My Nuffy

Thursday, November 3, 2011

Anak Demam? Macam mana ni?


Sebulan lepas lahir aisy memang kerap demam... Risau betul aku dibuatnye... Mungkinkah sebab campur bf + susu formula yang menyebabkan antibodinya tak kuat? Entahla... Orang cakap budak-budak biasalah selalu demam... Hmm...
Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan BASIC-H. 

Apa kaitannya dengan anak demam?
Macam-macammmmm... Salah satu kegunaan BASIC-H ni adelah untuk meredakan panas badan/demam. Aku pernah cuba dan alhamdulillah walaupun aisy demam tapi cepat kebah. Setiapkali mandi aku akan mandikan die dengan BASIC-H ni... Untuk dewasa pun boleh guna jugak.


Selain tu BASIC-H ni jugak sesuai untuk baby yang ader masalah ruam dan kutu.


**kredit to all

Jika berminat untulk mendapatkannya, harganya ialah RM47 untuk WM dan RM69 bagi EM. Harga termasuk kos penghantaran. Boleh email kepada saya @ kdgungu@gmail.com / rizqinshoppe@yahoo.com ataupun boleh sms saya terus O19-4921944. TQ





Samseng Jalanan a.k.a Lori Hantu.


Cukup MENYAMPAH aku dengan LORI + Orang yang bawak lori tu sekali sebab hampir-hampir membuat aku eksiden! HAMPEH! 

Tengahari tadi punya hallah... Biasalah tengahari mesti aku balik nak hantar susu aisy... Sampai kat satu simpang ni ader sebuah kereta EXORA tiba-tiba keluar padahal die sepatutnya dah nampak aku dengan LORI HANTU tu memang tengah laju giler! Aku laju sebab LORI tu laju... Lepas tu macam sengaja je nak cucuk-cucuk bontot kereta wira tu... Kalau kereta aku berani nak acah-acah tapi lori ni BAHAYA sikit. 

Mungkin sebab dia nampak PEREMPUAN yang bawak so bolehlah nak diBULI sesuki hatinya. ~ Dah banyak kali dah berlaku... Bila nampak perempuan je yang bawak kereta, mulalah 'JANTAN a.k.a MACHO SANGATLAH KONON' ni takut-takutkan kita kaum wanita yang lemah tak berdaya ni...Huhu. TAK MACHO pun hokey!

Berbalik kisah aku tadi, nasib baiklah aku masih boleh kawal keadaan lagi. Cepat-cepat aku amik corner sikit sambil hon kereta EXORA hangswa tu. Kalau die tak mau ketepi jugak, dengan aku, dengan die sekali kena heret dek lori hantu tu. PADAN MUKA!

Tak habis kat situ jer... Lori tadi masih jugak laju mengejar dari belakang... Entah ape yang nak dikejarnya entah... Jangan sampai ade yang mati lepas ni sudah! Sampai kat satu kawasan ni dia masih jugak nak memotong kereta wira tapi tak lepas sebab ade motor. Cara dia memotong tu pun tersangat bahaya. HAbis semua diredahnya. Sampai kat traffic light tengok lori tu berhenti betul-betul depan aku... Kereta EXORA tadi pulak belakang kereta aku... Apelagi terus keluarkan kamera amik gambar belakang LORI HANTU ni. MOTIF? SAKIT HATI... NAK ANTA KAT JPJ... NAK NGADU BOLEH? HAHA.






Status! Perempuan lebih gemar memilih lelaki kaya?


Topik HOT FM lagi... Hehe. Almaklumlah sekarang ni pagi-pagi jer dah bukak HOT FM kuat-kuat sampai nak pecah gegendang telinga..

Topik hari ni... Perempuan lebih gemar memilih lelaki kaya? Betul ker? Hmm... Rasanya tak semua macam tu... Ramai jugak dikalangan kaum wanita sekarang tak kisah pun kalau lelaki tu tak kaya... Yang penting bertanggungjawab sudah...

Tapi tak dinafikan jugaklah DUIT tu penting! Takder duit boleh jadi gaduh laki bini. As me DUIT tu memang penting tapi LELAKI KAYA bukanlah kemestian! Kerana JODOH pertemuan di tangan TUHAN... TAKUT sebenarnya dengan lelaki kaya ni... my sister pernah ade lelaki kaya nak ngorat die tapi dia tak nak... Macam menolak tuah tapi dah JODOH die dengan abang ipar aku tu so berkahwinlah mereka. Now dah senang dah... Bila dia suruh aku cari JODOH macam die aku pulak tak mau... Sebab aku yakin ALLAh dah sediakan JODOH yang terbaik untuk aku... ABI.

