My Nuffy

Saturday, October 31, 2009

I Love Books


 Koleksi Bulan Oktober

Bismillah...


Inilah koleksi buku - buku terbaru yang sempat aku beli minggu lepas kat MPH Jusco Seremban tapi belum sempat lagi nak baca semuanya. Baru sempat selak - selak je sikit. Auw... Gatai!
Hehe [ apa yang aku merepek ni?!]

Ada 2 buah buku hadiah untuk my niece Nur Atisya Nadhirah yang selalu pau aku kalau dia dapat tempat terbaik dalam kelas. Huhu. 2 buah lagi buku rujukan aku tapi yang sebuah tu salah beli. Ruginya.... Yang dua lagi rujukan untuk projek showroom tu. Tak siap lagi..Huhu. Yang 2 lagi novel baru. Dah lama tak baca novel ni. Nak beli novel inggeris tak mampu plak rasanya nak mentelaah satu - satu perkataan dalam novel tu. Novel P/s : I Love U yang beli dulupun tak abes baca lagi. Siap bawak pergi medan lagi tapi sudahnya jadi tempat letak duit.

Walaupun dah dapat amaran keras daripada MAC supaya berjimat cermat tapi sungguhla aku tak boleh tahan dengan godaan MPH. Lau boleh aku nak bertapa terus kat situ. Huhu. Sowie ye my dear MAC. Janji kali ni jer ok! ^_^

P/s : aku ngah geram ni! Ada jugak yang tak paham - paham bahasa lagi rupanya. Tak ada orang lain lagi ke korang nak kacau ha? Yang MAC ni sensitip sangat ni naper pulak? banyak sangatla bf aku ni gaknya? Dulu banyakla... Sebelom ada MAC ok! Sekarang MAC sorang jerk! Tak ada lain agi dah. Eiihhh..... Geram mak tau!


Kisah Aku & Sakit Mata


BisMillah...


Hari Jumaat yang lepas aku tiba - tiba malas nak pergi kerja. Kak Jun tak jadi tumpang sebab laki dia sayang dia lebey hari tu nak hantarkan dia pergi kerja - Hari - hari pun laki dia sayang dia ( Cover balik punya - Haha). Lepas gosok baju, aku telek muka aku kat cermin. Mak ai! Merah menyala bijik mata belah kiri aku. Patutla gatal sangat malam tu.



-sila abaikan mukaku yang tembam itu-


Apalagi.... Aku yang dah sedia malas bertambah - tambahla malasnya. Kalau aku pergi kerja pun gerenti kena suh balik or kena paksa pergi klinik jugak. So pagi yang indah tu jugak aku mesej Kak Jun mintak tolong sampaikan pada CC yang aku amik MC. Konon - konon bila dah cuti ni bolehla aku sambung buat assignment. Tak ke mananye de. Leka dok buat apatah... Mandi pun idak - bau ikan masin! Haha. MC pun tak ambik lagi.

Dekat pukul 2 lebey barula aku gerak pergi klinik. Sebelum tu aku kena jemput MAC aku dulu. Dia ada game bowling petang tu. Ingatkan yeyela dah siap. Kenala tunggu kejap sambil borak dengan mak. Malu aih dengan mak.... Hihi.^_^

Lepas hantar MAC kat pusat bowling, aku terus pergi klinik. Itu pun pas berkali - kali dia ingatkan aku. Iya - iya... nak pergila ni....Haihhhh...... Bising betul MAC. Masa kat klinik tulah aku terserempak dengan senior aku masa sekolah dulu. Kalau tak silap Norlela & fazrin.Dieorang kawen berdua????!!! Macam tak caya jerk haku. Ramai jugak rupanya yang kawen dengan member-member sekolah sendiri ni. Batch aku jer yang tak ramai kawen sesama sendiri coz masa tu student lelaki dah pupus especially budak kelas haku - Wakaka. Bayangkanlah, 14 orang student dalam 1 kelas cuma ada 4-5 orang je lelaki. Dah tu poyo pulak tu. Tak kuasa mak nak layan.

Sudah - sudah ye citer pasal zaman sekolah ni. Da basi dah. Malas nak ingat - ingat. Teringat ex2 haku dulu- wakaka. Masa kat klinik tu pulaklah kepala aku berdenyut - denyut. Tiba - tiba budak klinik tu panggil nama aku. Masuk je bilik doktor aku tersenyum kelat.

Doktor : Ya, sakit apa?
aku      : [kalau aku tau aku sakit apa tak payahla aku jumpa ko! Ngok betul!]
             sakit mata & sakit kepala.

