My Nuffy

Monday, November 17, 2014

Abang Patah Tangan??!

Kejadian ni berlaku lebih kurang 3 minggu lepas! Pagi lepas bawak abang pegi sarapan dekat kedai roti canai 50 sen kedai favorite abang, terus hantar dia ke taska. Macam biasalah, mula-mula memang merabak nangis macam orang kena dera! Terpaksa tarik tangan dia bila dia mula meronta-ronta nak lepaskan diri. Nak dukung memang takla... Dah 15 kg kot!

Masuk kelas, abang mula berhenti menangis lepas pujuk dia sikit. Sambil borak dengan cikgunya sambil tu pandang dia dari kejauhan kat dalam tu. Muka tak puas hati ko! Tapi kesian jugak tengok dia masa tu... entah apa yang tak kena.

Lebih kurang 20 minit lepas tu dapat panggilan dari cikgu Gee mintak aku datang jemput abang. Tangan kanan abang ada masalah katanya. Dia tanya sama ada abang ada jatuh semalam. aku hairan... Baru pagi tu depan mata aku abang memanjat besi penghadang... Takkanlah kan? Nak kata sebab tangan dia kena tarik sebelum tu tak pulak dia mengaduh sakit. Lagi pulak pagi tu aku nampak dia boleh main macam biasa.

Aduh dahlah aku baru je sampai tempat kerja, dah kena patah balik.. Apakan daya demi anak, kerja aku tinggalkan.

Sampai kat taska, cikgu-cikgu dah sedia menanti dengan cemas. Abang pulak tengah duduk dikelilingi kawan -kawannya. Aku tanya abang kenapa dengan tangannya? Dia diam... Aku tanya siapa yang buat? Dia tunjuk cikgu Gee...  Tergelak aku bila nampak muke cikgu Gee dah gabra tapi aku pasti memang bukan cikgu Gee yang buat.

Aku bawak abang masuk ke kereta dan aku tanyakan lagi sekali siapa yang buat tangannya sampai sakit. Barulah dia sebut nama kawannya. Aku tak puas hati so aku tanya berkali-kali tapi jawapan abang tetap sama. Termenung aku dibuatnya sebab aku memang kenal benar nama yang disebut tu.

Aku bagi tahu pada en.suami dan dia sangat terkejut. Lepas jemput dia di pejabat, kami terus bawa abang ke klinik kesihatan.

See muke abang nampak macam sayu sangat sambil pegang tangannya yang sakit tu. Mase tengah tunggu giliran kat klinik ni which is sangat lama, cikgu Gee whatsapp lagi tanya keadaan abang. Tak tau nak jawab ape lagi sebab belum jumpa doktor lagi. Aku just mention yang abang ada sebut pasal budak yang buat dia tu tapi cikgu Gee cakap tak nampak pulak budak tu ada buat apa-apa.

Hmm.. Tak tau mana satu yang betul dah... Just hope tangan abang tak ada apa-apa. So dipendekkan cerita, lepas jumpa doktor dan xray, doktor sahkan tangan abang tak patah! Fuh lega sangat. Cuma abang kena pakai anduh sampai tangan dia elok je.


Then lepas tu dekat 2 minggu gak tak hantar abang p taska. 3 hari duk kat kampung duduk dengan mak mentua aku. Mak mentua aku urut tangan abang sampai elok. 3 hari jugak mama dia merabak merindu budak yang banyak cakap ni!huhu...

Serius memang tak boleh kalau die tak ada. Sunyi de!

About that boy, for tak ada apa yang nak dimarahkan... Mungkin dia tak sengaja sebab dah 2 tahun abang kenal budak tu sampai pernah bawak dia balik sekali sebab mak dia tak sempat ambik kat taska tapi tak pernah dia buat apa-apa kat abang. Now abang pun dah okey so nothing to dendam2 rite?

Thursday, November 13, 2014

Dalam Ingatan


Kembar Iqy ke ni? Ye boleh dikatakan nilah kembar Iqy... Arwah Imran. Lahir pada bulan yang sama dengan Iqy cuma berbeza tarikh sahaja. Arwah Imran merupakan anak senior merangkap rakan sekerja saya dulu. Membesar sama-sama tapi akhirnya arwah Imran pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Al Fatihah.

