Pengumuman
Hari ni mama tak kerja ye... Mama dapat mc 2 hari sampai esok. Hari Jumaat insyaallah mama naik keje balik sebab ada kerja yang mama nak kena selesaikan sebelum bersalin nanti. Kalau boleh masa pantang nanti tak ada yang tanya pasal geran orang hilang ke hape.. Penat mama nak mengingatnye oi! Semalam pun mama dah mula nak jadi pelupa tegar balik... Huhu.
Berbalik kisah macam mana mama boleh dapat mc tu... Sebenarnya malam tadi mama rasa macam tak sedap hati je... Risau betul sebab baby aisy ni asyik mengeras je sejak pagi semalam. Lepas tu rasa geli-geli and ngilu kat bahagian bawah tu... Pagi tu mama masih kerja lagi macam biasa... Sempatlah selesaikan fail-fail yang bertimbun atas meja mama tu... Alhamdulillah.
Memang masa tu kejap-kejap mama rasa baby mengeras... Kejap-kejap dah sakit kat bawah tu... Opismate mama mue dok risau mama terbersalin kat opis... Ahak! Mau pengsan dieorang nanti... Hihi. Ada yang pesan suruh mama duduk je jangan banyak bergerak... Ada jugak yang pesan supaya mama banyak bergerak supaya mudah bersalin nanti. Yang penting semuanya mama ikut... Agak-agak dah tak larat tu mama duduk jelah... Sambil-sambil tu mama gagahkan jugaklah bergerak...
Petang tu masa balik dari kerja memang rasa tak larat dah. Mama terbaring je kat atas sofa sambil tunggu babah aisy balik. Macam kat opis... baby asik mengeras je. Lepas babah aisy balik, mama ajak babah aisy balik rumah mak sekejap sebab nak tengok surat mama. Manalah tau surat tu penyata CIMB nak masukkan RM 18oo lagi dalam akaun mama... ahak! Tengok-tengok rupanya penyata SSPN yang sampai... Heh.
Sebelum tu mama ajak babah aisy pergi klinik sebab dalam perjalanan tu mama rasa sakit semacam je. Sampai babah aisy buat lawak pun mama dah tak dapat nak gelak dah. Berkerut je dahi tahan sakit. Agaknya babah aisy tengok mama semacam je, sampaikan babah aisy nak rendahkan lampu tinggi pun tak tentu arah... Hehe.
Sampai kat klinik hati mama berbelah bahagi. Nak pergi ke tak nak... Salah satu sebabnya klinik yang mama pegi tu bekas tempat kerja mama dulu. Ye mama pernah kerja kat klinik tapi tak lama... Sebulan je kot... Rasa macam tak berapa sesuai je keje tu dengan mama tu yang mama berhenti tu...hehe. Masuk kat dalam bilik doktor... doktor pandang mama semacam.
Doktor tanya mama nak check apa? Mama cakapla yang mama nak check perut ni... Baby asik mengeras je dah ni... Lepas tu kat bawah dah sakit-sakit. Doktor tanya mama punya due bile? Mama cakaplah 14 Jun nanti... Doktor buat muka pelik. Lambat lagi katanya... So dia tanya sama ada mama nak check perut dengan yang bawah tu. Mula-mula cam segan jugak tapi disebabkan mama memang tak ada pengalaman langsung dalam bab-bab bersalin ni mama ikut jelah. Nasib baliklah doktor ni doktor perempuan. Kalau doktor lelaki ei malunye...!!!! Tapi nanti mase bersalin entah-entah doktor lelaki gak ek! Hei mintak-mintak biarlah doktor perempuan...
Mula doktor check perut tu yang paling sakit mama rasa sebab die tekan kuat betul. Lepas tu doktor mintak mama tukar kain sebab nak check yang bawah pulak. Katanya nak tengok bukaan rahim. Adeh... Kat opis mama dah selalu sangat dengar bab seluk menyeluk kat bahagian bawah tu... Ada yang kata sakit... ada yang kata malu... Ada yang kata banyak kali kena seluk... Macam-macamlah pengalaman dieorang... Cuak jugaklah mama dibuatnya.
Bila doktor dah seluk tu terus die bagitau yang rahim dah buka 2 cm. Hah biar betul? Lepas tu doktor bagitau yang dia dah dapat rasa kepala baby... Dapat rasa rambutnye sekali pulak tu... Mama dengar je mama terus tergelak... Bukan apa... takut yang doktor rasa tu bukan rambut baby tapi bulu tutttttt.... SENSORED ko! Ahak! Pastu mama pikir ade ke rambut anak aku ni walhal mama paling kuat minum ais. Orang kata kalau minum ais ni nanti anak tak berambut... Tu yang mama confius tu.
Doktor cakap lagi kalau 2 cm ni pergi hospital mesti kena tendang balik. Kalau dah buka 3 cm atau keluar tanda-tanda macam keluar darah atau air ketuban baru die suggest pegi hospital. Setakat ni tanda-tanda tu belum adalah lagi. Lepas tu sempat gak borak-borak sekejap. Doktor suggest mama berehat je kat rumah dan ditemani sesiapa sebab dah ada tanda-tanda ni.. Doktor bagi mama mc 2 hari untuk mama berehat kat rumah so hari Jumaat ni insyaallah mama akan naik keje balik.
Sambil-sambil mama lepas kat rumah ni dapatlah mama kemaskan apa yang patut. Dah macam tongkang pecah je ni mama tengok. Paling rajin nak basuk kain... Paling malas nak mengemop lantai dan lipat kain...Huuhu. I need bibik segera! Ada sesape berminat? haha.
2 comments:
Nampaknye tak sempat la g umah erry ko ek???
huhu.. nmpk gayanye camtulah... t aku kirim hadiah kat ko jelah ek...
Post a Comment