Walaupun tak KAYA tapi alhamdulillah CUKUP. 

Sekian wassalam.






Target 5OO 0z !


Ini stok EBM aku dulu... Tak berape nak dululah... Baru jugak ni... Mase tu baru dapat setingkat jer... Tiap-tiap hari dok bukak peti ais belek EBM ni... Bilalah nak bertambah.... hati berkata-kata... Hari ni Alhamdulillah.... Dah bertambah lagi 1 tingkat! Wehuuuu!!!


Belum sempat nak kira lagi berape jumlah EBM yang aku dapat setakat ni... Target aku nak capai 5OO oz menjelang tahun baru 2O12 ni nanti! Bolehkah? Ahak. Insyaallah doakan aku ye... :-) Buat mase ni aku masih mengamalkan set B.


Set B (Breastfeeding)


Trial Pack 30days (loose pack) = RM 80 ##FREE GIFT & FREE DELIVERY##
Full Pack 4-6months (bottles) = RM 241.00

* sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar,menyusukan anak,warga emas ...(kecuali mereka yang menghidap SLE dan kecuali mereka yang mengandung)

*** AMAT2 sesuai sekali untuk ibu2 menyusu kerana dalam set ini terdapat alfalfa yang bertindak sebagai penggalak susu

* sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang

* sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk
+

Energizing Soy Protein – Vanilla
850gm = RM 121

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan Shaklee
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti
+
Meal Shakes
RM 91

Makanan Segera, Tanpa Curiga

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda.
**Yang ini memang feberet aku. Tambah dengan milo panas atau sejuk + ESP! Yummy!

So harap-harap target nak mencapai 5OO 0z tu akan tercapai sebelum new year ni...:-)
 
Berminat nak dapatkan set trial? boleh email kepada saya @ kdgungu@gmail.com / rizqinshoppe@yahoo.com ataupun boleh sms saya terus O19-4921944. TQ




Wednesday, November 2, 2011

Teman Terbaikku...:-)

Minggu ni minggu demam selsema buat aku... Hubby pulak demam + batuk yang tak hilang lagi sejak 2 minggu sudah... Ubat batuk sebotol dah dihabeskannya tapi tak jugak baik... Disuruh dipujuk supaya makan vitamin tak mau... Banyak sangat dalihnya... Aduhai suamiku.... 

Semalam hubby perli aku... Kate die, takkan makan vitamin C tiap-tiap hari pun tak hilang lagi selsema? Sambil gelak-gelak jahat.

Aku pun jawablah dengan selambanya, vitamin ni bukan tuhan yang boleh menyembuhkan ape-ape penyakit je... Yang boleh menyembuhkan tu hanya ALLAH... Kita cuma berusaha, ALLAh yang menentukan segalanya... Terus hubby tersengih-sengih. Aku amik segala jenis vitamin untuk antibodi dan kesihatan diri aku... Dan alhamdulillah berkat kesabaran aku, hari ni selsema aku dah pun berkurangan... NOW dah xder! 

Caranya... aku akan ambil 1 biji vitamin C sebelah pagi dan 1 biji lagi bila keadaan memerlukan... Alhamdulillah dah tak selsema lagi dah! SEE suamiku...:-) Aisy pun tak ikut same terkena jangkitan selsema... Alhamdulillah... 

Makanya, lepas ni Vitamin C akan jadi teman terbaikku setiapkali selsema..hehe. Don't worry auntie Shiera, kau teman terbaikku sepanjang hayat...:-) My Love Hubby... Sahabat tercintaku sehingga ke syurga..:-) 

 
Set A (Optimum Health)
Trial Pack 30 days (loose pack) = RM 80 ##FREE GIFT & FREE DELIVERY##
Full Pack 4-6months (bottles) = RM 198

* sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar, wanita mengandung,menyusukan anak,warga emas ...

* sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang

* sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk.

Berminat nak dapatkan set trial? boleh email kepada saya @ kdgungu@gmail.com / rizqinshoppe@yahoo.com ataupun boleh sms saya terus O19-4921944. TQ







Patut Ader Shoutbox @ Tidak?

Dah lame tak jenguk shoutbox...
hari ni 'terjenguk' pulak...
Ader yang meluat dengan belog aku...
.
.
.
.

