Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak. Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif (tanpa sebarang makanan tambahan lain atau susu lain) selama 6 bulan sebelum bayi diberi permulaan kepada makanan pejal pada usia 6 bulan.
Menurut kajian moden, susu kambing tidak sesuai untuk bayi di bawah usia 1 tahun kerana kandungan mineralnya yang tinggi. Begitu juga dengan madu lebah kerana mengandungi bakteria botulism yang boleh menyebabkan cirit-birit.
Namun, terdapat beberapa argument tentang ini kerana:
1) Susu kambing adalah minuman kegemaran Nabi dan dikatakan susu terbaik selepas susu ibu.
2) Madu lebah merupakan ramuan makanan yang disebut dalam al-Quran dan khasiatnya tidak terbanding.
Walau bagaimana pun, berbalik kepada yang asas… Anak manusia disyaratkan meminum susu, secara eksklusif selama 6 bulan. Ada sebab kenapa Allah menyarankan agar seorang anak disusukan dengan susu ibu selama usianya 2 tahun.
1) Nabi SAW dihantar ke desa untuk disusukan oleh ibu susuan, Halimatus-Saadiah, meskipun berlambak2 susu kambing ada di KOta Mekah.
2) Di India, pemberian madu kepada bayi baru lahir adalah penyebab utama kematian bayi di sana.
Kenapa bayi baru lahir tidak boleh diberi minum madu? Kerana perut bayi baru lahir hanyalah sebesar sudu teh. Kalau kita beri madu satu sudu, dah penuh perut dia. Mana nak masuk susu lagi? Kalaupun minum lagi tapi dah tepu madu dalam perut dia.
Walaupun madu tu bagus, tapi belum masanya seorang bayi diberi madu. Macam kita belajar membaca bukan terus baca eksaiklopedia, mula dengan kenal huruf, kenal perkataan… Masa mula perkenalkan makanan pejal kepada anak pun kita tak terus beri nasi. Kita mula dengan makanan separa pejal, bubur, puree, sebelum beri makanan pejal betul2.
Jadi bukan mengarut kalau kata bayi kecil tidak sesuai diberi madu dan makanan lain. Bukan gila kalau ada ibu yang tak berikan anaknya madu lebah makanan al-Quran, kerana bayinya terlalu kecil dan sesuai minum susu ibu sahaja.
Saya rasa kita tak perlu argue lagi tentang pemberian benda2 lain kepada bayi sebagaimana kita tak perlu argue seseorang tu nak beri bayinya susu ibu atau susu formula, sedangkan pemberian susu ibu jelas dinyatakan dalam al-Quran!
CREDIT TO MOMMY LYNA.
No comments:
Post a Comment