My Nuffy

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Faraid, wasiat atau hibah?


Dah baring tapi tak boleh lelapkan mata pulak. Dok tonyoh-tonyoh bijik mata yang tengah gatal tapi tak mengantuk. Terus bangun buka pc. Terlebih rajin malam ni nak berblog. Tony, kau duduk diam-diam kat luar tu. Jangan bikin bulu den meremang ye! Tiba-tiba ada lori sampah angkut sampah memalam buta ni. MOTIF?

Ok sebelum kepala naik meong, kita kembali kepada persoalan asal. Antara ketiga-tiga tu yang mana anda faham? Atau tiada satu pun yang ada faham? Kat sini saya sertakan malumat asas tentang pengetian ketiga-tiga persoalan tersebut. Yang lain-lain boleh tanya sendiri incik gOOgle ye.




#kreditincik gOOgle

Faham tak? Okey tak apa, pelan-pelan kayuh okey. Memang akan ambil masa untuk faham semua ni. Just nak share atau dalam bahasa melayu 'kongsi' 2 cerita ni.

Kes 1

Si suami meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa sempat meninggalkan sebarang wasiat atau menghibahkan hartanya. Si suami ada ayah dan ibu yang masih hidup. Manakala perkahwinannya bersama si isteri tidak dikurniakan anak tetapi si isteri mempunya anak dari perkahwinan terdahulu. Malangnya perkahwinan tersebut tidak berdaftar di dalam negara. Masalah timbul apabila kalangan waris mula berebut harta si suami. Adik beradik si suami juga mula campur tangan untuk mendapat bahagian daripada harta tersebut. Akhirnya si isteri telah dihalau keluar dari rumah yang didiaminya kerana si suami semasa hayatnya tidak meletakkan nama si isteri bersama di dalam hakmilik rumah tersebut. Segala harta si suami pula telah diserahkan kepada ayah dan ibu si suami kerana si isteri tidak dapat membuktikan pernikahan mereka. 

Kes 2

Si suami telah bercerai dengan isteri pertama dan berkahwin semula dengan seorang janda. Melalui perkahwinan pertama. si suami dikurniakan anak manakala perkahwinan kedua tidak dikurniakan anak. Dalam situasi yang hampir sama, si suami juga tidak sempat meninggalkan sebarang wasiat atau menghibahkan hartanya. 

Kes yang saya sebutkan di atas hanya sekadar contoh. Sepanjang saya bertugas sebagai kerani kaunter pendaftaran di pejabat tanah selama hampir 7 tahun, terlalu banyak kisah sedih yang dapat saya lihat dan dengarkan mengenai perebutan harta ni. Ada juga anak yang sanggup menipu ibunya sendiri untuk memindahkan hakmilik ibunya ke atas nama sendiri secara tipu muslihat sehingga akhirnya si ibu dihalau keluar dari tanah sendiri. Hampir menitis juga air mata ni bila si ibu merayu-rayu supaya hartanya dipulangkan semula.

Sekadar pandangan peribadi, bagi sesiapa yang mempunya harta seperti tanah atau rumah dan mempunyai waris yang sepakat boleh sahaja memilih untuk berbahagi harta selepas kematian samada mengikut hukum faraid ataupun muafakat waris-waris. Perbicaraan harta tersebut bolehlah dibuat di pejabat tanah di mana harta tersebut berada sekiranya harta tersebut nilainya tidak lebih dari RM2 juta. Manakala harta yang bernilai lebih dari RM2 juta pula boleh dibuat di mahkamah.


*kredit to #www.InfoHartaPusaka.blogspot.com

Bagi yang mempunyai masalah seperti berkahwin lebih dari 1, tiada pemuafakatan antara waris, anak angkat dan sebagainya bolehlah memilih untuk membuat wasiat ketika masih hidup.Ataupun anda juga boleh menghibahkan harta  semasa hidup kepada insan tersayang.



#kreditincikgOOgle

Sekian.

