My Nuffy

Thursday, April 7, 2011

Geramnye Mama!

Serius mama geram tau!
Kenape?
Cuba tengok kat bawah ni...
l
l
l
l
l
l
l
V

manalah mama tak geram tau!:-)
Meet Nur Annisa... Si comel ni anak sepupu mama. Baru je berumur 14 hari. Masa lahir berat dia 4 kg! Fuh memang hebatlah sepupu mama tu... Mama yang bawak tak sampai 4 kg ni pun rase dah tak larat dah... Tapi macam biasalah kalau dah besar gini, keluarnya pun ikut tingkaplah. 

Masa mama pergi melawat Nur Annisa ni hari tu, dia baru balik dari klinik. Ambik darah... Suspek kuning die tinggi. Petang tu dia kena masuk hospital balik. Alahai kesian betul mama tengok die... Sepupu mama cerita, Nur Annisa kena cucuk untuk ambik 3 botol darah. Kita yang dah besar ni pun kemain tak tahan, inikan pulak baby yang kecik macam ni... 
Sepupu mama cakap lagi... nurse yang ambik darah tu pun dah tak sanggup nak tengok... inikan pulak ibu yang melahirkan... Mintak-mintak aisy lahir nanti tak adalah teruk sangat macam tu... Tak sanggup mama nak tengok... 

Harap-harap Nur Annisa cepat-cepat sembuh ye... Takmo kena cucuk lagi... Kesian Nur Annisa...






Can I Get Cuti Sampai Bersalin?

Seronoknya kalau dapat cuti panjang.... Tapi itu semua dalam mimpi jelah... Mana dapat nak cuti panjang macam tu kan... Huhu... Tak apalah... Yang penting hari ni mama ambik EL. Sakit mama belum kurag lagi... Masih jugak sakit kat bahagian bawah tu. Baby pun asyik mengeras je...

Mujurlah babah aisy masuk kerja petang... Dapatlah babai aisy tolong mama buat kerja rumah... Tugas mama hari ni cuma memasak je... Itupun cuma goreng ayam segera Ayamas dan sayur campur. Ringkas je sebab itu je yang mama mampu. Tak larat nak berdiri lama-lama. Ingatkan tadi nak masak nasi goreng je sebab dah ready masak nasi malam tadi nak buat nasi goreng tapi  kan... alih-alih mama tengok tadi nasinya dah basi! Pelik! Padahal biasanya kalau mama masak nasi petang atau malam... esoknya tu masih elok lagi...

Bila mama masak nasi baru tadi pun bau macam nak basi dah... Tapi babah aisy elok je laju makan... Lapo sangat dah gaknye tu... Hehe.

Arghhh mama nak cuti!!!!




Wednesday, April 6, 2011

Hari moody buat mama.

Malas! Malas! Malas! Tulah yang mama rasa bila bangun tidur pagi tadi... Nak bangun punyalah seksa... Pagi tadi pulak mama ada checkup kat KK tapi babah aisy tak ada untuk temankan mama... Subuh-subuh adam lagi babah aisy dah gerak ke PD untuk temuduga. InsyaAllah mama doakan babah aisy dapat kerja tu... Amin.

Pergi klinik mama bawak kereta FIL mama... Kereta wira... Adui... Perut dah makin cecah ke stereng dah... Tapi nak buat macam mana... Biarlah babah aisy bawak viva... lagi jimat! Tambahan dah tukar minyak Ron 97 ni... ~Jimatlah sangat...Hehe.~ Dari rumah IL mama dah rasa moody je sebab babah tak ada dengan mama di saat mama memerlukan... Dalam seminggu ni sakit mama makin menjadi-jadi pulak... Nak bergerak pun sakit... Macam dah nak bersalin benar dah rasanya.

