My Nuffy

Friday, January 21, 2011

Serba Salah.


Sepatutnya aku keje hari ni tapi mengenangkan ada beberapa perkara yang aku kena selesaikan, aku memutuskan untuk ambik EL jelah. Agak serba salah jugak aku dibuatnya tapi rasanya ini pilihan yang baik. Takut nanti ada pulak yang mempertikaikan kalau aku diberi kebenaran keluar pagi dan masuk lewat petang. Almaklumlah, aku bukan insan terpilih untuk disayangi di pejabat. Huhu... 

Kebetulan aku nak semak akaun CIMB bank aku sekali. Semalam masa balik rumah mak aku, aku dapat satu penyata dari CIMB. Dalam penyata tu ada jumlah baki yang aku sendiri tak jangka akan ada dalam akaun aku. Aku cuba nak check kat atm tapi tak boleh. Sekali INACTIVE da... So pagi ni sebelum hubby pegi kursus, dia temankan aku setlekan benda ni. Alhamdulillah bila semuanya dah selesai, barulah lega sikit. Alhamdulillah ada rezeki yang tak disangka-sangka kat CIMB... Dapatla aku bayar balik duit yang aku pinjam kat mak aku bulan lepas.

Lepas hantar hubby ingatkan nak singgah BSN pulak nak buat SSP tapi tengahari tutup pulak. Hari Jumaat kan... Hmm... memandangkan hubby pun tak ada, aku malas nak meronda mana-mana. Letihla... Aku cuma sempat singgah kat kedai perabot untuk tanya pasal harga katil. RM499 untuk katil + tilam 8 inci. Berbaloi x?
Aku cuma survey harga je dulu. Manalah tau kalau dapat harga yang lebih murah kat tempat lain.

Dekat pukul 2.30 petang jugaklah aku sampai rumah. Bila balik rumah, mak aku tak masak lagi rupanya. Maka memasaklah aku ala kadar. Sekadar masak nasi dengan sardin goreng saja dah cukup membuka selera. Lebih kurang pukul 5 petang aku dah terbongkang kat atas katil. Penat owh...

Hmm... dah dekat pukul 11.30 mlm rupanya. Patutla layu semacam je mata ni. hehe... Good Nite semua...




No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++