My Nuffy

Monday, January 11, 2010

Families Trip to Melaka 2009



sampai terlindung Cik Kiah dari pandangan dek hadangan aku... Ahak3x. Nampak nau aku da besau.

Cik Kiah posing baek punya.... Kalah aku....

Wow.... nampak rumah aku pakai tropong ni...

Abi... ngantok ea...... Ke takut nek menara tameng sari tu? Hik3x

We're so sweet mother and daughter

Nak itut 2x....^_^

my future brother in law berangan nak jadi spider. Ni semua gara - gara tengok gambar kiteorang ari tu.

nek bas doubledecker pusing - pusing Bandar Melaka

Abi... Mak gelakkan abi... hehe

Cik Kiah bersemangat waja nek pirate ship yang gilerz ngeri


aksi - aksi aku yang menangis dan menjerit tak hengat diri akibat ketakutan yang serius terlampau


alamak da came besarla kite pujin! hehe


tringin nak jadi kanak - kanak ribena balik!

abi pun tak lepas peluang nampaknya... hehe

Abi naik kincir sambil main pistol belon air.... Aku plak duk kat bawah je dalam hujan sebab fobia naik pirate ship... Huhuhu...

Balik time! tggu bas nak balik ke Bandar hilir. Lama gilerz siot.


So tulah die serba sedikit update untuk Melaka trips tahun lepas.... Lama dah pun tapi tak sempat nak update pun... Huhu. Ni pun dapat update gambar je. nak tulis panjang - panjang malehhhhhh.... Ngantok gilrez dah ni. Balik ni nak uat hantaran pulak.... Kak Earna kata nak tolonggggg..... Hehehe. Aper pun aku still kecewa dengan baju tunang aku... Huhuhu...... So So hampehzzzzz..... Arggghhhhhh.... Tolonggggg!

Saturday, January 9, 2010

Buat - buat bz...

Aku dalam proses mengemas kawasan setinggan aku dengan malasnya. Sempat selak - selak majalah Pesona Pengantin sekejap sambil on9 blog.... Hehehe.... Majalah aku bersepah - sepah tak tau dah mana nak letak. Azam tahun 2010 ni... aku nak hadkan beli majalah ni. Buat masa sekarang ni... Majalah Pesona Pengantin lah yang jadi perhatian aku. Banyak idea - idea yang menarik kat dalam tu. Hope aku ada masalah nanti nak share apa yang aku suka kat blog impian elaiza .

esok nak ambik baju kat untie... Hope baju tu siap and aku boleh hantar jahit manik.

Tepuk Dahi sendri...

Insyaallah... Dalam masa tak sampai seminggu saje lagi aku bakal jadi tunangan orang. Pada zahirnya aku nampak macam cool tapi dalam hati tuhan sajalah yang tahu perasaan aku waktu ni. Dengan masa yang sangat - sangat suntuk... aku terpaksa menyiapkan segala - galanya tanpa bantuan sesiapa kecuali Cik Kiah & Abi. Buat masa ni aku baru saja mengisi cekedis dalam beg kertas untuk diberi pada tetamu pada hari tu nanti. Rasa macam tak ckup je... Mungkin kena beli lagi sikit...

Sepatutnya aku dah mula mengemas rumah tapi sungguhla aku rasa macam tak berperasaan je nak mengemas mue sampah sarap aku ni. Abi dah janji nak tolong aku mengecat bilik pengantin... eh... Bilik pengantinla pulak... Hehehe... Tibe gatal aku datang... Ala kire macam bilik pengantinla jugak tu kan? Malangnya cadar kena beli yang baru sebab Cik Kiah cakap cadar yang aku beli hari tu pucat je... Tak berseri langsung! Hadoooiiii.... Duit lagi.... Tulah... Masa kat Seremban Parade hari tu dah intai - intai set cadar tu tapi jual mahal... tak nak beli masa tu... Konon lambat lagi nak nikah pun... Huhuhu... Nak tak nak terpaksa jugaklah aku redah Seremban Parade esok.... Kalau tak esok... luse.... tak luse... tulat... Sudahnya besok masa tunang, tilam ak boleng jerk! Wakaka... Padan muke aku...

