My Nuffy

Showing posts with label makan - makan. Show all posts
Showing posts with label makan - makan. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Sesekali Mama Teringin…


Semua bahan-bahannya mama dah beli hari tu tapi asyik tak sempat je nak buat… Bila dah ada masa nak buat, koktel buah pulak spoil. Selalunya mama beli jenama Hosen tapi hari tu mama terbeli jenama lain… Hampa betul mama bila tengok koktel buah yang mama beli tu tak berseri langsung. Kusam… Macam dah expired! Sudahnya kenyang masuk tong sampah mama!

Semalam masa repair tayar skuter babah aisy… mama beli je laici sebab koktel buah tak adala pulak… Kecewanya... Tapi teringin punya pasal, bantailah! Laici pun laicilah… Janji mama dapat makan Puding Kastard Laici! Tak kira… Nak jugak! Weehee…

Nak buat pudding kastard laici ni senang je… Mama dapat resepi ni pun dari anak dara cik ghapa yang comel lote, Mija (mesti mija tengah kembang kempis hidung sekarang ni kan!Hehe…). Dah banyak kali jugakla mama buat pudding kastad ni. Masa mama bertunang dulu pun mama buat sendiri pudding ni untuk dijadikan hantaran. Babah aisy pun salah seorang peminat pudding kastard ni tau! Banyak kali dah babah request tapi mama je yang asyik tak sempat nak buat. 

Untuk resepi pudding kastard ni boleh rujuk kat bawah ni ye…

Bahan-bahan kastard

5 sudu besar Tepung kastard
7 sudu gula kastor (mama tambah lagi 1 sudu sebab tak terase manisnya…)
1 tin susu cair
400 ml air

Bahan-bahan jelly

1 bungkus jelly kecil
400 ml air

Bahan-bahan lain

Kek gulung (mama guna perisa pandan)

1 tin koktel (mama biasa guna jenama Hosen tapi kali ni mama gantikan dengan laici dalam tin… Kalau nak guna buah-buahan segar pun boleh…)

Cara-cara

Potong kek gulung mengikut ketebalan 1cm @ kurang kemudian aturkan dalam bekas.

Basahkan kek bersama air koktel (mama guna air laici)

Masakkan tepung kastard, gula, susu cair serta air di atas api perlahan sehingga pekat. 

Kemudian curahkan ke atas kek gulung tadi.

Taburkan buah koktel tadi di atas lapisan kastard sebelum lapisan kastard mengeras.

Jerang jelly bersama air dan curahkan ke atas lapisan buah tadi (mama tambah pewarna merah)

Setelah itu bolehla dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Nota mama :
Puding Kastard koktel ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Sesuai untuk dijadikan hantaran atau pencuci mulut sesuatu majlis.




Monday, February 28, 2011

Hidangan Tengahari Yang Ringkas.


Ayamas spicy drummet ( Segera)
Ikan Sardin Goreng
Sardin masak asam
sayur campur
Pencuci mulut - mangga

Hari ni mama masak yang ringkas-ringkas saja. Nasib baiklah rumah dekat je dengan ofis. Dalam masa 1/2 jam sempatla mama memasak ala kadar untuk mama dan babah aisy. Sardin masak asam tu lebih lauk semalam. Nasib baik elok lagi.

Mama beruntung jugaklah sebab dapat suami yang tak cerewet bab makan ni. Apa yang mama masak, itulah yang babah aisy akan makan tapi selalunya mama akan ikut selera babah aisy. :-) Sebelum masak mesti mama akan tanya dulu babah nak makan apa. Kadang-kadang selera mama dengan babah ni berbeza. Kalau MIL mama yang masak pulak dah tentu-tentulah die ikut selera FIL mama kan!:-) Macam tulah jugak mama... :-)

Tapi sekarang ni mama nak kena hati-hati bila memasak untuk babah aisy. Maklumlah, ada sejarah kena darah tinggi. Hehe... yang peliknya, mama sejak demenjak ni asyik terlebih garam je bila memasak contohnya sardin masak asam tu. nasib baiklah mama dapat cover balik.Hehe...