#Penafian :

Penulisan ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.
Wallahualam.







Thursday, February 16, 2012

MACAM MANA HENDAK DAPATKAN SUSU IBU DENGAN BANYAK.

Bila lihat gambar ini, pasti ramai ibu2 diluar sana yang teruja.




~Ini hasil saya sendiri~ 




Bila melihat hasilnya soalan yang lazimnya orang tanya....

" Wah banyaknya. Makan apa boleh dapat banyak ni?"

Pada sesetengah  ibu baru yang belum faham konsep penyusuan, mereka mengandaikan susuibu itu banyak seperti air paip ...terus mencurah-curah begitu sahaja dengan melalui pemakanan.

Si ibu yang makan seperti orang lain juga akan menjawab..."saya makan macam biasa sama macam kalian juga cuma saya amalkan makan vitamin."

Maka si ibu baru tadi pun terus membeli apa jua jenis vitamin si ibu ini makan tanpa banyak tanya. Tapi selepas 4 minggu makan, hasil susunya masih sama. Maka si ibu baru ini terus menyalahkan produk vitamin tersebut dengan mengatakan produk ini tidak bagus dan tidak berkesan. Walhal puncanya adalah si ibu baru ini tidak bertanya dengan selanjutnya.............


Sepatutnya soalan yang seharusnya ditanya :

" Wah banyaknya. Bagaimana nak dapat hasil sebegini ya?"

Jawapan yang tepat yang perlu diberi ialah :


1. Saya membuat perahan dengan konsisten terutama bila anak saya tidur dan tidak menyusu secara langsung dari saya. 
2. Jika saya sibuk ditempat kerja, maka saya akan "counter back" dengan power pumping.
3. Saya menjaga pemakanan dan minuman saya...ditambah saya ambil vitamin demi memastikan kesihatan saya ditahap optimum dan saya dapat meneruskan penyusuan dengan baik.
4. Saya memastikan pengisian rohani supaya saya dapat mengatasi apa jua tekanan yang saya lalui;
5. Istiqamah

*Tidak dinafikan pengambilan supplement yang mengandungi protien dan kalsium membantu penghasilan susuibu dengan cepat dengan syarat si ibu kerap mengosongkan payudara melalui menyusu secara langsung atau sesi perahan yang konsisten. Ini kerana komposisi besar dalam susuibu ialah protien dan kalsium selain zat-zat lain untuk melengkapkan pembesaran dan pertumbuhan anak.




NAMUN , VITAMIN TIDAK BANYAKKAN SUSU. Makan mana-mana pihak yang cuba manupulasi kenyataan saya, saya berdoa moga ALLAH berikan taufik hidayah untuk golongan ini sebelum berkata-kata.

Rata-rata manusia hari ini hanya makan untuk dua sebab :
1. untuk memastikan perut kenyang
2. yang menjimatkan



Rata-rata kita hanya pentingnya kualiti makanan dan taraf kesihatan bila diuji dengan penyakit. Waktu ini supplement yang mahal pun menjadi murah. Berapa ramai yang amalkan pemakanan yang mengikut piramid pemakanan serta menyediakan sekurang-kurangnya sepotong buah dalam menu harian? Jika anda tergolong dalam golongan yang sangat prihatin atas kesihatan, tahniah, kerana anda tergolong dalam manusia yang beringat tentang 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara itu.


Ini pengalaman saya sendiri yang amalkan vitamin sejak mengandung, menyusukan anak dan sehingga ke hari ini...saya makan untuk tujuan kesihatan. Walaubagaimanapun sepanjang menjayakan penyusuan, vitamin membantu saya tidak keletihan terutama bila pulang kerja, saya masih mampu melaksanakan tugas dan rutin harian saya, menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada suami, anak saya tidur lena kerana kekenyangan dengan susuibu dan tidak banyak karenah. Memang susu lebih pekat dari biasa (beza jika terlupa / tertinggal  makan vitamin)...so ianya sebagai satu hasil yang saya lalui sendiri. Apa yang ibu2 dah lalui itulah kenyataan dan tidak dapat diubah. Namun setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza.


