My Nuffy

Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

Tinggalkan Anak Sendirian Di Dalam Kereta? Fikir Sebelum Kena!


Kredit to : www.mummynemo.com

Ni kes lama tapi 2-3 hari lepas nampak ada seorang ibu yang tegar meninggalkan 2 orang anak perempuannya dalam lingkungan usia 2y & 6y barangkali BERSENDIRIAN di dalam kereta yang enjinnya masih dihidupkan! Nampak?? Betapa gigihnya aku nak tulis pepanjang gini menandakan aku sangat geram dengan situasi tu.

Alkisahnya Ahad lepas, Incik Suami mengajak pegi makan roti canai. Lepas makan, pegi pulak singgah kedai RM2++ (Sebab apa ++?? Sebab dah + dengan GST). Pegi Jalan kaki je pun sebab tak jauh dari kedai roti canai tadi tu. Pegi kedai RM2++ pun sebab anak bujang tengah tu sibuk dok tarik tangan mamanya ke sana. Bila dah selesai membeli kat kedai RM2++ tu, kitaorang anak beranak ni pun jalanlah nak masuk kereta semula.KEBETULAN, kat sebelah kereta kitaorang tu ada sebijik MYVI PUTIH. 2x kot aku dok toleh kat kereta tu sebab tengok ada budak dalam kereta tapi tak ada orang dewasa dan enjin dihidupkan!!!

Incik Suami pun tengok sama. Sah memang tak ada orang dewasa dalam kereta tu! Maka sudah semestinya mulut ni mulalah nak menyumpah. Sapelah yang 'cerdik' sangat pi tinggal anak macam tu? Cari punya cari, tiba-tiba anak yang besar sikit tu keluar dari kereta dan tinggalkan adik die yang kecik terus berlari dekat maknya yang ada dalam kedai dobi sebelah kedai roti canai tu. Aduhai menyirap tengok maknya langsung tak rasa cemas langsung. Mungkin mak dia ratu pecut negara kot. So kalau kereta kena larikan, sempat nak pi kejar kot... 

Haloo ahkak. Muka kau cantik tapi otak jangan letak kat lutut. Zaman sekarang, anak kita pegang pun orang boleh bawak lari. Orang pecah masuk rumah pun ambik anak jugak bawak lari. Inikan pintu kereta tak berkunci, enjin hidup. Kecerdikan apakah yang dikau hendak tunjukkan di situ???

Even kalau Incik Suami yang buat macam tu memang kena bebel. Tak sayang anak ke??! Katakanlah eh, kiteorang nak pegi makan, tiba-tiba budak 2 orang tu tertidur. Option pertama, bungkus makan, bawak balik makan kat rumah. Option kedua ni kalau terdesak sangat, cari parking betul-betul sebelah meja makan. Matikan enjin, bukak tingkap sikit dan makan selaju yang mungkin! Pernah jugak nak pegi makan tapi parking dekat tak ada tapi kesian incik suami yang teringin sangat nak makan kat kedai mamak, so aku pun mengalah jelah. Aku duduk dalam kereta dengan anak-anak yang tidur dan paknya makan sambil tersengih-sengih. Nasib baiklah mama korang ni tak minat makan kat kedai mamak anak-anak oii.

Ada juga ketikanya masa nak beli barang dapur, anak-anak ketiduran. Optionnya, paknya duduk diam-diam kat dalam kereta, mamanya pulak yahoo boleh shopping sakan! tapi tak boleh lama-lama sebab nanti paknya muka muncung..wakaka.Tambahan pulak sekarang dah ada Zahirah. Bila Zahirah & the gang dah ketiduran, mama boleh pegi shopping tapi macam dalam cerita RUNNING MAN la pulak. Kalau tak confirm cik Zahirah meraung sebab susu cap gantung dia tak ada!

Ok, serius sesak napas dibuatnya bila mengenangkan mak pak yang berani-berani tinggalkan anak macam tu. Anak kita kandung 9 bulan. Bela sampai besar. Tiba-tiba satu hari hanya disebabkan satu sikap kelalaian kita, anak itu hilang dari dakapan kita. Memang betul, anak-anak kecik memang lasak. Anak-anak aku pun sangat lasak. Ni belum besar yang si kecik ni lagi tapi PLEASE la... TOLONGLAH... Jangan sesekali tinggalkan anak-anak bersendirian terutamanya bila di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan!

Lainkali kalau aku jumpa lagi macam tu, aku matikan enjin kereta dan campakkan kunci kereta korang kat dalam longkang! Tak sayang anak sangat kan??! Aku nak tengok gigih tak gigih korang cari kunci tu balik. Hahaha.

p/s : Baby dalam keratan akhbar tu mesti dah besar sekarang kan? Nasib baiklah ada abangnya. Tak dapat bayangkan kalau abang aisy yang tengah dukung Zahirah macam tu. Confirm mama berhenti kerja terus nak oii!



Friday, November 11, 2011

EMOSI : ADA HIKMAHNYA...

~Hanya orang yang takder perasaan + dengki + iri hati + busuk hati je yang takkan sayu + sedih tengok gambar ni~

Wordless_ Sampai ke tahap ini pun masih jugak ada yang BUSUK HATI lagi dengan kami sekeluarga... KENAPE? Arwah dah xder dah... Tak boleh ke cuba letakkan diri korang di tempat isteri arwah sekejap? Dahla baru kehilangan suami tercinta... MANUSIA-MANUSIA BUSUK HATI ni pulak tak habis-habis nak menyusahkan orang... YA ALLAH... Hanya kepada Engkau sajalah tempat kami mengadu...


