My Nuffy

Tuesday, December 6, 2011

Vitamin Bukan Untuk Banyakkan Susuibu

Tuntutan cara hidup hari ini menyebabkan ramai para isteri yang bergelar ibu juga turut bekerja demi menampung perbelanjaan dan keperluan keluarga.

Memandangkan bila seseorang isteri itu bekerja maka secara langsung si ibu [ bagi yang bergelar ibu dan mempunyai matlamat menyusukan anaknya] akan mempunyai banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Isteri itu perlu melakukan tugas rutin rumahtangga selain menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang isteri. Bukan semudah yang disangka.

Bagi yang mampu menjaga amalan pemakanannya dan mampu menyediakan makanan harian mengikut pyramid makanan, alhamdulillah tahniah kerana anda melangkah satu kehidupan yang sihat dan sejahtera. Bagaimana bagi kita yang tidak mampu mengikut saranan dalam pyramid makanan?
Pengambilan makanan tambahan hanyalah sabagai satu option bukan satu kemestian. Balik kepada apa yang anda mahukan.


Vitamin bukan berfungsi untuk membanyakkan susu. Ia lebih kepada kesihatan badan ibu secara fizikal dan mental. Ibu yang bekerja perlu sihat dan bergerak aktif  selain emosi yang sihat dan sentiasa bersemangat menjalani kehidupan seharian. Maka jangan salah faham atas keperluan vitamin ini pada individu yang mengambilnya. Hakikatnya vitamin itu TIDAK MEMBANYAKKAN SUSUIBU.


Kita perlu tahu konsep asas penyusuan ialah : Lebih kerap paydara dikosongkan maka lebih banyak susu yang dihasilkan dengan syarat :
1.    si ibu sihat dan menjaga pemakanannya
2.    si ibu memastikan pengambilan air secukupnya demi menggantikan cecair yang keluar untuk menghasilkan susuibu.
3.    Si ibu tenang , emosinya stabil dan BEBAS dari sebarang tekanan dalaman atau luaran [ keluarga atau pejabat]
4.    Elakkan berdiet kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori.

Kita juga perlu tahu komposisi nutrient utama dalam susuibu ialah protein, diikuti kalsium dan vitamin serta zat galian lain. Maka si ibu disarankan memastikan pengambilan protein serta kalsium yang mencukupi  disamping vitamin dan galian lain demi membantu penghasilan susuibu dengan lebih lancar. Keperluan protein dan kalsium yang mencukupi memang benar-benar membantu melancarkan penghasilan susuibu. Lagi banyak yang diperah maka lebih banyak yang akan dihasilkan terutama apabila penghasilan susuibu sangat lancar.

Tidak dinafikan pengambilan supplement tertentu akan menyebabkan si ibu merasa payudara cepat penuh dan ada juga yang melalui bengkak susu seperti dalam pantang walau anak sudah melebihi 6 bulan menyusu. Namun tetap kena berpegang prinsip asas penyusuan.


Pengalaman saya menyusu dua anak dengan jayanya melebihi 2 tahun setengah setiap orang adalah kerana saya pastikan 4 perkara di atas di titikberatkan.


Bagi anda yang ada kekangan menyediakan makanan mengikut pyramid makanan, boleh cuba mengambil makanan tambahan demi menjayakan penyusuan namun perlu diingat, konsep asas penyusuan perlu diutamakan. Sekali lagi saya ingatkan VITAMIN TIDAK BANYAKKAN SUSU.

Apa Fungsi Vitamin bagi Ibu Menyusu?

Vitamin hanya membantu ibu kekal sihat, bertenaga, aktif, mood yang sihat, bebas dari sebarang tekanan. Vitamin ini secara langsung memperkayakan nutrisi yang terdapat dalam susuibu. Bila ibu sihat dan bebas dari tekanan maka secara langsung membantu menjayakan penyusuan.

Apabila anda membuat belian apa2 produk yang diberi jaminan selamat untuk menjayakan penyusuan, pastikan anda dapat khidmat nasihat pengedar kerana harga yang anda bayar sudah termasuk dengan harga konsultasi.

CREDIT : ANAKKU WIRAKU.






No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++