My Nuffy

Monday, January 31, 2011

Di sana Menanti... Di sini Menunggu.

Hujan.... Berhentila.....

Hmm... Hubby dah dalam perjalanan nak balik dah tapi tak taula boleh ke tidak. Hati die dah mengelintin nak balik dah tu. Harap-harap perjalanan hubby selamat hendaknya. Risau aku dibuatnya. Kalau hari ni hubby tak lepas nak balik gak, terpaksalah aku tumpang budak-budak opis ni tak pun kenalah mintak tolong FIL aku jemput. Itupun kalau lepasla...

Teruk jugak banjir kali ni. Memandangkan aku memang tak lepas nak keluar so hanya FB jelah penghubung antara aku dengan opis. Dapat berita terkini pun cuma melalui fb dan tv. Sesekali ada jugak hubby bagi info. Berita terkini baru dapat dari hubby tadi, jambatan Segamat dah roboh tapi tak pastilah kesahihannya.

Kat bawah ni ada 2 keping gambar yang aku ambik kat fb. Thanx to incik ewan sebab menyiarkan gambar terkini banjir ni. Tak kenal pun tapi memandangkan die je ade gambar terkini banjir ni so aku tibaila dari die. Mungkin die ni salah seorang anggota JPA kot.


Tadi sempat jugak bergurau dengan hubby, lepas ni bolehla beli baju baby kat Segamat... Mesti dapat lagi murah. Hehe. Saje nak sedapkan hati. Padahal hati ni dah dup dap dup dap menunggu kepulangan hubby dengan selamat. Bak kata amir Ukay's... Di sana menanti... di sini menunggu.... Huhu.





>

Sunday, January 30, 2011

Banjir Owh!

ehsan google

Hubby tak lepas nak balik. Semua jalan balik dah terputus dek banjir. Nasib baiklah tadi cepat ingatkan dia pasal kereta. Hubby sms bagitau kata nyaris-nyaris nak tenggelam. Mase hubby balik tadi pun banjir dah paras tayar kereta. Aduh...
Ni pun kejap renyai kejap lebat... Esok tak pastilah boleh pegi keje ke tak... Sekarang ni pun hubby ada kat Kampung. Tersadai kat situ. Hubby kata nak cuba jalan kuantan-segamat tapi tak taulah lepas ke tak. Harap-harap hubby lepas balik. Esok sepatutnya ada checkup pun tak lepas nak pegi. Hubby suruh tunggu sebab risau aku pegi sorang ujan-ujan ni. Lagipun aku nak nek ape pegi klinik... Hmmm....



Hujan.


Hari ni hari ke 7 kot hujan tak berhenti. Ada yang syok tido. Ada jugak yang langsung tak lena tido dibuatnya. Mana taknya, takut kalau banjir time2 tengah syok tido tu terus kena hanyut dek air. Wah sadis de... Pagi tadi masa hubby pegi keje pun hujan tak henti-henti langsung sampaila la ni. Aku tengah dok risau hubby je ni. Takut tempat keje die banjir je ni. Confirmla die tak lepas nak balik nanti. Yang paling aku risaukan viva kesayangan aku tu. Janganla ditimpa apa-apa musibah lagi.

Baru kejap tadi, helikopter berpusu-pusu ke arah tempat keje hubby. Dekat sangat pulak bunyinya tu. macam seinci je dari atas bumbung rumah ni. Mungkin keadaan makin teruk. Hubby sms tadi pun kata hampir 50% kawasan tempat keje die dah lumpuh. Aduh bertambahla risau aku. Tak senang duduk aku dibuatnya. Esok ada checkup kat klinik pulak tu. Hubby akan hantar aku dulu macam biasa, pastu baru die akan pegi keje. Kalau lepasla... Kalau tak bolehla rileks-rileks kat rumah...Hehe.

Adoi, makin lebat pulak ujan ni.....




Gara-gara Gincu.


