My Nuffy
Monday, December 31, 2012
Selamat Tinggal 2012...
Tahun 2012...
Terlalu banyak kenangan yang pahit dan manis dalam diari hidup ni... Tapi sedar tak sedar dah hampir ke penghujungnya dah.... Singkat sangat hidup ni kan?
Awal 2012 aku diberikan tanggungjawab yang besar sepanjang aku bertugas selama 6 tahun ini... Alhamdulillah Oktober 2012 tamat jugak akhirnya bila ada pengganti. Banyak dugaan dan cabarannya sepanjang masa tu dan selepas ada pengganti... mb continue next entry okey!
September 2012 berita gembira hadir di saat aku berduka. Aisy akan dapat adik! :-) Yea Aisy baru nak menginjak 2 years. Masa adiknya lahir nanti Aisy dah 2 tahun pun. Well seperti yang dijangkakan! Misi bising sebab cepat sangat katanya pregnant balik. Adush kak, umo saya ni bukan 24y okey dah nak masuk 29y next month dah kak oi... Bile lagi aku boleh nak beranak, sementara Allah bagi aku kesempatan dan kesihatan ni, biarlah aku beranak banyak2 dulu. Paling kurang pun dapat sepasang pun syukur alhamdulillah kak oi... Kang kalau dah nak masuk 35y, ko suruh stop pulak...
And tak sangka jugak kali ni same pulak pregnant dengan kak earna and Zeha (my opismate). Well we oll bakal bersalin mungkin dalam bulan yang sama! How wonderful... Kosongkan pejabat seadanya... Biar pening ketua masing2...haha. Well kisah merandung2 ni kite continue lain entry ye... Now just nak flashback what happen in 2012 je secara rawak and azam untuk tahun 2013 pulok.
O ye, my MIL family akan berpindah ke teratak mereka daripada kuarters... Banyak sangat kenangan kat kuarters tu... Arwah my FIL pun meninggal kat situ... But now we have to move on rite! rumah yang dibeli arwah dah pun siap diubahsuai. barang-barang kebanyakannya dah diangkut ke rumah baru. Yang tinggal barang kecik2 je.... Buat yang menanti and bakal masuk ke rumah tu haraplah bersabar ye...
Ermm ape lagi ek? Banyak jugak benda yang tak best nak citer untuk tahun 2012 ni tapi biarlah rahsia. Biarlah semuanya tinggal kenangan... Nak mulakan semuanya baru....
About my azam pulak, last year x pasti azam ape yang dah tercapai...huhu. Hajat nak jadi MASTER belum tercapai lagi. Mau kejar MASTER FARAH WAHIDA pulok pasni...huhu.
Azam 2013
# Capai pangkat SENIOR SUPERVISOR SHAKLEE
# Dapat pindah kerja dan rumah di PORT DICKSON ~ nak cari pengalaman di tempat baru.
# Target dapat rumah sebelum bersalin
# Target dapat baby gurl
# Kembangkan biz Shaklee and Rizqinshoppe
# Capai Income more than 2k every month ~ tak termasuk gaji keje gomen
# Target breastfeeding 2nd baby untill 2y
# Target berat badan 50kg dan ke bawah
# capai simpanan 20k setahun
Itulah antara azam terpenting aku untuk tahun depan... In Shaa Allah semoga Allah permudahkan segalanya dan perjalanan kehidupan kami. amin. So azam korang macam mana pulak? dah tercapai semuanya utk year 2012? :-)
Sunday, December 30, 2012
DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH
Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan
Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya
dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan
ikhlas kerana Allah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian
maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih
panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka
keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan
kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka
Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali
harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan
akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke
rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang
kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah
tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa
anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis
tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis
tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun
memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami
hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan
suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga
telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya
menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya
melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa
orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan
tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami
berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri,
walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba
terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu
wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti
dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan
kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar
suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia
mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun
makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita
sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia
telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati
tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa
menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan
barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi
kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia
telah menjadikan murka Allah s.w.t."
Sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah
seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan
seribu rahmat."
Via Kata-Kata Kebaikan (JomLike)
BKU Berwajah Baru.
Dah lama sangat rasanya tak jengah blog kesayangan hamba ni... dah bersawang, berhabuk bagai dah ni... Azam tahun baru will continue writing In Shaa Allah... Hope u guys will always support me okey! :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)