Thursday, November 10, 2011

PENGAKUANKU.

Topik hari ni...

'Pengakuanku'

Hari ni saya nak mengaku beberapa perkara :

.
.
.
.
.
.
1) Semalam saya ambik RM 7 dalam akaun MAYBANK suami saya tanpa pengetahuan dia. Lupa nak bagitau. Huhu.

2) Dulu saya selalu skodeng FB ex friends saya. Bukan sebab nak rindu ke hape ye. Cuma nak tau life dieorang sekarang macam mana. Bahagia sangat dah ke dieorang sekarang ni...? Haha. Yang last aku tau, yang sorang tu dah kawen tapi sampai sekarang tak dapat anak lagi. Menjadi ker sumpahan aku dulu...??? Wah takutnya... Haha. Yang sorang lagi dah menjauh. Sampai sekarang masih lagi single kot + masih dengan tabiat yang lama. Hey bilala ko nak berubah...??? Tapi tu dulu... Sekarang life aku lebih tertumpu kepada suami dan anak aku dan aku tak mau hantu-hantu ni kacau hidup aku lagi. Syuhhh syuhhh... Go away...

3) Saya nampak berani tapi penakut sebenarnya...Hehe.

4) Saya tak suka BOS saya sebab... Dia buat partition + grill tingkap tanpa memikirkan keselamatan anak-anak buahnya. Kalau opis ni terbakar macam mana kami nak selamatkan diri...??? Lepas tu bila ada yang merokok dalam pejabat, kami yang merasa azab dan menerima akibatnya! Kesian pada yang peknen... Apelah bos ni...huhu.

5) Saya nak buat pengakuan.... Yang terakhir hari ni... 
.
.
.
.
SAYA CINTAKAN SUAMI SAYA MOHAMAD FAUZI ESA SEHINGGA AKHIR HAYAT SAYA... 

sekian terima kasih.
:-)






Wednesday, November 9, 2011

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.

Ayat yang biasa kita dengar. 
Tapi berapa ramai antara kita yang ambil peduli tentang maksudnya? Berapa ramai antara kita yang betul-betul menjaga kesihatan diri kita?

Darah tinggi
Kencing manis
Batu karang
barah
demam
batuk
selsema

"alah, insurans kan ade... ape guna ambil insurans mahal-mahal kalau tak boleh cover aku bila masuk hospital nanti?"

Macam mana pulak dengan anak-anak kita? Berapa kali dalam sebulan / setahun kita bawa anak kita ke klinik / hospital? Berapa banyak pulak yang kita dah belanjakan untuk merawat anak kita yang sakit / demam?

"alah biasalah budak-budak... selalu demam. "

Alhamdulillah aku nampak jalan pencegahan lebih awal... Untuk diri aku, suami dan anak... Mungkin ada yang menganggap apa yang cakap cumalah untuk melakukan produk yang aku jual. terpulang. Lain orang, lainlah pemikirannya tapi yang aku kesalkan bila ada mak bapak yang merungut sebab terpaksa ambil insurans yang tinggi untuk anak-anak tapi tak mahu ambil langkah pencegahan daripada awal untuk mengurangkan bebanannya. Pelik kan?

Tak aku nafikan insurans tu penting contoh untuk kemalangan etc tapi bukan semua orang yang berkemampuan. Yang berkemampuan silakanlah. Aku pun ada jugak menyimpan hasrat untuk ambil insurans untuk aisy tapi aku tak harap aku akan gunakan insurans tu untuk mengubati demam teruk / sakit teruknya. Setiap hari aku mohon biarlah aisy sentiasa sihat. Tak nak bergantung pada insurans semata.

kalau kita boleh belikan dia ( anak-anak kita ) mainan, burger, aiskrim etc takkanlah kita tak boleh belikan die walau sebotol vitamin?

kalau kita mampu menyediakan sepuluh jenis insurans untuk diri kita dan anak-anak kita, takkanlah kita tak mampu nak membeli walau sebotol vitamin sebagai makanan tambahan kita? 

Adat manusia, lebih memikirkan cara untuk mengubati daripada cara untuk mencegah.

Wallahualam.





Friday, November 4, 2011

No Ayaq Again???! How Dare Die!


Pagi semalam takde air... Pagi ni bangun pun takder air lagi! Aduhai... Daripada malam tadi air kecik jer kuarnya... Nasib baik sempat basuh kain... botol dan pam aisy jer tak sempat nak basuh lagi... Adeh, takkan nak angkut semua ke opis kot? 

Buget time hujan ni air melimpah ruah tapi non ado... huhu. Nasiblah kalau xdok air nak mandi nanti....Adeh! Nak buat aduan kat SAINSla...haha.






Thursday, November 3, 2011

Samseng Jalanan a.k.a Lori Hantu.


Cukup MENYAMPAH aku dengan LORI + Orang yang bawak lori tu sekali sebab hampir-hampir membuat aku eksiden! HAMPEH! 

Tengahari tadi punya hallah... Biasalah tengahari mesti aku balik nak hantar susu aisy... Sampai kat satu simpang ni ader sebuah kereta EXORA tiba-tiba keluar padahal die sepatutnya dah nampak aku dengan LORI HANTU tu memang tengah laju giler! Aku laju sebab LORI tu laju... Lepas tu macam sengaja je nak cucuk-cucuk bontot kereta wira tu... Kalau kereta aku berani nak acah-acah tapi lori ni BAHAYA sikit. 