Hari tu aku ikut member-member opis aku shopping barang-barang mekap kat Kedai A ni. Entah macam mana, tergerak pulak hati nak mencuba gincu bibir keluaran terbaru Kedai A ni padahal aku memang ada sejarah pahit bila beli gincu bibir kat situ.

Hari pertama test pakai tak ada apa-apa berlaku. Hari kedua pakai, bibir aku dah start gatal-gatal dan rase macam ada bintik-bintik kecik kat bibir aku. Ya Allah gatalnya pulak jangan cakapla. Semalam pegi shopping pun aku tak pakai gincu. Nanti nampak menggerutu je macam kulit kodok ko! Bila dah start macam tu, apalagi... seriau aku sekejap. Kalau hubby dapat tau, mesti kena marah punya. Tulah nak melawa je kejenye...Huhu.

Hari ni pulak bibir aku dah mula kering menggerutu. Memang tak berani nak pakai apa-apa sebab takut jadi makin teruk. Sebelum-sebelum ni aku letak margerin. Alhamdulillah dalam 2-3 hari, bibir aku dah elok. Kejap lagi bolehla cube letak. Risau pulak aku. Nak mengadu kat hubby nanti dia bising. Huhu.... Dah tak dapat nak kiss2....Wakaka.




Macam Bagus II

Lepas insiden kat F.O.S tu, aku masih lagi ada hati nak berjalan. Hehe... Setakat benda macam tu tak mematahkan semangat aku langsung untuk bershopping walaupun hubby dah mengeluh panjang mengikut aku bershopping. Baru aku perasan yang kiteorang langsung tak berhenti rehat kat mana-mana. Hubby nak urut kaki tapi tak berani bila tengok cara orang tu mengurut. Ganas de... Pengalaman ngeri hubby urut kaki mase dating dulu. Same place. Series hubby memang tak tahan sakit.Hehe...

Lepas tu aku ternampakla satu kedai ni. Dari jauh lagi dah menarik perhatian aku sebab warna dia warna OREN. Yes! Brands Outlet. Kali ni memang tak amik gambar sebab nanti tak pasal-pasal je kena sound. Kalau camera hp elok boleh gaklah sorok-sorok amik gambar.

Barang-barang kat Brands Outlet ni takderla mahal sangat ek. Boleh tahanla... Tapi siapa yang tak biasa memang rasa cam mahal je. Pegi area baju baby, terkejut tengok lagi murah daripada F.O.S tadi. Cantik-cantik pulak tu. Yang bestnye, die dah siap-siap letak dalam troli. So ko nak kumbah ke hape kumbahla. Lame gak aku kat situ tapi takder pun staff yang sibuk nak mengemas-ngemas. Dapat lebih kurang 4 barang gitu aku buget dalam RM40la tapi bila sampai kat kaunter, rupanya ada diskaun lagi de... Wah... Save buget aku. Kalau aku tau, aku beli kat sini je.

Brands Outlet pulak belom melaksanakan NO PLASTIC BAG setiap ari sabtu so dapatla plastik begnye. Tak kecoh pun chashier tu.

Kat Brands Outlet tu pun ramai orang. Tak macam kat tempat tadi. Takde pun staff die kecoh-kecoh ke hape. So kesimpulannya kat sini, kedai kau besar mana sekali pun tapi kalau kau tak pandai jaga hati customer, alamat lingkupla kedai kau. Tak ada sape de yang hingin nak masuk kedai kau tu! Huh! So pada korang pandai-pandailah korang nak pilih kedai mana yang bagus ok. Kalau setakat barang je bagus tapi layanan macam BANGSAT, lebih baik korang pilih kedai lain.




Macam Bagus!

Syoknye kalau dapat manje-manje dengan hubby time-time camni... Tapi apakan daya, awal-awal pagi tadi lagi hubby dah bergegas pegi kerja. Hehe... Sempat aku pesan pada hubby tadi, kalau banjir.... balik! Sebab daripada semalam hujan tak berhenti-henti ni. Kalau dia bolehla nak naik bot balik... Viva kesayangan hamba tu? Huhu...

