My Nuffy

Friday, June 4, 2010

-Musim orang kawen dah tiba-


Esok dah mula musim cuti sekolah... Dalam istilah orang - orang tua, musim orang kawen. Kat area rumah aku ni je ada 3 ke 4 buah rumah yang buat kenduri kawen. Tu belum masuk kawasan rumah encik abi lagi tu. Nasib baiklah aku tak buat majlis aku bulan ni. Kalau tidak haru juga dibuatnya. Saper nak nolong masak... saper nak jadi penanggah? Ah parahhhh.......

Esok juga mak aku dah start bz nak pegi 'mengantar' jiran aku nikah kat Melaka. Aku tak dapat nak mengikut de. Lagipun esok dah nak jemput anak sedara aku yang kat Segamat tu. Tak tahulah pulak dia nak balik sini ke atau duk dengan ibunya yang kena chickenpop baru - baru ni. Kalau dia nak balik sini, kenalah aku angkut dia sekali dengan adik beradik dia yang dua orang tu pegi Melaka sekali Sabtu nanti.

Sebenarnya dalam sejarah keluarga aku, aku adalah orang yang paling pemalas sekali nak pegi rumah orang kawen. Dulula...... Masa zaman - zaman bujang aku dulu.... Bukan apa.... Setiapkali aku melangkah ke rumah orang kawen tak kisahla sedara mara ke.... jiran tetangga ke..... kengkawan lama ke..... Mesti aku kena jawab soalan cepu emas punya. Kadang - kadang naik rimas aku nak menjawabnya..... Nak tau apakah soalan itu????

Ehem.... ehem.... Soalannya berbunyi begini ya tuan-tuan puan-puan,

"Bila nak kawen?"

Ayat dia pendek je tapi menusuk kalbu siot. Ape? Kalau tak kawen tu maknanya tak laku ke? Kalau aku tak kawen, aku menyusahkan hidup kau ke? - ha... kan aku dah melenting dah....(Isk.... isk.... apesal aku tetiba emosi ni?????!)

Ha! Pendek kata tu jelah soalan yang selalu diaorang sumbat kat telinga aku ni. Dah naik semak dah kepala aku nak menjawabnya masa tu. Risau benar dieorang ni bila tengok aku tak jugak naik - naik pelamin. Macam aku sorang je kat dunia ni yang tak kawen-kawen lagi. Adakah patut?
Itu sebablah kalau dulu mak ajak aku pergi kenduri, aku selalu mengelat. Macam - macam alasan yang aku bagi. Janji aku tak perlu berpura - pura manis muka menjawab soalan - soalan cepu emas tu.

Entah apa masalahnya kat dieorang ni entahlah. Prihatin sangat kat orang - orang bujang macam aku ni gamaknya (dulu). Masalahnya masa tu bukanlah aku tak nak kawen ke hape....... Niat dan cita - cita tu memang ada..... Tapi aku nak kawen dengan sape? Aku ni bukan minat nak berkenal - kenalan ni. Kalau setakat nak berkawan bolehla.... Kalau nak bercintan - cintun, aku lebih suka pilih sendiri calonnya. Bukan apa, aku ni jenis perempuan yang tak percaya cinta pandang pertama ni coz ini bukan filem hindustan. Ini cerita melayu ma.....

Kononnya nak realistiklah masa tu. Hape..... sudahnya splastik jugak yang aku jumpa.-ok ini bukan cerita pasal encik abi ok. Ini kisah 3 -4 ekor beruk yang aku jumpa sebelum encik abi.

Then walaupun pada asalnya aku dah target nak tamatkan zaman bujang aku pada usia 25 tahun, usia 26 tahun barulah tercapai hasrat murni aku tu. Aku target kalau 25 tahun aku tak kawen - kawen jugak, alamatnya memang aku malas nak pikir dah pasal kawen ni. Biarlah bernanah baik telinga aku ni dengar mak aku tu membebel, janji aku happy.

Tapi tu bagi akulah.... Bagi sesetengah orang mungkin berbeza kot... Di bandar, status andartu tu tak jadi hal lah kot tapi bagi yang berada kat luar bandar ni yang masalah sikit. Wanita - wanita kat luar bandar ni macam fobia bila dengar andartu ni. Orang - orang sekeliling pulak macam memandang serong kat golongan andartu ni. Isk.... Isk.... Isk....
Tu sebablah ada tu yang aku tengok mak bapaknya cukup risau kalau anak dah umur nak masuk 30 tahun tak kawen - kawen lagi. Then mulalah merisik - risik khabar anak - anak teruna kat kampung tu. Yang paling best tu nak menantu keje gomen saja.... Huhu.... Menoreh getah tak main ha.....

Tapi disebabkan kadang - kadang mak bapak terlalu mendesak si anak ni kawen and terlalu memilih calon menantu yang terbaik kononnya, sampaikan tersalah pilih.... rupanya menantu hantu..... Alahai kesiannya....
Nak salahkan siapa?
Ada jugak yang memilih calon pasangannya sendiri menyesal di kemudian hari sebab tersalah menilai pasangan atau terlalu mengharapkan kesempurnaan pada pasangannya sampaikan dia langsung tak boleh terima kekurangan dan kelemahan pasangannya itu. Cinta yang sesingkat masak megi kari tu rupanya belum cukup untuk menilai hati budi seseorang tu.  Nasib badan.....

So nasihat aku, berkahwenla bila kita dah bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai suami/isteri. Terimalah pasangan kita itu seadanya.... Cacat cela perlakuan dia adalah kelemahan kita.... Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan sedangkan kita sendiri memerlukan dia untuk melengkapi hidup kita. Janganlah kita berkahwen sebab takut tengok orang sekeliling kita dah ada pasangan hidup. Dan yang paling penting, berkahwenlah dengan orang yang mencintai kita... Bukannya orang yang kita rasa selesa bersama.
Itulah kata - kata yang aku petik dari nasihat seorang teman suatu masa dahulu.

Apa pun, aku mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraanlah hendaknya bagi mereka - mereka yang akan melangsungkan perkahwenan tidak lama lagi. Begitu juga pernikahanku Julai nanti.... Amin....

Buat temanku...

Terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa orang yang sepatutnya berada di sampingku adalah orang yang sangat mencintaiku....... Mohamad Fauzi.

-Amin-

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++