My Nuffy

Tuesday, October 4, 2011

Lagi-Lagi Pasal Susu dan Shaklee...:-)

Alhamdulillah... semenjak seminggu yang lalu aku dah dapat buat stok ebm buat aisy... Dah tak payah nak gundah gulana susu tak cukup ke hape... Alhamdulillah sepanjang siang tadi aku dah dapat mengumpul hampir 14 oz ( 4 oz dah guna sebelum aku pergi kerja tadi). Balik tadi tengok ader lagi dalam 4 oz yang tinggal dalam freeze. Yang beku pun ade 2 botol besar dalam 9 oz dan dlm 8 botol kecik 2 oz... insyaallah malam ni nak tambah lagi...

Mungkin ade yang rase ebm yang aku hasilkan xlah seberapa pun... tapi alhamdulillah setakat ni aisy masih lagi belum merase susu formula macam mula-mula dulu. Sekarang pulak aku dah dapat kumpul stok ebm semula. Alhamdulillah.

Tapi sayangnya masih ada jugak yang tak faham pasal konsep pengepam ni contohnya :

# Kerap mengepam atau menyusukan baby, susu akan berkurangan. so kena tunggu sampai breast penuh atau keras dulu baru boleh mengepam semula. Mula-mula aku ingat macam tu jugak tapi bila aku rajin bertanya dengan member kat group shaklee gbs barulah aku tau tanggapan tu tak benar sama sekali. Kerap mengepam atau menyusukan sebenarnya membuatkan kilang susu kita tambah produktif! Kalau tak percaya boleh search kat internet! Atleast mesti mengepam kalau berjauhan dengan baby atau menyusukan baby sekerap yang mungkin. Kalau tak maka susu akan berkurangan.

# Tak kisahlah korang makan vitamin jenis ape sekali pun pastikanlah jadual mengepam korang tu konsisten. Jangan ponteng! Ader banyak lagi produk yang boleh korang cuba. Terpulang pada kemampuan dan azam korang. Kalau korang dah mula giveup, susahla jawabnya nanti.

# Korang merungut susu merudum tapi korang macam tak ada inisiatif je nak tambahkan susu. Benda lain yang mahal-mahal korang sanggup beli tapi untuk kesihatan anak korang mula pikir berkali-kali. Aku bukan nak promote shaklee je sebab aku memang tau produk ni memang bagus. Aku sendiri dah cuba dah masih lagi mencuba... Alhamdulillah hasilnya dah nampak tapi ada jugak yang masih tak percaya. Terpulanglah korang.





No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++