Kali terakhir berjumpa arwah iaitu semasa hari raya yang lepas. Melihat keletahnya tiada siapa dapat menduga arwah akan pegi buat selama-lamanya. Doktor sendiri khabarnya tidak dapat mengesan apa penyakit sebenar arwah. Pedihnya kehilangan ini hanya yang mengalami sahaja yang tahu. Saya sendiri tak kuat untuk bercakap dengan ummi arwah waktu tu yang sedang mengandung sehinggalah saya datang melawat mereka seminggu kemudian. Itu pun tak terucap kata-kata dari mulut ini bila melihat ummi arwah senyum dalam duka. Saya tau ape pun kata-kata saya masa tu tak mampu untuk menghilangkan rasa sedih di hatinya. Saya hanya mampu berdoa agar mereka diberikan ketenangan dan kekuatan untuk untuk meneruskan kehidupan.

Paling saya tak dapat menahan sayu di hati apabila kakak arwah merayu supaya dibawa pulang adiknya itu dari kubur. Kakak arwah sebaya dengan Aisy iaitu 3 tahun tapi saya nampak dia memang cepat matang. Walaupun telah diterangkan berkali-kali tetap jugak dia menginginkan adiknya kembali supaya dapat menemaninya bermain barangkali.

Kini khabarnya ummi arwah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Adalah kawan si kakak nak main masak-masak nanti..Harap-harap baby saya pun baby gurl jugak supaya boleh teman saya masak-masak pulak nanti! :-)

Akhir kata, arwah tetap dalam ingatan kami semua... Semoga kita dapat bertemu di syurga nanti. Amin.




Wednesday, November 12, 2014

Abang Iqy


Seperti yang dijanjikan, nilah dia permata hati saya yang kedua, Muhammad Aisy Rifqy a.k.a IQY. LAhir pada 06 Mei 2013 sama bulan dengan abang Aisy. Ramai orang cakap dia ikut muka mama dia. Ok means mama dia memang comel! Haha! Lahirnya di Hospital yang sama dengan si abang dan secara kebetulan jumpa semula dengan doktor yang pernah menyambut kelahiran Aisy dulu. Hmm...

Alhamdulillah, waktu nak melahirkan iqy same macam abang dulu, nak jugak tunggu babah masuk baru dia nak keluar. Sabar yolah eden! Alhamdulillah merasa sakit nak bersalin jam 4 pagi sehari selepas pilihanraya. Nasib baiklah sebelum tu dah tolak nak jadi petugas pilihanraya, kalau tak mau terberanak time orang sibuk nak mengundi plak! Nayo yo kan!

Now sedar tak sedar, iqy dah 1 tahun 6 bulan dah pun... Dan insyaAllah bulan Mei tahun depan iqy akan jadi abang plak :-) Tak merancang pun nak menambah sebenarnya tapi dah rezeki kan kenalah terima seadanya.. Bohonglah kalau kata tak mengharap kali ni dapat baby gurl kan! haha. Cuma kalau ditakdirkan yang ketiga ni pun dapay boy jugak kami terima seadanya...:-) ok cerita tu kita buat next entry eh!

Then ingat tak dulu saya pernah buat wish supaya dapat pindah ikut suami saya? Ok takyah ingat! Just sekarang dah 2 tahun pun dapat pindah ikut suami. So rite now abang dah duduk kat taska, adik plak mula-mula dulu dijaga oleh isteri kawan babah dia. almost 4 bulan jugaklah dia jaga. Antara sebab kenapa pilih dia sebab dia boleh mengendalikan susu ibu. Lepas tu kami cari pengasuh lain.Alhamdulillah now iqy dah ade atok tumpang yang sangat sayangkan dia! Sabtu ahad pun bantai diambiknye iqy bawak berjalan... Nasib baik dia tak kira overtime...hehe.

Ok cukuplah tu citer pasal budak kenit sorang ni kan! Next time kita citer lagi pasal keletah dia eh... Siyes memang geram je kalau tengok muke die tau! Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang hero malaya ni.. Semoga mereka berdua menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti, mendengar cakap makpak dia dan menjadi anak yang berguna dunia dan akhirat. Amin.