Ader aku kesah? Ahak!
Yang ko pi baca belog aku yang membosankan ni kenape? Dah xder keje lain? Kalau ye pun nak tarik perhatian aku untuk tengok aper yang ko buat ke hape x payahla sampai cakap ko meluat ke hape... Aku tak kacau hidup kau yang kau nak menyibuk kat belog aku ni kenape? Adeh SENGAL!
So lepas berfikir sedalam-dalamnya... Aku rase tak payahla ader shoutbox tu... Bukannye aku rajin nak tengok pun sebab selalunya yang menulis kat situ cuma nak promote barang jualan jer... So FINAL! NO MORE SHOUTBOX supaya xder lagi mesej-mesej yang sedemikian! FULLSTOP!

p/s : petang ni mengepam lagi dan sekali lagi tragedi keetumpahan susu telah berlaku... Tak tau kenape dengan pam kesayangan aku ni... Asal belah kanan jer mesti meleleh kuar habes sume... Basah luncun dah kain aku sekali lagi... Disebabkan lebih banyak tertumpah, maka hasil hari ni taklah memuaskan... :-( 
MOOD : UNHAPPY






Singkat Tak semestinya Tak Boleh Bahagia.

Pagi tadi dengar kat radio pasal perhubungan singkat... Owh ye pasal kim kardashian yang kawen cuma 72 hari jer tu...

Radio aper ek? Tetibe aku terlupa + tak hengat langsung! Adeh kenape plak ni???! Ala yang ader usop wilchar tulah... Ha HOT FM laaaaaa.... adohai baru tau lepas google. Aceh! Parah tol penyakit pelupa aku nih! Ok berbalik pasal perhubungan singkat tadi aderlah beberapa orang pemanggil yang sempat aku dengar telefon... Yang pertama ni pasal kawan die ni ibu tunggal... Suka nak berkawan tapi sayangnya bila lelaki dapat tahu je dia ni berstatus ibu tunggal mulalah dieorang menjauhkan diri... Sampai sekarang pun statusnya masih lagi ibu tunggal... Tapi part yang paling best sekali, bila usop tanye ader tak yang mengorat tu berstatus laki orang... jawapannya YA! tapi dia tak terima sebab tak sanggup katanya nak menghancurkan hati kaum sejenisnya... Alhamdulillah dia boleh berfikiran macam tu tapi siapalah kita nak melawan ketentuanNYA bukan? Wallahualam.

 Yang kedua pulak call nak cerita pasal parentsnya yang tak pernah bercinta sebelum kawin alhamdulillah sampai sekarang dah 3O tahun usia perkahwinan dieorang bahagia. So sweet...:-) 

Aku sendiri ader pengalaman yang hampir same... Kisah aku dan abi...:-) Satu perhubungan yang singkat dan penuh dugaan... Tapi alhamdulillah walaupun hanya 6 bulan berkenalan, aku dan abi nekad nak bertunang dan seterusnya 6 bulan kemudian terus bernikah dalam suasana yang sederhana... Alhamdulillah sampai sekarang kami masih lagi bahagia sebab kami bercinta selepas kawen... Ditambah pulak dengan kehadiran cahayamata pertama kami, MUHAMMAD AISY RIZQIN. Walaupun ade yang cuba mengikut jejak langkah kami ader jugak yang tak kesampaian.... wallahualam.

Kesimpulannya singkat atau tidak kita mengenali pasangan kita tu tak menjamin yang kita kenal hati budinya sepenuhnya... Ader yang dah bertahun-tahun bersama pun masih belum dapat kenal lagi hati budi pasangannya tu... Haiiii lah nasib badan... Pernah tengok rancangan Serasi Bersama kan? Ha aper pendapat kamoo semua? Cuba kamoo perhatikan ye, kebanyakannya yang baru berkahwin selalu dapat markah yang tinggi... selalu boleh jawab soalan dengan betul tapi cuba tengok yang dah lama berkahwin... Jarang dapat jawab soalan tentang pasangan dengan betul ... Mungkin dah terlalu lama mengenalinya jadi kita terlupa pasal kegemarannya... Renung-renungkanlah...






Aisy Dah Pandai Ape?

Dah lame tak update pasal aisy kan..:-)
Dah 5 bulan dah anak bujang aku tu tapi masih tak reti meniarap lagi... Hehe. Asik dok dalam walker padahal nurse dah bagitau jangan letak dalam walker... BAHAYA!

Masalahnya aisy sangat tak suka kalau baring lama-lama terutama kalau tak ada orang kat sisi dia... PENAKUT ~macam mama die jugak... ahak!~ Bila letax dalam walker pulak risau sebab takut dia merayau-rayau sampai ke dapur... memandangkan rumah mak tak rata... Takut walker die terbalik pulak nanti... Maklumlah 'baru dapat kaki'. Maka pasal tulah tiap-tiap tengahari mak aku manjanglah tak sempat nak masak sebab dok bz 'supervise' cucu die yang sorang tu... Dah lame dah tak bela cucu kan... Mula-mula dulu anak sedara aku yang sulung, MOHD HELMI... Merasalah kejap mak aku jaga... Sekarang dah besar panjang pun die! 

