My Nuffy

Wednesday, November 2, 2011

Tragedi Susu Tumpah.

Sekali lagi!
Masuk ni dah 3-4x susu tumpah mase tengah perah. Tensionnya! Entah kenapa setiapkali buat double pumping kat meja mesti ade masalah... Sebelum ni tak pernahla pulak berlaku cuma dalam beberapa minggu ni dah berapa kali susu tumpah... Atas baju pulak tu... Kali ni banyak jugak tumpahnya... Rasanya hampir 2 oz... Aduhai ruginya... Termenung sekejap... Kain dah habis basah luncun tapi tak boleh nak buat ape... Hari ni kena jaga kaunter... Tengahari nantilah nampak gayanya baru boleh tukar baju lain...

Lepas tragedi ketumpahan tu langsung tumpul mood nak mengepam... susu pun terus merudummm! Just dapat 4 0z jer sesi pagi ni berbanding 8-1O oz 1 sesi... Adeh! Nasib baiklah stok ebm aisy melambak kat rumah... Takyah nak pening kepala...

Cume sekarang tengah tahan jerlah kain yang kebasahan dan lantai kat meja aku yang becak. Nasiblah saper yang mengula duduk kat situ ye... Baik-baik terpijak susu ai tu...hehe. Balik ni nak kena kaji balik kenape susu tu boleh tumpah... Melimpah keluar dari corongnya... pelik betul... Padahal dah masuk betul dah... Hmm.. Kalau tiap-tiap hari macam ni rugi owh! 2 oz x 5 kali = 1O oz!!! Adeh help! Lepas ni maybe kena buat single jer... Tak dapat nak buat double lagi... Takperlah janji ader kan!

~Bukan senang nak senang!~






No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++