Tapi sebab utama kenapa aku berjaga pagi-pagi buta ni bukanlah nak membebel pasal hujan ke hape... Aku nak membebel pasal sikap kuang ajar sorang pempuan ni. Kisahnya begini...

Semalam hubby cuti... So kiteorang memang dah plan nak pegi Melaka nak shopping barang-barang baby sikit. Dari awal nak pegi tu lagi aku dah rase macam berat hati je tapi hubby nampak beria-ria benar nak pegi so ikutkan jelah. Hujan tak henti-henti pun salah satu sebab kenapa aku rase macam malas je nak pegi sebenarnya. Nasib baiklah ada kereta... kalau kena naik bas??? Haremmmmm aku nak pegi meredah kebasahan tu.

Mulanya cadang nak pegi sekitar Ayer Keroh je tapi hubby dah terlajak sampai ke MP.... Saje je kan!hehe.. Bila hubby park je kereta kat MP then kiteorang melangkah masuk... hujan pun turun dengan selebat-lebatnya. Memandangkan tak lama lagi perayaan tahun baru cina, so memang berduyun-duyun manusia kat situ tapi yang dicari tak ada kat situ. Pastu aku pun ajaklah hubby pegi DP pulak. Jauh jugak kiteorang berjalan sampailah kat satu tempat ni.

F.O.S! Macam bagus je! Huh... Cari punya cari, aku jumpa romper yang bergantung kat situ. Aku ingatkan itu jelah yang ade,  rupanya banyak lagi tapi disebabkan benda tu berlipat so aku tak perasan. Lagipun jauh sikit daripada tempat yang gantng-gantung tu. Pastu aku pun beralihla pegi kat tempat yang berlipat-lipat tu pulak... aku pun bantailah membelek-belek satu persatu baju kat situ. Yelah, dah die lipat habis semua... pastu tak ada pulak staff yang nak tolong carikan tu. Bestu camno?

Lepas tu datangla sorang pempuan ni... staff kat situ gak. Mula-mula die tegur hubby sebab hubby amik gambar kat dalam kedai tu. Ok finela.... memang mula-mula masuk kiteorang terus meluru je tak tengok signboard kat luar tu. Pastu yang buat aku HANGIN ya amat tu... aku ngah dok sibuk memilih lagi ni, die dok sibuk mengemas balik romper yang aku tengok tu. Habis semua dilipatnya balik dengan muka macam BANGSAT! Bila aku mintak tolong carikan saiz romper yang aku nak, die boleh buat muke TAIK dengan aku! Pastu dia langsung tak pandang muka aku masa cakap tu sambil tangan dia laju je dok mengemas romper yang aku tengok-tengok tu.

Kalau ikutkan hati, memang aku terus blah je dari situ. Aku tengok pun ader jugak beberapa customer yang dah blah. Mungkin terkena macam aku ni kot? Tapi aku tak blah lagi... aku tengok je gelagat die... Bila tengok aku buat tak reti je, dia pun suruh pulak sorang staff die ni layan aku pulak. Buat-buat tanya aku nak cari saiz apa. Ai, dari mula aku masuk tu takde sape pun nak tanya... takde sape pun nak layan... Mamat tu pun aku buat tak reti gak. Last-last mamat tu blah.

Dah selesai aku memilih... Aku pun pegila bayar. rupanya si BANGSAT ni chasier je... Tak taulah pulak kalau-kalau die ni manager tapi saje duduk kat chasier tu. Sekali lagi die dengan muka BANGSATnya, bagitau kiteorang yang hari Sabtu NO PLASTIC BAG. Ah ade aku kesah! Nasib baik memang sebelum tu memang kiteorang ade bawak plastik beg. Lepas amik resit aku terus blah. Tak hingin aku nak pandang muka BANGSAT die tu lama-lama. Pastu bila aku lalu kat area baju-baju orang dewasa, aku tengok elok je baju-baju tu bersepah macam baru lepas kena ribut taufan. Takder pulak staff yang mengemas aku tengok. HANGIN betul aku...

