My Nuffy

Wednesday, January 19, 2011

Jalan-Jalan.

Dah lama rasanya tak dapat jalan-jalan berdua dengan hubby.Almaklumlah keadaan kewangan kurang mengizinkan tapi hari tu alhamdulillah hubby dah dapat gaji pertamanya makanya dia beria-ria nak ajak aku pegi jalan-jalan.

Kalau ikutkan aku, memang sekarang ni aku dah tak larat nak berjalan-jalan sakan ni. Kalau dulu cakap je nak pegi mana, aku on je. Ni baru 4 bulan, aku dah tak larat dah. Hehe... Mase hantar FIL aku ke JB ritu pun naik sengal-sengal bontot dibuatnye. Tobat aku takmo p lagi dah.

Hubby ada ajak p ronda-ronda Melaka hujung bulan ni tapi tak taula nak pegi ke tidak. Pak Long pulak ajak pegi Terengganu awal bulan depan tapi tak pasti lagi dapat pegi ke tak. Aduh belum pegi pun dah terase sengal-sengal dah ni. Hehe... Sesungguhnya buat mase sekarang aku memang tak berminat nak pegi jenjalan jauh-jauh ni. Yang dekat pun dah mencungap aku dibuatnya. Cam mane?

tak dapat makan kat secret recipes, makan kat pizza hut pun jadilah...


By the way, baju yang aku pakai tu adalah hadiah pemberian hubby sempena harijadi aku yang ke 27 tahun semalamnya tu. Senyap-senyap je dia belikan baju tu kat Jusco Melaka mase nak pegi jemput adik ipar aku kat PD lepas hantar FIL aku ke JB ritu. Dia boleh sorok baik punya tu... Bila dah tepat 12 malam barulah dia kejutkan sambil ucap 'happy birthday'. Dia tunjukkan baju tu tapi aku time tu tengah mamai lagi so pagi2 tulah baru aku tengok betul-betul baju tu. 


To my hubby... Terima kasih banyak-banyak sebab dah bahagiakan sayang selama kita bersama ni. Terima kasih jugak atas pemberian hadiah tu. Sayang tak kisah pun sebenarnya, yang penting abi sayangkan sayang dah cukup..:-)



No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++