My Nuffy

Monday, August 23, 2010

Jiranku Jiranmu Jua.

Salam semua.

Hari ni merupakan hari ke 13 sudah kita berpuasa kan. Alhamdulillah setakat ini saya masih gagah lagi untuk melakukan ibadah yang satu ini. Sempurna atau tidak ibadah saya tu hanya Tuhan saja yang Maha mengetahuinya. Wallahualam.

Semalam saya dan suami dah sama-sama bersetuju hendak mengemas rumah yang bakal kami duduki tak lama lagi ni nanti. Siap dengan pembahagian tugas. Saya di dalam rumah manakala incik suami di luar rumah. Agak tidak adil rasanya kerana incik abi terpaksa bertemankan matahari yang terik di luar sedangkan saya pula bertemankan kipas angin dan sofa di dalam. Bila saya terasa penat, saya baring di sofa sambil menikmati deru angin yang menyamankan.Kesian incik suami.

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hajat saya nak duduk berdikari. Dari dulu lagi saya mengidamkan rumah sendiri supaya saya dapat merasa menjadi seorang isteri. Almaklum sajalah kalau saya duduk di rumah mak saya, sudah pasti kerja-kerja memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian akan diambil alih oleh mak saya sementara saya bekerja. Bila balik rumah saya cuma tahu sediakan hidangan yang telah dimasak oleh mak saya untuk sang suami. Tidaklah terasa nikmatnya sebab bukan saya yang memasak. Bila di rumah mentua juga sama, tahu-tahu balik nanti kain baju sudah sedia terlipat di atas katil. Takut nanti ada pulak yang mengata saya ni mengada-ngada. Maka kesimpulannya, saya lebih selesa jika saya punya rumah sendiri. Saya lebih selesa menyediakan segalanya untuk suami saya tapi jangan salah faham, bukan saya tak menghargai mak-mak saya tu cuma saya juga nak merasa nikmatnya bergelar seorang isteri.

Berbalik pasal rumah tadi, alhamdulillah setelah meminta incik suami berkali-kali bertanya pada keluarga mentua sama ada kami boleh duduk di situ atau tidak sementara mereka berpindah ke situ 3 tahun lagi atau tidak akhirnya kami sepakat untuk menetap di situ. Walaupun sebenarnya sejak dari awal lagi keluarga mentua saya sudah menyarankan supaya kami duduk berdua di situ. Kalau nak diikutkan, sekarang juga kami mahu terus duduk di situ tapi malangnya kerja-kerja pengubahsuaian masih belum selesai. Ralat juga rasanya kerana bila saya tengok rumah tu semalam masih banyak lagi yang cacat pada pandangan mata saya.

Tambahan pula kami mendapat jiran yang agak 'kureng' pada pandangan kami. Mungkin dia tengok kami jarang ada di situ maka dia dengan sesuka hati saja menyidai pakaiannya di pagai yang memisahkan rumah kami sedangkan dia punya penyidai yang masih banyak ruang kosong. Kebetulan masa saya sedang memerhatikan incik suami di luar, jiran saya tu keluar nak mengangkat kain rasanya. Dia tersenyum-senyum melihat suami saya tanpa menyedari saya sedang memerhatikan gelagatnya. 

Mujur rumah tu bukan hakmilik saya, kalau tidak sudah pasti saya akan bina tembok batu supaya kami tak perlu lagi melihat pemandangan yang 'tak menyelerakan' tu. 

Mujur juga jiran saya tu tak menyidai pakaian dalamnya sekali macam ni....


Oh tidak!

Saya juga tak mahu akan terjadinya begini....



Yang saya mahukan cuma begini....




 Saya harap saya takkan jadi 'terlebih ajar' pada jiran baru saya tu. Saya jugak harap dia faham yang kami tak suka nak tengok kain bajunya bertenggek atas pagar sempadan tu. Faham ke dia? Huhu.

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++