Baju? ha! Tang ni yang buat aku sangat - sangat geram! marah! Sakit Hati! rase nak mak - maki orang tua tu! Alkisahnya... konon - konon buat baju kali ni nak nampaklah simple tapi ada kelainan sikit kan... So aku pun dengan terujanya pegilah tempah kat satu kedai #%$@*#  ni. Padahal selama ni aku sangatlah setia tempah baju dengan sorang nyonya tua ni. Dari awal lagi aku memang rasa tak sedap hati nak tempah kat kedai tu sampai Abi pun naik risau. Tapi aku pandai... Aku cakap aku buat plan B. Kalau baju tu tak siap atau aku tak berkenan... aku nak tempah lagi satu kain kat untie tu. Kire backupla ni. Hapa.... Sudahnya plan B takder... baju yang aku dapat pun macam hampeh.

Masa ambik ukur hari tu bukan main lagi... ukur macam nak sesak napas aku. Bila dapat baju, sebijik macam baju  perempuan mengandung. Aku makin kurus kah? Bak kata kak earna... padahal aku rasa perut aku tak pun surut - surut. Bonset gitu jugak... Haha... janji boleh siap 5hb la... boleh buat macam lengan spa-Qla... Sudahnya 7hb baru aku dapat ambik baju. Alasan kain tak siap lagi. Hangguk die gaknye. Nak tak nak tadi lepas facial aku terpaksa jugak tebalkan muke pegi kedai untie tu suh die oter balik baju aku tu.

'Hayooo ni manyak susah mau bukak balik oooo'

'Ala untie.... bolehla.....'

'manyak susa mau bukak.. mau jahit balik.... upah kasi sama dengan harga lu tempah bajula'

'yela - yela'

Huhuhu........ Kejamla......

Tu belum jahit manik lagi tu... Sudahnya kang ada jugak yang aku jahit sendiri manik die kang! Macam reti padahal jahit baju aku tetas pun aku hulur kat mak aku. hukhukhuk... Nak uat macam mana... jahit menjahit ni bukan minat and bidang akula weh... Tu bidang akak - akak aku tu jer. Bidang aku sekarang ni adalah masak memasak... Sepah menyepah.... Tu memang feberet aku.

So abes citer pasal baju... hopefully hari ahad ni untie tu sempat siapkan.... Kalau tak, aku paksa jugak Abi temankan aku carik baju... Tak pun aku sewa je nanti kat kedai mak andam kat taman tu. Owh... sebut pasal mak andam ni... aku ingat nak tempah jugak mekap tunang tapi aku tak compemkan lagi... Isyyyy... Ni ada jugak yang aku mekap sendiri nanti ni... huhuhu... Esoklah kot aku compemkan...

hari ahad pulak ingat nak pegi beli barang - barang nak buat hantaran.... Semua pun tak buat apa lagi... Ada saper - saper nak suka - suki tolong aku buat hantaran tak? Hehe..... KAlau ada... sila inform aku ye... Habuan menanti....

Wassalam...

Thursday, January 7, 2010

Naper ek...

Naper ek....
Hati aku sangat berdebar - debar sekarang ni...
Lemah - lemah badan...
tinggal seminggu je lagi tapi banyak yang tak siap...
banyak idea tapi tak tau ley gune ke tak...
hope semuanya berjalan dengan lancar...
kecil & simple
but almost perfect...



Wednesday, January 6, 2010

Nak Cari Cinta?


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=faulizar1428
Insyallah, dapat membantu.
Bye!

Tuesday, January 5, 2010

Tempahan Hamper




contoh hamper untuk kelahiran bayi

Mengambil tempahan membuat hamper bagi sebarang acara seperti kelahiran bayi, hari raya, bertunang, perkahwinan dan sebagainya.

Harga sebuah hamper bergantung kepada jenis  dan jumlah barang serta pembungkusan.

Cara penghantaran adalah melalui pos / kurier / serahan tangan bergantung kepada jarak perjalanan.

maklumat lanjut akan diupdate kelak dari masa ke semasa.

sebarang pertanyaan / tempahan sila hubungi saya di

email : kdgungu@gmail.com
facebook : faulizar fauzi

* saya juga menerima tempahan membuat muffin bagi sebarang majlis seperti majlis harijadi, perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.






Monday, January 4, 2010

Jom Pekena Cocoa Collagen!



 

Harga
RM19.90 sekotak / RM59.90 set ( 3 kotak )

PROMOSI BULAN JANUARI


RM50 SET*
 

*Tak termasuk harga pos

Kebaikan dan khasiat Cocoa Collagen

-Membantu mengimbangi hormon
-Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
-Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
-Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
-Melambatkan proses penuaan
-Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
-Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
-Mencerahkan kulit secara semulajadi
-Memberikan tenaga
-Membantu mengurangkan keguguran rambut
-Melancarkan peredaran darah dalam badan
-Mengimbangi berat badan
-Meningkatkan daya penghadaman
-Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot


Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini kecuali wanita mengandung...