Sampai kat KK, mama memang rasa macam dah tak sihat dah. Jalan pun slow je... Tak boleh nak jalan laju-laju sebab bila jalan laju-laju mesti rasa sakit kat celah peha. Mama diperiksa pukul 8.30 pagi... itupun jururawat pelatih yang buat... Faham-faham jelah kalau dah jururawat pelatih yang buat kerja... Mama bukan tak suka cuma mama risau kalau-kalau dieorang ni tersilap ke hape... Yelah... belum banyak pengalaman... Tak taulah macam mana Jururawat kat situ boleh slamber je biarkan jururawat pelatih yang check pesakit tanpa pengawasan...

Tak lama lepas tu ada jururawat ni datang tengok kad mama... 'Eh ni kena ambik darah dulu ni...' Adeh... Mama buat muka bengang tapi ikutkan jugak... Tak ada mood nak bertekak ke hape... Dah babah aisy pun tak ada... tak dapatla mama nak mengadu...

Dah lepas ambik darah kena pergi makmal pulak... amik keputusan dan buat urine test... Lepas tu kena pegi mengadap jururawat tu balik... Baru je nak rasa lega, jururawat tu kata mama kena suntik untuk kancing gigi pulak! Tak sukanya! Dan yang akan menyuntik mama adalah jururawat pelatih! Depan-depan mama dia dah menggelabah bagai... Banyak kali kena tegur dengan jururawat yang mengawasi dia tapi tetap jugak buat silap. Mana mama tak cuak?

Masa nak suntik tu pun ambik masa... Dan yang paling penting SAKIT sangat-sangat! Memang mama rasa nak menangis sangat-sangat masa tu. Masa tu jugalah mama terbayangkan babah aisy... Selalunya bila mama kena ambik darah, babah aisy ada kat depan mama sambil buat muka kelakar tapi kali ni mama sorang-sorang je pandang dinding...

Selesai semua mama terus keluar... Bila terkenangkan babah aisy mama mula rasa sedih je... Betullah macam kata kawan opis mama... Waktu-waktu macam nilah kita makin rasa sangat memerlukan suami kita terutamanya bila nak menemankan kita ke klinik... Hrmm... Kalau babah aisy dapat kerja jauh kali ni macam manalah agaknya ye? Mama ni nak tekan pedal pun dah tak larat... Huhu... Sadis betul.

Dalam seminggu ni mama kena check bp selang sehari semula sebab berat mama terlebih lagi... Terlebih 2 kg je pun dalam 2 minggu ni... salah ke?T_T Tengoklah kalau mama larat nak pegi... Ni jalan pun dah tak larat macam mana? Dieorang kata biasa tapi manelah mama nak tau biasa tu macam mana kan? Kalau biasa takkanlah mama sampai tak larat nak berjalan? Lain benar pulak rasanya ni... Pinggang pun dah mula sakit je... Perlu ke mama pergi check doktor? Hmmm...




Tuesday, April 5, 2011

Berniaga atau makan gaji?

Sebenarnya dah lama sangat mama fikir pasal benda ni... Mama memang minat nak berniaga... Tak kisahlah berniaga online ke... Berniaga ka pasar malam ke... Buka kedai ke... Yang penting berniaga. Sebelum ni mama ada mengambil tempahan kuih raya dan kek untuk hari raya atau majlis-majlis tertentu tapi semenjak berbadan dua ni mama dah tak ambil tempahan lagi dah. Lagipun kekangan masa menyukarkan mama untuk menganbil sebarang tempahan.

Tambahan pulak dulu mama tak ada peti sejuk... Jadi tak dapatlah mama nak menyimpang bahan-bahan atau kek yang dah siap tu. Terpaksalah mama buat kat rumah mak ataupun buat on the spot sebelum dihantar pada pelanggan... Memang susah dulu... Oven pun terpaksa pinjam orang punya... Kalaulah babah aisy hadiahkan mama sebijik oven idaman mama tu... Fuhhh... Mau tetiap hari mama buat kek! Sampai orang sebelah pun dah ternaik muntah dengan bau kek tu...Hehe.

Minat nak buat kek dan biskut memang tak pernah padam... Dah macam-macam yang mama rencanakan dalam kepala otak mama ni... Pernah mama mohon untuk belajar buat kek di Kolej Komuniti Ledang tapi sayangnya tak kesampaian... Babah aisy berat hati nak lepaskan mama pergi walaupun hujung minggu saja memandangkan perjalanan yang agak jauh dan mama sudahpun berbadan dua masa tu...