Hurmm... Malam ni nak masa ape pulak eh?:-)

nota mama :

Nak buat puding buahlah! teringin mak makan!hehe...

 




Wednesday, February 23, 2011

Sarapan Tu Penting Okeh!

Dalam 2 hari ni adelah mama bekalkan babah aisy dan BIL dengan sarapan air tangan mama sendiri. Walaupun mungkin tak sesedap masakan MIL tapi mama tengok bekal sentiasa kosong bila dieorang balik. Alhamdulillah...

Setakat dua hari ni mama tak miss lagi nak buatkan sarapan buat dua orang bofren mama ni. Tak boleh tidak! Walau berat macam mana pun badan mama sekarang ni, mama akan tetap cuba untuk sediakan sarapan dieorang. Bagi mama sarapan ni penting okeh! Mama sendiri tak boleh kalau buat kerja tanpa bersarapan terlebih dahulu. Boleh pitam dibuatnya kalau sarapan dulu.

Kat sini mama nak war-warkanlah kebaikan bersarapan ni :

1) Sumber tenaga

Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi adalah sumber tenaga utama untuk memulakan hari yang sihat. Kajian pakar menunjukkan, remaja yang bersarapan setiap hari mempunyai kehidupan yang berkualiti dan daya tumpuan yang lebih baik

2) Vitamin untuk badan

Remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya. Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur

3) Rangsang fungsi otak

Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B dalam roti atau bijirin mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

4) Kekal langsing

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di
Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan
sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat
badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan.

sumber :
http://inadiena.multiply.com/journal/item/43

Walaupun sekadar me goreng dan ayam segera ayamas saja yang mama sempat sediakan, mama tetap akan buatkan. Selain tu mama jugak bekalkan babah aisy dengan roti telur kegemarannya. Maklum sajalah babah aisy sekarang ni pemakan orangnya. Sentiasa rasa lapar. Selalu jugak babah aisy mengadu kat ofis tak sempat nak keluar beli makanan tambah kalau tak ada orang nak gantikan babah aisy. Lagipun dah banyak kali babah aisy beli makanan kat luar pastu sakit perut. So lebih baik mama yang sediakan makanan untuk babah. Jimat pun jimat! 

Masing-masing bukan tak ada duit belanja tapi mama memang suka nak masak untuk dieorang berdua tu. Seronoknya lain macam walaupun terpaksa bangun lebih awal menyediakan semuanya. Padahal masa MIL mama ada, tau-tau semuanya dah tersedia. Mesti tetiap pagi MIL menggeleng-geleng kepala tengok perangai menantu die yang seorang ni. Huhu....

Entahla... kalau MIL mama yang masak jarang-jarang mama turun padang nak menolong. Pertamanya, seperti yang semua tahu mama ni kan bekerja... jadi masa untuk ke dapur tu memang terhad. Kalau balik makan tengahari, semuanya memang dah siap masak. Keduanya, MIL mama ni selalunya akan masak banyak pada siang hari so malam cuma kena panaskan je lauk kalau nak makan. Kalau MIL mama tak masak atau ada yang baik hati nak belanja makan lagi senang. Order je kat kedai bawah tu.

Yang ketiganya, MIL mama ni selalu kata gini kalau mama tanya ade apa-apa nak tolong tak,

'xpela... dah tak ada pape lagi ni... Kejap lagi masaklah ni....'

Ada 2 maksud, sama ada maksud MIL mama tu nak mama tolong tapi berkias atau die memang tak nak mama kacau die kat dapur. Cuma ada masa-masanya saja MIL mama tu akan panggil mama tolong kat dapur.

Kadang serba salah jugak mama dibuatnya. Yelah, dahla duduk menumpang kat rumah IL tapi maleh! Aduh... sakit kalau orang cop mama pemalas. Menantu pemalas? Lagi sakit! Itu sebablah mama lebih selesa duduk kat rumah sendiri. Boleh buat sesuka hati! kehkehkeh...

So lepas ni jangan culas-culas bersarapan lagi okey! Buat para isteri... masak untuk suami tu adalah satu kenikmatan... wallahualam.




