My Nuffy

Monday, September 27, 2010

++Impian Lisa / Tudung Ekspres++


PENAMPILAN bertudungnya dalam drama bersiri Tudung Ekspres mendapat pujian peminat. Mereka mengatakan wajahnya sesuai sangat bertudung dan nampak lebih ayu hingga mencadangkan alangkah baiknya kalau terus tampil begitu.

 Petikan mymetro 26/09/2010

Aku pun kadang-kadang ada gak tengok citer ni... Kalau sempatlah... Kalau kat rumah sendiri tak merasalah nak tengok sebab belom ada tv lagi. Kalau ada orang nak tolong sponsor tv 32 inci ok gak. Aku terima je...hehe.

Berbalik citer Tudung ekspres ni tadi, aku suka tengok bukan ape... aku suka tengok si Lisa ni. Comel je... Tak mekap pun comel. Ha! jangan ingat laki je yang suka tengok Lisa ni ok! Aku pun tak terkecuali.

Tapi satu jelah yang aku tak berkenan pasal citer ni... dah tau awak tu bertudung x payahla pakai suar ketat and baju sengkat sampai nampak bontot. Macam tak sesuai je... Dah jadi trend kot orang sekarang pakai tudung tapi.... sendiri mau ingatla ye. Kalau boleh seluar tu pakai seluar yang longgar sikit ke... Baju tu pakai baju yang sesuai sikit ke... Barulah tak sakit mate memandang, ye dak?

Tapi ape yang penting citer ni boleh tahan jugaklah kelakarnya. Kelakar tengok si Lisa ni yang kelam kabut manjang. Dengarnya lepas ni nak berlakon citer Ombak rindu plak. Ala adaptasi dari novel karya Fauziah Ashaari tu... Novel faberet aku tu...

"Saya bangga kerana berpeluang bekerja dengan pengarah Osman Ali dalam filem Ombak Rindu. Ditambah pula berganding dengan pelakon berpengalaman seperti Maya Karin dan Aaron Aziz. Walaupun hanya watak pembantu, peluang ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

"Sememangnya saya menanti peluang bekerja dengan Osman Ali sejak sekian lama kerana sangat mengagumi karyanya selepas menonton Anak Halal.

"Ketika itu saya baru kembali ke tanah air selepas tamat belajar di England dan Farid cadangkan saya mesti tonton filem itu.


"Selepas menontonnya, saya kagum dan memasang impian suatu hari nanti mahu bekerja dengannya. Ternyata peluang itu saya dapat melalui Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashaari. Ini kali kedua saya menjayakan filem adaptasi novel selepas Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akasyah.

"Dalam Ombak Rindu, saya pegang watak Mila, kawan baik Izzah lakonan Maya. Wataknya memang mencabar kerana tidak pernah saya bawa sebelum ini. Wataknya boleh dikatakan antagonis dan boleh juga protagonis. Ia antara watak hitam dan putih. Sebagai persediaan menjiwai watak, saya juga membaca novelnya," katanya.


Petikan Mymetro.


Setahu aku dalam novel tu, Mila tu madu si Izzah... Dah jadi filem ni tukar jadi kawan pulak eh? Emmm same-samelah kite tunggu filem ni ye. Nak tengok same tak best dan malatopnya macam dalam novel.

(p/s: kalau Lisa yang jadi Izzah ok jugak kan!)

Muah muah!!!

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++