Thursday, October 23, 2014

KERUDUNG UNGU KEMBALI LAGI


Rindu betul rasanya nak berblog... Last berblog tahun 2012. WOW! 2 tahun sudah saya tinggalkan dunia blog ni. Ade ke lagi yang nak baca blog Kerudung Ungu ni eh? Hehe. Apepun saya berblog hanya untuk suka-suka disamping berkongsi pengalaman hidup yang tak seberapa ni. Harap ada yang sudi membacanya ye.. :-)

For intro 2014 ni saya nak perkenalan sorang lagi ahli baru dalam keluarga Kerudung Ungu ni... MUHAMMAD AISY RIFQY a.k.a IQY now dah berusia 1 tahun 5 bulan dah pun. Lahir pada 06 MEI 2013 di HOSPITAL SEGAMAT, sehari selepas pilihan raya.. For next entry kite kenal-kenal lagi dengan si kecik ni ye :-) Owh ye si abang AISY now dah berusia 3 tahun 5 bulan dah pun. Dah masuk taska dah dia...

Ada banyak jugak pengalaman yang saya nak share semasa mengandungkan IQY ni. InsyaAllah nanti saya kongsikan ye. Tungguuuu...

Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012...



Tahun 2012...

Terlalu banyak kenangan yang pahit dan manis dalam diari hidup ni... Tapi sedar tak sedar dah hampir ke penghujungnya dah.... Singkat sangat hidup ni kan?

Awal 2012 aku diberikan tanggungjawab yang besar sepanjang aku bertugas selama 6 tahun ini... Alhamdulillah Oktober 2012 tamat jugak akhirnya bila ada pengganti. Banyak dugaan dan cabarannya sepanjang masa tu dan selepas ada pengganti... mb continue next entry okey!

September 2012 berita gembira hadir di saat aku berduka. Aisy akan dapat adik! :-) Yea Aisy baru nak menginjak 2 years. Masa adiknya lahir nanti Aisy dah 2 tahun pun. Well seperti yang dijangkakan! Misi bising sebab cepat sangat katanya pregnant balik. Adush kak, umo saya ni bukan 24y okey dah nak masuk 29y next month dah kak oi... Bile lagi aku boleh nak beranak, sementara Allah bagi aku kesempatan dan kesihatan ni, biarlah aku beranak banyak2 dulu. Paling kurang pun dapat sepasang pun syukur alhamdulillah kak oi... Kang kalau dah nak masuk 35y, ko suruh stop pulak...

And tak sangka jugak kali ni same pulak pregnant dengan kak earna and Zeha (my opismate). Well we oll bakal bersalin mungkin dalam bulan yang sama! How wonderful... Kosongkan pejabat seadanya... Biar pening ketua masing2...haha. Well kisah merandung2 ni kite continue lain entry ye... Now just nak flashback what happen in 2012 je secara rawak and azam untuk tahun 2013 pulok.

O ye, my MIL family akan berpindah ke teratak mereka daripada kuarters... Banyak sangat kenangan kat kuarters tu... Arwah my FIL pun meninggal kat situ... But now we have to move on rite! rumah yang dibeli arwah dah pun siap diubahsuai. barang-barang kebanyakannya dah diangkut ke rumah baru. Yang tinggal barang kecik2 je.... Buat yang menanti and bakal masuk ke rumah tu haraplah bersabar ye...

Ermm ape lagi ek? Banyak jugak benda yang tak best nak citer untuk tahun 2012 ni tapi biarlah rahsia. Biarlah semuanya tinggal kenangan... Nak mulakan semuanya baru....

About my azam pulak, last year x pasti azam ape yang dah tercapai...huhu. Hajat nak jadi MASTER belum tercapai lagi. Mau kejar MASTER FARAH WAHIDA pulok pasni...huhu.

Azam 2013

# Capai pangkat SENIOR SUPERVISOR SHAKLEE
# Dapat pindah kerja dan rumah di PORT DICKSON ~ nak cari pengalaman di tempat baru.
# Target dapat rumah sebelum bersalin
# Target dapat baby gurl
# Kembangkan biz Shaklee and Rizqinshoppe
# Capai Income more than 2k every month ~ tak termasuk gaji keje gomen
# Target breastfeeding 2nd baby untill 2y
# Target berat badan 50kg dan ke bawah
# capai simpanan 20k setahun

Itulah antara azam terpenting aku untuk tahun depan... In Shaa Allah semoga Allah permudahkan segalanya dan perjalanan kehidupan kami. amin. So azam korang macam mana pulak? dah tercapai semuanya utk year 2012? :-)





Sunday, December 30, 2012

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH



Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.


Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."


Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."


Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t."


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."


Via
Kata-Kata Kebaikan (JomLike)
 




BKU Berwajah Baru.

Dah lama sangat rasanya tak jengah blog kesayangan hamba ni... dah bersawang, berhabuk bagai dah ni... Azam tahun baru will continue writing In Shaa Allah... Hope u guys will always support me okey! :-)

Friday, September 7, 2012

Backdated Post pasal Uli-uli Biskut Raye Part 1.

Dah dekat 2 bulan berlalu barulah terhegeh-hegeh nak post pasal event Uli -Uli Biskut raye mase kat Melaka hari tu. Huhu. Manjang xde masa je... So rini kiranya nak tebus baliklah ni... nak tulis entry secara marathon...Boleh?

Ni mase mula-mula sampai kenalah beratur dulu... Patut sampai pukul 8 tapi dekat pukul 9 baru tercongok kat sini.. hambek ko kena beratur panjang..huhu. Ni tengah tunggu turnlah ni... Puaslah dok menyelit2 bawak aisy tapi xder pun yang prihatin... budak2 U yang kebetulan ada sekali kat situ main tolak2 je... sabar jelah haku... Tapi sekali babah aisy p beratur, terus dapat.


Lepas ambik free gift, sebelum masuk haruslah sain tanda kenangan dulu kan... Free gift tu dapat baju tshirt, bandana, apron n pelekat. Hari tu daftarkan untuk babah aisy sekali so dapatlah baju sepasang...

Mula-mula sampai muka memasing cam bahagia je tapi bila perut dah berkeroncong, muncung tak sudah...

happy little boy...


Little masterchef...

Semenjak dah dapat kaki ni bukan main ligat die berjalan... masa event ni saje biarkan die lepas... mak ai, x larat rasenye nak mengejar... merate-rate die pegi... habis anak dara, mak dara, anak orang pun die sape...

Ini antara barisan artis yang datang mase tu... Yang comel tu sape nama die, zarif ke hape tah, susah betul nak senyum... Wan sharmila mase ni je nampak.. lepas tu x pasti ke mane die... Group mane tah...

die dah start meragam...

Chef Zaidah yang disangkakan Kak Ogy Ahmad Daud oleh babah aisy...haha.



dieorang ni in my group tapi banyak dok layan budak2 mude kat depan... orang tue macam ai ni dok diam2 je ye...huhu

 yeayyyyy!!!! Bukan main lagi dua beranak ni bergambar sakan dengan awek2 Julie's ni...

Untungla dapat tunjuk ajar Chef Zaidah...hehe.



Dalam banyak banyak gambar rasanye ini yang paling sweet... Aisy kena kiss dengan Chef Zam... Babahnye punya keje... Die nak datang join event ni pun sebab nak jumpe chef Zam punya pasal... Sanggup ko! Sayang xder gambar babah aisy dengan chef Zam pulak...

Turn babah aisy pulak buat biskut craft... Pun jd tumpuan chef Zaidah..:-)

Haha... Ni group mane tah menyelinap ke group hijau... Selambe je die tegur aku... Ingatkan sape, bila pusing eh tengok die ni... Memnag aku berkenan tengok die berlakon start dlm citer Kasih Alia lagi... Dapat jugak bergambar..hehe.Sporting tuh...

Almy Nadia... Sibuk buat biskut craftnye....





Wednesday, August 29, 2012

Rindu Nak BerBlogging....

Assalamualaikum....

Hi, lama dah menyepi.... tetiba hari ni teragak pulak nak update belog kesayangan hamba ni... Owh lupa nak wish korang sume, "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN" ye...

maaf terpaksa tergantung lagi citer sampai kat sini... byk pulak kejeku rini...huhu. Insyaallah ader mase nanti kite stori mori lagi yer...tata titi tutu..:-)

LOL

Tuesday, May 8, 2012

Promote sekejap.


Promosi sempena Hari ibu.... mehla beli untuk ibu2 kite, ibu2 mertua kite @ bakal ibu2 mertua...:-)

sms 0194921944 untuk keterangan lanjut ye :-)

*** Free voucher gift.


++Jom Kita Tukar Link!++