Apapun sekali lagi : VITAMIN TIDAK BANYAKKAN SUSU. Ia hanya membantu si ibu sihat dan terus dapat membekalkan susuibu dengan lebih BAIK dari banyak sudut. Sesiapa yang dah lalui mereka akan tahu apa yang saya maksudkan :)





crdit




BERMINAT? ? Nak order boleh email rizqinshoppe@yahoo.com or sms ke 019-4921944 DAN JANGAN LUPA UNTUK  KONSULTASI PERCUMA.  



Sunday, January 29, 2012

TEKNIK Hypnobreastfeeding DALAM MENJAYAKAN PENYUSUAN.


Pernah dengar tentang hypnobreastfeeding? Bukan hippopotamus ya.
Hypnobreastfeeding adalah satu teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar atau subconscious minds untuk membanyakkan susu (cukup untuk keperluan bayi) sekaligus menjayakan penyusuan hingga anak berumur 2 tahun.

Penghasilan dan pengeluaran susu badan bergantung kepada faktor utama : fisiologi dan psikologi. Bila seseorang ibu itu fit dari segi tubuh badan dan emosi, insyaAllah penyusuan pasti berjaya.
Sebagaimana teknik hypnobirthing yang menggunakan kekuatan dalaman untuk memberi motivasi dan kekuatan kepada ibu yang menjalani proses kelahiran, begitu jugalah dengan hypnobreastfeeding yang gunakan kuasa minda untuk meningkatkan motivasi dalaman dalam penyusuan.
Pernah tak jumpa seorang ibu yang menyusukan anaknya sampai 2 tahun yg berkata “Saya tak pernah plan pun nak menyusu. Awal2 dulu memang beli susu tepung siap2. Hari pertama tu memang bagi FM. Pam susu memang tak beli, belajar tentang BF pun tak. Memang saya tak yakin langsung saya boleh menyusu. Masa kerja pun saya tak pam. Tapi susu saya memang banyak berlambak2 sampai terpaksa bagi susu badan kat anak”.

Saya tak tau kalau ada, tapi saya tak pernah jumpa. Yang saya selalu jumpa,

“Saya dari awal niat nak susukan anak, saya tak beli sebarang susu tepung. Dari awal kelahiran saya susukan dia dan saya yakin saya boleh menyusu walaupun susu mulai ada pada hari ke-3. Saya kerap pam dan alhamdulillah susu saya cukup utk anak saya.

Dan yang macam ni:

“Saya dari awal niat nak menyusukan anak, tapi susu tak ada”
“Saya memang nak BF anak tapi tak ada rezeki”
Tahu tak kenapa kita asyik tak ada rezeki? Sebab kita dok selalu cakap kat diri “Kita takde rezeki…” rezeki pun tak ndak datang dekat2 sebab asyik kena halau saja.
Hypnobreastfeeding adalah benda yang paling basic dalam BF, iaitu merasa tenang dan yakin untuk menyusukan anak.

So, macamana nak praktik hypnobreastfeeding ni?

