My Nuffy

Showing posts with label petua petui. Show all posts
Showing posts with label petua petui. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

TIPS BERNIAGA SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF.

Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:

1. Sikit, tapi untung

Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar.

Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).

Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham

2. Banyakkan sedekah atau infak

Berapa ramai antara kita yang selalu bersedekah apabila mendapat kesenangan? Bilasudah mahu miskin, baru terlintas ingin bersedekah? Itu adalah konsep yang salah, seharusnya kita bersedekah ketika senang dan sihat!

3. Usaha secara berterusan

Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.

4. Keyakinan yang jitu kepada Allah

Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.

Semoga kita beroleh manfaat.. Amin

By: Abang Isaifuddin Bin Abang Noran (Asoi).
 



Wednesday, January 4, 2012

Petua Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta.

Hari tu masa hantar Kelly pergi klinik rupanya dia dah terbuang air kecik kat atas kusyen kereta. Baunya aduhai menusuk hidung betul walaupun dah dibasuh berkali-kali oleh babah aisy. Dah dekat 2 minggu pun baunya masih tak hilang. Segan betul bila nak tumpangkan orang...Huhu.


Lebih kuranglah baunya macam gambar kat atas ni tapi lagi menusuk! Hancing ko! So penyelesaiannya... Tadi saya ambik roti yang dah lama kat dalam peti ais pejabat nih kemudian letakkan je merata kat atas kusyen kereta. Alhamdulillah tak lame je lepas tu baunya dah berkurang. Fuh lega...



Sama jugak kalau terbawak durian dalam kereta, confirm baunya semerbak kan! So boleh jugaklah gunakan petua tadi tu untuk hilangkan bau durian. Dah banyak kali dah cuba cuma babah aisy je yang tak berapa nak percaya...Hehe.

Tapi makesure guna roti biasa/putih je okeh! Jangan pulak gatal-gatal nak letak roti kaya ke hape kang habis bersemut kereta korang saya tak tau...Hehe.

Sekian, Wassalam.




Friday, December 2, 2011

Tips Untuk Elak Anak Selalu Demam.

 Tips untuk elak anak senang sakit dan demam.

Saya nak kongsikan beberapa tips yang mudah-mudahan boleh dimanfaatkan 
bersama demi memastikan anak sihat, cergas dan sejahtera selalu :

1. Pastikan anak konsisten minum air kosong.
 
Betapa pentingnya air telah dibuktikan apabila muka bumi kita dikelilingi dengan 
lautan ALLAH yang sangat luas. Maka pentingnya air kepada badan kita. Untuk 
memastikan anak ... kita suka minum air, salah satunya cara ialah menyediakan 
air kosong di dalam cawan atau botol minuman kegemaran si kecil. Itu yang saya 
amalkan di rumah. Setiap sebulan, saya akan menukar cawan minum anak-anak 
saya supaya mereka akan kerap minum apabila melihat cawan kegemaran mereka.


2. Sediakan air yang mengandungi pro biotik seperti yogurt ,vitagen dan jenis sepertinya.
Minuman ini bagus dalam membantu penghasilan bakteria baik di dalam usus 
dan ia membantu kelancaran proses pembuangan.


3. Pastikan ada buah-buahan dalam menu harian.
Ia wajib supaya mereka sentiasa mendapat hasiat vitamin C, serat dari 
buah-buahan kerana rata rata , anak-anak tidak gemar makan sayur. Pengambilan 
buah buahan membantu kelembapan kulit sentiasa terjaga dan ia juga membantu 
agar mereka tidak mengalami masalah sembelit.


4. Pastikan mereka mandi dua kali sehari atau 3 kali sehari apabila demam. 
Ini membantu agar badan tidak dehydrate selain membersihkan mereka dari 
kuman dan bakteria.


5. Berikan mereka minum air kelapa muda sekurang-kurangnya seminggu sekali 
walau hanya seteguk dua...ini kerana air kelapa bagus untuk proses detox...dan ia 
membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik.


6. Hantarkan sedekah pada anak-anak yatim atau golongan yang memerlukan, 
niatkan agar anak2 sejahtera, dipelihara dari sakit. Anak demam atau sakit 
berlarutan biasanya adalah teguran ALLAH atas rezeki yang kita ada tidak  
dikongsi kepada golongan yang memerlukan.

Cubalah amalkan...

Credit : Kak N

Tuesday, April 26, 2011

Merawat Kaki Kejang Ketika Hamil.


Dua tiga minggu lepas mama kerap sangat mengalami kaki kejang... Terutamanya waktu tidur... Sakit owh... 

