Aduhai idea… Dari tadi mama dok terkial-kial je nak mengupdate blog. Beku rasanya kepala otak mama ni. Selain dok membizikan diri menyiapkan kerja-kerja tertunggak, mama jugak dok bizi melayan customer aisy boutique dan jugak cari idea nak update blog usang mama ni. Kalau boleh mama nak update tiap-tiap hari 2-3 entry tapi apakan daya… Tanpa berokband dan kekangan masa, tak dapekla mama nak mengupdate do…
Dah lama sebenarnya mama nak update tentang diri mama semenjak mama mengandung ni tapi asyik terlupa je…Hehe. Mungkin ramai ibu-ibu mengandung kat luar sana yang mengalami situasi atau simptom-simptom yang sama dengan mama ni kan! Antaranya adalah seperti :-
Cepat lupa/Pelupa
Perangai mama yang cepat lupa ni makin menjadi-jadi selepas mama mengandung. Ada 1 hari tu bila mama bangun tidur, mama terlupa mana mama letak cermin mata mama. Mama ni dahla rabun teruk… babah aisy pulak tak ada masa tu jadi tak ada siapa yang nak tolong carikan. Menggalabahlah sekejap mama dibuatnya. Dalam 5-1o minit lepas tu barulah mama jumpa cermin mata mama tu. Itupun lepas puas meraba sini sana. Memang stok kena gelak jelah dengan babah aisy masa tu.
Berat badan Naik Mendadak
Sebelum mengandung berat badan mama lebih kurang 56 kg. Masa mula-mula mengandung berat badan mama turun mendadak sampai 50 kg sebab alahan yang agak teruk. Masuk 3 bulan barulah berat badan mama naik balik sampai nurse pun risau sebab naik sampai 4 kg dalam 1 bulan. Berat badan mama sekarang pulak dah naik 62 kg. Dah macam dipam-pam dah badan mama ni. Macam-macam gelaran baru jugaklah yang mama dapat contohnya tembamla, mak buyungla…Hehe.
Pemalas
Sejak kandungan mama 3 bulan ke atas, mama dah jarang nak pakai baju yang perlu digosok dulu. Tudung pun mama pakai yang instant je dah. Pegi mana-mana pun rase macam selebet semacam je. Nak mekap? Jangan harapla… Kadang-kadang bila mama teringin je baru mama nak bermekap.
Sukar Untuk Tidur Lena
Sejak kandungan mama hampir mencecah 7 bulan ni mama makin tak lelap tidur. Dalam 1 malam kerapkali jugaklah mama terjaga dan beralih kedudukan tidur. Macam-macam pose jugaklah mama kalau tidur sekarang ni. Kadang-kadang kesian babah aisy sebab terpaksa bagi banyak ruang pada mama untuk bergerak. Dapat pulak kalau kena tidur kat atas katil bujang berdua…Adui sempitnya…
Sukar Menahan Untuk Buang Air Kecil
Semakin tinggi usia kandungan mama ni, makin mama tak boleh nak tahan kalau nak buang air kecil. Langsung tak boleh tahan owh! Kat opis mama ni toilet perempuan kat tingkat atas pulak tu padahal mama duduk tingkat bawah. Kalau dah rasa tak tahan sangat tu memang bekejar jugaklah mama dibuatnya nak ke toilet. Takut nanti ‘terbasah’ kat tengah-tengah jalan… Haihhh….. Malunye….
Hurmm lagi ape ek? Banyak lagi rasanya tapi setakat itu dululah yang mama dapat fikirkan. Kalau ada lagi nanti mama akan tambah dari masa ke semasa ye. Mama lupalah… Hehe.
2 comments:
umi dni dulu susah gak nak tdo masa kandungan dah 7-9bulan :)
wah..
mcm2 perubahan ye, mama..
TK lum ada pngalamn lagi..
Post a Comment