My Nuffy

Thursday, November 13, 2014

Dalam Ingatan


Kembar Iqy ke ni? Ye boleh dikatakan nilah kembar Iqy... Arwah Imran. Lahir pada bulan yang sama dengan Iqy cuma berbeza tarikh sahaja. Arwah Imran merupakan anak senior merangkap rakan sekerja saya dulu. Membesar sama-sama tapi akhirnya arwah Imran pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Al Fatihah.

Kali terakhir berjumpa arwah iaitu semasa hari raya yang lepas. Melihat keletahnya tiada siapa dapat menduga arwah akan pegi buat selama-lamanya. Doktor sendiri khabarnya tidak dapat mengesan apa penyakit sebenar arwah. Pedihnya kehilangan ini hanya yang mengalami sahaja yang tahu. Saya sendiri tak kuat untuk bercakap dengan ummi arwah waktu tu yang sedang mengandung sehinggalah saya datang melawat mereka seminggu kemudian. Itu pun tak terucap kata-kata dari mulut ini bila melihat ummi arwah senyum dalam duka. Saya tau ape pun kata-kata saya masa tu tak mampu untuk menghilangkan rasa sedih di hatinya. Saya hanya mampu berdoa agar mereka diberikan ketenangan dan kekuatan untuk untuk meneruskan kehidupan.

Paling saya tak dapat menahan sayu di hati apabila kakak arwah merayu supaya dibawa pulang adiknya itu dari kubur. Kakak arwah sebaya dengan Aisy iaitu 3 tahun tapi saya nampak dia memang cepat matang. Walaupun telah diterangkan berkali-kali tetap jugak dia menginginkan adiknya kembali supaya dapat menemaninya bermain barangkali.

Kini khabarnya ummi arwah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Adalah kawan si kakak nak main masak-masak nanti..Harap-harap baby saya pun baby gurl jugak supaya boleh teman saya masak-masak pulak nanti! :-)

Akhir kata, arwah tetap dalam ingatan kami semua... Semoga kita dapat bertemu di syurga nanti. Amin.




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++