Mungkin sebab dia nampak PEREMPUAN yang bawak so bolehlah nak diBULI sesuki hatinya. ~ Dah banyak kali dah berlaku... Bila nampak perempuan je yang bawak kereta, mulalah 'JANTAN a.k.a MACHO SANGATLAH KONON' ni takut-takutkan kita kaum wanita yang lemah tak berdaya ni...Huhu. TAK MACHO pun hokey!

Berbalik kisah aku tadi, nasib baiklah aku masih boleh kawal keadaan lagi. Cepat-cepat aku amik corner sikit sambil hon kereta EXORA hangswa tu. Kalau die tak mau ketepi jugak, dengan aku, dengan die sekali kena heret dek lori hantu tu. PADAN MUKA!

Tak habis kat situ jer... Lori tadi masih jugak laju mengejar dari belakang... Entah ape yang nak dikejarnya entah... Jangan sampai ade yang mati lepas ni sudah! Sampai kat satu kawasan ni dia masih jugak nak memotong kereta wira tapi tak lepas sebab ade motor. Cara dia memotong tu pun tersangat bahaya. HAbis semua diredahnya. Sampai kat traffic light tengok lori tu berhenti betul-betul depan aku... Kereta EXORA tadi pulak belakang kereta aku... Apelagi terus keluarkan kamera amik gambar belakang LORI HANTU ni. MOTIF? SAKIT HATI... NAK ANTA KAT JPJ... NAK NGADU BOLEH? HAHA.






Wednesday, November 2, 2011

Singkat Tak semestinya Tak Boleh Bahagia.

Pagi tadi dengar kat radio pasal perhubungan singkat... Owh ye pasal kim kardashian yang kawen cuma 72 hari jer tu...

Radio aper ek? Tetibe aku terlupa + tak hengat langsung! Adeh kenape plak ni???! Ala yang ader usop wilchar tulah... Ha HOT FM laaaaaa.... adohai baru tau lepas google. Aceh! Parah tol penyakit pelupa aku nih! Ok berbalik pasal perhubungan singkat tadi aderlah beberapa orang pemanggil yang sempat aku dengar telefon... Yang pertama ni pasal kawan die ni ibu tunggal... Suka nak berkawan tapi sayangnya bila lelaki dapat tahu je dia ni berstatus ibu tunggal mulalah dieorang menjauhkan diri... Sampai sekarang pun statusnya masih lagi ibu tunggal... Tapi part yang paling best sekali, bila usop tanye ader tak yang mengorat tu berstatus laki orang... jawapannya YA! tapi dia tak terima sebab tak sanggup katanya nak menghancurkan hati kaum sejenisnya... Alhamdulillah dia boleh berfikiran macam tu tapi siapalah kita nak melawan ketentuanNYA bukan? Wallahualam.

 Yang kedua pulak call nak cerita pasal parentsnya yang tak pernah bercinta sebelum kawin alhamdulillah sampai sekarang dah 3O tahun usia perkahwinan dieorang bahagia. So sweet...:-) 

Aku sendiri ader pengalaman yang hampir same... Kisah aku dan abi...:-) Satu perhubungan yang singkat dan penuh dugaan... Tapi alhamdulillah walaupun hanya 6 bulan berkenalan, aku dan abi nekad nak bertunang dan seterusnya 6 bulan kemudian terus bernikah dalam suasana yang sederhana... Alhamdulillah sampai sekarang kami masih lagi bahagia sebab kami bercinta selepas kawen... Ditambah pulak dengan kehadiran cahayamata pertama kami, MUHAMMAD AISY RIZQIN. Walaupun ade yang cuba mengikut jejak langkah kami ader jugak yang tak kesampaian.... wallahualam.

Kesimpulannya singkat atau tidak kita mengenali pasangan kita tu tak menjamin yang kita kenal hati budinya sepenuhnya... Ader yang dah bertahun-tahun bersama pun masih belum dapat kenal lagi hati budi pasangannya tu... Haiiii lah nasib badan... Pernah tengok rancangan Serasi Bersama kan? Ha aper pendapat kamoo semua? Cuba kamoo perhatikan ye, kebanyakannya yang baru berkahwin selalu dapat markah yang tinggi... selalu boleh jawab soalan dengan betul tapi cuba tengok yang dah lama berkahwin... Jarang dapat jawab soalan tentang pasangan dengan betul ... Mungkin dah terlalu lama mengenalinya jadi kita terlupa pasal kegemarannya... Renung-renungkanlah...






Tuesday, November 1, 2011

Rintihan Seorang Isteri.

Nak diluah rasa kelat, nak ditelah rasa pahit... 
Kita ni cuma jadi pak turut... Kerana syurga dah terletak di telapak kakinya...
Tapi sampai bila kita nak bertahan?

Yang muda mudah nak dilentur...
Yang tua EGOnya berbakul...
Putih katanya... putihlah maunya...
Jangan dibantah... Jangan disangkal...
Ape kita takder hak ke?

Kerana sayang kita turutkan...
Kalau dah benci nanti?
Sayang pun melayang...