Kalau ikutkan hati, mau saja mama berhenti kerja dan berniaga... Tapi nanti siapa yang nak bayarkan hutang-hutang mama ni? Hutang kereta... Pinjaman peribadi... Aduhai... Remuk rasanya jantung ni bila mengenangkan hutan yang tak surut-surut... Paling menyedihkan bila duit yang sepatutnya mama gunakan untuk buat modal berniaga makin berkurangan sebab nak lengkapkan rumah yang mama duduk sekarang ni... Nasib baik dua-dua makan gaji... Adalah jugak duit belanja bulanan... Tapi selalu je rasa macam tak cukup...

Itu yang membuatkan hati mama berkobar-kobar nak berniaga balik tu! Biarpun secara kecil-kecilan... Sekarang mama dah ada Aisy BoutiQue... Mama masih lagi dalam proses menambah koleksi barangan dalam blog mama tu... Nak keluarkan modal besar sekaligus memang mama tak dayalah... Harap-harap bisnes on9 mama tu akan sukses dan mama dapat mengembangkan bisnes mama tu di luar pulak... InsyaAllah...

Makan gaji? Buat masa ni biarlah mama kerja makan gaji dulu puas-puas... Berniaga tu mungkin cuma secara sambilan je bolehla kot... Bila bisnes mama dah berkembang nanti mungkin mama akan mempertimbangkan untuk bersara awal...Hehe...




Monday, April 4, 2011

3o Minggu Sudah.


Alhamdulillah kandungan mama sekarang dah masuk 30 minggu dah... Orang kata sekarang ni baby tengah mencari-cari jalan nak keluar... Patutlah kadang-kadang mama rasa macam geli-geli je. Kejap kembang kejap kuncup. Lepas tu sangat kerap rasa penat. Berdiri sekejap pun dah rasa letih kaki ni... Nasib baiklah mama dapat seorang suami yang memahami macam babah aisy...:-) Setakat ni hampir separuh kerja rumah, babah aisy yang buat. Kerja mama cuma memasak, menghidangkan makanan, mengemas (itupun ikut mood) dan melepak depan Tv...Hehe.

Hujung minggu lepas pulak mama lebih banyak tidur... Tak larat nak buat apa pun... Sampaikan Miz Nini satu hari tu pun mama tak ada usik dia... Punyalah tak larat masa tu... Tambahan pulak mama dah mula rasa sakit dekat celah peha... Bukan melecet ke hape... Just sakit je bila nak bangun ke... berjalan ke... mencangkung ke... Ya Allah rasa nak menangis pun ada bila nak bangun tidur pun babah aisy yang kena tolong bangunkan mama...

Mama pernah tanya pada doktor... dia cakap, itu perkara normal sebab otot-otot kat bahagian tu tengah mengembang nak bagi laluan pada baby nak keluar nanti... Hmmm... Kalau macam tu tak apalah... Mama risau jugak kan... Yelah pengalaman pertama mengandung... Manalah mama nak tau benda-benda macam tu... Tadi masa kat pejabat serius mama tak larat... Jalan pun rasa terkengkang-kengkang je dah... Mama tanya jugak pada 2-3 orang kawan mama yang dah ada pengalaman... tak ada pulak yang alami macam yang mama kena sekarang ni... Kalau sakit bahagian pinggul tu adalah...

Apapun mama harap pengalaman bersalin mama jadi lebih mudah lepas apa yang mama alami sebelum bersalin ni... Mama nak baby mama ni keluar dengan sihat dan sempurna... InsyaAllah... Doakan mama ye...:-)




"Contest Sahabatku Kesayanganku~!!"

