My Nuffy

Thursday, September 2, 2010

shopping time.

31 Ogos lepas mak mentua aku ajak pegi Segamat sebab anak dara dia nak beli lappy. - actually kiteorang pun memang nak hikut sekali. hehe. Saja nak sebok. Sambil-sambil tu aku nak survey barang-barang rumah sekali. Aku ingat nak amik mesin basuh dengan peti ais tapi incik suami nak amik tv jugak. Isy mana boleh tamak-tamak kan?! Kalau nak jugak amik tiga2 barang tu nanti takut terover bajetla pulak. So nak amik ati hubby punya pasal, so aku pun bersetujulah untuk amik peti ais dengan tv jerk. Mesin basuh laterla ye. Tapi semua tu bukanlah nak ambik sekarang pun coz sekarang kan dah dekat nak raye, banyak hutang nak kena settlekan dulu hokeh!

So Lepas settle pasal lappy anak dara tu terus je kiteorang pegi jenjalan sekitar kawasan shooping. Macam biasalah, orang mula berpusu-pusu sebab kat situ jugak ada dibuat bazar ramadhan. Survey2 jugak baju melayu hubby tapi xder yang die berkenan. Aku sendiri pun tak berkenan eh. Tapi takper, banyak masa lagi. InsyaAllah minggu depan ni dapat duit bantuan RM 5oo tu boleh jugaklah buat beli baju raya lagi nanti. Huhu...

Antara barang yang sempat aku beli ritu adalah...


ni senang nak gantung spender..hehe.

Actually banyak lagi yang aku beli tapi malas nak tepek kat sini. Ala kat rumah korang pun aderla benda-benda tu cuma aku je jakun sikit sebab dok rumah baru kan.... Ngeeeee.... So sume benda nak kena beli baru. Nasib baiklah sekarang ni belom ada baby lagi so tak banyaklah barang nak kena beli. InsyaAllah kalau ada baby pulak nanti pun rezeki melimpah ruah lagi. Amin.

Tapi buat masa ni nak ajak orang datang raya kat rumah aku segan sebab kiteorang xde meja makan lagi. hehe. Pinggan mangkuk pun tak cukup sifat lagi neh.

selesai shopping kiteorang terus balik. Then dalam perjalanan kiteorang singgah kat bazar ramadhan taman yayasan. Best jugaklah. Kiteorang cadang nak berbuka kat rumah Londah je coz dah dekat seminggu duduk situ belum pernah sekali pun kiteorang berbuka kat situ. So aku pun bajetla beli ayam panggang segala. Siap beli bekas air batu sekali kat sakan.

Sebelum tu kiteorang beli dapor gas yang kecik tu tau konon2nya nak masak nasik jelah petang tu sebab lauk semua beli je. Tambah pulak mak mentua aku bekalkan extra ayam panggang. Lepas tu punyalah excited kiteorang pun pegilah kedai nak beli gas.Sekali rege die Rm 76.oo ko! Terkedu aku kejap. Terlupa pulak aku yang kalau nak beli gas tu kenala ada tong gasnya. Kalau beli gitu je memangla mahal. Huhu...
Punyalah excited nak memasak langsung semua lupa. Hubby senyap aku pun senyap. Huhu. Terus suggest nak pow tong gas mak aku nanti. hehe. Buat sementara ni aku terpaksalah guna dapor elektrik aku tu dulu. Tu je yang mampu. Huhu.

Sudahnya malam tu kiteorang beli je nasi.

Rasa nak marah pun ada masa tu tapi bila pikir-pikir balik kelakar pulak. Tulah, masa duk umah mak tak pernah amik peduli bab-bab cenggini. Dah kawen ni ha! Hambik ko! Nasib baiklah aku ni dalam kategori 'bolehla jugak masak' kan. Haha. Nantilah aku dah ada tong gas dengan peti ais nanti! Tiap-tiap hari aku update pasal makan jork. Ha bagi korang terliur.

Petang ni nak berbuka kat rumah mak ai pulak sambil membasuh baju sebab kain baju dah selonggok kat depan toilet tu. Mana taknya, semalam elok-elok dah idai balik tu tengok dah berterabor je kat lantai diterbangkan angin. Huhu. Habis baju tidur yang seksi baru beli tu. Wakaka. - statement maut de.

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++