My Nuffy

Thursday, March 10, 2011

Main Sorok-sorok Plak Die!

  ~by google~


Semalam mama pergi checkup bp lagi untuk ke sekian kalinya. Alhamdulillah semalam bacaan bp mama dah normal balik… 110/70. Awal-awal pagi lagi mama dah tercongok kat klinik tu tapi macam biasalah ada yang lagi cepat daripada mama tau! Macam biasalah mama kena tunggu dan terus menunggu… Kebetulan pagi semalam semua misi ada meeting pagi tu so kaunter untuk ibu mengandung sepi seketika. Pukul 8.30 barulah ibu-ibu mengandung dilayan… Rezeki mama agaknya pagi tu, walaupun mama dapat nombor last tapi misi tu daftarkan kad mama dulu (macam tau-tau je mama datang awal pagi tu..hehe). Mesti ramai yang menjeling-jeling tak puas hati tapi nak buat macam mana kan… Bukan mama punya kuasa…

Lepas urine test, macam biasalah mama kena jumpa misi nak check bp pulak. Kali ni barulah die ikut sistem nombor. Mama redha je…Hehe. Nasib baik ada sorang misi ni cepat ambik kad mama. Cuma yang tak bestnya, muka die macam terlebih makan cuka… Tak ada manis langsung! Tapi mama rileks je… Mama pun tak tau macam mana mama boleh jadi rileks je… Hurmm…

Lepas check bp, die suruh mama baring pulak sebab nak check degupan jantung baby. Belum sempat mama baring, hp die berbunyi… Die selamba je angkat walhal die nak check perut mama nih… Lepas tu die siap marah-marah orang tu… Mama rasa die tengah marah hasben die kot sebab die bahasakan diri die sayang dengan orang tu… Takkan balak die pulak kot??? Ontahla labu…

Tak lama lepas tu die tengking pulak orang tu dan terus offkan hp. Terkejut mama… Bukan mama sorang je yang dengar… Ada sorang lagi ibu mengandung dengan 2 orang misi kat situ. Semua terdiam macam malaikat lalu… Risau gak mama kalau-kalau misi tu tiba-tiba pegang gunting ke jarum ke terus cucuk perut mama. Buat naya je… isk isk…

Masa die check perut mama, die boleh tak jumpa degupan jantung baby… Puas die raba perut mama tapi tak jumpa jugak. Yang mama ni boleh pulak tak rasa risau… pastu asik rasa macam nak ketawa je bila pandang muke misi yang mencuka tu. Dalam hati mama ni asiklah berkata-kata…’ agaknya baby terkejut dengar ko menjerit tadi gaknya terus die menyorok…’ Hehe…

Puas jugaklah misi tu dok mencari tak jugak jumpa-jumpa. Dua tiga kali jugaklah die mintak maaf sebab terpaksa tekan perut mama kuat-kuat sebab nak dengar jantung baby. Dekat 5-10 minit jugaklah lepas tu baru dapat dengar degupan jantungnya. Bila dah dengar, die cakap degupan jantung baby terlalu laju pulak… Die Tanya mama tengah berdebar-debar ke? Mama jawab takdelah pulak tapi dalam hati mama tetap berkata, baby mama ni yang berdebar-debar sebab takut dengar misi tu marah-marah tadi…:-)

Apa pun mama lega sebab bacaan bp mama dah normal balik. Harap-harap bacaan bp mama sentiasa cantik sampailah 16hb ni. Doktor Ryan cakap nak scan baby… Babah aisy dah excited sangat dah tu nak tengok anak sulungnye ni. Harap-harap dapat tengok jantinanya sekali. Eii tak sabarnya!!! :-)

Nota mama :

Walau apa pun berlaku semalam, mama tetap dalam mood ceria! Hehe…






No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++