Harga Pasaran : RM 59.90 (1 set utk sebulan)
Harga Promosi : RM 50.00 (1 set utk sebulan) + pos laju RM6.00 (sem) RM12.00 (Sabah/Sarawak)


*sebarang pertanyaan sila emailkan kepada kdgungu@gmail.com @ sila gunakan ruangan sembang yang ada yerk! Mekacih...


Aqish....


Baru dikejarkan ke Hospital Segamat pagi tadi akibat keracunan makanan seperti yang dimaklumkan oleh MAc...
Tolong doakan sama - sama agar Aqish kembali sihat seperti sediakala ye...

Sunday, January 3, 2010

Family Trip : Melaka time...

Semalam pegi Melaka beramai - ramai time hujan... Huhuhu... Saja nak eratkan silaturrahim... banyak jugak kiteorang posing - mosing ambik gambar semalam tapi tak sempat nak masukkan lagi sebab hari ni aku nak pegi KL pulak anta anak kesayangan Cik Kiah tu nak balik Sabah. Die balik sini dua beranhak jer dengan Shara... Miss her so much... Oden pun... Ena... Syahirah... Nabila...

Saturday, January 2, 2010

Mari Berkinder bueno....

Pagi - pagi lagi dah mengadap blog sambil mentedarah kinder bueno... tak tau nak makan apa pagi - pagi cenggini. Nasi lemak kah... Roti canai kah... Ahhh... Bosan... Kat opis hari - hari benda yang sama.... Daripada pekan sampailah ke taman... Cubelah jual laksam ke.... Mc D ke... Korean food ke... Wah demandla pulak... Hehehe....

Semalam tahun baru korang buat ape ek? Mesti grand - grand kan aktiviti korang... Huhu... Aku cam biasalah... Ada je dengan MAc... Kiteorang dah plan baik punyo nak poi jogging kek taman dopan opis den tu... Hahaha... Asal aku tulis dalam loghat nogori plak ni? Nak test MAc.. boleh tak die paham loghat nogori aku ni... Haha... Dasar dengki aku ni kan! Okeh - okeh... straight to the pointla kan....

Pagi semalam...


-berlatih nak masuk joggaton ker tu? Hehe-



-Ha... korang jangan ingat aku dok melepak je ye... Masa ni aku tengah kayuh basikal ni...-

Tak pasal - pasal kantoi kat cikgu lama aku... Cikgu Prinsip Akaun aku mase form 5 dulu. Siap nyorok - nyorok lagi. Hehehe... Dapat berlari macam budak - budak tadika setengah jam dah balik... Nak carik ketam pulak kat pasar sebab Abi aku tu nak teringin benar nak makan ketam goreng. Akulah yang selalu buat die terliur tu. Asal beli ketam je goreng... pastu cakap kat die... Saje nak bagi die terkinyam... hehe. Tapi entah apalah nasib kiteorang semalam... Sekor ketam pun tak dapat... Carik kat Giant tapi ketam die kecik - kecik... MAc cakap kalau takder isi tak payah beli... Hmmm... kecewalah die.... Tapi sekejap je... hari ni dah janji nak makan ikan bakar ramai - ramai kat Melaka. Hopefully adalah ketam... Goreng gitu je... Dap3x!



-sebelum car ketam... Kita sarapan dulu!-
 
 

-Nyam - nyam...-

Sebelum sampai ke pasar tu kiteorang singgah sarapan sekejap kat Buloh Kasap nak isi perut kiteorang yang dah berkeroncong. Mac makan nasi lemak kegemaran dia and aku pulak makan mehoon sup je sebab nasi lemak kat situ tak ada ikan bilis... Aku tak reti nak makan nasik lemak tak ada ikan bilis. Biarlah sedap mane pun sambal die. huhuhu...

Petang pulak singgah Kampung die sekejap sebab ingat nak tumpang mandi. Lepas tu nak pergi tengok buah - buahan kat kebun...


 
-Ayok....-


-Sempat lagi posing tu-



-MB melawat tapak... haha-

So gitulah gamaknya cara kiteorang menghabiskan masa bersama.... Malam tadi takder sape pun yang mesej ucap Happy new year... Huhuhu..... Padan muke aku...



++Jom Kita Tukar Link!++