Jawab aku ikhlas tak ikhlas.

Doktor : Dah lama sakit mata?
aku : baru pagi tadi.
doktor : sapa lagi kat rumah yang kena?
aku : saya sorang je.
doktor : sapa mula kena dulu?

Hambik ko! terkulat - kulat aku nak menjawab. Garang nak mampos doktor ni. Aku sakit mata macam kena H1N1 dibuatnya.


aku : tak tau.
doktor : tak apa. balik nanti taruk ubat  mata ni 2 jam sekali.
aku : nak MC....


Uat - uat mua kesian.


doktor : nanti kalau ari isnin tak elok lagi, datang sini ambik MC lagi.


Yes! tu yang best tu.
Nasib baik dia tak suh aku duk kat rumah & aku tak boleh kuar merayau - rayau. Hehe.



Lepas ambik ubat aku terus bergegas balik ke Ofis nak antarkan slip MC & ambik cocoa collagen aku. Sekarang dah macam ketagih plak nak minum Cocoa Collagen masa breakfast. Ada perubahan ke tak? Ofcourselah ada! Betul.... Tak tipu! Dah berapa hari aku dok check. Lau tak caya, korang testla plak. - promote jap.^_^

Sampai kat ofis, aku cari slip MC kat dalam beg. Cari punya cari tak jumpa gak. Eihh... Mana plak slip MC aku ni? Adohai... Ni mesti cicir kat klinik. Nak tak nak pas ambik Cocoa collagen terus aku patah balik ke klinik. Sah slip aku cicir kat tempat aku park kereta! Fuh... Nasib baik jumpa balik. Kalau tak dah dua kali kerja plak aku nak mintak salinan kat klinik tu. Kalau free takpelah jugak. Free kena bebel kat MAC ada. Hehe. Amp0n MACku...

NAk patah balik ke ofis aku tersangat - sangatlah malas so aku pun terus ke pusat bowling. Aku nak tengok MAC main bowling & basuh kereta sekali.


-MAC amik gambar curi masa aku tengah tunggu turn nak basuh kereta-

Lepas basuh kereta, aku masuk kat dalam tengok MAC. Sume dok pandang aku semacam. Bulu idung aku panjang sangat ke? Ker comey sangat aku ni? wakaka - sila muntahkan isi perut anda. Ada jugaklah 3 - 4 orang member MAC yang aku kenal sebelum ni tegur aku. Yang aku tak kenal pun senyum - senyum kambing kat aku. Isy musykil betul. Bila aku tanya kat MAC, simple je dia jawab. 'Kawan sekelas'... Haisyhhhh... Aku nak tau nama dia. Senang aku nak buat sportcheck nanti. [ ok ampun lagi sekali...Hehe]

Dieorang dah biasa tengok muka aku pun. Almaklumlah... 'Tunang' MAC. Wakaka. Kontroversi betul. So since aku hantar MAC naik bas nak pergi kursus hari tu sampailah balik pun aku jemput dia kat depan ofis, dieorang dah camlah kiranya muka aku ni. So lepas ni harap - harap tak adalah nak cuba - cuba lagi ya. Dilarang sama sekali ok! Haha.



nama MAC dalam senarai orang - orang  yang dikehendaki- haha


bola ajaib... Buruk bukan sebarang buruk tau!


muka bakal juara




model cap kaki tiga


Dan akhirnya MAC dapat tempat ketiga. Yeaaaaa! Tapi hadiah dah kena bawak lari kat member - member dia. Hehe. Tak apalah. Yang penting kalau aku yang lawan dengan dia... comfirmla dia jugak yang menang. Owh lupa nak cakap. MAC akan jadi wakil bowling perimgkat negeri kalau tak silap. MSS apatah. Giler siot. Dahla dekat nak exam. Hari tu nasib baik tak jadi pergi Langkawi pasal projek chalet tu.

Apa pun Congratulation my dear MAC....^_^



Wassalam....




           

Wednesday, October 28, 2009

YaHooooooooooo

Im So OvEreXciTeD rite now!

so

so

so

.........H.A.P.P.Y............

Thank U So Much!

I LoVe U So MuCh MAC!

^_^

Tuesday, October 27, 2009

Yea! Tak sabar nih...

Just a short note

esok which mean ari ni lah kan?

coz sekarang pun da pukul 12.57 am

MAC aku nak balik dah!

