++UBAH GAYA ANDA?++
Tak kisah asalkan selesa dan tak pelik. Tak salah nak menucuba kan? Yang paling penting incik suami suka dan tak komplain macam-macam. kalau tidak sakit telinga jugak nanti dibuatnya. Haha.
++BACA, LIHAT & DENGAR++
Dulu aku suka baca novel romantis. Banyak jugak koleksi kat rumah tu tapi sejak dah kerja ni, minat tu beralih pulak pada majalah yang berunsurkan kewanitaan.
Aku suka citer melayu, citer katun, citer lawak or citer hindustan. Tak kesahlah citer ape. janji citer tu tak mengarut. Yang ada kene mengena lagilah aku suka tengok. Last tengok movie pun citer adnan sempit kot rasenye.
Aku suka dengar lagu-lagu baru yang ada unsur-unsur jiwang. Tambah-tambah lagi kalau lirik dia macam ada kena mengena dengan life aku.
++ANDA & DIA++
Saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Dia cinta hati dan sahabat terbaik aku. Bila merajuk sama-sama saling memujuk atau dalam ertikata lainnya, dia yang lebih banyak beralah. Susah senang sama-sama. Tak boleh nak berjauhan lagi dah. bak kata mak, dah melekat macam gam gajah.
++INILAH LELAKI /PEREMPUAN?++
Yang ingin difahami tapi jarang mahu memahami. Buat sesuatu yang di luar jangkaan semata-mata untuk menjaga hati kita tapi kadang-kadang dia tak sedar apa yang dia buat tu menyakitkan hati kita. Lelaki... susah nak faham hati perempuan...
++KERJA++
Kadang-kadang membosankan! Asik buat benda yang sama dan mengadap orang sama setiap hari. Tapi kalau sehari tak hadapkan rindu pulak. Rindu air teh tarek kak jun...... haha. (ada kene mengena ke?)
++SANTAI++
Kat rumah pun best pe! Tapi kalau dapat bersantai kat tepi pantai pun best jugak. Ataupun bershopping sakan kat tempat-tempat eksklusif? Tak pun sekadar pegi makan kat tempat-tempat makan yang terbaekkk! Tak gitu abi?
++SAYA SUKA LELAKI / WANITA YANG?++
Tak berapa nak hensem tapi muka manis dan sedap mata memandang. Kalau hensem sangat nanti aku jugak yang sakit ati kan! ~ dah dapat dah! Hehehe.Yang penting dia bukanlah orang yang over confident sampai memalukan diri sendiri. Tak terlampau ego dan tak menyembunyikan kesalahannya hanya untuk menjaga hati aku atau takut aku marah. Saya jugak suka lelaki yang boleh sayangkan keluarga saya macam saya sayangkan dia. TQ.
++NOTA CANTIK?++
Rajin-rajinlah buat facial sama ada sendiri atau kat kedai. TQ.
++ TAG SEKURANG_KURANGNYA 3 ORANG KAWAN ANDA?++
~Incik Suami
~Cik Ile
~Cik Q
No comments:
Post a Comment