Kalau kau taknak orang dok kumbah-kumbah atau sepah-sepahkan baju-baju kat situ, sediakanlah contoh sebelah dia. Pastu staff kau tu sedialah berkhidmat untuk customer. Bukannya nak buat muka BANGSAT macam tu. Kau ingat aku masuk kat dalam kedai kau tu saje-saje? Kau ingat aku tak berduit ke nak beli baju kat kedai kau tu??? BODOH! Patutla tak ramai orang yang masuk kat F.O.S situ. Agaknya mue kena halau je kejenye.

Kesimpulannya satff kat situ memang kurang ajar! Tak reti nak layan customer dengan baik. Ni kira 2nd time aku pegi dan yang terakhir aku melangkah kaki kat situ. By the way, nama pempuan tu TANG BEE INN. FULLSTOP!




Monday, January 24, 2011

Rasa Macam Baru Semalam.


Dah hampir setengah tahun rupanya usia perkahwinan aku dan hubby tapi rasa macam baru semalam je kami diijabkabulkan. Ceh... Sedar tak sedar, perut aku pun dah mula memboyot. 4 bulan rasa macam dah tak terlarat je nak bawak. Macam manalah yang mengandung kembar banyak t agaknya eh? Eh baru 4 bulan eh? hehe... Yelah, aku bukannya bunting pelamin pun. Tak ada rezeki nak bunting pelamin masa tu. Mungkin Dia nak bagi aku manja-manja dengan hubby dulu puas-puas kot. Hik3x.

Apa pun alhamdulillah, setelah 6 bulan hidup bersama... setelah mengharungi pelbagai rintangan bersama... suka duka bersama... akhirnya terasa sudah kemanisannya. Setelah dihambat dengan pelbagai masalah termasuklah masalah kewangan, masalah kesihatan ahli keluarga dan beberapa masalah lain, akhirnya pintu rezeki sudah terbuka luas buat kami. Benarlah kata orang, anak itu rezeki. Ye memang betul... Dia juga membawa pelbagai rezeki yang tak kami jangka.

Bermula dengan masalah kewangan yang menghambat akhirnya kini kami dah boleh menarik nafas lega. Hubby pun dah dapat kerja yang boleh menjamin masa hadapan kami. InsyaAllah...

Baru tadi hubby jugak ada bagitau yang dia dah dapat surat pengesahan jawatan. Cepat betul. :-) Alhamdulillah hari yang sama, aku jugak baru menandatangani surat untuk pengesahan dalam perkhidmatan dalam masa yang terdekat ni. Itulah yang aku tunggu-tunggu selama ni. Sekarang ni cuma tunggu pelarasan gaji je lagi. SPA tolongla cepat sikit eh...Heeee...

Aku harap lepas ni semuanya berjalan dengan lancar. Aku jugak bersyukur atas rezeki yang tak putus-putus selama ni. Semoga rezeki kami akan sentiasa dimurahkan.Amin.




Sunday, January 23, 2011

Oh Rindunya.


Hari ni Hubby nak balik. Yeeaaayyyyy!!!! Seronoknye... :-) Dah rindu sangat  sama my hubby. Asalnya hubby dapat tiket Cepat Exspress pukul 9.3o mlm tapi aku cari inisiatif lain. Aku cari tiket on9 kat transnasional. Alhamdulillah, lepas macam-macam masalah aku tempuh malam tadi akhirnya berjaya jugak aku booking tiket pukul 6.3o petang untuk hubby. Lega rasanya.

