My Nuffy

Friday, November 11, 2011

KASIH SEORANG IBU HINGGA KE AKHIR HAYAT.

terbaca di himpunan cerita sedeh...

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...
CREDIT : JUAIMURAH

EMOSI : ADA HIKMAHNYA...

~Hanya orang yang takder perasaan + dengki + iri hati + busuk hati je yang takkan sayu + sedih tengok gambar ni~

Wordless_ Sampai ke tahap ini pun masih jugak ada yang BUSUK HATI lagi dengan kami sekeluarga... KENAPE? Arwah dah xder dah... Tak boleh ke cuba letakkan diri korang di tempat isteri arwah sekejap? Dahla baru kehilangan suami tercinta... MANUSIA-MANUSIA BUSUK HATI ni pulak tak habis-habis nak menyusahkan orang... YA ALLAH... Hanya kepada Engkau sajalah tempat kami mengadu...


Thursday, November 10, 2011

PENGAKUANKU.

Topik hari ni...

'Pengakuanku'

Hari ni saya nak mengaku beberapa perkara :

.
.
.
.
.
.
1) Semalam saya ambik RM 7 dalam akaun MAYBANK suami saya tanpa pengetahuan dia. Lupa nak bagitau. Huhu.

2) Dulu saya selalu skodeng FB ex friends saya. Bukan sebab nak rindu ke hape ye. Cuma nak tau life dieorang sekarang macam mana. Bahagia sangat dah ke dieorang sekarang ni...? Haha. Yang last aku tau, yang sorang tu dah kawen tapi sampai sekarang tak dapat anak lagi. Menjadi ker sumpahan aku dulu...??? Wah takutnya... Haha. Yang sorang lagi dah menjauh. Sampai sekarang masih lagi single kot + masih dengan tabiat yang lama. Hey bilala ko nak berubah...??? Tapi tu dulu... Sekarang life aku lebih tertumpu kepada suami dan anak aku dan aku tak mau hantu-hantu ni kacau hidup aku lagi. Syuhhh syuhhh... Go away...

3) Saya nampak berani tapi penakut sebenarnya...Hehe.

4) Saya tak suka BOS saya sebab... Dia buat partition + grill tingkap tanpa memikirkan keselamatan anak-anak buahnya. Kalau opis ni terbakar macam mana kami nak selamatkan diri...??? Lepas tu bila ada yang merokok dalam pejabat, kami yang merasa azab dan menerima akibatnya! Kesian pada yang peknen... Apelah bos ni...huhu.

5) Saya nak buat pengakuan.... Yang terakhir hari ni... 
.
.
.
.
SAYA CINTAKAN SUAMI SAYA MOHAMAD FAUZI ESA SEHINGGA AKHIR HAYAT SAYA... 

sekian terima kasih.
:-)






SUSU KAMBING + MADU LEBAH.

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak. Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif (tanpa sebarang makanan tambahan lain atau susu lain) selama 6 bulan sebelum bayi diberi permulaan kepada makanan pejal pada usia 6 bulan.

Menjadi persoalan apabila bayi kecil diserang sakit seperti jaundis, selesema, cirit birit dan sebagainya. Ramai yang menyarankan agar bayi diberi susu kambing sebagai penawar jaundis dan madu lebah sebagai penawar selesema.

Menurut kajian moden, susu kambing tidak sesuai untuk bayi di bawah usia 1 tahun kerana kandungan mineralnya yang tinggi. Begitu juga dengan madu lebah kerana mengandungi bakteria botulism yang boleh menyebabkan cirit-birit.

Namun, terdapat beberapa argument tentang ini kerana:

1) Susu kambing adalah minuman kegemaran Nabi dan dikatakan susu terbaik selepas susu ibu.
2) Madu lebah merupakan ramuan makanan yang disebut dalam al-Quran dan khasiatnya tidak terbanding.
Walau bagaimana pun, berbalik kepada yang asas… Anak manusia disyaratkan meminum susu, secara eksklusif selama 6 bulan. Ada sebab kenapa Allah menyarankan agar seorang anak disusukan dengan susu ibu selama usianya 2 tahun.
1) Nabi SAW dihantar ke desa untuk disusukan oleh ibu susuan, Halimatus-Saadiah, meskipun berlambak2 susu kambing ada di KOta Mekah.
2) Di India, pemberian madu kepada bayi baru lahir adalah penyebab utama kematian bayi di sana.




