My Nuffy

Wednesday, December 29, 2010

Dah Malas.

Cakap salah.

Tak cakap pun salah.


Saturday, December 25, 2010

Dah Cakap Dah.

Perghh... Lame giler rasenye aku tak menulis! Kadang-kadang je aku datang menjenguk kat blog ni. Tag dari Diha pun tak sempat nak buat. sorila ye...Hehe... Ke bz an melande sejak demenjak ni. Datang opis pun dah tak berperasaan je dah rasenye.Since mak aku excident ni, tanggungjawab memasak, membasuh, mengemas sume tertanggung atas batu jemala patik. No objection! Sampaikan tadi tengah2 masak, aku rase macam nak pitam. Sudahnye hubby jugak yang tolong gorengkan ikan. Nak buat camno?

Bile tah akak2 aku yang pandai tu nak balik tah... Sorang dah kena dengan aku ritu... Tetiap ari nak telipon aku tanye aku masak ape. Aku punye sukelah nak masak ape pun. Yang penting sepanjang aku jaga mak ni, aku tak penah biarkan mak kelaparan or tinggalkan die sensorang sesaje de... Slamber je aku sound die. Die ingat aku ni hangswa sangat ke? Sampai sekarang xde tipun2 lagi dah. Amik ko! Nasib baiklah aku dapat hubby yang memahami. Walaupun die terpakse berulang alik dari rumah mak aku ke tempat kejenye yang jauh tu. TQ so much abi..:-)

Lepas ni sape yang banyak sangat komplain... sendiri mau ingatla ye!

Habis bab mak aku, ade benda yang terbuku dalam ati aku sejak semalam. Citer ni pasal orang lain tapi ade kene mengena jugakla dengan aku. Aku pernah komplain kat seseorang ni tapi die cakap aku yang tak paham. Sebab aku belom ade anak katanye? Tambah bile ada anak perempuan sorang je? Ye aku memang tak paham. Kau kate kau faham... Dah tu sekarang kau nak bengang pulak? Haiila nasib badan...

Bile aku bagi pandangan ke or cakap something ke die asyik cakap aku ni tak paham satu benda pun... Bile aku senyap je die komplain pulak tu...

Saturday, December 18, 2010

Pantang Yang dilarang : Betul ke?

Masa mengandung ni banyak betul pantang larang yang aku dengar. Ada yang munasabah... ada jugak yang munasarawak. Di antara pantang larang tu adalah :

  • Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota (terpotong2 macam binatang tu?).
  • Tak boleh bunuh binatang nanti anak bakal meninggal macam keadaan binatang tu mati.
  • Tak boleh keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
  • Jangan biarkan anak2 lain melangkah perut nanti bayi lahir tak cukup bulan.
  • Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
  • Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.
  • Jangan siang ikan nanti anak sumbing.
  • Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.
Untuk si suami pun ada tau.
  • Jangan sembelih binatang nanti anak lahir cacat.
  • Jangan pukul binatang nanti anak akan terkena kenan binatang tersebut.
sumber : http://mysuperkids.net/amalan-semasa-mengandung-beri-kesan-pada-anak/

Pada saya setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Mana mungkin tak menyiang ikan, potong binatang ( ayam, daging etc), and etc.Habis tu siapa yang nak buat? Takkan nak berlapar je kan or oder tetiap hari kat kedai kan? Lainlah kalau ade orang gaji... bolehla nak goyang kaki je kan... Tapi bagi aku, apalah guna status kita sebagai isteri kalau suami tak merase masakan dari air tangan isterinya sendiri kan? Tak siok owh tak dapat masak untuk hubby...

Kalau pukul / dera / bunuh binatang tu memanglah tak elok. Kecuali kalau nyawa kita terancam contohnya bila berhadapan dengan ular berbisa ke, jengking ke, lipan etc. Kalau setakat anak kucing yang comel tu takkan nak belasah jugak kot? Bukan setakat orang mengandung je, orang yang yang tak mengandung pun tak elok buat macam tu. Dah tentulah aku yang paling tak suka + pantang sekali kalau tengok orang pukul anak kucing. Tersayat hati aku ni...

Kesimpulannya, pantang larang ni ada yang elok... ada jugak yang tak elok nak diamalkan. Terpulanglah pada kita untuk fikirkan mana yang baik mana yang buruk. Yang penting sentiasalah berdoa agar kita dan bayi kita sentiasa selamat dan sihat hendaknya. Wallahualam.


Doa Semasa Hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
 


 

Gejala Hamil : Sakit Pinggang

Sakit Pinggang Dan Belakang

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

copycat :  http://www.hamidarshat.com

Awal pregnant x perasan sangat pasal sakit pinggang ni. Ingatkan biase2 je. Manalah tau sakit tu disebabkan kipas angin yang tak boleh off langsung tiap2 malam. Aku tak kisah tapi hubby aku tak boleh tido kalau tak pasang kipas padahal lepas tu mengerekot tido. 

