My Nuffy

Wednesday, June 8, 2011

Diari Aisy : Aisy Dera Mama!


Dua malam sudah alhamdulillah aisy kurang meragamnya... Kalau tidak tu tak sah kalau dia tak merengek je... Asiklah mengeliat sini sana... Semua pun serba tak kena... Lepas mama sapukan 'losyen ajaib' kat aisy barulah aisy nampak senang sikit nak tidur... Dulu masa jaga anak sedara mama pun mama gunakan 'losyen ajaib' ni jugak... Senang sikit kerja mama... Budak pun kurang meragam...

Aisy ni memang kuat berjaga malam... mungkin sebab siangnya dia dah puas tidur... Mana taknya... lepas je menyusu dia terus tertidur... Kacaulah macam mana pun dia takkan bangun... Tapi bila dah malam siaplah... Mama dengan babah tak sempat nak kiss kiss lelap mata pun... Kalau setakat celik mata tapi tak merengek okeylah kan... Ni sampai uwannya terbangun risaukan aisy sebab menangis tersenggut-senggut...

Malam tadi aisy mula nak berjaga lagi... Puas mama sapu 'losyen ajaib' tu... Mungkin jugak disebabkan tak selesa dengan pampers baru dia... Sebab sebelum ni mama guna petpet sebelum bertukar kepada drypers soft... Memandangkan pampers aisy dah nak abis, babah beli yang baru. Kali ni babah aisy beli jenama fitti. Lepas mama pakaikan sejak semalam mama tengok pampers tu cepat betul penuh... Kulit aisy pun merah-merah dah nampaknya kalau lambat tukar...

Mama memang dah mula pakaikan aisy lampin kain moden cuma tak selalu sebab kebanyakannya bersaiz agak besar sedikit tapi alhamdulillah aisy nampak selesa bila pakai lampin kain moden ni... Buat masa ni mama cuba pakaikan lampin kain moden ni waktu siang je tapi insyaallah dalam sebulan dua lagi baru mama akan pakaikan aisy lampin kain modern ni sepenuhnya... Seronok pulak rasanya guna lampin kain moden ni tau! Selain aisy nampak sangat comel dengan lampin kain modennya, mama juga boleh berjimat! Mama masih ada beberapa lagi stok lampin kain moden ni tapi mama tak risau kalau tak habis terjual sebab mama tau aisy mesti perlukannya jugak nanti. Betul tak babah aisy? Heeeee....

lepas mama tak cukup tidur malam tadi... Aisy dera pulak mama tak tidur sampai pagi... Puas dah mama pujuk aisy tapi asiklah die merengek... Daripada kat tepi katil sampailah ke tengah katil aisy heret mama... Last-last aisy baring betul-betul celah ketiak mama... Hey anak mama ni... :-) Sudahnya mama bogelkan aisy dan bagi kat uwan untuk mandikan dia... Apalagi menjerit sakanlah dia kena mandi awal-awal pagi tapi sekejap jelah... Aisy ni memang tahan lasak... Sedangkan kena cucuk ambik darah pun dia menangis sekejap je inikan pulak mandi pagi.

Lepas mandi dan bagi aisy susu, barulah dia tertidur. Lepas tu apa lagi... Mama pun tidurlah sekali! Heee... Hmm... aisy... aisy... Dah pandai dera mama ye...:-) Tapi apa pun mama tetap sayangkan aisy...:-) Hmm malam ni dera babah pulak eh! ^_^







2 comments:

Tercipta Untukku dan Untukmu said...

wah aisy sama ngan kyreen la suka dera mama..anak sy siang xnak tido malam ok lak..time siang tu letih asyik pegang dia je huhu apa losyen ajaib tu hihihi

++Kerudung Ungu++ said...

yke? hihi...

nk tw ape losyen ajaib tu? tunggu entry seterusnya k!:-)

++Jom Kita Tukar Link!++