My Nuffy

Friday, September 24, 2010

++Tips Dan Adab Semasa Open Haus++


Merancang untuk mengadakan rumah terbuka atau menghadiri rumah terbuka? Nah boleh ikut tips kat bawah ni.....

++ Tuan Rumah++

++ Bagi yang bekerja, seeloknya ambillah cuti untuk menguruskan rumah terbuka kamoo tu. Kalau cuti dah abes, jangan pulak kamoo ponteng semata-mata nak buat rumah terbuka. nanti kantoi, kamoo jugak yang susah.

++ Sediakan bahan-bahan serta buat persiapan lebih awal. Takut nanti tetamu dah berduyon tiba, kamoo masih lagi berkemban sambil memasak. Erk.

++ Buat anggaran jumlah tetamu yang kamoo jemput atau yang nak datang tanpa diundang. Kalau terkurang, boleh jugak nak ditambah. kalau berlebih? Tak ke membazir namanya? Lainlah kalau kamoo memang dah bajet nak bagi sebungkus sorang lepas tu. Tu xpe.

++ Carilah orang yang boleh membantu kamoo untuk menguruskan rumah terbuka kamoo tu. Contohnya, adik beradik... mak ke... mak mentua ke... sepupu sepapat ke... jenjiran ke.... Kalau susah-susah sangat, korang tempah je makanan and khemah. Tak payah nak susah-susah (bagi yang berkemampuanlah kan...)

++ Layan tetamu kamoo yang datang tu sama rata. janganlah kamoo asik dok menyembang dengan kawan baik kamoo sampai kamoo lupa ada tetamu lain yang hadir sama dalam majlis tu. Tak baik tau...
Kalau ada orang yang kamoo x berkenan dalam majlis tu atau orang yang kamoo taknak jemput pun tetiba ada sama, sekurang-kurangnya maniskanlah muka di hadapannya walaupun tak bercakap sepatah haram.

++ Nak jadi tuan rumah yang baik bukan senang... Bukan semua orang puashati dengan layanan kita. Mungkin jugak ada yang terkurang sini sana tapi kamoo kan boleh belajar dari kesilapan. Kalau kamoo rasa kamoo dah buat sebaik mungkin tapi masih jugak ada sore-sore sumbangseh yang mengata rumah terbuka kamoo tak best, biarkan saja. Yang penting kamoo dah berusaha.

++ Tetamu++

++ Hormatlah tuan rumah dan tetamu-tetamu yang lain. janganlah kamoo terlolong-lolong menjerit nama tuan rumah tu sampai dia naik segan. Kesian dia... Tak pasal-pasal popular 1 taman tapi kalau dia memang jenis yang giler glamor takpelah. tsk.

++ Pakailah pakaian yang sopan dan tak menjolok bijik mata. Taulah masih dalam mood raya kan... tapi janganlah disebabkan kamoo sorang, yang lain tak lalu nak makan. Asik dok memandang betis kamoo yang macam kulit teloor tu. Kalau macam kulit teloor xpe lagi... ni yang berkudis berkurap pun ada hati nak menayang betis. Huhu...

++ Bersapalah dengan tetamu-tetamu yang hadir. kalaupun tak semua yang kamoo kenal ataupun kamoo takut semua orang pengsan dengan bau mulot korang yang macam bau longkang tu, sekurang-kurangnya lemparkanlah senyuman kamoo yang paling manis tu pada mereka. Tak salah kan? Yang salah tu bila ada anak dara senyum kat laki korang lepas tu pandang budak tu macam nak telan.

++ Makan dengan bersopan. jangan jadi macam budak sekolah rendah. berebut-rebut bila nak ambik makanan. malulah sikit oiiii! lagi satu, jangan nak memandai komplain makanan kat rumah tu atau membanding-bandingkan makanan tu dengan rumah yang sebelumnya. Kesian tuan rumah yang penat-penat masak or sediakan.

++ Bila datang ke rumah terbuka ni jagalah sikit kelakuan tu... Jangan nak terbelek sini... terbelek sana... Dok serbu bilik orang tu.... Dapor orang tu... Konon nak melawat-lawat... Ape, ingat kamoo tu QC? Pada yang bawak anak-anak tu jugak kenalah tengok-tengok sikit kelakuan anak-anak kamoo tu. Jangan sampai lepaslaku dan merosakkan barang-barang tuan rumah pulak. Tak pasal-pasal kamoo yang kena ganti nanti. Kalau harga singgit dua ringgit takpelah jugak. kalau beriban-riban? Tak ke haru?Huhu... Nanti tak pasal- pasal kamoo dicop mak bapak yang tak pandai nak ajar anak. Tak gitu?

++ Kalau boleh pegi rumah terbuka ni janganlah terlalu lama sangat. Agak-agaklah kan? takkan nak tunggu sampai ayam berkokok baru reti nak balik kot? Tuan rumah pun nak berehat jugak lepas seharian penat melayan tetamu. Bagi yang bawak anak-anak terutamanya yang nakal lagilah kena cepat balik. Takut tengah sedap melepak anak pulak melalak satu rumah tak tenteram nanti. Sapa yang malu???? Kamoo jugak kan?

So kesimpulannya, jagalah diri kamoo semasa kat rumah terbuka nanti ye. Salam Aidlfitri...:-)

Muah muah!

No comments:

++Jom Kita Tukar Link!++