10 Teknik Hypnobreastfeeding:

(1) Memahami bahawa ketenangan itu perlu dalam penyusuan.
(2) Tingkat mood ‘bonding’ dengan baby seperti lihat gambarnya, tengok videonya, dengar rakaman suaranya, etc. Perasaan kasih sayang & baby-bonding ni akan menggerakkan hormon endorfin yang memberikan ketenangan.
(3) Tenangkan diri dengan alunan al-Quran/zikir/muzik yang bersesuaian.
(4) Bernafas dengan teknik yang betul.
(5) Lakukan ‘self-affirmation’ yakni memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.
(6) Jauhkan perkara2 yang boleh mengundang stress dan kesedihan.
(7) Berdoa dengan bersungguh-sungguh.
(8) Jauhi kata2 dan tanggapan negatif seperti “aku takde susu”, “susu aku tak banyak”, “takde rezeki anak aku menyusu badan”, etc
(9) Perhatikan ibu2 yang berjaya menyusukan anak mereka dan visualkan diri kita juga seperti mereka.
(10) Pastikan diri kita dalam keadaan rileks, bersih dan gembira.
Seperti hypnobithing, hypnobreastfeeding berkait rapat dengan natural living jadi ibu2 haruslah mengambil makanan yang tinggi kandungan khasiat, air yang mencukupi kerana keperluan asas tubuh adalah kunci kepada kelancaran aktiviti tubuh termasuklah mencipta ketenangan.
Rileks, dan jangam gopoh-gapah kerana gopoh gapah itu amalan syaitan.
Tapi jangan lupa, psikologi dan settle, fisiologi jangan diabaikan – serta teknik2 asas breastfeeding ===> stimulasi (rangsangan) & konsep supply & demand :)
Affirmation je yang banyak tapi pam tak konsisten tak jadi hokey. Umpama ibu yang praktik hypnobirthing, walaupun dah kurang rasa sakit, tapi baby kena keluar juga ya :)


CREDIT : MOMMY LINA



Friday, November 11, 2011

KASIH SEORANG IBU HINGGA KE AKHIR HAYAT.

terbaca di himpunan cerita sedeh...

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...
CREDIT : JUAIMURAH

Thursday, November 10, 2011

SUSU KAMBING + MADU LEBAH.

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak. Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif (tanpa sebarang makanan tambahan lain atau susu lain) selama 6 bulan sebelum bayi diberi permulaan kepada makanan pejal pada usia 6 bulan.

Menjadi persoalan apabila bayi kecil diserang sakit seperti jaundis, selesema, cirit birit dan sebagainya. Ramai yang menyarankan agar bayi diberi susu kambing sebagai penawar jaundis dan madu lebah sebagai penawar selesema.

Menurut kajian moden, susu kambing tidak sesuai untuk bayi di bawah usia 1 tahun kerana kandungan mineralnya yang tinggi. Begitu juga dengan madu lebah kerana mengandungi bakteria botulism yang boleh menyebabkan cirit-birit.

Namun, terdapat beberapa argument tentang ini kerana:

1) Susu kambing adalah minuman kegemaran Nabi dan dikatakan susu terbaik selepas susu ibu.
2) Madu lebah merupakan ramuan makanan yang disebut dalam al-Quran dan khasiatnya tidak terbanding.
Walau bagaimana pun, berbalik kepada yang asas… Anak manusia disyaratkan meminum susu, secara eksklusif selama 6 bulan. Ada sebab kenapa Allah menyarankan agar seorang anak disusukan dengan susu ibu selama usianya 2 tahun.
1) Nabi SAW dihantar ke desa untuk disusukan oleh ibu susuan, Halimatus-Saadiah, meskipun berlambak2 susu kambing ada di KOta Mekah.
2) Di India, pemberian madu kepada bayi baru lahir adalah penyebab utama kematian bayi di sana.




Kenapa bayi baru lahir tidak boleh diberi minum madu? Kerana perut bayi baru lahir hanyalah sebesar sudu teh. Kalau kita beri madu satu sudu, dah penuh perut dia. Mana nak masuk susu lagi? Kalaupun minum lagi tapi dah tepu madu dalam perut dia.

Walaupun madu tu bagus, tapi belum masanya seorang bayi diberi madu. Macam kita belajar membaca bukan terus baca eksaiklopedia, mula dengan kenal huruf, kenal perkataan… Masa mula perkenalkan makanan pejal kepada anak pun kita tak terus beri nasi. Kita mula dengan makanan separa pejal, bubur, puree, sebelum beri makanan pejal betul2.