Kenapa bayi baru lahir tidak boleh diberi minum madu? Kerana perut bayi baru lahir hanyalah sebesar sudu teh. Kalau kita beri madu satu sudu, dah penuh perut dia. Mana nak masuk susu lagi? Kalaupun minum lagi tapi dah tepu madu dalam perut dia.

Walaupun madu tu bagus, tapi belum masanya seorang bayi diberi madu. Macam kita belajar membaca bukan terus baca eksaiklopedia, mula dengan kenal huruf, kenal perkataan… Masa mula perkenalkan makanan pejal kepada anak pun kita tak terus beri nasi. Kita mula dengan makanan separa pejal, bubur, puree, sebelum beri makanan pejal betul2.

Jadi bukan mengarut kalau kata bayi kecil tidak sesuai diberi madu dan makanan lain. Bukan gila kalau ada ibu yang tak berikan anaknya madu lebah makanan al-Quran, kerana bayinya terlalu kecil dan sesuai minum susu ibu sahaja.

Saya rasa kita tak perlu argue lagi tentang pemberian benda2 lain kepada bayi sebagaimana kita tak perlu argue seseorang tu nak beri bayinya susu ibu atau susu formula, sedangkan pemberian susu ibu jelas dinyatakan dalam al-Quran!

CREDIT TO MOMMY LYNA.


   




ENGLISH COTTON IN DA HOUSE.





PINK FLORAL


(AVAILABLE)


DARK FLORAL


(AVAILABLE)


PURPLE FLORAL


(AVAILABLE)
(AVAILABLE)


PINK BELACAN

(AVAILABLE)
(AVAILABLE)

** HARGA RM 85  SAHAJA TERMASUK POS + FREE GIFT.

KALAU BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA O19-4921944 (SMS SAHAJA)





Bubur Buat Si Manja.

Aisy dah mula makan solid food semalam. Aku buatkan bubur nasi kosong. Dikisar sehalus mungkin... Then mintak mak aku tambahkan susu sikit. Berselera betul die makan kata mak akula... aku tak dapat tengok pun... Huhu. Alhamdulillah akhirnya aisy dah mula makan secara rasminya pada tanggal O9.11.11.

Ape pun stok susu yang aku bekalkan tetap habis...Hehe. Kuat betul anak mama ni minum susu ye. Balik semalam pun aisy masih nak df a.k.a mengopek dengan mamanya sampai mamanya nyaris-nyaris tak masuk opis sebab same-same terlelap atas katil...Haha.

So pagi ni nak cuba kelainan pulak... Nak buat bubur millet + susu untuk aisy!:-)


Millet a.k.a sekoi adalah bijirin seperti padi yang bijinya kecil-kecil bulat. Sekoi atau millet mengandungi karbohidrat yang tinggi, di samping protin dan lemak; yang baik untuk pertumbuhan. Hulled millet, atau sekoi yang dikupas adalah sama khasiatnya dengan beras perang, kerana ia adalah ‘whole grain’ yang mengandungi serat yang tinggi.

Hulled millet boleh dibeli dari mana-mana supermarket dan kedai runcit yang menjual bahan makanan organik. Saya beli di Tesco Seremban Jaya.

 Nak tau hasilnya? Tungguuuuuuu.....Hehe.




47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam

supplemen beracun..cuak tak?..kot2 lah ada makan2 mana2 produk berkaitan..yelah..sekarang ni supplemen melambak kat pasaran.... jom baca artikel berkaitan tajuk di atas dipetik dari berita harian


Idam nak cantik jadi gila

Oleh Faiza Zainudin

faiza@bharian.com.my

2010/08/15

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.Katanya, ada pengguna

meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan

berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.




INFO

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

Kintop

Body Beaus

BMI-9 Xylimming Capsule

Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

Obexlim

Slimax Coffee

Beaute Fit Body Contour

Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

Makjun Taufiq Dua Istimewa

Majun Dua Istimewa

Ginseng Jin Fui Wan

Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

Makjun Syafiq 3 Istimewa

Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

Eriesya Spa Beauty Cream

Atika Beauty Renewal Cream

Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

Ratna Sari Whitening Night Cream

Tia Amelia Krim Jeragat

Chantique Whitening Night Cream

RZAC White Pearl Cream

Nuriz Day and Night Cream

Elite Rias Er Cream

R&Z Whitening Night Cream

Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

Pigmentation Recovery Complex

Zara Rejuvenation Cream

Natasya Krim Herba Gold

De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

Qian Tong Dan

Raja Ubat Resdung

Coral Plus UA 350MG

kesimpulannya..jadilah penggguna yang bijak lagi berhemah... alah membeli menang memakai.. bukannye menang membeli tapi menyesal kemudian hari...
Berhati2 la memilih product. InsyaAllah SHAKLEE
Proven effective, proven save. Dah ada dipasaran lebi 50 tahun.