Mama telah ditag oleh :

All Bout GA & Contest

Syarat-syaratnya:

1. Follow cik tie n tinggalkan jejak kt masterlink cik tie.. (Done)

2. Buat 1 entry tajuknye "Contest Sahabatku Kesayanganku~!!" n letak banner di bwh kt dlm entry tue.. (Done)

3. Letak pix korang bersama rakan2 korang (korang mesti ada dlm pix tue)...... 1keping je tau, nnt bulau pulak mata cik tie tgk...(Done)

4.Cerita sikit tentang pix yg korang letak & apa makna "PERSAHABATAN" tu utk korang?? (Done)

~Gambar ni diambil masa majlis pertunangan mama pada 14 Januari 2010 yang lalu. Gambar ni memberi banyak makna pada mama sebab masa ni mama rasa bahagia sangat bila kesemua teman baik mama ada di sisi mama. Ada sorang yang tak ada dalam gambar iaitu mama shiera tapi die sentiasa ada di sisi mama. Mama jugak bersyukur walaupun mama jarang dapat bertemu dengan dieorang tapi dieorang tetap mahu berkawan dengan mama dan sentiasa ingat pada mama. Mama sayang sangat kat dieorang...Muah2x!~
makna PERSAHABATAN pada mama adalah... suatu persahabatan yang ikhlas dan suci itu takkan terputus sekalipun badai melanda... 

5.Tag 2 rakan blogger yg len... n pastikan dorang tahu tau... (Done)

Mama shiera
Auntie Diha

6.Xperlu letak letak banner kt sidebar korg... (Done)

7.dah siap??? tinggalkan link post korang tue kt ruangan comment cik tie ni, senang cik tie p golek2 kt entry korang... (Done)





Sunday, April 3, 2011

Memperkenalkan.... Miz Nini...


Memperkenalkan... intan payung babah aisy dan mama sekarang ni... Mizzzzz Niniiiiii! Tak ada kena mengena pun dengan tunang Noh Hujan ~ Miz Nina Okeh! Heee...Nak tau mana mama jumpa Miz Nini ni? Alkisahnya lepas pegi kenduri kawen kawan mama minggu lepas, babah aisy terus je pegi Bahau sebab nak cuci kereta. Bukan yang biasa tu tapi yang automatik punya tu. Kita just duduk dalam kereta diam-diam. Tak payah nak berpanas kat luar dan berpeluh-peluh bagai.

Dekat sebelah tu adalah satu pet shop... Hari tu dah pegi dah tapi masa tu Miz Nini belum ada lagi... Kebetulan mak nak beli sepasang itik angsa putih buat menambah koleksi itik angsanya yang kat rumah tu. Apalagi... Mama pun memang minat kalau pegi pet shop ni. Tak beli pun takpe... Dapat cuci mata pun jadilah...Hehe.

Macam biasa bila sampai je kat pet shop tu tumpuan mama adalah pada kucing parsi yang comel-comel kat situ. Ei geram je mama tengok! Rasa nak bawak lari sekor... Boleh buntingkan si ibu kat rumah tu...Tapi bila dengar je harganya... Adui terbantut sungguh angan-angan mama. Seekor kucing kat situ boleh mencecah rm2k! Masuk ASB lagi untung de...Huhu.

Tiba-tiba mata mama tertancap kat kandang sebelah kucing parsi tu... Aik macam kenal je... Macam pernah nampak... Tapi di mana ya??? ~dialog basi... Haha. Itulah kali pertama mama bertentang mata dengan Miz Nini... Pastu terus jatuh hati... Bila cina tu keluarkan Miz Nini dan letak atas tapak tangan mama... terus mama belai-belai die... Biasalah mula-mula nak kenal, bukan main garang lagi si Miz Nini ni... Berbunyik sakan die... Mungkin dia rasa terancam kot. Babah aisy cuba gak pegang tapi die tak mau. Dengan mama baru dia ok sikit.