Jadi bukan mengarut kalau kata bayi kecil tidak sesuai diberi madu dan makanan lain. Bukan gila kalau ada ibu yang tak berikan anaknya madu lebah makanan al-Quran, kerana bayinya terlalu kecil dan sesuai minum susu ibu sahaja.

Saya rasa kita tak perlu argue lagi tentang pemberian benda2 lain kepada bayi sebagaimana kita tak perlu argue seseorang tu nak beri bayinya susu ibu atau susu formula, sedangkan pemberian susu ibu jelas dinyatakan dalam al-Quran!

CREDIT TO MOMMY LYNA.


   




Bubur Buat Si Manja.

Aisy dah mula makan solid food semalam. Aku buatkan bubur nasi kosong. Dikisar sehalus mungkin... Then mintak mak aku tambahkan susu sikit. Berselera betul die makan kata mak akula... aku tak dapat tengok pun... Huhu. Alhamdulillah akhirnya aisy dah mula makan secara rasminya pada tanggal O9.11.11.

Ape pun stok susu yang aku bekalkan tetap habis...Hehe. Kuat betul anak mama ni minum susu ye. Balik semalam pun aisy masih nak df a.k.a mengopek dengan mamanya sampai mamanya nyaris-nyaris tak masuk opis sebab same-same terlelap atas katil...Haha.

So pagi ni nak cuba kelainan pulak... Nak buat bubur millet + susu untuk aisy!:-)


Millet a.k.a sekoi adalah bijirin seperti padi yang bijinya kecil-kecil bulat. Sekoi atau millet mengandungi karbohidrat yang tinggi, di samping protin dan lemak; yang baik untuk pertumbuhan. Hulled millet, atau sekoi yang dikupas adalah sama khasiatnya dengan beras perang, kerana ia adalah ‘whole grain’ yang mengandungi serat yang tinggi.

Hulled millet boleh dibeli dari mana-mana supermarket dan kedai runcit yang menjual bahan makanan organik. Saya beli di Tesco Seremban Jaya.

 Nak tau hasilnya? Tungguuuuuuu.....Hehe.




47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam

supplemen beracun..cuak tak?..kot2 lah ada makan2 mana2 produk berkaitan..yelah..sekarang ni supplemen melambak kat pasaran.... jom baca artikel berkaitan tajuk di atas dipetik dari berita harian


Idam nak cantik jadi gila

Oleh Faiza Zainudin

faiza@bharian.com.my

2010/08/15

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.Katanya, ada pengguna

meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan

berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.




INFO

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

Kintop

Body Beaus

BMI-9 Xylimming Capsule

Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

Obexlim

Slimax Coffee

Beaute Fit Body Contour

Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

Makjun Taufiq Dua Istimewa

Majun Dua Istimewa

Ginseng Jin Fui Wan

Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

Makjun Syafiq 3 Istimewa

Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

Eriesya Spa Beauty Cream

Atika Beauty Renewal Cream

Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

Ratna Sari Whitening Night Cream

Tia Amelia Krim Jeragat

Chantique Whitening Night Cream

RZAC White Pearl Cream

Nuriz Day and Night Cream

Elite Rias Er Cream

R&Z Whitening Night Cream

Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

Pigmentation Recovery Complex

Zara Rejuvenation Cream

Natasya Krim Herba Gold

De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

Qian Tong Dan

Raja Ubat Resdung

Coral Plus UA 350MG

kesimpulannya..jadilah penggguna yang bijak lagi berhemah... alah membeli menang memakai.. bukannye menang membeli tapi menyesal kemudian hari...
Berhati2 la memilih product. InsyaAllah SHAKLEE
Proven effective, proven save. Dah ada dipasaran lebi 50 tahun.

Credit: K Cery




Thursday, November 3, 2011

Anak Demam? Macam mana ni?


Sebulan lepas lahir aisy memang kerap demam... Risau betul aku dibuatnye... Mungkinkah sebab campur bf + susu formula yang menyebabkan antibodinya tak kuat? Entahla... Orang cakap budak-budak biasalah selalu demam... Hmm...
Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan BASIC-H. 

