang ni saya tersangatlah lapar.
Serius.
rasa nak muntah pun ada.
mungkin sebab angin dah banyak masuk dalam perut.
Kalau saya tidur agak-agak boleh hilang tak rasa lapar ni?

Wednesday, August 11, 2010

Sahur Pertama bersama encik suami

Gambar tanpa edit

Salam semua,
alhamdulillah hari ni merupakan hari pertama saya bersahur bersama encik suami.
Berkat bantuan mak saya yang tak putus-putus mengetuk pintu bilik kami sejak pukul 4.oo pagi lagi.
hehe.
Kalau ikutkan saya, pukul 5.oo pun sempat lagi kot?

Hari ni saya makan sikit je.
Tak ada selera sangat sekarang ni.
saya pun tak pasti kenapa.
Yang pasti, kalau letak setengah pinggan nasi pun belum tentu saya dapat habiskan.
Takkan lepas kawen badan saya nak mengecik balik kot?
Nanti tak pasal - pasal orang kata saya makan hati pulak.
Tak mau.
Tak mau.

petang nanti kami akan berbuka di Kuala Paya pulak.
Ada berbeku dengarnya.
Insyaallahla kalau tak ada aral melintang, sampailah kami kat sana nanti.

Sekarang dah pukul 5.3o pagi.
Kejap lagi masuklah waktu imsak.
Mata saya pulak dah stim semacam je ni.
Kalau saya baring lelap - lelapkan mata sekejap confem saya liat nak bangun kejap lagi ni.
Haihhhh....

Oklah.
Saya nak mengemas dulu ye.
nak cari baju untuk digosok and dibawa nanti.
Selamat bersahur semua.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Tuesday, August 10, 2010

Kerjala...

salam semua.

Alhamdulillah.
Semalam saya dah mula masuk kerja semula.
Tapi yang tak siokkknya, saya kena jaga kaunter selama 3 hari pulak.
Kerja atas meja saya tu pun belum sempat saya nak usik lagi.
alahai....

Bos saya lagi best, siap suruh saya cuti sampai 2 minggu.
Giler!
Saya nak buat apa lama - lama kat rumah tu agaknya?
Nak honeymoon esok dah puasa.
Huhu.

Lagipun hari ni encik abi dah mula kerja.
harap - harap encik abi tak lewat sampai sana sebab pagi tadi kami bertolak dari rumah mak saya.
Bukan saya tak nak duduk di rumah mertua saya tapi memandangkan bilik bujang encik abi sudah penuh dengan bermacam - macam barang so saya putuskan nak tidur di rumah mak saya sahaja.
Esok lusa kami baliklah semula ke rumah mertua saya tu.
Apa nak buat, keadaan ekonomi yang belum stabil membuatkan kami mengambil inisiatif sebegini.

Kalau ikutkan hati, saya nak duduk rumah sendiri.
tak kisahlah beli atau sewa.
Janji saya ada tempat untuk berprivasi saya sendiri.
Ok privasi untuk kami sebenarnya.
Almaklumlah pengantin barulah katakan.
Tapi apakan daya, di sini susah betul hendak mencari rumah sewa.

malam tadi sempatlah jugak berbincang dari hati ke hati dengan encik abi.
Seandainya dalam masa terdekat ni kami tak dapat mencari rumah sewa, mungkin kami akan menyewa di rumah keluarganya di sebuah kawasan perumahan tak jauh dari tempat kerja saya jugak.
InsyaAllah.

Esok dah mula puasa.
Hmmmm
Kali pertama dapat menjalani ibadah puasa bersama suami tecinta.
Nampaknya tak dapatlah saya nak bertarawih bersama encik suami tahun ini.
Kalau dapat pun kena tunggu encik suami bercutilah sebab encik abi masuk kerja pagi dari 8.oo pg - 9.oo mlm.
kalau shif malam pulak dari 8.oo mlm - 8.oo pg esok barangkali.

Eiii tiba - tiba saya rasa tak sabar nak raya.
Hehe.
Mana tidaknya, tahun ni rasa macam sambutan puasa tu macam tak meriah saja.
Walaupun di kawasan rumah mak saya dah meriah dengan gerai - gerai daging @ mantai tapi kat kawasan rumah mertua saya ni biasa saja.
Iklan ramadhan kat tv pun sudah sangat kurang.
Iklan raya sangat banyak.

Apapun saya harap ramadhan ni saya dah beribadat dengan lebih giat lagi terutamanya setelah bergelar seorang isteri ni.
Walaupun kadang - kala saya bagaikan terlupa status saya sebagai isteri orang memandangkan perkenalan dan pertunangan saya dengan encik suami terlalu singkat rasanya.
Bukan gelojoh tapi sekadar mengikut petua orang lama - lama, bercinta selepas kawen kan lagi afdhal.
Lebih terasa manisnya.
insyaAllah.

Mujurla saya mendapat seorang suami yang banyak bertimbang rasa.
Lebih banyak bertolak ansur memandangkan saya sendiri adalah seorang yang sangat 'peminta'.
Harap-harap sang suami akan sentiasa sabar melayan karenah saya ini.
InsyaAllah.


++Jom Kita Tukar Link!++