Credit: K Cery




Wednesday, November 9, 2011

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.

Ayat yang biasa kita dengar. 
Tapi berapa ramai antara kita yang ambil peduli tentang maksudnya? Berapa ramai antara kita yang betul-betul menjaga kesihatan diri kita?

Darah tinggi
Kencing manis
Batu karang
barah
demam
batuk
selsema

"alah, insurans kan ade... ape guna ambil insurans mahal-mahal kalau tak boleh cover aku bila masuk hospital nanti?"

Macam mana pulak dengan anak-anak kita? Berapa kali dalam sebulan / setahun kita bawa anak kita ke klinik / hospital? Berapa banyak pulak yang kita dah belanjakan untuk merawat anak kita yang sakit / demam?

"alah biasalah budak-budak... selalu demam. "

Alhamdulillah aku nampak jalan pencegahan lebih awal... Untuk diri aku, suami dan anak... Mungkin ada yang menganggap apa yang cakap cumalah untuk melakukan produk yang aku jual. terpulang. Lain orang, lainlah pemikirannya tapi yang aku kesalkan bila ada mak bapak yang merungut sebab terpaksa ambil insurans yang tinggi untuk anak-anak tapi tak mahu ambil langkah pencegahan daripada awal untuk mengurangkan bebanannya. Pelik kan?

Tak aku nafikan insurans tu penting contoh untuk kemalangan etc tapi bukan semua orang yang berkemampuan. Yang berkemampuan silakanlah. Aku pun ada jugak menyimpan hasrat untuk ambil insurans untuk aisy tapi aku tak harap aku akan gunakan insurans tu untuk mengubati demam teruk / sakit teruknya. Setiap hari aku mohon biarlah aisy sentiasa sihat. Tak nak bergantung pada insurans semata.

kalau kita boleh belikan dia ( anak-anak kita ) mainan, burger, aiskrim etc takkanlah kita tak boleh belikan die walau sebotol vitamin?

kalau kita mampu menyediakan sepuluh jenis insurans untuk diri kita dan anak-anak kita, takkanlah kita tak mampu nak membeli walau sebotol vitamin sebagai makanan tambahan kita? 

Adat manusia, lebih memikirkan cara untuk mengubati daripada cara untuk mencegah.

Wallahualam.





Friday, November 4, 2011

Macam-Macam Dugaan ~ Tube Medela Swingku Dimasuki Susu.

Entah apalah nasib... dugaan datang bertimpa-timpa... Semalam tube medela swing kesayangan aku dimasuki susu! nasib baik cepat tersedar... Kalau tak sia-sia je masuk dalam body die habisla rosak...huhu. Dahla fs pun meragam sejak seminggu dua ni... Asal pam double jer mulalah yang sebelah kanan meragam... tumpahla, apelah...


Nasib baik boleh basuh... Fuh lega... Teringin jugak nak beli lagi satu tube untuk buat spare... Tapi kena tunggu buget daripada abi...hehe.
 Yang penting, Abi dah janji nak belanje makan korean food kat Melaka sebab berjaya dapatkan customer... Yahoooo! :-)
TQ kak earna kerana yakin dengan Shaklee...Hehe.

Yang lain bila lagi nak cuba? Hehe.

Berminat nak dapatkan set trial? boleh email kepada saya @ kdgungu@gmail.com / rizqinshoppe@yahoo.com ataupun boleh sms saya terus O19-4921944. TQ





No Ayaq Again???! How Dare Die!


Pagi semalam takde air... Pagi ni bangun pun takder air lagi! Aduhai... Daripada malam tadi air kecik jer kuarnya... Nasib baik sempat basuh kain... botol dan pam aisy jer tak sempat nak basuh lagi... Adeh, takkan nak angkut semua ke opis kot? 

Buget time hujan ni air melimpah ruah tapi non ado... huhu. Nasiblah kalau xdok air nak mandi nanti....Adeh! Nak buat aduan kat SAINSla...haha.






++Jom Kita Tukar Link!++