Semalam masa kat kampung, makcik aku bawak mak pegi berurut kat sorang makcik ni. Umurnya sebaya mak je. Alhamdulillah sekarang ni kaki mak dah kurang bengkaknya. Mungkin aku akan bawak mak pegi berurut lagi sekali nanti. Makcik tu ada tanya aku dah mengandung berapa bulan. Bila aku bagitau yang aku baru mengandung 4 bulan, dia macam tak percaya. Katanya perut aku nampak besar. Hehe... Mana tak besarnya, asyik makan je. Dia agak baby dalam perut ni baby gurl. Hmm... ramai gak yang teka baby gurl tapi aku dan hubby tak kisah pun asalkan baby ni sihat, sempurna akal dan fizikalnya cukupla. Hubby pun pernah cakap dulu, kalau anak sulung dia nak gurl.

Kebetulan makcik urut tu ada cucu lelaki umur dalam setahun lebih. Comel sangat. Dia cepat mesra pulak dengan aku. Orang kata kalau baby boy mesra dengan perempuan mengandung maknanya perempuan tu nak dapat baby gurl. Betul ke? :-) Apa-apa jelah kan!

Hubby sendiri dah siap-siap pilih nama baby gurl dia. Yang penting kat pangkal nama baby mesti ada nama Aisy. Maksudnya kemakmuran hidup / kemewahan. InsyaAllah baby ni membawa rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Rasanya sekarang dah boleh beli sikit-sikit barang keperluan baby. Kejap lagi aku nak sediakan senarai semaknya. Taknak nanti berlebih-lebihan pulak. Hari Sabtu / Ahad mungkin hubby dapat cuti. bolehla pegi shopping barang-barang baby. Yeay!

Dah pukul 11.3o rupanya. Aku tak mandi lagi ni... Hehe. Owh baru aku teringat, hubby suruh aku cuci kereta tapi aku tak sempat lagi nak cuci. Agak-agak hantar car wash je boleh tak?Hehe...




Saturday, January 22, 2011

Morning Guys!

Hmmm... Bangun pagi dengan perasaan yang malas sekali! Kejap lagi aku dengan mak nak balik kampung. Makcik aku heboh suruh kami balik sebab dia dah masak rendang ayam denak. Wah macam sedap je bunyinya. Hubbylah paling kecewa sebab tak dapat nak join sama balik kampung kali ni. Kepingin benar dia nak makan rendang makcik aku yang super power tu. Rendang hitamlah katakan...

Makcik aku ni memang dah lama berkecimpung dalam dunia masakan ni. Banyak kali jugak dia masuk pertandingan masak lemang kat tempat dia dan ada jugaklah dapat tempat. Dia jugak ada mengusahakan pembuatan roti canai segera yang dah pun diimport sampai ke luar negara. Pendek kata, dia ni memang rajin dan pandai mengintai peluang perniagaan.

Sesiapa saja yang datang atau balik ke kampung memang takkan menolak rendang makcik aku ni. Family aku adalah diantaranya..:-) Daripada mana dia belajar pun aku tak tahu. Anak dia, kak ita pun pandai jugak memasak tapi western punya. Samalah dengan aku. Pernah jugak testing masak masakan kampung atau masakan nogori tapi masih tak dapat menandingi kehebatan mak aku.

Hmm... bila pagi-pagi dah cerita pasal makan ni mulalah perut berkeroncong. Tak sabar nak balik kampung!




Friday, January 21, 2011

Serba Salah.


Sepatutnya aku keje hari ni tapi mengenangkan ada beberapa perkara yang aku kena selesaikan, aku memutuskan untuk ambik EL jelah. Agak serba salah jugak aku dibuatnya tapi rasanya ini pilihan yang baik. Takut nanti ada pulak yang mempertikaikan kalau aku diberi kebenaran keluar pagi dan masuk lewat petang. Almaklumlah, aku bukan insan terpilih untuk disayangi di pejabat. Huhu... 