Dia kuat kerana kita...
kita kuat kerana ape?
Melawan bukan bererti kita tak sayang...
Melawan bukan nak jadi derhaka...
Melawan kita mempertahankan hak kita sebagai seorang ISTERI.
Melawan kita untuk kebaikan.
Kalau melawan tu salah jadi bagaimana lagi caranya?
S.A.B.A.R

Untung sabut dia akan sedar...
Untung batu... Hanya Allah yang tahu...

Wallahualam.






Monday, October 24, 2011

Memanjakan Biar Berpada.

Seorang emak akan menangis/sebak bila tak dapat menunaikan permintaan anak tersayang... Walau sesusah mana sekalipun hidup... Permintaan anak no 1. Tak salah memenuhi permintaan anak tapi biarlah berpada-pada... Takkan kita nak ikut je semua kehendak die kan? Tak pandai belajar pun takpe asalkan anak gembira???! Tak reti aku nak ikut perangai macam tu... 

Zaman kanak-kanak aku pun bukan semua kehendak aku dipenuhi mak ayah aku...  Walaupun aku anak bongsu a.k.a anak manja... manjalah sangat... Rajin jugak memintak macam-macam tapi tak pernah pun mintak barangan yang harga puluh-puluh ringgit ke ratus-ratus ringgit... Tak pandai. Tak pernah dapat pun! Tapi budak-budak sekarang lain. Mintaknya handphone/iphone/psp/ps3. Aduhai... Kalau mak paknya kaya takperlah jugak... Beza sangat budak dulu dengan budak sekarang. Bezanya ajaran mak pak kita kan...

Mase aku sekolah rendah dulu takder pun handphone2 ni... Tulah pondok telepon depan sekolah tu yang kadang-kadang dah JAHANAM. Budak-budak sekarang? Semuanya nak bergaya pegi sekolah bawak hp canggih-canggih. Dah hilang tau pulak melalak. Jaga elok-elok tak mau! Pastu ader pulak yang terlebih advance amik gambar yang bukan-bukan guna hp. Kalah mak paknya.

Game? Itulah game tape angah aku punya aku pinjam. Pastu kena tarik balik sebab asik main game tak belajar... -Bapak aku katalah- 
Budak-budak sekarang? Dengan pspnya... ps3nya... Raye hari tu anak sedara aku sorang 1 dapat psp daripada bapaknya. anak sedara aku 4 orang... 4 x RM 6oo = RM 24oo! _Takper bapak die kaye... -dalam hati_ daripada membazir tu bek bagi aku pinjam. huhu.

Anak ibarat kain putih... Bukankah kita yang mencorakkan kain putih itu? Kalau hitam yang kita corakkan, hitamlah dia... 

 






Pelupa.

6.24 am!
Macam mane buley tak sedar! Padahal selalu aku kunci jam pukul 5 am, 5.3O am sebab abi nak siap-siap pegi keje. Kali ni dua-dua tak sedar! Selalu letak hp kat tepi katil ni hp tengah cas plak... Adeh! Kol 7 dah sibuk nak mngepam plak sebab cik B dah bengkak. Habis basah luncun.

Gerak daripada rumah dalam 7.4O am. Tengah jalan baru teringat pam kat dalam beg aisy. Supplements pun! Semuanya tinggal! Aduhai... macam mana tah boleh jadi pelupa sangat... Sama ada kena ber marmet karang ataupun aku kena rush jugak balik amik pam. Aduh malasnye...


** boleh tak nak buat-buat lupa yang aku ader banyak kerja???! Hihi






Friday, October 21, 2011

BerHabuk Sudah!


Lama dah tak membelogkan diri... Jenguk selalu tapi macam takder perasaan jer nak tulis pape... Tambahan sekarang tengah berjinak-jinak dengan dunia Shaklee. Wehuuu... Manelah tau ader rejeki aisy di situ... Semua yang mama buat hanya untuk aisy...:-)

Banyak benda nak citer tapi entahla... belum ader m.o.o.d nak berbelog secara ghairah lagi. Kepala tengah buntu. Banyak feninla... Rindu sebenarnya nak berceloteh + mengomel + maki orang kat belog ni. Haha. Pelan-pelan kayuh okeh! Kalau rajin nanti ai update. Kalau tak rajin, tolonglah datang jenguk sapu-sapu habuk aper yang patut. Hehe.
Kla ni pun dah nak balik dah... Tak sabar nak balik hug aisy yang kena tinggal tadi. Aisy doakan mama ye..:-)

Iklan Percuma : 

Preloved medela swing

Almost new...10/10

Baru je beli untuk dijadikan spare pam kedua...
nak jual rm 600 termasuk pos.

**freegift

Autumnz - Double Zip Lock Breastmilk Storage Bag (25 bags)

Sekadar Berkongsi rezeki yang ada...
Member ID = 865842

HP No. = 0194921944

Email = rizqinshoppe@yahoo.com

**Saya berikan harga ahli kepada semua.Jika sesiapa ingin memdapatkan product shaklee di cawangan Shaklee,anda boleh menggunakan no. ID saya untuk mendapat harga potogan iaitu harga ahli.Terima kasih.**
** Jika anda ingin menggunakan no. ID saya untuk membeli fullpack, pastikan anda maklumkan kepada saya untukmendapatkan freegift daripada saya. TQ.