Mama pandang babah aisy... senyum-senyum kambing mengharapkan babah aisy paham maksud hati mama. Tanya-tanya harganya... Mak oii kalah harga hp mama... Puas gak mama mintak kurang tapi mampos tak layan... Bila babah aisy tengok mama asyik sangat dengan si Miz Nini ni terus babah aisy tanya mama nak beli ke? Hrmm... Niat di hati memanglah nak tapi... Mama risau mama tak dapat nak beri tumpuan pada Miz Nini nanti. Almaklumlah... mama pernah baca 1 blog ni yang ownernya ada pelihara binatang yang sama... Dia cakap binatang ni memang sensitif sikit. Dia boleh mati kebosanan kalau tak ada orang nak layan die! Adui...
Memang menangis sakanlah mama kalau Miz Nini ni mati...

Puas jugak mama dok pikir.. Nak bela ke tidak? nak bela ke tidak? Haihhh... Kecomelan Miz Nini memang memikat hati mama tapi tulah... Banyak benda yang mama kena fikirkan... Last sekali babah aisy beri kata dua... Kalau nak bela, boleh! tapi dengan syarat... Mama kena jaga Miz Nini jangan leka macam bela Mila dulu... ~Mila dah mati kena makan dek IBu (kucing kat rumah mak)~ So sad! Orait! memandangkan babah aisy dah bagi lampu hijau... dengan tak sabarnya mama terus bagi kata setuju kat cina tu. :-)

Maka berpindah tanganlah Miz Nini kepada mama dan babah aisy... Fuh semangat betul mama nak menjaga si Miz Nini ni tau. Mula-mula sampai kat rumah Miz Nini ni masih lagi malu-malu + garang nak mampus! Asyik mendengus je kejenye tapi sekarang dah okey sikit dah. Mungkin dia dah kenal dengan bau mama dengan babah aisy. Cuma dalam 2 hari ni Miz Nini macam tenga bengang dengan mama. Kenapa entah? Selalunya kalau mama ambik die dia tak melawan... Ni tangan mama disepak dan digigitnye... Anak durhaka betul! Dengan babah aisy ok je pulak die. Ei geram je mama. Entah apa yang dirajuknya dengan mama entah... Ni karang ada jugak yang kena hantar balik karang ni... Padan Muka mama lepas tu!Kehkehkeh...

Tak apalah... mama tengah cuba nak pujuk si Miz Nini ni... Garang-garang sangat nanti mama babab je! Hehe... InsyaAllah mama akan update pasal perkembangan Miz Nini ni dari hari ke hari ye. Itupun kalau berokband ni tak buat hal.... Biasalah... duduk kat kawasan ni susah sikit nak dapat line. Okeyla! Mama nak take 5 kejap eh... Tak puaslah tidur tadi..Hehe... Selamat berhari Minggu!:-)




Saturday, April 2, 2011

Keputusan Rasmi Kerudung Ungu Giveaway 2011.

Alhamdulillah... sudah hampir seminggu Kerudung ungu giveaway ni berakhir tapi baru hari ni mama dapat mengeluarkan keputusan rasminya (cewah... macam nak umumkan pengetua AF pulak rasanye...Hehe). Setelah cabutan dibuat semalam oleh babah aisy maka dapatlah 3 orang peserta bertuah untuk giveaway ni...:-) Termasuk 2 orang lagi followers yang bertuah kerana menjadi followers belog mama ni yang ke 2oo dan penyertaan untuk giveaway ni yang ke 5o.

Jeng... jeng... jeng...! Berdebar-debar pulak rasanya mama nak umumkan peserta yang bertuah ni...:-)

Untuk penyertaan yang ke 5o jatuh kepada...

http://superfirasct.blogspot.com/2011/03/kerudung-ungu-giveaway-2011.html
 
Bagi follower yang ke 2oo pula jatuh kepada...
 
http://norazwa50.blogspot.com/
 
Hmm tinggal 3 lagi tempat mama kena umumkan.... Kalau boleh mama nak bagi semua menang....Tapi apakan daya.... Buget mama ciput sajo...hehe....
Okeylah! Tanpa buang banyak angin... mama nak umumkan 3 lagi peserta yang bertuah untuk giveaway Kerudung Ungu ni ye...