Bila dah kena sekali mesti sakitnya berlarutan sampai berhari-hari... Babah aisyla yang jadi mangsa tukang urut kaki dan betis mama... Hehe. Disebabkan dah kerap sangat kejang kaki... hari tu mama cuba pakai stokin waktu tidur... Lepas tu mama letak kaki atas bantal sofa... Alhamdulillah lepas tu kejang kaki mama makin berkurangan...
Selain daripada tu mama juga gunakan bantal panas untuk legakan bengkak kaki dan sengal-sengal kat pinggang... Lega rasanya tau bila guna bantal panas tu...


Untuk tempahan bantal panas boleh email kat mama @ kdgungu@gmail.com. Harga bantal panas yang mama tawarkan hanya RM 45.oo sahaja (bermagnet) termasuk sarung. Murah kan?! Hehe.

Sempat lagi nak promote tu...Hehe. Sesiapa yang berminat bolehla contact mama okey.

Manfaat bantal panas

·         Depresi
·         Pundak terasa kaku
·         Sakit pinggang
·         Darah tinggi (hypertension)
·         Sakit kepala (headache)
·         Encok (rheumatic)
·         Masuk angin
·         Susah tidur (insomnia)
·         Darah rendah
·         Asam urat
·         Memulihkan varises kaki (neurasthenia)
·         Kedinginan (cold)
·         Lesu/lelah (tiredness)
·         Melancarkan peredaran darah
·         Sakit urat syaraf (nerve pain)
·         Membakar lemak di tubuh
·         Menurunkan kolesterol 
 
 




Friday, April 22, 2011

Petua Nak Hilangkan 'Hiccup' @ Cegukan.

Tadi masa dalam kereta, tiba-tiba babah aisy hiccup! Lamalah jugak... Sampai kat opis pun tak berhenti... Sebelum tu mama suruh babah aisy tutup hidung sambil telan air liur tapi babah masih jugak hiccup...


Mama pun selalu gak kena dulu... Puas gak cari petua macam mana nak hilangkan hiccup ni... Kalau baby yang kena biasanya orang tua akan letak benang baju yang dibasahkan dengan air liur kat dahi baby tu... Kalau orang tua takkan nak buat macam tu jugak kot??? Ei macam tak sesuei ajo kan! So mama cube cari petua untuk hilangkan hiccup ni...

Antara petua yang mama ada cuba yang tulah... Picit hidung lepas tu bila rasa nak hiccup terus telan air liur... (sebenarnya die suruh tutup hidung sambil minum air... tapi kalau tengah emergency guna aje air liur...hehe) 

Masa babah aisy buat tak jadi tadi mama hairan jugak... Apesal mama buat ok je tapi bila babah aisy buat tak jadi pulak... Mama diam jelah sampai kat opis... Bila tengok hiccup babah aisy tak berhenti jugak terus mama picit hidung babah aisy kuat-kuat sambil suruh die telan air liur bila terasa nak hiccup... Terus hilang hiccup babah aisy... kalau tak jadi jugak tadi confirmlah mama kena sakat dengan babah aisy...Hehe.

So lepas ni kalau ade sesapa yang kena hiccup tiba-tiba bolehla test petua ni ye... Free ajo...hehe.





Monday, October 4, 2010

++Alahai demamla pulak...++


Hari ni KU dari rumah mak KU... Walaupun malam tadi KU tidur lambat, pagi ni xder pulak liat nak bangun. Mungkin sebab KU kena selsema kot tu yang cepat tersedar tu kot. Ye, KU kena selsema... Betullah kata orang tua kot, kalau tekak dah mula sakit tu tandanya nak demam.

Buat masa ni KU masih boleh bertahan lagi. InsyaAllah... Jangan Hubby KU yang demam sudah sebab esok dia nak pergi hantar mentua KU ke Hospital JB. Ingatkan lepas operate dia dah ok... tapi rupenya ada lagi. Macam mana tah buang tak habis. Dahla jauh... Kesian mentua KU tu.

Mintak-mintak esok janganla KU demam... Banyak benda nak kena buat takut tak larat je nanti. Doakan semuanya selamat ye.

So kat sini KU ada sertakan sedikit petua untuk sesiapa yang demam ke, selsema ke, bolehla cuba kalau nak ye... :-)

Cairkan Lendir di Tekak
Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.


 Penawar Sakit Kepala
Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.


Selesema
  1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
  2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
  3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
  4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali

 *kalau tak elok jugak, cepat-cepatla pegi berjumpa doktor ye. Takut melarat. Apa yang KU kongsikan ni cuma untuk simptom2 ringan saje ye.


sumber : http://gemini26576.tripod.com/petua/merawatpenyakit.html 

Wednesday, June 23, 2010

Hari kedua Ops Kurus



Day 2

Macam biasa bangun pagi tadi terus teguk air asam jawa yang aku embunkan malam tadi. Masam giler! Tapi nak kurus punya pasal telan jelah.