Saturday, January 22, 2011

Morning Guys!

Hmmm... Bangun pagi dengan perasaan yang malas sekali! Kejap lagi aku dengan mak nak balik kampung. Makcik aku heboh suruh kami balik sebab dia dah masak rendang ayam denak. Wah macam sedap je bunyinya. Hubbylah paling kecewa sebab tak dapat nak join sama balik kampung kali ni. Kepingin benar dia nak makan rendang makcik aku yang super power tu. Rendang hitamlah katakan...

Makcik aku ni memang dah lama berkecimpung dalam dunia masakan ni. Banyak kali jugak dia masuk pertandingan masak lemang kat tempat dia dan ada jugaklah dapat tempat. Dia jugak ada mengusahakan pembuatan roti canai segera yang dah pun diimport sampai ke luar negara. Pendek kata, dia ni memang rajin dan pandai mengintai peluang perniagaan.

Sesiapa saja yang datang atau balik ke kampung memang takkan menolak rendang makcik aku ni. Family aku adalah diantaranya..:-) Daripada mana dia belajar pun aku tak tahu. Anak dia, kak ita pun pandai jugak memasak tapi western punya. Samalah dengan aku. Pernah jugak testing masak masakan kampung atau masakan nogori tapi masih tak dapat menandingi kehebatan mak aku.

Hmm... bila pagi-pagi dah cerita pasal makan ni mulalah perut berkeroncong. Tak sabar nak balik kampung!




Wednesday, December 1, 2010

Mee Bandung Desa Temu Jodoh...


~tetibe cam teringin sangat nak makan mee bandung kat desa temu jodoh~

Saturday, October 16, 2010

Popia Nestum yang mengenyangkan!


Dalam pada KU tak larat ni... sempat jugak KU buat popia nestum untuk KU sekeluarga kudap-kudap mase tengok perlawanan bola sepak antara Selangor dan Kelantan semalam. Senang jugak nak buatnya cuma amik mase sikitla sebab KU xde assistant. Hubby KU kalau dah mengadap bola memang tak hengat.Hehe...

Resipi popia nestum ni KU ambik dari blog Kak Hana @ Hana's Family. Terima kasih Kak Hana sebab share resepi ni. Lepas ni bolehla KU buat bisnes popia nestum pulak raye nanti. Hehe.



p/s : tempahan dibuka sekarang ye. Hehe...

Monday, October 4, 2010

++ Mee Hailam KU++


Sebenarnya petang semalam mentua KU cadang nak datang rumah mak KU tapi tak jadi pulak padahal KU dah siap-siap beli bahan nak buatkan mee hailam... Hmmm... Nak buat macam mana kan...

So malamnya mak KU buat permintaan KU masakkan mee hailam tu jugak. Bila dah ada yang menyebut kenalah buatkan. KU pun dah lama tak buat mee hailam ni. Main agak-agak je ni. Nasib baikla mak KU and hubby KU kata sedap. Hehe....

hubby KU 2x bertambuh sampai tak sentuh nasi pun malam ni. Sambil tengok N9 lawan Kelantan, saje KU tambahkan mee dalam pinggan dia tanpa dia sedari... Hehe. Ampon ye abi... :-) Hubby KU kalau dah mengadap bola memang tak hengat. Kesudahannya n9 seri 2-2 dengan Kelantan. Heh, jangan ingat KU in perempuan KU x minat nak tengok bola tau!



Monday, September 27, 2010

++Tuuu... Dia Pak Tam++

Semalam Lepas penat berjalan sakan kat dalam zoo Melaka melawat sedara-mara, kiteorang singgah kat RnR Ayer Keroh. Bukan kat Restoren Jejantas tu tau tapi sebelum dia tu. Baru lagi kot... Entahlah, lagipun aku dah lama tak berjalan ni.

Alhamdulillah sedara-mara kiteorang tu sumenye sihat-sihat belaka. Pak Belanglah yang paling gembira dengan kehadiran kiteorang sampai dia tak henti-henti mengaum. Bila ambik video, dia boleh senyap pulak. MAlulah tu orang ambik gambar die.