 

 





Friday, June 17, 2011

Tamat Sudah Nora Elena!

ehsan google

Dah habes dah citer romantika Nora Elena ni... Semalam endingnya so ramailah yang buat review pasal citer ni semalam cuma mama je yang dok ketinggalan... Hehe. Macam biasalah, kalau malam giliran babah aisy pulak mentenet. Giliran mama pulak time-time macam nilah... Bila aisy dah tido... Itupun kalau mama tak mengantoklah...

Siapa rasa citer ni best giler angkat tangan macam saya ~ sambil buat gaya ucup wilcha. Hehe... Siyesla best giler kan! Tapi ada gak yang kutuk citer ni tak relevan langsung! Mana taknya... Mana nak dapat lelaki yang seromantik / sesabar Seth Tan tu? Haha... Ape-ape jelah kan! Dah nama pun ceciter... Yang korang beria-ria terpengaruh tu kenapa??? Mama pun dah lama tak terpengaruh tengok citer macam tu. Kalau tak dulu, asal tengok drama je nak emosi terlampau... Asal baca novel je mulalah nak berangan... Tu yang nyaris-nyaris nak jadi novelis tu. Bila dah berangan mulah nak menulis novel kononnya tapi manjanglah sampai bab 1 je... Bab yang lain manjanglah tak kesampaian... Kuikuikui.
Oklah... Yang dah habes tu biarlah habes ek! Lepas ni tok sahla nak bergado sakan laki bini lagi pasal Nora Elena ni ye. Yang si bini nak laki ala-ala romantika Aaron Aziz gitu... Berangan jelah ek! X hadonye lakimu nak romantik-romantik gitu tapi kalau hado Alhamdulillah. Doakanlah supaya die akan sentiasa romantika cam gitu tanpa ada maksud nak tambah cawangan lagi satu ye. Haha dah namanya pun drama kan... mestilah nak buat citer yang boleh 'masyuk' kan! Setakat buat citer-citer yang biase nanti sape yang nak tengok? So kesimpulannya hargailah laki / suami / hubby / husband korang tu. Janganlah korang mengharapkan dieorang ni nak romantik-romantik giler cam si Seth Tan tu. Tak ada maknanye de kalau dah memang lakimu 'kayu' bukan orang macam tu. Yang peliknya masa ngorat dulu pandai pulak nak romantik-romantik tu kan!

Lepas tu sanggup suh laki p gym supaya badan laki die cantek je berketul-ketul cam Aaron Aziz gak padahal tetiap hari die dok sumbat perut laki die dengan segala jenis gulai lemak santan bagai... Almaklumla isteri mithali... Masak sedap je tetiap hari. Hehe. Alamatnya tang perut tu jelah yang berketul... 

Yang laki pun tak habes-habes dok berangan nak bini cantek putih melepak cam Nora Elena tu. Bila mintak duit nak p buat facial, mandi sauna bising pulak tu. Camno? Adekah itu tanda-tanda die memang ade hati nak ngorat Nora anak dara sebelah rumah??? jeng jeng jeng!
Oppss... Terlebih sudah mama ni melalut ye. Nanti tak pasal-pasal mama dapat surat layang jugak. Auw tak rela! Hehe.

Tapi kan kalaulah mama ni Nora Elenalah kan... memang mama terima je si Seth Tan tu lepas kena tinggal dengan si Eid tu. Buatpe nak hidup dengan orang yang dah hina kite macam-macam kan! Lepas tu dapat Rm 5o ooo duit hantaran tu memang habes dah mama buat pegi shopping... eh tak tak... mama masuk dalam ASB, biar beranak pinak. Hehe. Lepas tu yang si Yvone tu pulak mama akan lempang die laju-laju sebab asik nak kacau rumahtangga orang je kejenye. Lepas tu buat fitnah. Ei geram taw! Alamak terover lagilah mama ni kan...Hehe.

Okey cukup-cukup lepas ni nak sambung baca novelnya pulaklah! Dah lama sangat dah tak buat aktiviti membaca novel ni. Sejak mula bekerja, memang tinggal terus aktiviti ni. Bestnye kalau ada orang nak hadiahkan mama novel tu kan! ehem ehem tak faham-faham lagi ker???? kehkehkeh.





Monday, April 25, 2011

BiLa 'BlackOut' Terjadi Tengah Syok Tido...


Pukul 3.15 pagi
Mama terjaga dari tidur sebab terasa panas sangat sampai baju pun habis basah dek peluh tapi mama tengok babah aisy elok je nyenyak tido... Pelik betul...

Mama pandang kipas kat siling... Aik tak bergerak pulak kipas ni? Apesal ha? Pandang sekeliling... GELAP je... (memangla mama tido tutup lampu...Haha) Rumah sebelah pun tak ada bunyi aircond... Mama cuba gak nak lelapkan mata tapi tak boleh... Panas sangat-sangat! Pusing sini... Pusing sana... Merengek-rengek bagai tapi babah aisy tetap tak ada respon... Huhu.

Mama kejutkan babah... Mintak tolong babah ambilkan kipas kecik aisy... Tak sampai sejam pakai bateri dah lemah... Adeh! Dengan nyamuk yang menyanyi-nyanyi lagu dangdut kopi susu kat telinga sambil geget-geget badan mama... Memang mama stress!

Terpaksa bangunkan babah aisy lagi sekali untuk tukar bateri... Mesti babah aisy stress giler...Hehe. Lepas tu barula mama dapat lelap tapi tak adalah lena sangat pun... Asyik terjaga je... Perut rase tak selesa langsung... Dekat nak subuh barulah letrik datang balik... Haishhh... Tak syok langsung tau! Kalaulah mama ada kipas besar yang pakai bateri je... Kan best! Tu je yang paling penting untuk mama buat masa ni dalam keadaan genting macam tu...