Malam tadi pulak kaki berbungkus dengan minyak kunyit & bedak sejuk buatan sendiri. Lebihan air asam jawa semalam dicampur dengan tepung beras. Nak kasi hilangkan parut kat kaki ni. Nak beli bio Oil mahal na... hehe.
 Tepung beras tu lebih buat kuih cucur tak jadi hari tu. Mak cakap aku salah buat. Huhu.... Dah acik tu ajar macam tu.... aku ikut jela kan....Tapi takpe, malam ni aku nak try lagi! Esok aku bawak pegi opis!

Petang semalam pulak aku cuma jamah nasi + ikan goreng + kerang rebus (tak suka kopek kerang rebus!). Cukuplah tu kan lagipun perut rasa full lagi.


 Alhamdulillah malam tak ada rasa lapar sangat. Tapi yang tak bestnya, dah sudah makan, mak aku boleh offer makan durian pulak. Dah tonggang terbalik diet aku. Patutnya makan buah dulu kan! Huhu.... Nak buat macam mana? Mengidam punya pasal makan jelah.... Dari hari tu lagi aku dok terkinyam nak makan durian tapi tak dapat. Hari nilah baru dapat....


Encik abi paling tak suka durian ni tapi kalau buat tempoyak dia makan pulak tu. Bertamboh - tamboh dia makan. Patin masak tempoyak dia tak makan pulak. Eiii pelik betul. Tapi dengan encik abi ni tak susah pun nak bagi makan. Telur masak kicap pun ok jerk. Selera aku je yang len macam. hehe....

So ops kurus hari kedua akan diteruskan meskipun mak aku selalu bising - bising aku buat itu ini. Tak pe 2x... Akan aku buktikan yang aku boleh kurus walaupun tak makan ubat kurus! haha...



Tuesday, June 22, 2010

Time to Kempiskan Perut

1st day

Yakni semalam mulanya.... Balik rumah rest sekejap den terus mandi. Mandi wajib? Belum lagi.... Hehe... Lepas mandi barulah jamah makanan. Nek Kebuluq dah aku sebab tengahari tak makan.... Petang pun tak beli pape..... Sepatutnya tak boleh makan makanan pedas buat sementara ni coz nak jaga perut daripada kena gastrik tapi apakan daya, mak ai tak sah kalau tak masak pedas - pedas. Tak selera katanya....

Hmmm.... then rest sekejap before tungkukan perut sambil baring - baring depan tv. Bila mak ai dah masuk tidur barulah operasi boleh dijalankan! Hhehehe......

Actually petua ni aku cari kat google and malam tadi mase baca buku 'hanya wanita' pun ada bagi petua yang sama jugak so aku pun trylah sebab mata ni sangat sakit memandangnya yang semakin hari semakin membukit macam perempuan mengandung ma.... Huhu....

And percaya atau tidak! Berat aku sekarang mencecah 57 kg! Giler.......

Ni nasib baiklah belum fitting baju ke hape lagi ni.... Kalau tidak confirm kena gelak + kena marah dengan mak andam. Haiihhhhh..... Sangat susah menjadi perempuan gemkos ni..... Baju yang dulu dah tak boleh pakai.... Seluar jeans semua dah sedekah dekat anak - anak sedara aku dah. Kecewa sungguh bila try nak pakai jeans tu tapi tak boleh masuk langsung! Ada pun yang boleh masuk setengah kaki je.... Huhu....

Tu sebablah aku sangat obses nak mengempiskan perut sekarang ini. -tak boleh kata nak turunkan berat badan sebab nanti encik abi marah.....huhu . Tapi encik abi dah pun menetapkan syarat - syarat kalau nak kurus boleh tapi dengan cara tradisional sahaja! Tak boleh nak mengarut - ngarut makan ubat yang bukan - bukan. So this is it!

Berbalik pada operasi malam tadi, aku sediakan bahan - bahan mengikut petua yang aku dapat dalam buku tu iaitu kapur yang dicampur dengan air limau nipis dan asam jawa yang dicampur dengan garam dan segelas air lalu diembunkan semalaman sebelum diminum. Diminum pulak sebelum gosok gigi dan minum air.


Keberkesanan petua ini tidaklah diketahui tapi rasanya selagi tak memudaratkan tak salah kan kalau nak cuba? Wink wink.....

Hopefully dalam masa sebulan ni berat badan aku akan turun sikit tapi bukanlah kurus cengkung macam dulu - dulu coz encik abi sangat cerewet dengan berat badan aku ni. Tak boleh kurus melampau macam dulu yang boleh pakai jeans saiz 26 tu..... Huhu.....

Tak apalah.... yang penting happy! :-)

p/s : Pagi ni tak rasa lapar sangat pun....:-) Terima kasih air asem jawa walaweehhhh.... hehe




++Jom Kita Tukar Link!++