My Nuffy

Thursday, October 29, 2015

Faraid, wasiat atau hibah?


Dah baring tapi tak boleh lelapkan mata pulak. Dok tonyoh-tonyoh bijik mata yang tengah gatal tapi tak mengantuk. Terus bangun buka pc. Terlebih rajin malam ni nak berblog. Tony, kau duduk diam-diam kat luar tu. Jangan bikin bulu den meremang ye! Tiba-tiba ada lori sampah angkut sampah memalam buta ni. MOTIF?

Ok sebelum kepala naik meong, kita kembali kepada persoalan asal. Antara ketiga-tiga tu yang mana anda faham? Atau tiada satu pun yang ada faham? Kat sini saya sertakan malumat asas tentang pengetian ketiga-tiga persoalan tersebut. Yang lain-lain boleh tanya sendiri incik gOOgle ye.




#kreditincik gOOgle

Faham tak? Okey tak apa, pelan-pelan kayuh okey. Memang akan ambil masa untuk faham semua ni. Just nak share atau dalam bahasa melayu 'kongsi' 2 cerita ni.

Kes 1

Si suami meninggal dunia secara tiba-tiba tanpa sempat meninggalkan sebarang wasiat atau menghibahkan hartanya. Si suami ada ayah dan ibu yang masih hidup. Manakala perkahwinannya bersama si isteri tidak dikurniakan anak tetapi si isteri mempunya anak dari perkahwinan terdahulu. Malangnya perkahwinan tersebut tidak berdaftar di dalam negara. Masalah timbul apabila kalangan waris mula berebut harta si suami. Adik beradik si suami juga mula campur tangan untuk mendapat bahagian daripada harta tersebut. Akhirnya si isteri telah dihalau keluar dari rumah yang didiaminya kerana si suami semasa hayatnya tidak meletakkan nama si isteri bersama di dalam hakmilik rumah tersebut. Segala harta si suami pula telah diserahkan kepada ayah dan ibu si suami kerana si isteri tidak dapat membuktikan pernikahan mereka. 

Kes 2

Si suami telah bercerai dengan isteri pertama dan berkahwin semula dengan seorang janda. Melalui perkahwinan pertama. si suami dikurniakan anak manakala perkahwinan kedua tidak dikurniakan anak. Dalam situasi yang hampir sama, si suami juga tidak sempat meninggalkan sebarang wasiat atau menghibahkan hartanya. 

Kes yang saya sebutkan di atas hanya sekadar contoh. Sepanjang saya bertugas sebagai kerani kaunter pendaftaran di pejabat tanah selama hampir 7 tahun, terlalu banyak kisah sedih yang dapat saya lihat dan dengarkan mengenai perebutan harta ni. Ada juga anak yang sanggup menipu ibunya sendiri untuk memindahkan hakmilik ibunya ke atas nama sendiri secara tipu muslihat sehingga akhirnya si ibu dihalau keluar dari tanah sendiri. Hampir menitis juga air mata ni bila si ibu merayu-rayu supaya hartanya dipulangkan semula.

Sekadar pandangan peribadi, bagi sesiapa yang mempunya harta seperti tanah atau rumah dan mempunyai waris yang sepakat boleh sahaja memilih untuk berbahagi harta selepas kematian samada mengikut hukum faraid ataupun muafakat waris-waris. Perbicaraan harta tersebut bolehlah dibuat di pejabat tanah di mana harta tersebut berada sekiranya harta tersebut nilainya tidak lebih dari RM2 juta. Manakala harta yang bernilai lebih dari RM2 juta pula boleh dibuat di mahkamah.


*kredit to #www.InfoHartaPusaka.blogspot.com

Bagi yang mempunyai masalah seperti berkahwin lebih dari 1, tiada pemuafakatan antara waris, anak angkat dan sebagainya bolehlah memilih untuk membuat wasiat ketika masih hidup.Ataupun anda juga boleh menghibahkan harta  semasa hidup kepada insan tersayang.



#kreditincikgOOgle

Sekian.

#Penafian :

Penulisan ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.
Wallahualam.







No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++