Sebenarnya dah lama sangat mama fikir pasal benda ni... Mama memang minat nak berniaga... Tak kisahlah berniaga online ke... Berniaga ka pasar malam ke... Buka kedai ke... Yang penting berniaga. Sebelum ni mama ada mengambil tempahan kuih raya dan kek untuk hari raya atau majlis-majlis tertentu tapi semenjak berbadan dua ni mama dah tak ambil tempahan lagi dah. Lagipun kekangan masa menyukarkan mama untuk menganbil sebarang tempahan.
Tambahan pulak dulu mama tak ada peti sejuk... Jadi tak dapatlah mama nak menyimpang bahan-bahan atau kek yang dah siap tu. Terpaksalah mama buat kat rumah mak ataupun buat on the spot sebelum dihantar pada pelanggan... Memang susah dulu... Oven pun terpaksa pinjam orang punya... Kalaulah babah aisy hadiahkan mama sebijik oven idaman mama tu... Fuhhh... Mau tetiap hari mama buat kek! Sampai orang sebelah pun dah ternaik muntah dengan bau kek tu...Hehe.
Minat nak buat kek dan biskut memang tak pernah padam... Dah macam-macam yang mama rencanakan dalam kepala otak mama ni... Pernah mama mohon untuk belajar buat kek di Kolej Komuniti Ledang tapi sayangnya tak kesampaian... Babah aisy berat hati nak lepaskan mama pergi walaupun hujung minggu saja memandangkan perjalanan yang agak jauh dan mama sudahpun berbadan dua masa tu...
Kalau ikutkan hati, mau saja mama berhenti kerja dan berniaga... Tapi nanti siapa yang nak bayarkan hutang-hutang mama ni? Hutang kereta... Pinjaman peribadi... Aduhai... Remuk rasanya jantung ni bila mengenangkan hutan yang tak surut-surut... Paling menyedihkan bila duit yang sepatutnya mama gunakan untuk buat modal berniaga makin berkurangan sebab nak lengkapkan rumah yang mama duduk sekarang ni... Nasib baik dua-dua makan gaji... Adalah jugak duit belanja bulanan... Tapi selalu je rasa macam tak cukup...
Itu yang membuatkan hati mama berkobar-kobar nak berniaga balik tu! Biarpun secara kecil-kecilan... Sekarang mama dah ada Aisy BoutiQue... Mama masih lagi dalam proses menambah koleksi barangan dalam blog mama tu... Nak keluarkan modal besar sekaligus memang mama tak dayalah... Harap-harap bisnes on9 mama tu akan sukses dan mama dapat mengembangkan bisnes mama tu di luar pulak... InsyaAllah...
Makan gaji? Buat masa ni biarlah mama kerja makan gaji dulu puas-puas... Berniaga tu mungkin cuma secara sambilan je bolehla kot... Bila bisnes mama dah berkembang nanti mungkin mama akan mempertimbangkan untuk bersara awal...Hehe...
2 comments:
teringin nak berniaga.mungkin harus makan gaji dulu untuk cari modal..:)
samela kta kak...minat meniaga ni..tp skrg pun da berbadan 2....smua terbatas jap
Post a Comment