Malam ni mintak-mintak takderla blackout lagi... Panas owh... Kipas comel aisy tu sekadar boleh kipas muke mama je... Tapi kalau beli 2-3 lepas tu letak kat kepala katil ok jugak kot...! Hihi.








Bad MondaY... Naik Darah Tinggi Mama Tau!


Kerja mama baru 1 je yang berusik... Itupun buat pindaan surat... Sebab ape? Sebab mama tengah stress sekarang ni! Uwaaaa.... Benci tau hari ni! Jarang kena bad monday tapi sekali kena... boleh mendatangkan darah tinggi!Huhu...

Bermula daripada pagi ni... Macam biasalah mama kena pegi check bp kat kk lagi... Rabu ni last...(Hopefully...) Tak ada apa-apa yang berlaku tapi pagi ni mama rasa lapar sangat... Lepas tu rase kat tekak macam bergas je... Mama bawak susu dutch lady nak minumlah kononnye... Tapi babah aisy dah habiskan sampai sendawa...Hehe.

Pagi ni mama beli nasi goreng setengah je... Takut tak habis... Dalam pada tu mama rasa perut semacam je... Rasa nak muntah pun ada... Babah yang keluar belikan sarapan... Mama bersandar je kat dalam kereta... Rasa tak larat tapi pegi gaklah keje...

lepas tu masa duduk-duduk kat kaunter, mama dapat 3 orang customer yang pening... Dengan mama die cakap lain... dengan kawan mama die cakap lain pulak... Mama rasa dah betul dah ape yang mama bagitau die... Kali pertama bolehla mama nak maafkan (tipu)... Masuk kali yang kedua dan ketiga memang menyiraplah darah... Kalau pegi check bp mase tu memang naik kot darah mama...Huhu.

Customer yang ketiga lagilah hangswa... Mama terangkan.. die bidas balik cakap mama... Bila mama kata tak betul, die pulak memandai-mandai kata betul... Kononlah die tahu semua padahal tak tahu ape pun... Ei sakitnye hati tau! Lepas tu haremm mama nak duduk kat kaunter tu lagi... Huhu. Cukuplah terkena hari ni...

Nasib baik tak datang 7 orang lagi yang sengal macam tu... Kalau tak memang terberanak awallah mama kat situ...Huhu. 

Rasanya lepas ni kena ubahla slogan 'Customer always right' tu... Tak ada maknanya semua customer yang datang tu betul...




Friday, April 22, 2011

Maharaja Lawak! Bikin Mama Gelak ajo.

Ehsan Google

Baru lepas bergelak sakan tengok lawak kumpulan Sepah... Semput rasanya! Malam ni minggu yang ke 4 da... Minggu bebas... Sape yang tak sempat tengok memang rugila... Biar terlepas AF jangan terlepas ML..Hehe. Ok Im sorry... Kuikuikui.

 Nak tau siapa peserta pilihan mama?
Jeng3x!
Sudah semestinya...

 
Siapa setuju sila angkat tangan macam saya....


Lepas tu mama jugak admire dengan kumpulan yang satu ni...


Tengah tunggu kumpulan Balas perform pulak! Nak tengok dieorang buat lawak double meaning ke tak... Adeh panasla pulak...
Jambu? Boleh tahan jugak... Terutamanya si tauke... Muka selamber je... Hehe

 Sepah macam biasalah... Lawak sajo... Hehe.

Lastly sebelum mama sambung balik tengok Kumpulan Balas perform... mama harap malam ni Im sorry yang keluar... Huhu... 





Wednesday, April 13, 2011

Entry Terakhir Minggu Ni... Yeke?(^_^)

Ok! Lokasi : Rumah Bonda!

Menaip entry ni dalam kepanasan sambil berborak dengan mak mama... Peluh pun dah menitik-nitik sakan dah ni... Duduk dengan penuh rasa tak selesa... Babah aisy? Tengah tidur kat sebelah mama ni dengan lenanya... Biasalah kalau dah mama yang dapat laptop ni, babah aisy memang tak ada can nak join sekaki... Hehe. So lebih baik die tidur...


Update terkini :

* 
Hari ni mama dah terpengaruh dengan member mama supaya register mum's club! Ala yang register lepas tu dapat sample susu percuma tu... Mama tak reti nak terangkan kat sini... Paham-paham sendiri sudah... Mula-mula nak dapatkan sample pampers tapi die nak nama anak bagai pulak... Mana datangnyalah nama anak...? Keluar pun belum lagi... Kuikuikui... Dah buat 1, terus teruja nak buat banyak-banyak... Seronok owh... Petang tadi masa balik rumah Mead Johnson call untuk confirmkan pasal registeration dan sample. Shukernye!!!!

*
Mama lupa nak update pasal baby hari ni...Heh... Baby aisy sangat-sangat aktif hari ni... Mama tak tau kenapa...? Perlu tak mama risau hah bila baby terlebih aktif? Sebab mama minum susu coklat dutch lady ke? Hehe... Esok macam biasa mama kena check bp lagi... Ei tak shukernye!!!

