My Nuffy

Thursday, April 21, 2011

Kesah Hujung Minggu... Masyuk!!!

Seperti yang mama janjikan... mama nak storyla sikit pasal hujung minggu yang lepas... Dalam en3 Minggu yang memenatkan hari tu mama ada story serba sedikit pasal aktiviti yang mama buat kan... So sekarang mama sambunglah story tu...

Selepas semalaman mama tak tidur... awal paginya mama dah kena kejut dengan babah aisy... Adeh memang terseksa betul rasanya bila tak cukup tidur ni... Aisy memang tak pernah bagi mamanya tidur lena pun selama ni... hehe. Lepas bersiap-siap... mama dan babah aisy terus hantar puding untuk pertandingan dulu... Da sampai kat tempat tu... Mama segan, babah pun segan... Adeh! Macam mana ni??? Sudahnya mama dengan babah aisy patah balik rumah IL mama... Sampai rumah tengok-tengok dieorang tak adalah pulok!

Yang ada cuma tinggal tok mak je... Macam biasalah... bak kata babah aisy... Non Stop Talking! Kehkehkeh. Baru je duduk tak sampai 1o minit mama dan babah aisy keluar balik. Tinggalkan nini kat rumah dulu... Kali ni nekad jugak paksa babah aisy hantarkan puding tu... Bila babah aisy balik ke kereta, babah aisy tergelak sakan... Kata babah... semua yang hantar puding tu buat macam-macam bentuk... Puding mama je yang boleng! Tak ada hiasan... tak ada bentuk yang menarik... Huhu. Confirmla kalah...

Bukan salah mama pun... Manalah mama nak tau kena buat macam-macam bentuk bagai! MIL mama pun tak bagitau apa-apa... Dia cuma cakap suruh mama buat puding... Masa mula-mula tu ada jugaklah terfikir nak buat bentu macam-macam tapi faham-faham jelah mama ni... Otak tak kreatif langsung! Kehkehkeh.

okey enuf pasal puding... lepas breakfast, mama dan babah aisy sudah sedia untuk memulakan bisnes! owh sebelum mama terlupa... mama dan babah aisy nak ucapkan terima kasih pada penaja breakfast pada pagi tu iaitu Poksu dan Ucu Watie! Hehe. Kebetulan pulak terjumpa dieorang tengah breakfast pagi tu... terus tumpang sekaki...


Hanya berteduh di bawah pepohon mangga... tanpa payung atau khemah... Kalau hujan nasibla...Huhu. Alhamdulillah doa mama dan babah aisy dimakbulkan... Hari tu tak jadi hujan... Syukur alhamdulillah... 


Tak lama lepas tu poksu dan ucu datang bawak 2orang budak ni...:-) Aqish dan Idlan yang dah semakin petah berkata-kata... Aqish tak sudah-sudah panggil babah aisy dengan panggilan 'awong'. Seronok sangat tengok telatah dieorang ni tau!


Waktu pagi gerai kami terletak di tepi jalan seperti yang disyorkan oleh babah aisy... Naik tengahari je kiteorang mula beralih tempat... Tak tahan owh... Panas! Kek kukus mama pun dah beruap-ruap jadinya... Air batu pulak dah habis cair... Alhamdulillah rezeki buka gerai awal pagi... Dapatla hasil jualan dalam rm 60++... 
~BIL mama yang masuk sukanika~
~FIL mama pun ambil bahagian jugak~

Aktiviti seterusnya diteruskan pada pukul 2 petang... Petang tu ada jugak yang cuba-cuba nak buka gerai tapi mama dan babah tak rasa tergugat pun... Adakah mama dah mula riak???:-)Hehe... Tak adalah... Mama cuma yakin yang rezeki tu datang daripada Allah dan tetap akan ada tak kiralah lambat atau cepat... Betul tak? Buat apa nak iri hati dengan rezeki orang lain ye tak? Dan alhamdulillah ternyata firasat mama benar belaka...

~muka letih + Sakit pinggang!~


Petang tu rezeki tetap ada buat mama dan babah aisy... Alhamdulillah... Senang hati mama tengok riak dan senyuman di wajah babah aisy... Walaupun babah aisy nampak letih sangat-sangat sebab terpaksa uruskan banyak benda memandangkan mama tengah sarat tapi babah tetap ceria...


Alhamdulillah lebih kurang pukul 6 semuanya selesai...
Balik je rumah... mama terlentang kat atas sofa... Babah aisy yang kemaskan semua benda... TQ so much abi sayang...:-)


Walau macam mana penat sekali pun... mama dengan babah aisy tetap happy hujung minggu tu... Alhamdulillah jugak rezeki aisy tetap ada...
Yang ni kira last project mama dengan babah aisy...
Lepas ni kalau boleh mama nak rest je... Tak larat owh... Kaki dah asyik membengkak je... Tapi kalau babah aisy nak belanja makan kat Seoul Garden, MP... Mama on je!Hehe.


Jemput singgah kat Belog babah aisy & aisy On9 Boutique!:-)









No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++