Apa kaitannya dengan anak demam?
Macam-macammmmm... Salah satu kegunaan BASIC-H ni adelah untuk meredakan panas badan/demam. Aku pernah cuba dan alhamdulillah walaupun aisy demam tapi cepat kebah. Setiapkali mandi aku akan mandikan die dengan BASIC-H ni... Untuk dewasa pun boleh guna jugak.


Selain tu BASIC-H ni jugak sesuai untuk baby yang ader masalah ruam dan kutu.


**kredit to all

Jika berminat untulk mendapatkannya, harganya ialah RM47 untuk WM dan RM69 bagi EM. Harga termasuk kos penghantaran. Boleh email kepada saya @ kdgungu@gmail.com / rizqinshoppe@yahoo.com ataupun boleh sms saya terus O19-4921944. TQ





Target 5OO 0z !


Ini stok EBM aku dulu... Tak berape nak dululah... Baru jugak ni... Mase tu baru dapat setingkat jer... Tiap-tiap hari dok bukak peti ais belek EBM ni... Bilalah nak bertambah.... hati berkata-kata... Hari ni Alhamdulillah.... Dah bertambah lagi 1 tingkat! Wehuuuu!!!


Belum sempat nak kira lagi berape jumlah EBM yang aku dapat setakat ni... Target aku nak capai 5OO oz menjelang tahun baru 2O12 ni nanti! Bolehkah? Ahak. Insyaallah doakan aku ye... :-) Buat mase ni aku masih mengamalkan set B.


Set B (Breastfeeding)


Trial Pack 30days (loose pack) = RM 80 ##FREE GIFT & FREE DELIVERY##
Full Pack 4-6months (bottles) = RM 241.00

* sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar,menyusukan anak,warga emas ...(kecuali mereka yang menghidap SLE dan kecuali mereka yang mengandung)

*** AMAT2 sesuai sekali untuk ibu2 menyusu kerana dalam set ini terdapat alfalfa yang bertindak sebagai penggalak susu

* sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang

* sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk
+

Energizing Soy Protein – Vanilla
850gm = RM 121

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan Shaklee
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti
+
Meal Shakes
RM 91

Makanan Segera, Tanpa Curiga

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.
**Yang ini memang feberet aku. Tambah dengan milo panas atau sejuk + ESP! Yummy!

So harap-harap target nak mencapai 5OO 0z tu akan tercapai sebelum new year ni...:-)
 
Berminat nak dapatkan set trial? boleh email kepada saya @ kdgungu@gmail.com / rizqinshoppe@yahoo.com ataupun boleh sms saya terus O19-4921944. TQ




Wednesday, November 2, 2011

Teman Terbaikku...:-)

Minggu ni minggu demam selsema buat aku... Hubby pulak demam + batuk yang tak hilang lagi sejak 2 minggu sudah... Ubat batuk sebotol dah dihabeskannya tapi tak jugak baik... Disuruh dipujuk supaya makan vitamin tak mau... Banyak sangat dalihnya... Aduhai suamiku.... 

Semalam hubby perli aku... Kate die, takkan makan vitamin C tiap-tiap hari pun tak hilang lagi selsema? Sambil gelak-gelak jahat.

Aku pun jawablah dengan selambanya, vitamin ni bukan tuhan yang boleh menyembuhkan ape-ape penyakit je... Yang boleh menyembuhkan tu hanya ALLAH... Kita cuma berusaha, ALLAh yang menentukan segalanya... Terus hubby tersengih-sengih. Aku amik segala jenis vitamin untuk antibodi dan kesihatan diri aku... Dan alhamdulillah berkat kesabaran aku, hari ni selsema aku dah pun berkurangan... NOW dah xder! 

