My Nuffy

Thursday, December 15, 2011

TANGAN vs MESIN PAM.

Assalamualaikum,

Lately jarang dapat nak update belog ni. Salah satu sebab adalah 'penyakit M'. Hari ni je macam semangat sikit nak mengupdate. Selasa lepas me and my opismate ade menyertai BENGKEL PENYUSUAN IBU BEKERJAYA anjuran MAINS yang telah diadakan di Dewan Masjid Negeri, Seremban. Alhamdulillah banyak info yang telah kami dapat kat sana. MAINS telah menjemput PN KAMARIAH dan DR NING dari SUSUIBU.COM untuk memberi penerangan.

So hari ni nak share sikitlah pasal penyusuan susu ibu ni tentang cara memerah susu guna tangan vs guna mesin pam. Yang mana satu pilihan anda?




sumber : google


Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah
 
-credit-

 


Untuk mesin pam pulak ada pelbagai jenis pam yang boleh anda cuba. Ada pam manual and ada pam elektrik/guna bateri. Jenama pun ada macam-macam jugak. Ada dengan dengan idak je bugetnye...hehe. Untuk saya, saya pilih MEDELA FREESTLYE. MEMANG BEST! Even saya cuma beli yang 2nd je. Alhamdulillah dah dekat 3 bulan pakai Medela Freestyle ni puas hatilah. Ia menyempurnakan misi penyusuan saya tapi jangan risau, takder medela pun boleh berjaya jugak ye. Yang penting USAHA tangga KEJAYAAN!

Antara kedua-duanya saya lebih memilih untuk guna pam atas faktor-faktor tertentu. Diantaranya ialah :

1) keadaan persekitaran di pejabat (bos dah tarik balik kemudahan bilik mengepam kami... KEJAM!). Terpaksa mengepam kat meja masing-masing dengan staff lelaki yang berkeliaran termasuklah BOS LELAKI kami. Baru sekejap tadi cuba nak mengepam guna tangan tapi kurang berjaya. Tak pasti apa punca sebenarnya...

2) Boleh buat kerja sambil mengepam. Memang tak digalakkan sebenarnya sebab waktu mengepam kalau boleh kita mesti dalam keadaan rileks. Tak boleh stress2 tapi bila time nak pam time kerja tu memang stress. Takley nak buat apelah... Kejap bos panggil... kejap buat itu.. kejap buat ini...

3) MUDAH dan JIMAT MASA! tak dinafikan guna tangan lebih mudah daripada mesin pam sebab tak perlu bawak apa-apa alat tapi bagi saya dan yang lain-lain yang mempunyai kekangan masa... Mesin pam adalah yang TEMAN TERBAIK saya buat setakat ni. Sejujurnya, saya ambil masa sikit bila memerah guna tangan ni. Kalau orang lain senang2 nak dapat 4-5oz tak sampai 5 minit, saya pulak ambik masa sekurang-kurangnya 30-60 minit untuk 1 sesi.

Selebihnya anda boleh tambah sendiri kenapa anda perlu guna mesin pam. 

Saya kagum dengan dr Ning dari SUSUIBU.COM yang dah beranak 4 (tapi slim macam anak dara) hanya memerah menggunakan tangan SAHAJA. WOW! 

Apa pun pilihan terletak di tangan anda... Yang penting ikut pada buget. Tak perlu susah hati kalau tak dapat beli Medela... guna tangan pun boleh. 






1 comment:

Karisma Izzah said...

saya gunakan kedua2nya - pam dan tangan untuk kosongkan dengan lebih maksimum.

best guna tangan tapi memang amik masa lame sikit. so guna pam untuk jimatkan masa. saya pam disurau. pam pun manual je sebab 1 sesi boleh dapat 3oz je paling banyak. kalau ade rezeki boleh dapat 4oz. sebab tu saya kata kais pagi makan pagi kat komen post giveaway tu...

++Jom Kita Tukar Link!++