Ah! Nak citer pasal makan dululah.

Masuk je kat tempat tu, dari jauh lagi incik suami dah terover excited nak makan kat Tuuu... Dia Pak Tam ni. Aku pun baru 1st time nak cuba jugaklah kan. Bak kata Pak Tam... Sedap boleh rekemenkan... Tak sedap sonyap yo dah. Yoko? hehe. Padahal yang sobona eh incik suami ni nak makan kek situ sobab nak ghaso duduk kek kusi dio yo....


Tah apo yang sodap bona ontah. Kok ado jual nak yo den boli an lotak kek ghumah. Pehtu kito orang pun odala mee robush dongan kuew tiew Sup. Pok dennyo kueh tiew sodap yo ghaso eh sikit. Pok dio raso apo tah. Nyosa yo dio.

Maso omak eh suh poi carik ayah eh kek surau, den ingatkan dio dah abih makan sobab bilo den tanyo dio nak laie tak kuew Tiew tu dio kato dah konyang. So bilo den tengok lamo bona dio poi carik ayah eh, den pun mulolah gatal kaki nak poi menjongok kodai kek sobolah eh tu. Tak lamo tu dio datang kek den wek muko spusen.

"kenapo?" den tanyo dio.
"asal tak tunggu.... abi nak makan lagilah... Nak makan Kueh tiew sup sayang tu.... Alih-alih tengok tadi orang tu dah angkat je..." nada macam nak menangeh pun ado.
"alalala... mano sayang tau... Ingatkan abi dah sudah makan tadi..."

Huhuhu... Tulah cito eh. Sudah eh kono yo den pujuk bolikan coklat ice blended 1. Tu pun kono bodal dek paris. Sudah eh......

p/s: haha! nak tengok poning tak poning korang baco blog den ni!

Thursday, September 23, 2010

++Kerabu Mangga Ala-Ala TCR++


Kerabu mangga kegemaran mak aku. Kebetulan hari tu masa beraya kat rumah sedara kiteorang, mak nampak mangga muda elok je bergayut-gayutan. Apalagi, terus dia teringat aku selalu buat kerabu mangga. Motif cerita ni? Aku yakni anak dia memang pandai buat kerabu mangga daripada anak-anak dia yang lain. haha!

Bila mak dah mintak aku buatkan, haruslah aku tidak menolaknya kan? Kalau sang suami yang mintak aku buatkan lagilah wajib kan!wink! wink! (p/s: ada makna tu abi...kikkikkik)

Thursday, July 15, 2010

15 hari lagi.....

Salam semua,

15 hari je lagi..... Perasaan? Bertambah tak keruan dibuatnya. Sila jangan tanya kenapa! Haha... Bermula semalam, aku dan encik abi dah mula mengedarkan kad kawen kami.

Tadaaaa......

Just a simple card yang aku design sendiri. Warna merah dan hitam tu adalah tema bagi pelamin aku. Yang penting kehadiran tuan puan amatlah dihargai. Wah gitu...

Actually semalam aku ada kerja kat Seremban so kesempatan itu aku dan encik abi gunakan untuk mengedarkan kad - kad kawen kami. Ada jugak kawan - kawan task force dulu yang aku jumpa tapi terlupa nak bawak kad lebih pulak. Segan pulak nak ajak tanpa kad.Huhu...

Tapi pada mana - mana yang terbaca blog ni atau kat fb tu jemput - jemputlah datang ye 31 Julai ni nanti ye.
Nak jemput sorang - sorang face to face tu memang tak danlah rasanya. Semalam pun penat giler - giler dah rasanya. Dari Seremban 2, rumah shiera and kekzam sampailah rumah kakak aku kat rembau. Nak singgah kampung rumah makcik aku pun tak dan. Singgah Secret Resipe dan! Haha...


Last datang secret recipe ni dengan Nurul. Masa temankan dia beli kek untuk buat hantaran abang dia. Masa tu makan manjanglah tak habis walaupun sedap tapi sekarang ni, macam tak cukupla pulak. hehe....

p/s : Dah lama tak makan korean food.




