Hari ni mama kena check bp kat klinik lagi macam dulu... Babah aisy yang hantar mama pergi klinik pagi tadi. Walaupun penat tak hilang lagi tapi babah aisy tetap gagahkan jugak diri untuk menemankan mama. Terima kasih abi sayang...
Lepas buat urine test, mama terus ke bahagian ibu mengandung. Memandangkan hari ni hari Jumaat, maka klinik memang lengang giler. Kenapa entah Jumaat tak jadi pilihan untuk pegi klinik? Ker hari Jumaat semua orang sihat-sihat belaka?Ontahla... Mama pulak sorang je ibu mengandung yang kena datang klinik hari ni... agaknyela... Cepat je nurse tu panggil masuk.
Bp mama masih rendah lagi... Macam biasalah kena bebel dulu. Mama senyum je... :-) Salah mama jugak sebab semalam mama tak makan ubat pun... Lepas tu die periksa denyutan jantung baby pulak. Sebelum die periksa dia tanya mama,
'Husband dah dengar denyutan jantung baby dah?'
'Belum' kata mama.
'Nak bagi husband dengar tak?'
'Nak!' Laju je mama cakap nak sebab sebelum-sebelum ni tak ada pun nurse-nurse ni bagi can kat babah aisy.
'Okey, Siapa nama husband ye?'
'Fauzi...'
'Encik Fauzi... masuk kejap...'
Babah aisy pun masuk dengan muka serius. Cemas kot...Hehe. Saja je nak buat suspen babah aisy.
'Ok, isteri encik Fauzi nak encik Fauzi dengar denyutan jantung baby ye...'
Bila alat tu diletak kat perut mama maka kedengaranlah denyutan jantung baby aisy. Alhamdulillah, normal katanya. Babah aisy tanya kalau scan sekarang ni dah nampak jantina ke belum. Nurse cakap tak pasti lagi... Hurm tak sabar-sabar betul babah aisy nak tahu jantina anaknya ni. Mama agak mesti babah aisy excited nak tahu sama ada kat dalam ni baby girl ke tidak. Babah aisy memang teringin sangat nak anak perempuan walaupun dia cakap dia tak kisah. Ala mama tau...:-)
Hari isnin ni mama kena check bp lagi. Harap-harap cepatlah bp mama normal. Doakan mama ye...:-)
3 comments:
doakan segalanya baik2 belaka..yg penting jaga pemakanan dan rehat yg cukup..
Insyaallah... terima kasih umiey...:-)
InsyaAllah...
take care tau ;)
Post a Comment