Dah lama tak berjogging since encik abi dah pindah ke Kluang ni. Biasalah bila dah tak ada orang nak teman camnilah. Malas tu berganda - ganda. Sebenarnya lama dah plan nak pegi jogging ni tapi petang - petang asik ujan je kat sini. Masa pagi tu pun dah ujan tapi bila petang cuma mendung je. So aktiviti yang telah dirancang bolehla diteruskan..... hehe.
Kali ni aku ajak kak earna sekali sebagai peneman sebab kalau nak pergi sorang - sorang mesti encik abi tak bagi punya. Dah bawak baju semua boleh pulak terlupa nak bawak kasut jogging! Huhu.... Ade je tersadai kat atas rak kat rumah tu. kononnya hari tu nak kemaskan kat dalam kereta tu. Dah macam tongkang pecah dah aku tengok. Macam kereta orang ada anak 10 pun ada.... So terpaksalah keluarkan kasut tu hari tu.
Nasib baiklah ada sepasang kasut sukan encik abi tertinggal kat dalam kereta tu (
Turun dalam pukul 5 lebih tu tak ramai orang lagi. Adalah sorang pempuan ni turun. Bila lalu je kat sebelah dia mak ai bau...... Mengalahkan bau longkang! Sedap lagi bau badan aku! Huhu...... Kiteorang siap cium ketiak sendiri lagi tu sebab nak pastikan bau itu bukan datangnya daripada kiteorang! Hei spesis dia memang bau macam tu kot? Ke Hidung dia dah tersumbat dah kot? Lantaklah kau labu....
Tapi terima kasihla sebab balik rumah je kurang selera aku nak makan bila mengenangkan bau kau itu wahai perempuan (jangan dia baca blog aku ni sudah...Haha).
Lari punya lari dapatlah dalam 2 ke 3 round. Selebihnya cuma berjalan je sebab tak larat dah. Rasa nak tercabut skru lutut ni ha. Dalam pada berlari - lari tu sempat jugak kiteorang mengomel bila tengok taman rekreasi tu dah tak serupa taman dah kiteorang tengok. Sampah bersepah - sepah. Pagar padang futsal tu dah banyak yang rosak. Langsung tak berjaga tempat tu. Ei buat malu je.... Nama je bandar tapi..... Ei nak cakap pun malas. Rasa nak panggil je Karam Singh Walia tu datang sini. Biar dia tengok sikit kat Gemas ni macam mana.
Hmmm.... Dahla depan ofis aku pulak tu. Huhu....
Tapi kan semalam kan masa tengah - tengah jog tu adalah sorang ni tegur kiteorang tau.
"Ai jauh Jogging..."
Then kiteorang terus pandang sesama sendiri. Terpinga - pinga kiteorang dibuatnya sebab kiteorang langsung tak kenal die. Aku tanya kak earna kalau - kalau dia kenal tapi kak earna kata tak kenal pulak. Eisy conpius aku! Bila aku tengok muka dia macam muka xxx aku! haha.... Takderla, tak kenal langsung. Rasa nak je aku tanya dia siapa. Kenal kiteorang ke? Pernah jumpa kiteorang kat mana - mana ke?
Sampai dah masuk kat dalam kereta pun aku masih lagi conpius and tak puas hati. Ahhh lantaklah kau.... Tah sapa - sapa tah. Jangan kau kacau kiteorang sudah. Huhu....
p/s : kak earna sakit - sakit badan lepas jog tapi kain aku dah longgar sikit dah pagi ni! haha....
No comments:
Post a Comment