My Nuffy

Thursday, June 10, 2010

Owh Mak andamku.....



Alhamdulillah walaupun agak sibuk kebelakangan ni, sempat jugak aku curi - curi masa menerjah ke butik - butik andaman yang terdekat. 1 dekat area taman perumahan tempat aku tinggal sekarang. 1 lagi dekat dengan tempat kerja aku. Yang 1st tu mak andam masa aku tunang dulu. Mula - mula malas jugak nak semakkan kepala amik mak andam lain ni... Bukan apa, takut nanti apa yang aku nak tu tak sama dengan apa yang diberi tapi setelah bertanya pada rakan sepejabat aku, dia mengesyorkan aku supaya ambil mak andam lain. Katanya solekan masa bertunang tu kurang kemas and nampak kepoh. Yeker? Cuba korang tengok balik.... Kepoh  x?



Hmmmm.... aku pun tak tau sebenarnya tang mekap - mekap ni. Janji cantik kat mata aku sudah... Cantik ke? Hehe....

Untuk baju pulak, yang andam 1st tak banyak sangat choice yang aku berkenan. Yang ada pun baju pengantin wane unggu yang die display kat cermin depan tu je. Tu je yang aku berkenan tapi nak buat bersanding bolehla tu. Nak buat nikah tak sesuai kot....

Untuk andam yang kedua ni pulak, aku survey kat pekan. Entah macam mana lepas bincang - bincang dengan member aku tu, tergerak pulak hati aku nak pegi survey kat situ. Masa aku sampai tu mak andam dia keluar kejap. So sempatla aku tengok - tengok baju and contoh andaman dia. Untuk baju pun tak banyak choice tapi ada yang 1 tulah aku berkenan. Warna putih... :-)

Mekap dia pulak kira menarik jugaklah aku tengok. Cuma kalau boleh nanti aku nak yang simple je same macam yang lepas masa tunang hari tu. Dia offer pakej pelamin mini sekali tapi masalahnya aku tak berapa nak berkenanlah pulak. Nampak macam old fesen -huhu so to say.

Nak cuba survey yang lain tapi aku tak nak menyemakkan kepala otak aku yang memang tengah serabut ni. Dua tu pun dah payah aku nak buat keputusan. Mana taknya, aku kena buat keputusan yang tidak akan 'melarikan' budget and dalam pada masa yang sama, aku nampak cantik and anggun walaupun aku tau aku ni yang sedang - sedang saja.... hehe. Nak jadi perantin kan... Kenlaah nak nampak cantik walaupun kat muka penuh jerawat. Perantin mana yang tak nak nampak cantik de? You tell me now!

Hopefully minggu depan aku dah ada keputusannya. Takut nanti lewat sangat booking, langsung tak ada orang nak mekapkan aku. Huhu....

 Pada 3 orang assistant and pengapit aku, sila bersiap sedia ok! 31 Julai is coming soon!



No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++