Saturday, July 3, 2010

Mee Bandung Desa Temu Jodoh


Mee Bandung Desa Temu Jodoh..... Nampak macam biasa je kan? Just a simple mee bandung tapi sedapppppppppp.........

Pertama kali makan kat warung ni a few month ago. Second time pulak last week masa dalam perjalanan balik dari Kluang lepas ambil barang - barang encik abi.

Kedai dia kat tepi jalan tu je tapi kalau tak biasa jalan kat situ mesti tak perasan punya. Lagipun Lampu jalan kat situ tak ada. Yang ada cuma cahaya lampu dari kedai tu saja. Kalau jenis yang memang penakut, konpem tak berani nak makan kat situ sebab tempat dia macam seram - seram sikit taw. eiiiii.......

Pernah jugaklah otak aku yang nakal dan penuh imaginasi ni terfikir yang kedai tu mungkin kedai berhantu. Ala macam cerita - cerita yang pernah kita baca dulu. Bila ada orang singgah makan kat satu warung ni waktu tengah  malam kononnya nak berhenti makan tapi sebenarnya warung ni tak wujud pun. Then benda yang dia makan tu sebenarnya ulat and benda kotor je tapi orang tak perasan. Bila datang balik waktu siang tengok warung tu dah tak ada. Eiiii nasib baiklah warung tu ada je siang malam kat situ. Hehehe......

Seriesly aku bukanlah seorang penggemar mee bandung tambahan pulak ada bahan - bahan terlarang dalam rencahnya especially udang kering! Huhu..... Macam ada ulat bergonjeng - gonjeng kat hidung aku ni nanti tapi mee bandung Desa Temu Jodoh punya pasal, aku lenjan je. Lagipun bukan selalu dapat makan kat situ.


Ahad ni kalau sempat lepas hantar encik abi ingat nak bawak mak singgah makan mee bandung kat situ lagila! Jom Follow!




Tuesday, June 22, 2010

Minum Petang Dengan HotCup Tom Yam

Slurrrrrpppppppp........


Hingga menjilat sudu. Punyalah hebat penangan megi cup ni. Sampai luruh rerambut ai tau! Huhu....

Hmm.... petang - petang cenggini dengan mood mendung macam nak hujan tu ditambah pulak dengan sejuk aircond mulalah perut ni berdondang sayang. Yang ado cuma megi cup. Pun dah tersimpan lama kat dalam drawer tu. Pun lupa nak tengok tarikh luput. Ahhhh... Ada aku kesah?????

Luput ke tak luput ke tetap tak elok untuk kesihatan. Cuma kali ni di'excuse'kan. Almaklumlah belanjawan terlampau.

Hmm... petang ni balik nak mulakan operasi macam semalam. Banyak sangat petua petui yang aku dapat dari internet tu. Tak tahu mana satu yang nak dicuba. Tapi yang pastinya setiap satu tu tak menggunakan bahan kimia or ubat - ubatan. Mungkin kesannya lambat sikit tapi tak salah nak mencuba kan?

Ok mata dah mula berat. La...... mengantoklah pulak makan megi ni...........



What's for lunch?

Jawapannya....


A cup of instant nestum.... Itupun setelah berkurun kat dalam drawer tu. Uppsss... Lupa plak nak tengok tarikh luputnya bila! Bantaila.... Yang penting perutku telah diisi. Sisa - sisa lapar tu masih ada tapi belum ada mood nak buat maggi hotcup.

Tengok meja yang bersepah dan tunggang langgang ni rasa macam mual pulak. Nak pegi kencing pun malas sebab tadi dieorang kata toilet takder air. WTH??????

Anyway sabtu ni nak gerak ke Kelantan dah tapi tak rasa pun macam nak pergi berjalan jauh. Biasa - biasa saja perasaan tu. Padahal aku pergi sana sebab nak selesaikan hal nikah kawen aku hujung bulan Julai nanti. Langsung tak rasa apa - apa. Series!