Caranya... aku akan ambil 1 biji vitamin C sebelah pagi dan 1 biji lagi bila keadaan memerlukan... Alhamdulillah dah tak selsema lagi dah! SEE suamiku...:-) Aisy pun tak ikut same terkena jangkitan selsema... Alhamdulillah... 

Makanya, lepas ni Vitamin C akan jadi teman terbaikku setiapkali selsema..hehe. Don't worry auntie Shiera, kau teman terbaikku sepanjang hayat...:-) My Love Hubby... Sahabat tercintaku sehingga ke syurga..:-) 

 
Set A (Optimum Health)
Trial Pack 30 days (loose pack) = RM 80 ##FREE GIFT & FREE DELIVERY##
Full Pack 4-6months (bottles) = RM 198

* sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar, wanita mengandung,menyusukan anak,warga emas ...

* sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang

* sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk.

Berminat nak dapatkan set trial? boleh email kepada saya @ kdgungu@gmail.com / rizqinshoppe@yahoo.com ataupun boleh sms saya terus O19-4921944. TQ







Wednesday, March 30, 2011

Erk??? Mama Bakal Dapat £2,000.000.00 (Dua Juta Paun)?

Macam tak percaya! (memang tak percaya pun). Ada orang nak bagik 2 juta paun kat mama???! Siapa yang percaya sila angkat kaki tapi pastikan kaki kamoo bukan kaki busuk ye!

Alkisahnya tadi mama ada terima 1 email ni... malas nak cerita panjang-panjang... baca kat bawah ni ye... Lepas tu kamoo boleh buat spekulasinya...

Apa motifnya nak bagi mama 2 juta paun tu? Nak kata mama kena April FOOL... hari ni baru 30 Mac... Haih... Mama yakin ada udang di sebalik kuah tomyam ni. Kalau betul-betul nak menyumbangkan duit, baiklah dia sumbangkan duit dia tu ke tabung bencana ke hape... Dapat gak pahala lebih. Ramai lagi yang mmerlukan selain daripada mama ni (eh mama pun perlu jugak!)  

Ada sesiapa yang dah pernah dapat email semacam ni kah? Ke mama sorang je yang ketinggalan? Huhu... Nasihat mama... janganlah nak percaya bulat-bulat email-email macam ni. Silap-silap haribulan, kita balik yang terkena. Mama mohon sangat berhati-hatilah kalau dapat email atau surat ke hape macam ni. 

So ape tunggu lagi? DELETE la email tu! :-)

nota mama :

Masuk rancangan  JLL pun belom tentu dapat 1 juta dek non....Huhu





Monday, February 14, 2011

Say No To Valentine Day!


firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Fatwa dah dikeluarkan tapi ada jugak selenge yang tak paham bahasa nak jugak sambut hari kekasih ni. Mungkin tahap kesedaran tu belum sampai kot. As 4 me, aku pun takderla nak menyambut valentine day ni. Baik aku celebrate birthday hubby atau ulangtahun perkahwinan kami lagi bagus.

Untuk maklumat lanjut pasal pengharaman valentine day ni bolehla layari

 http://www.islam.my/sambutan-hari-kekasih-salah-di-sisi-islam





Thursday, February 10, 2011

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?

Soalan; Salam. Sy ada beberapa soalan.

1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

sumber : http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/nafkah-isteri-dan-ibu-bapa-mana-yang.html







Tuesday, August 24, 2010

Kisah Untuk Para Suami.

BUAT PARA SUAMI - HARGAILAH PARA ISTERI


Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~

Mat berdoa,“Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu?betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah. “
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.
Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.
Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.
Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, “Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,“Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”

Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? …..Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!

Tiba-tiba~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??”

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,

“Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? Cepat jawab Nab, jawab!!!”

“Laaaaa… buang tabiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya hari itu………

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai untuk anda. Jadi, para suami di luar sana, hargailah isteri anda yer.

sumber : http://pakarhowto.com/info-berguna/sebuah-kisah-buat-para-suami-untuk-renungan-mesti-baca.html

++Jom Kita Tukar Link!++