Then makin lame makin menjadi2 pulak sakitnye. Asal berbaring je mesti susah nak bangun. Sakit pinggang then sekarang berjangkit pulak ke pinggul. Sebelum ni tiap2 malam mesti hubby kena dera urut pinggang aku. Padahal die pun same penat. Nak buat macam mana kan?

Sebelum ni jugak aku asik nak berbaring je. Tak larat nak duduk lame2. Kalau kat rumah mentua aku, terpakselah aku memerap dalam bilik je. Nak buat macam mane? Takkan aku nak selepet baring depan tv kot? Malu oww...

Sekarang ni mak aku tengah sakit, memang kebanyakan benda aku buat. Mana yang aku rase tak larat memang aku tinggalkan je. Tambahan pulak sakit pinggul aku ni makin menjadi2 pulak. Berjalan pun dah slow sekarang ni. Kalau sapu minyak panas pun sekejap je tahannye. Mak aku cakap die dulu pun macam tu jugak. Dah bersalin nanti baru die hilang. Baru2 ni aku ade jugak berborak dengan member2 aku yang dah kawen and ada 2 orang anak. Die pun cakap benda yang same. Now aku pulak yang merase. Hmm... Xpela, janji baby dalam kandungan ni selamat. Then die ade bagitau lagi... Kalau sakit tu jangan diurut kuat2. Nanti muka anak leper coz dalam waktu sekarang ni muke baby menghadap kat belakang. Betul ke tidak aku tak tau. Die dapat pun daripada mak die. Wallahulam.

Ade petua lain ke nak kurangkan sakit pinggang ni?

PostMe?

Pernah dengar pasal postme? Ala yang selalu kuar iklan kat tv tula... Camner ek lagu die?

"satu dua tiga ketuk... kalau dapat saya peluk?"

Ha! Lebey kurangla tu... Aku ingat rangkap yang last tu je. Ni tengah godek2la ni kat postme. Saje nak tengok ape yang menarik sangat kat postme ni.


 Hmm... setakat ni aku belum jumpe lagi benda yang boleh aku peluk kat postme ni. Mungkin sebab masih baru lagi kot so barang pun tak banyak lagi. -iklan je gebang2...:-( -

Kebanyakan barangan yang dijual kat postme ni adalah barangan berjenama. Cuma masih kurang vairasi. Harap2 lepas ni akan ade banyak lagi barangan2 yang menarik lagi kat postme ni. Almaklumla... iklan gebang2... takkan barang ciput kot?

So ape tunggu lagi? Jom postme!

Kepantangan Aku.

Geram betul aku! ei tak terkata geramnye... Aku ingatkan benda ni dah settle dah! Baru tadi kakak aku call bagitau yang laki pempuan yang langgar mak aku tu ade je semalam berlegar2 dekat depan rumah ni. Tak puas hatilah tu! Tak puas hati aku die tak tau! Dahla langgar mak aku... lagi mau banyak cakap!

Kalau aku ade semalam memang lagi teruk die kena sembur semalam! Selain daripada mulut kakak aku yang laser tu... Kalau ikutkan aku, memang aku suh je mak aku buat report. Pedulik ape aku... Kononnye die jelah yang betul... Ei ingat die sorang je yang tau undang2? Kalau tau undang2... takkan boleh potong belah kiri? Bodoh punya orang!

Mak aku ni pulak baik hati sangat! Malas nak banyak citer, sanggup ganti bumper keta si bodoh tu! Kalau aku ade mase tu memang aku takkan bagi mak aku ganti. Baik buat report je. Biar polis yang settle. Hati aku memang tengah panas je sekang ni. Kalau die berani nak buat report, aku pun akan bawak mak aku buat report! Ape nak jadi...jadilah... Die ingat die boleh buat sesuka hati die je? 1st thing yang aku nak buat sekarang ni ialah untuk ambik gambar sebagai bahan bukti. Yes! bahan bukti kalau2 diperlukan nanti. Lebam dan luka2 kat badan mak aku masih ade. Motor yang rosak tu pun masih ade kat dalam stor. Keadaan jalan / simpang tu pun aku akan amik gambarnye.

p/s : Patut x aku nak salahkan JKR sebab tak buat petak kuning kat situ?

Friday, December 17, 2010

fikirlah.

Kenape cakap selalu tak fikir?
Kenape dah buat baru nak fikir?
.
.
.
.
.
.
.
susah sangat ke nak fikir?
.
.
.
.
.
.
.
.

doa mohon kesabaran



Malas nak cakap.

Kalau cakap boleh jadi gado.
Kalau cakap hati boleh jadi bengkak.
Benang dah basah mane boleh tegak?
Malas nak cakap.
Memang tak paham atau buat-buat tak paham?
Susah sangat ke nak paham?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tolak-tolak boleh jadi gado.
tak boleh jadi tolak ansur.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ditimbang-timbang xde rasa.
timbang kati boleh?


++Jom Kita Tukar Link!++