*
Update pasal nini... Seharian die tinggal sekor kat rumah... Mintak-mintak janganlah die mati kebosanan...Huhu. Balik tadi die tengah tidur so tak bawak dia balik sekali... Dan sebenarnya... Dah lama mama tak ngam dengan nini! Huh... Die ngam dengan babah aisy je... Kalau keluarkan dari cage die... macam lipas kudung die lari... Malam tadi nyaris lagi nak hilang bila die cuba nak main sorok-sorok celah sofa MIL mama... Nasib baik babah aisy cepat cari... Risau jugak kalau nini terlepas keluar... Sia-sia je kena NGAP! dengan kucing kat luar tu... 

*
Adeh... babay aisy dah mula aktif semula menendang-nendang perut mamanya ni... Yela-yela... mama taula mama ni wangi...hehe. Jap ye mama nak pegi mandi sebelum babah aisy sound mama lagi...hehe. 

So kepada semua...

Kita jumpa minggu depan ye... (lepas mama terminate berokband yang sedia ada ni dan tukar kepada berokand baru yang lebih laju!) hehe. Salam sayang dan singgah selalu... (^_^)





Runaway Drivethru Entry.

Ok! Ini entry sepantas kilat daripada mama... Waktu rehat setengah jam ni mama peuntukkan untuk buat entry ni... Maaf kalau mama dah mula jarang mengupdate belog... Nak masukkan header baru pun tak sempat lagi. Line berokband kat rumah sangat-sangat perlahan... Lagi perlahan daripada kura-kura... Kadang-kadang tu pulak berebut nak guna internet dengan babah aisy...

Tak banyak benda mama dapat nak update tapi ada beberapa perkara jugaklah mama nak update kat sini contohnya...

* Mama dah sediakan hadiah-hadiah KU giveaway tu tapi tak sempat nak pos lagi. Ada je terletak kat rumah tu. Dah siap masukkan dalam sampul surat dah. Kepada para pemenang harap bersabar ye. Insyaallah minggu ni jugak mama akan cuba selesaikan.

* Mama tengah berusaha nak update Aisy Online boutique. Ada beberapa barangan yang mama akan update tak lama lagi. Kalau dah mama dah siap masukkan gambar nanti mama akan inform pada semua ye. Harap sudi-sudilah menjenguk boutique mama yang tak seberapa tu...Hehe.

* Minggu ni mama tengah berusaha nak selesaikan kerja-kerja mama yang dah banyak tertunggak kat atas meja ni. Risau giler kalau buatnya terberanak awal ke hape... Balik rumah nak berehat puas-puas pulak selain daripada menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang bakal jadi mithali...Hehe. No Internet daripada esok hingga Ahad ni unless kerja-kerja mama dah siap! Haha boleh ker camtu?

* Hari Sabtu ni mama agak sibuk! Sibuk sebab nak siapkan puding untuk pertandingan hari ahad esoknya anjuran Taman IL mama. Haha. Pertama kali mama masuk pertandingan macam ni. Ini semua idea babah aisy lah ni... MIL mama pun usha baik punya... Mama masuk pun suka-suka je... Boleh jugak tambah pengalaman kan? :-)

* Ahad ~ pagi-pagi nak kena hantar puding tu untuk dinilai... Lepas tu mama dengan babah aisy pulak ada operasi lain! Operasi bukak gerai... Heh... lama giler dah tak berniaga... Babah aisy cadangkan jual air je tapi dalam kepala otak mama macam-macam dah mama pikir... Kalau tak ada aral melintang... ada 2-3 jenis barangan yang mama akan bawa untuk jual sekali... Termasuk kek coklat homemade mama (kalau laratlah sabtu tu nak buat...Hehe) Mana yang dekat tu jemput-jemputlah datang ke gerai mama nanti ye...:-)

Lagi ape ek...? Hurmm tu jelah kot yang terlintas kat kepala mama buat masa ni... Kalau ada lagi mama akan update ye... TQ.




Tuesday, April 5, 2011

Berniaga atau makan gaji?

Sebenarnya dah lama sangat mama fikir pasal benda ni... Mama memang minat nak berniaga... Tak kisahlah berniaga online ke... Berniaga ka pasar malam ke... Buka kedai ke... Yang penting berniaga. Sebelum ni mama ada mengambil tempahan kuih raya dan kek untuk hari raya atau majlis-majlis tertentu tapi semenjak berbadan dua ni mama dah tak ambil tempahan lagi dah. Lagipun kekangan masa menyukarkan mama untuk menganbil sebarang tempahan.

Tambahan pulak dulu mama tak ada peti sejuk... Jadi tak dapatlah mama nak menyimpang bahan-bahan atau kek yang dah siap tu. Terpaksalah mama buat kat rumah mak ataupun buat on the spot sebelum dihantar pada pelanggan... Memang susah dulu... Oven pun terpaksa pinjam orang punya... Kalaulah babah aisy hadiahkan mama sebijik oven idaman mama tu... Fuhhh... Mau tetiap hari mama buat kek! Sampai orang sebelah pun dah ternaik muntah dengan bau kek tu...Hehe.

Minat nak buat kek dan biskut memang tak pernah padam... Dah macam-macam yang mama rencanakan dalam kepala otak mama ni... Pernah mama mohon untuk belajar buat kek di Kolej Komuniti Ledang tapi sayangnya tak kesampaian... Babah aisy berat hati nak lepaskan mama pergi walaupun hujung minggu saja memandangkan perjalanan yang agak jauh dan mama sudahpun berbadan dua masa tu...