Setelah dicabut undi oleh babah aisy semalam..... ini adalah peserta-peserta yang bertuah tu...
 
http://awekinside.blogspot.com/2011/03/kerudung-ungu-giveaway-2011.html
 
http://mairasukacgl.blogspot.com/2011/03/kerudung-ungu-giveaway-2011.html

http://aevoecaedoe-ijuzneedlove.blogspot.com/2011/03/kerudung-ungu-giveaway-2011.html
 
suke tak??? :-)
Tahniah diucapkan ye... kepada yang tak berjaya tu nanti boleh cuba lagi ye...:-)

TQ!

 Nota mama : 

kepada para pemenang... bolehla emailkan kepada mama di kdgungu@gmail.com... Nama, alamat dan no tel untuk tujuan penghantaran hadiah ye. Kalau tak ada respon dalam masa 3 hari selepas keputusan ni diumumkan, mama akan buat cabutan yang baru. TQ.




Friday, April 1, 2011

Opocot Mak Ekau!

Hari ni mama rasa dunia mama macam kelam kabut je. Nasib baiklah esok dah hari Sabtu... Ngorok time! Wehaaa.... Syoknye dapat tidur lama-lama kan! Ala... lupa! Esok mama nak pegi pasar ler.... Nak beli ayam... sayur... buah mangga... adeh! Berangan nak beli macam-macam. Sah tak sedar diri betul mama ni kan aisy!:-)

Tadi kan... masa mama kat Bank nak bankin kan duit... Adalah sorang mamat ni... entah india ke bangla ke mama tak taula... Asyik je dok tengok sorang pakcik ni tengah buat transaksi kat CDM tu. Ei takut pulak mama tengok die dok kusyuk je memerhatikan pakcik tu. Bila time mama, mamat ni tadi masih lagi perhatikan apa yang kita buat. Naik rimas pulak mama. Takut pun iya jugak. Manalah tau tiba-tiba dia mengekori mama bila mama keluar daripada bank nanti macam mana? Dahla mama sorang je masa tu... Ei ngerinya...

Lepas je bankin duit, mama terus keluar. Sambil-sambil tu mama toleh jugak ke belakang... takut-takut kalau mamat tadi tu mengikut mama daripada belakang pulak. Sampai kat satu kawasan berbukit tu entah macam mana mama terpijak batu. Opocot Mak Ekau! nasib baik tak tergelincir mama kat situ.

Aduh berderau darah mama sekejap... Sungguhla lenkali mama takmo dah keluar sorang-sorang lagi! Tobat mama... Babah aisy dah tau tadi... Apalagi... Balik ni siapla kena tarik tinge! Hehehe....




Wednesday, March 30, 2011

Erk??? Mama Bakal Dapat £2,000.000.00 (Dua Juta Paun)?

Macam tak percaya! (memang tak percaya pun). Ada orang nak bagik 2 juta paun kat mama???! Siapa yang percaya sila angkat kaki tapi pastikan kaki kamoo bukan kaki busuk ye!

Alkisahnya tadi mama ada terima 1 email ni... malas nak cerita panjang-panjang... baca kat bawah ni ye... Lepas tu kamoo boleh buat spekulasinya...

Apa motifnya nak bagi mama 2 juta paun tu? Nak kata mama kena April FOOL... hari ni baru 30 Mac... Haih... Mama yakin ada udang di sebalik kuah tomyam ni. Kalau betul-betul nak menyumbangkan duit, baiklah dia sumbangkan duit dia tu ke tabung bencana ke hape... Dapat gak pahala lebih. Ramai lagi yang mmerlukan selain daripada mama ni (eh mama pun perlu jugak!)  

Ada sesiapa yang dah pernah dapat email semacam ni kah? Ke mama sorang je yang ketinggalan? Huhu... Nasihat mama... janganlah nak percaya bulat-bulat email-email macam ni. Silap-silap haribulan, kita balik yang terkena. Mama mohon sangat berhati-hatilah kalau dapat email atau surat ke hape macam ni. 

So ape tunggu lagi? DELETE la email tu! :-)

nota mama :

Masuk rancangan  JLL pun belom tentu dapat 1 juta dek non....Huhu





++Jom Kita Tukar Link!++