My Nuffy

Friday, June 10, 2011

Diari Aisy : Susu Oh Susu.

Siapa tak sedih oh kalau tak dapat bf baby sendiri... Itulah yang mama rasa mula-mula lepas bersalin dulu... Dengan keadaan mama yang tak mengizinkan masa tu ditambah pulak dengan ketiadaan susu badan... Bila pertama kali pulak mama cuba bf aisy, aisy tolak mama... Masa tu airmata mama bergenang... 1 sebab mama sedih sebab mama rasa macam aisy tak terima kehadiran mama... Yang kedua sebab mama kasihan dengan aisy sebab kelaparan. Sampai la ni pun mama belum berjaya lagi nak bf baby aisy secara eksklusif. Sebabnya... kilang susu mama ni tak berapa nak produktif.

Masa mula-mula dulu memang mama hampir putus asa jugaklah dibuatnya tapi mujurlah babah aisy banyak beri sokongan pada mama untuk bf aisy. Mungkin jugak babah aisy serik kot kena bangun tiap-tiap malam untuk buat susu aisy...Hehe. 


Inilah hasil susu yang berjaya mama pam pada awal-awal dulu. Sungguh menyedihkan... Padahal breast dah bengkak-bengkak rasanya. Kasihan sangat pada aisy masa tu sebab tak dapat menyusu dengan puas. Itu sebabnya mama campur bagi aisy susu formula. Bukan mama suka-suka nak bagi susu formula ni atau malas nak bagi aisy susu badan.

Paling banyak pun yang pernah mama dapat pam cuma 55 ml... Manalah nak cukup sedangkan aisy memang kuat menyusu. Kalau orang lain nak cakap mama ni tak kuat berusaha untuk bf aisy, terpulanglah.


Setakat ni mama dah cuba letak kelopak kobis ( masa mula-mula dulu), minum nutri99 iaitu susu soya untuk tambahkan susu badan yang mama beli dari SaraKids dan berurut tapi susu masih jugak berkurangan. So macam mana lagi mama nak buat? Jeles tau bila tengok orang lain dapat bf baby masing-masing tanpa masalah kekurangan air susu... Nak pergi mana-mana pun senang tak payah nak bawak bekal bagai... Ni nak bawak termosnyelah, air masaknyalah, susu tepungnyelah... betul-betul jeles owh...

Bayangkanlah masa mengandung dulu tak tak ada terfikir langsung nak beli botol atau punting susu untuk aisy sebab bujet memang nak bf kan aisy sepenuhnya... Lepas tu siap berangan lagi nak pam susu dan simpan stok susu untuk aisy bila dah naik kerja nanti. Hmm... tapi apakan daya susu mama tak cukup. Kasihan aisy...

Buat masa ni mama belumlah lagi terfikir nak berhentikan bf aisy... Bukan semata-mata sebab nak bentuk badan cun macam zaman anak dara dulu ke hape, mama cuma nak wujudkan keakraban antara mama dengan aisy...  Berbeza rasanya kalau jadi seorang ibu yang bf bayinya berbanding dengan menjadi seorang ibu yang hanya boleh membancuh susu untuk anaknya...  Hmm... Mama masih lagi berusaha nak perbanyakkan susu ni. Mama ada terjumpa beberapa petua tradisional dan moden yang mungkin mama akan cuba lepas ni. Insyaallah kalau ada rezeki dapatlah mama bf aisy secara EKSKLUSIFnya. Doakan mama ye...





1 comment:

mysara said...

salam mama aisy.. cuba mkn lobak putih.. kucai.. InsyaAllah blh tambahkn susu... xmo sedih2 k.. yg penting positifkn minda yg mama aisy blh bf aisy n blh bykkn susu.... kene sentiasa pk positif k xmo putus asa tau.. chaiyok2!!

++Jom Kita Tukar Link!++