Kalau ikutkan hati, mau saja mama berhenti kerja dan berniaga... Tapi nanti siapa yang nak bayarkan hutang-hutang mama ni? Hutang kereta... Pinjaman peribadi... Aduhai... Remuk rasanya jantung ni bila mengenangkan hutan yang tak surut-surut... Paling menyedihkan bila duit yang sepatutnya mama gunakan untuk buat modal berniaga makin berkurangan sebab nak lengkapkan rumah yang mama duduk sekarang ni... Nasib baik dua-dua makan gaji... Adalah jugak duit belanja bulanan... Tapi selalu je rasa macam tak cukup...

Itu yang membuatkan hati mama berkobar-kobar nak berniaga balik tu! Biarpun secara kecil-kecilan... Sekarang mama dah ada Aisy BoutiQue... Mama masih lagi dalam proses menambah koleksi barangan dalam blog mama tu... Nak keluarkan modal besar sekaligus memang mama tak dayalah... Harap-harap bisnes on9 mama tu akan sukses dan mama dapat mengembangkan bisnes mama tu di luar pulak... InsyaAllah...

Makan gaji? Buat masa ni biarlah mama kerja makan gaji dulu puas-puas... Berniaga tu mungkin cuma secara sambilan je bolehla kot... Bila bisnes mama dah berkembang nanti mungkin mama akan mempertimbangkan untuk bersara awal...Hehe...




Thursday, March 10, 2011

Oh Perempuan...


Ingat tak bulan lepas mama ada story pasal panggilan hangit? Rupanya benda tu masih berlarutan sampai la ni...!!! Geram jugak mama bila dengar babah aisy cerita pagi tadi pasal hal tu... Kata babah aisy, perempuan tu asyik misscall je... Lepas tu die hantar sms pulak nak berkenalan... dan perempuan tu cakap lebih kurang ginilah ' boleh tak nak berkenalan... tapi kalau isteri awak marah tak apala...' (Wah... giler mama tak marah???!!) Babah aisy ni pulak memang jenis panas hati je kalau ada orang kacau family die... Sia-sia je perempuan tu kena maki hamun. MIL mama dengan sepupu babah aisy pun terpaksa jadi saksi babah aisy mengamuk semalam.

Series dalam kepala otak mama, mama tak syak orang lain dah... Mama tetap syak budak yang kat kedai hotlink tu punya keje! Kenapa??? Sebelum-sebelum ni mama pun dah banyak tukar nombor hp tapi belum pernah terjadi macam ni. Pernah jugak mama sama-sama tukar nombor kat Celcom centre dulu tapi ok je... Pernah jugak pegi kedai biasa (mean bukan maxis / celcom centre) untuk beli nombor baru... pun belum pernah jadi macam ni... 

Lagipun naluri seorang isteri memang kuat! Umpama ahlil nujum pak belalang... Mama pun boleh menelek muka orang jugak tau! Jangan main-main!!! Hehe...

Pesanan mama buat perempuan itu ataupun yang seangkatan dengannya... Henti-hentikanlah mengganggu rumahtangga orang lain. Kalau dah terang-terang orang tu dah kawen... anak berderet-deret.... yang ko lagi nak kacau tu kenape? Kalau mama dapat cari siapa perempuan tu, mama tak akan teragak-agak nak buat report. Kalau betullah jangkaan mama, memang nak kenalah perempuan tu! 







Wednesday, February 23, 2011

Jangan Berjanji Kalau Tak Boleh Tunaikan!

Geram betul mama sejak 2 hari ni. BIL mama tu asiklah menyebut pasal pakciknye yang sorang tu yang ada janji dengan die nak bagi game baru. Sampai la ni die asik dok menyebut dan menunggu. Semalam memang mama rasa nak berangin je tengok karenah die. Mama tak suka nak terjerit-jerit marah anak orang tambah pulak mama tengah mengandung sekarang ni tapi semalam memang rasa nak marah je.

BIL mama tu asiklah dok menunggu pakciknya tu kat depan rumah. Sampai dah masuk maghrib die tak mau masuk. Mama kalau dah mula geram, mama mesti akan panggil nama penuh. Tu dah geramlah tu. Berkali-kali jugak mama suruh die masuk tapi liat je die. Agaknya mama ni tak berapa nak garang kot? Kalau dengan MIL mama tu memang dah kena bebel dah tu. Mama malas nak marah-marah die kang tak pasal-pasal die menangis berguling-guling pulak. Dahla mak pak die takde kat rumah.

So lepas die mandi, die terus je bukak pintu and tanya ada tak pakciknya tu datang. Ei sabar jelah mama. Mama suruh die pakai baju dan solat. Lepas tu mama terus kunci pintu. Lepas solat mama tengok die dalam bilik. Laaa.... tertidur rupanya budak bertuah tu... Kesian pulak mama tengok die. Hmm... Tak sampai hati mama nak kejutkan die. Sudahnya dengan mama mama sekali teridur sementara tunggu babah aisy balik. Bila babah aisy balik apalagi, terus mama mengadu pasal orang yang berjanji tu.

Yelah, geram tau. Budak-budak ni jangan berjanji tak tentu pasal. Diingatnya sampai bila-bila. Tu yang letih tu... Nasib baiklah mase mama janji nak bekalkan die me goreng tu, mama sempat nak buat. Kalau tak pedih jugaklah telinga ni tetiap hari dengar die merengek. Kuikui...




++Jom Kita Tukar Link!++