Apa pun kena tunggu encik abi jugak dulu. Bila dia balik nanti, si puteh tu nak dihantar ke klinik. Dah lama sampai masa dirawat tapi kewangan tidak berapa mengizinkan. Terpaksalah menunggu gaji Khamis ni.... Huhu...

Berbalik pada hidangan tengahari ni, sengaja aku just minum instant nestum je. Biasalah dalam proses mengempiskan perutlah katakan.

Ok! Nak pergi join dieorang kat pantry sekejap okey! Dieorang ni kalau makan macam buat kendui kat belakang tu! hehehe...... Jom serbu!!!!!!!!!




Wednesday, December 30, 2009

Ni Diet ke Haper ni?

Petang ni bos aku tak ada.... Dia pegi Melaka... tapi cc aku ada... Tak kisah... Sebab aku and the geng memang jenis tak makan saman punyo! Nak kuar pun suko - suko hati... Makan - makan kat pantry tak henti - henti. Pagi dalam pukul 8 lebey dengan sarapan paginya... pastu pukul 10 sarapan rasmi pulak... Pukul 1 kuar... kengkadang terlajak gak sampai pukul 2.30. Pastu sambung makan tengahari pukul 3. Pukul 4 minum petang lepas tu kalau takda customer, lepak depan tv sampai balik... (Ni keje ke tak keje ni? hu3x). Buat macam opis sendiri je kan? Haha... Tu belum kira masa untuk main game lagi... Tulis belog macam aku buat sekarang ni... Hikhik... ( ampun bos.... *_^)

Bunyi macam seronok je kan... Huhu... Itu masa lapang - lapang gitu. Masa tak lapang adalah masa aku jaga kaunter. nak bergerak ke toilet pun tak sempat. Itu belum kira kena maki hamun dengan customer lagi. Nak pegi musollah pun kene tunggu giliran. Makan pun macam tak ada selera je... Kenalah beli Kepsi untuk adakan balik selera tu. - alasan! Ahak3x... Owh citer pasal Kepsi ni... tadi tiba - tiba aku teragak nak makan kepsi. ( mentang - mentanglah kat Gemas dah ada Kepsi...Huhu). Padahal pukul 11 lebih tu aku dah melantak megi kari dengan budak - budak ni. ( p/s : budak lagi ke? Dah jadi mak - mak orang dah oiiiiii! haha...)

So bila aku dah boring main game tarzan tu, baru aku teringat yang aku kena bayar duit motor + duit deposit yang aku janji semalam. Alang -alang dah bosan tu... aku pun blah pegi pekan walaupun dah nak dekat 1.30 masa tu. Lepas settlekan semua... aku pun mengendeng - ngendenglah ke kepsi. Nasib baik tak ramai orang. Mula - mula dulu jer dieorang macam jakun sikit dengan kepsi ni termasuklah aku... Haha. Aku sms nurul tanya dia nak beli chezzy wedges tak tapi dia senyap jerk. Hah! tidolah tu... So aku belikan jer sekali sebab biasanya memang dia nak kirim benda alah tu. Dah ondaway balik baru dia kate nak... Heh.. Lambat! Hik3x

Sampai jer opis, terus ngapppp... tak tunggu - tunggu lagi dah. Lapaq... (osah hei... kuek makan!) Sos pulak abes.... huhuhu... langsung terbantut aku nak menikmati kepsi yang sedap hingga menjilat jari tu. Sudahnya aku sedekah je kat kengkawan aku... Sambil berborak tu tak sedar dah tinggal tulang jerk. Huk3x... korang ni... Aku pun sama... dah borak - borak and makan - makan... lupe yang aku cas hp kat atas meja kak jun. Sedar pun sebab dengar kak jun jerit hp aku berbunyi... ada 3 sms and call dari MAc... baru je nak call balik, dia dah call. Rupenya dia carik aku sampai ke pekan sebab aku tak balas - balas mesej dia. Huhuhu... Sowielah abi... sayang tak sengaja...

