Diam tak diam hari ni dah masuk ramadhan ke 11 dah. Kejap je kan... Minggu depan mama dah masuk kerja semula. Yahoo! Kerja yang menimbun sedang menunggu mama (Happy ade makne tu...hehe). Ingatkan ritu dapatla mama berehat sampai raye... Takder maknenye de... Si aisy ni dah tak sabar sangat nak tengok mama dengan babah die. Hehe.
Hmm sekarang mama ada kat rumah mak. Tu yang dapat mentenet tu. Kalau tidak duduklah moyok mama berdua dengan aisy kat rumah. Mama pandang aisy, aisy pandang mama. Ni aisy tengah tidur atas pangku mama dengan lenanya. Baru lepas 'isi minyak'. Hmm minggu depan dah 3 bulan anak bujang mama ni. Kejap je masa berlalu kan! Tapi bila mama belek-belek aisy ni macam tak besar=besar je mama tengok. Padahal Safina yang lebih kurang sebaya aisy tu pun dah tembam betul mama tengok. Jeles tau! Nak jugak aisy mama ni tembam macam Safina. Hehe.
Hmm entahla... Setakat ni mama rase mama dah cuba bagi yang terbaik buat aisy. Mama yakin susu ibu adalah yang terbaik kan! Walaupun selalu je kena kondem tapi mama dah tak layan dah! Biarlah ape orang nak kate... mama tetap akan susukan aisy sampai umur die 2 tahun. InsyaAllah. Mama nak aisy membesar dengan sihat dan kuat.
Bulan puase ni lagilah mama kena kuat! Walaupun mama ade kelonggaran untuk tidak berpuase kerana menyusukan anak tapi mama tetap berpuase macam biase. Menyusukan jugak macam biase. Takdela pulak susu kering ke hape. Alhamdulillah ade jugak stok ebm yang mama dapat sediakan untuk bekalan aisy mase mama kerja nanti. Walaupun tak banyak tapi buat mase ni cukuplah rasenye.
Dah hampir waktu berbuka dah ni... babah aisy tak ade dengan mama dan aisy hari ni. Lepas je sahur pagi tadi babah dah pergi JB hantar tok ayah aisy buat checkup. Nampaknye aisy pun dah bangun dah ni. Mama kena stop dulula ye... Selamat berbuka...
No comments:
Post a Comment