My Nuffy

Thursday, June 17, 2010

F.R.I.E.N.D.S


Hari ni sunyi je rasanya kat ofis walaupun kat pc tengah berdendang - dendang lagu aizat comey ni. Isy... tetiba rasa nak menangis ni nape?

Hmmm.... Setelah dihitung dikira bahagi tolak campur darab, tinggal tak sampai sebulan je lagi aku bergelar isteri pada encik abi tersayang dan bermulalah episod baru dalam hidup aku ini. Tak sampai sebulan jugak aku akan kehilangan dua orang teman kat ofis ni iaitu Kak Jun and Nurul. Tak taulah nak gelarkan teman baik atau apa sebab aku lebih menganggap dieorang ni macam adik and kakak aku sendiri. Tak ternilai rasanya kenangan dan jasa dieorang pada aku selama ini.

Tapi apakan daya... Mungkin sudah sampai masanya untuk membawa haluan masing - masing. Aku pun begitu... Bila sampai masanya, aku harus mengikut encik abi walau di mana jua dia berada (Tunggu hutang setle dulu!isk isk isk)

Walaupun berita ni dah lama dijangkakan tapi masing - masing buat tak tahu je sebab masing - masing berharap dieorang berdua ni dapat terus berada kat ofis ni. Kami sangat memerlukan kamuuuuuuu......

Nanti sape nak buatkan air teh yang sedap tu..... Kak Jun je yang pandai buatkan air teh yang sedap tu walaupun aku selalu komplain teh dia tak cukup manis. Isk isk isk... Nanti tak dapat nak manja - manja dengan kak Jun lagi.... Mintak buatkan ini... mintak buatkan itu..... mintak suapkan makanan.... Nanti tak ada sape nak temankan aku pegi keje lagi.... Terpaksalah pecut 120km/j sambil dengar lagu beroonggeng dalam kereta. Isk isk isk.... Kak Jun.... Janganla pegi........

Nanti sape pulak nak tolong basuhkan pinggan mangkuk yang berlonggok - longgok atas meja tu.... Nurul je anak dara yang paling rajin kat ofis ni membasuh pinggan.... Aku pun rajin jugak.... Rajin tengok! Huhu.... Nurul rajin kemas pantry.... Pendek kata dia memang rajinla bab kemas mengemas ni. Sesuaila pada sesiapa yang tengah mencari calon ni tak kiralah calon menantu ke... Calon isteri ke... Calon madu ke... Uiks!!!! haha... jangan mare ea nurul.... Nanti dah tak dapat nak gurau - gurau lagi dah.... Nanti entah bila lagi boleh jumpa entah... Yang penting majlis aku nanti aku tau kau ada Nurul! Bukan sebagai tukang kemas ke hapa tapi sebagai assistant and peneman aku. Kalau kau tak ada sapa nak buatkan sireh junjung aku nurul.... Huhu....

Eisy panjang lebar betul aku menulis, tapi yang sebenar - benarnya bukanlah sebab itu saje kenapa kiteorang rasa dieorang tak patut pergi. Kedua - duanya dah ada banyak pengalaman kat unit ni. Sayangnya kalau ilmu dan pengalaman dieorang tu tak dapat digunakan lagi kat sini. Tapi apakan daya.... kita cuma mampu merancang, tuhan jua yang menentukan segalanya.... Mungkin juga tuhan dah sediakan rancangan yang lebih besar buat dieorang berdua. Aku nak tengok kak Jun maju dengan bisnesnya... Maybe bisnes katering or butik andaman barangkali.... Seperti yang pernah kiteorang berdua angan - angankan dulu... Kak Jun! Please sahut cabaran itu! And ambiklah lesen..... Huhuhu.....

Untuk Nurul pulak, aku tahu dia banyak perancangan dalam kepala otak dia cuma bila dia nak buat tu entahla... Aku doakan hubungan dia dengan alan akan bermula di jenjang pelamin dan berakhir hingga ke akhir hayat... Apa lagi nak ditunggu Nurul? Harapan aku jugak, semoga lepas ni nanti dia akan berjaya sama ada dalam hidupnya, pelajarannya, kerjayanya serta perhubungannya dengan alan. Dia dah aku anggap macam adik aku sendiri walaupun dia tak pernah panggil aku kakak sebab dia cakap aku ni macam budak - budak je. Hehe.... Nak buat macam mana kan... Muka ai aweks muda.... Hikhikhik... OK muntah jangan tak muntah.

Hmmm.... baru sehari dieorang dah tak ada pun dah terasa sunyinya.... Kalau tak ofis ni mesti bergema dengan suara Nurul dengan kak ct yang saling bertikam lidah. Kak Jun pulak jadi macam si kancil yang tersepit kat tengah - tengah... hehe.... Aku? Jadi batu apilah.... haha..... Saje nak bagi havoks lagi keadaan... Tapi tak sampailah nak buat dieorang bermasam muka... No3x

Hmmmm.....tak dapat aku bayangkan kalau dieorang tak ada lagi kat ofis ni nanti... Terutamanya nurul.... Sebab dia duduk sebelah aku..... (Owh patutla kau duk kat depan je sekarang ni ea....Isk isk isk)

p/s : teringat pada kengkawan yang dah pun berhijrah ke tempat keje lain sebelum ni.... Niza.... Shira.... Kak Umie... Hmmm rindunya kat korang.....

3 comments:

sHieRa cAkAp said...

Huhuhuu.. Sediy dgn en3 ni.. Gurl.. Dieorang da takde ke??? Sabar jelah.. AKu mmg tau Nurul tu sangat rajin.. N Kak Jun?? Lame da keje sane tp akhirnye dibuang sajo! SHit kn?? Ko nak kawen kan bln depan? AKu tak dapt kad pun.. Ke x nk ajak aku? Ahaks!!! Kalo nak anta kad dtg r sini anto.. Mish u manyak2 la musyuk...

++Kerudung Ungu++ said...

Huhu.... tw xpo... Nk buek camno.... Dh xdo org nk sokong.... Huhu....
Yo cik shira... bula depan je... p kad pun tak ciap lg... haha
giler ko x ajak! Kn awal2 lg da gtw ko.... ha, tlah, aku dh ciap buat kad t aku dtg mengejut je kt sne t!Haha... Aku pun rindu ko gak...huhu....

++Kerudung Ungu++ said...

huhu-abi

++Jom Kita Tukar Link!++