Tulah kesahnya... Kesah aku dan kepsi yang hingga menjilat jari kaki... Eeeiiiyek! Mood aku sekarang ni MAKAN MAKAN MAKAN. Tak ada yang lain selain makan. Biasalah dah hujung - hujung bulan ni. Camner nak diet? Sekarang ni petang dah start jogging balik taoi balik rumah melantak... Cik Kiah la... Pantang dia kalau aku balik aku tak makan! sebabnya aku kena teman dia makan! Huhu... MAc buat masa ni dia kata dia tak kesah dengan badan aku yang makin membulat tapi kalau jumpe tak sah kalau dia tak perli perut aku yang boncet tu... Huhu... Camner tah nak diet... Nak kurus... Jog pastu melantak sakan... Beli benda alah gerdel tu tak pakai pun... kejap jerk.. beli lotion tapi malas nak sapu... Camner?

p/s : muat ker baju yang aku tempah nanti ni? Huhuhu....

Monday, November 9, 2009

Waklu kena pegi Kursus pulak...

Baru je rileks2.... anje... kena pergi kursus pulak! Haiihhhhh... Kalau dekat takper gak... Ni kat JB nun
!
!
V


Kalau  nak pergi honeymoon ok gak ni...Huhuhu

.....The Zon Regency Hotel JB.....

 

 
Baek punya swimming pool

dulu masa time bujang - bujang dulu bestla nak g jauh - jauh ni...
(Bujanglah sangat....Hikhikhik)
Yelah kan
dulu single mingle
sekarang bakal jadi...
ehem -ehem
hehe
takderla
pasan dah jadi binik En Fauzi kejap
....kononla kan....
Hmmmmm
sekarang baru aku paham kenapa kakak2 aku yang dah kawen kat opis ni maleh amat nak pegi kursus!
.....alahai anak omak....
I baru jor dok sms En Fauzi
dia pun kena g kursus gak 12-15hb ni
Pastu I plak....
Waaaaaaaa
......Kejamnya......
Tak shuker2x!

Friday, September 4, 2009

.:entry pasal makan:.

0keh! Duk diam2 shume. Aku nak pk ni. Ha3x. P0y0 jer kan!
Baru 3.30 pm. Lambatnye nak buke p0se... Hu3x. Upssss.... ley batal p0se aii k. Baru 3.30 pm da pk sal bab makanan. Cam budak2. Malu jer kat anak2 tau. Anak saper? Takkan anak aku... k0rang ni... Da tentula anak 0rang. kan3x???!!

s0 bagi mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang aku ni sementara tunggu backup selesai, aku nak share ngan k0rang aper yang aku suke tentang makanan. Tak taula normal ke tak bagi k0rang kan! Kite mula dari :

1. Garam 

Aku suka makan garam kasar terutamanya yang jernih 2. Aku pun tak tau camner aku ley dapat tebiat ni. P  lau mak aku nampak mesti dia bising.

2. Mangga Muda

Mangga muda + garam perghhhh.... Meleleh beb. Takpun uat kerabu mangga. Susah2 sangat nak cari mangga uat kerabu, g jer kat The Chicken Rice Shop. Mase sk0lah dowlu aku mang suka makan mangga muda yang dikupas & terus cicah garam kat tangan. hu3x. Tebiat tak ilang sampai skang p da kurangla sket bab gigi ngilu. hu3x. 2 3 ari ni aku sanggup panjat kusi semate2 nak petik mangga muda kat tepi umah aku 2. Cam ngidam plak asenye. Eik! Jangan macam2 ea... Babab t!:-)

3. Daging Lempap

Aper 2?haha. Aku tak pastila betul ker tak aku eja tu. Yang pastinya raye memang tak miss spesis daging tu yang direbus sampai emp0k n kemudian dikeringkan. Dapat plak cicah dengan air asam limau. Perghhh...

4. Coklat Badam

plez hadiahkan aku coklat badam mase betday aku t ea! Time tulah aku merasa sangat2 sayang kepada korang. he3x

5. Kuaci Hitam

keras nak mamp0s p memang feberet aku. Makan sampai gatal 1 muka. haha.

Ah...yang len maleh nak citer r. uat aku terliur jer.huhu. Dah2x... aku nak g uat backup ni.
bubuy...
:-)

++Jom Kita Tukar Link!++