Hoyeahhhhh!

suke - suki

happy giler ko!

but a little bit worried coz MAC ngah tak sihat kat sana

alasan - jauh dengan aku

Hmmmm

Macamla aku boleh itut

so nanti MAC sampai je terus aku nak bawak pergi klinik.

tak mau tangguh - tangguh lagi dah

Untung kan dapat Gf cam aku!

......Prihatin.....

Wakaka

masuk kotak balut sendiri ko!

tak kisahla

yang penting MAC nak balik!

^_^

.......R.I.N.D.U......

Monday, October 26, 2009

Budak tembam rindu kat bf dia Part II


Bila Mr Architect Cute nak balik ni?????!!!!

.........Rindula.......

Dah 4 hari beliau pergi mengkursuskan diri kat Puchong

Hmmmm

:-(


 
Before beliau berangkat

!
!
!
!
V
~Dugaan~






Friday, October 16, 2009

.......Last Kupik Punya Open House Part II.......

Sempat lagi tu posing anje - anje
me & Cik Puan Junaidah

Bilerla nak dapat makan ni.... Laparrrrrrrr


oit nurul! Pandang kamerala....^_^

Aku dapat bantuan anak yatim pejabat aku....
haha


Yang ni sambungan citer hari Rabu lepas bab yang ni guna camera opismate aku Cik Puan Nurul. Rasanya tahun ni takla baper nak meriah sangat mungkin tak dengar sore  bising kak bedah kot? Wakaka.
Tak ramai sebenarnya yang join Open house kali ni bab ramai yang g kursus.

Aku mesti join punya bab aku dapat bantuan anak yatim... Haha! Tipu jer.... aku pat hadiah indoor game kat opis aku nila. Juara tu! ^_^ Juara apa? Juara baling dart kat orang! wakaka.... Pasni ciapla! Saper uat aku geram, cepat2la korang melarikan diri sebelom kena sumpit ngan haku. Hik3x.

p/s : semalam open house umah kak earna... thanx ea kak uat makan2. ^_^




Thursday, October 15, 2009

........Bodos Sungguh!.........

Apa ke bodosnya blogger ni??????!!!


Xley nak upload gambar!


Xley nak update blog!


Bodos!!!!!!




Plez do somethingla oiiii! - [Teringat kes loyer bodos tu dulu!]




Wednesday, October 14, 2009

.....Last Kupik Punya Open House.....

......P.E.N.G.U.M.U.M.A.N!......

Hari ni opis aku uat open house.... Tengahari tadiler... Skang ni da bungkos sume da. Hihi.


beramai - ramai dengan baju raye menapak ke dewan



makan time!

Hari ni sume VogueDaVas dok melaram dengan baju raya masing - masing bab tengahari tadi opis aku ada uat open house kat dewan. Aku pun tak lepas peluang gak nak melaram. See! aku pakai baju yang same mase kawen member opis aku Sabtu lepas. Bukan apa, 2 jer baju cantek yang aku dapat carik kat celah - celah bakul aku tu. Wakaka....

Owh... Hari ni jugak betday member opis aku merangkap orang kampung aku... senior aku masa kat skolah dulu & jugak member blog aku, Kak Earna.

......H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y......

 ^_^

......S.E.K.I.A.N T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H......

P/s : Beliau sangat2 sibuk minggu ni.... So kenala bersabar skit.... Sabar jela haku....Huhu

Budak Tembam Rindu Kat Bf Dia....... Wakaka



Tak kisahla kalau korang rase macam geli - geleman anak tekak ke... Nak muntah ijau ke... Aku nak tulis gak!

^_^

..............R.I.N.D.U..........

3 hari jer tak jumpa tapi.... rasa macam 3 bulan.... [poyo kan!... wakaka]


Tuesday, October 13, 2009

Arghhhh... tensionnya!!!!!!!

Tension siot biler paler ni seperti tak berfungsi dengan baik! Idea kering kontang time aku ngah semangat nak meng'update' blog. Arghhhh..... Naper ni????!!!!

Ada sesuatu yang aku nak perkatakan... Ada yang nak aku bicarakan... Ada something yang nak aku luahkan.... tapi aku tak boleh! Ada hati yang akan terluka... ada hati yang akan kecewa... Owh.... tak sanggup aku!

Tapi perasaan aku yang tak keruan ni semakin menggila.

Plez tenteramkan aku.......

Plez bagi aku peluang untuk bersuara........

Plez dengarkan kataku sekali ini......

Owh Tuhan....

++Jom Kita Tukar Link!++