Lagi pasal aisy... Sekarang nampak betul die cerdik dah... Pagi tadi mase aku nak pegi kerja, aku dukung dia sekejap... Tak tau kenape sayang nak tinggalkan die... Aku peluk cium die puas-puas... Bila nak bagi kat mak aku, pandai pulak die mengelak... Berpusing takmo pegi kat uwannya... Haha. Aisy2x.... Dah pandai dah die sekarang... 

Bulan ni 16 November nanti genaplah usia aisy 6 bulan... Dah boleh makan bubur... Alahai sedih pulak rasanya sebab dah tak eksklusif lagi dah bf... Cepatnya mase berlalu... Nampak gaya pun dia memang dah boleh dibagi makan tapi tak sanggup lagi... saje tunggu sampai 6 bulan baru kasi dia makan... Babahnyalah suka suap macam-macam tapi sekadar bagi rasa saje. Tu pun kadang-kadang kena marah dengan aku. Hari tu babahnya suap mangga, bukan main suka lagi die lepas tu siap mengamuk-ngamuk bila tengok aku dengan hubby je makan... Adeh anak mama ni... Bersabarlah ye... Sampai mase nanti mama akan kasi jugak kamoo makan... :-)

Oklah nak google resepi untuk aisy kejap! Nak get ready...hehe. 

Berminat nak dapatkan set trial breastfeeding? boleh email kepada saya @ kdgungu@gmail.com / rizqinshoppe@yahoo.com ataupun boleh sms saya terus O19-4921944. TQ





Tragedi Susu Tumpah.

Sekali lagi!
Masuk ni dah 3-4x susu tumpah mase tengah perah. Tensionnya! Entah kenapa setiapkali buat double pumping kat meja mesti ade masalah... Sebelum ni tak pernahla pulak berlaku cuma dalam beberapa minggu ni dah berapa kali susu tumpah... Atas baju pulak tu... Kali ni banyak jugak tumpahnya... Rasanya hampir 2 oz... Aduhai ruginya... Termenung sekejap... Kain dah habis basah luncun tapi tak boleh nak buat ape... Hari ni kena jaga kaunter... Tengahari nantilah nampak gayanya baru boleh tukar baju lain...

Lepas tragedi ketumpahan tu langsung tumpul mood nak mengepam... susu pun terus merudummm! Just dapat 4 0z jer sesi pagi ni berbanding 8-1O oz 1 sesi... Adeh! Nasib baiklah stok ebm aisy melambak kat rumah... Takyah nak pening kepala...

Cume sekarang tengah tahan jerlah kain yang kebasahan dan lantai kat meja aku yang becak. Nasiblah saper yang mengula duduk kat situ ye... Baik-baik terpijak susu ai tu...hehe. Balik ni nak kena kaji balik kenape susu tu boleh tumpah... Melimpah keluar dari corongnya... pelik betul... Padahal dah masuk betul dah... Hmm.. Kalau tiap-tiap hari macam ni rugi owh! 2 oz x 5 kali = 1O oz!!! Adeh help! Lepas ni maybe kena buat single jer... Tak dapat nak buat double lagi... Takperlah janji ader kan!

~Bukan senang nak senang!~






Tuesday, November 1, 2011

Rintihan Seorang Isteri.

Nak diluah rasa kelat, nak ditelah rasa pahit... 
Kita ni cuma jadi pak turut... Kerana syurga dah terletak di telapak kakinya...
Tapi sampai bila kita nak bertahan?

Yang muda mudah nak dilentur...
Yang tua EGOnya berbakul...
Putih katanya... putihlah maunya...
Jangan dibantah... Jangan disangkal...
Ape kita takder hak ke?

Kerana sayang kita turutkan...
Kalau dah benci nanti?
Sayang pun melayang...

Dia kuat kerana kita...
kita kuat kerana ape?
Melawan bukan bererti kita tak sayang...
Melawan bukan nak jadi derhaka...
Melawan kita mempertahankan hak kita sebagai seorang ISTERI.
Melawan kita untuk kebaikan.
Kalau melawan tu salah jadi bagaimana lagi caranya?
S.A.B.A.R

Untung sabut dia akan sedar...
Untung batu... Hanya Allah yang tahu...

Wallahualam.






++Jom Kita Tukar Link!++