Kebetulan aku nak semak akaun CIMB bank aku sekali. Semalam masa balik rumah mak aku, aku dapat satu penyata dari CIMB. Dalam penyata tu ada jumlah baki yang aku sendiri tak jangka akan ada dalam akaun aku. Aku cuba nak check kat atm tapi tak boleh. Sekali INACTIVE da... So pagi ni sebelum hubby pegi kursus, dia temankan aku setlekan benda ni. Alhamdulillah bila semuanya dah selesai, barulah lega sikit. Alhamdulillah ada rezeki yang tak disangka-sangka kat CIMB... Dapatla aku bayar balik duit yang aku pinjam kat mak aku bulan lepas.

Lepas hantar hubby ingatkan nak singgah BSN pulak nak buat SSP tapi tengahari tutup pulak. Hari Jumaat kan... Hmm... memandangkan hubby pun tak ada, aku malas nak meronda mana-mana. Letihla... Aku cuma sempat singgah kat kedai perabot untuk tanya pasal harga katil. RM499 untuk katil + tilam 8 inci. Berbaloi x?
Aku cuma survey harga je dulu. Manalah tau kalau dapat harga yang lebih murah kat tempat lain.

Dekat pukul 2.30 petang jugaklah aku sampai rumah. Bila balik rumah, mak aku tak masak lagi rupanya. Maka memasaklah aku ala kadar. Sekadar masak nasi dengan sardin goreng saja dah cukup membuka selera. Lebih kurang pukul 5 petang aku dah terbongkang kat atas katil. Penat owh...

Hmm... dah dekat pukul 11.30 mlm rupanya. Patutla layu semacam je mata ni. hehe... Good Nite semua...




Baru Sekejap Berpisah Hati Dah Rindu.


Rasa macam mula- mula bercinta pulak. Baru pagi tadi aku hantar hubby naik bas ke JB. Sekejap je aku dah mula rindukan dia. Nak buat macam mana, memanglah berat hati nak bagi dia pegi tapi demi masa depan kami... aku relakan jugak dia pergi. Sekejap je taw! Tak boley lama-lama... Nanti aku nangis! Huhu...




Wednesday, January 19, 2011

Susah Ke Bercakap Dengan Orang Yang Tak Mahu Mendengar?

Kadang-kadang dalam hidup ni mesti kita akan jumpa dengan orang yang spesis tak nak dengar cakap orang. Bagi dia, dia je yang betul. Dia je yang tahu semuanya. Orang lain semuanya salah bagi dia. Semuanya tak tahu apa-apa.

Dahla dia mintak pendapat kita, bila dah bagi dia tak mahu terima pulak. Macam mana tu? Kita nak cuba tolong dia tapi macam mencurah air ke daun keladi je jadinya. Silap-silap hari bulan, dah bermasam muka. Bila kita buat-buat tak dengar, dipaksanya kita dengar. Bila buat tak tahu, kita pulak yang disalahkannya. Hailah nasib badan kalau terjumpa orang yang macam ni.

Beratus pun nasihat yang kita bagi, belum tentu satu pun dia nak pakai. Kalau bukan kita yang dirujuknya tak adalah nak sakit hati sangat. Pedulilah dia nak mengadu nasib dengan siapa pun. Ini dah dia bercerita dengan kita, dengan memek muka sedih, takkan kita nak buat tak tahu je kan?

Sesungguhnya memang susah nak bercakap dengan orang macam ni. Bila berkias, dia tak paham. Bila street to the point, dia marah pulak. Cubalah dengar nasihat orang sikit. Jangan cepat sangat nak melenting je. Bukan awak sorang yang ada masalah. Kat Palastine tu lagi banyak masalah. Jangan salahkan orang lain kalau orang tak nak dengar atau buat-buat tak dengar lagi masalah awak atau pengaduan awam awak. kalau awak rasa asik awak je yang jadi mangsa, awak silap. Awak jadi mangsa atas sikap awak sendiri. Nokhtah!




Jalan-Jalan.

Dah lama rasanya tak dapat jalan-jalan berdua dengan hubby.Almaklumlah keadaan kewangan kurang mengizinkan tapi hari tu alhamdulillah hubby dah dapat gaji pertamanya makanya dia beria-ria nak ajak aku pegi jalan-jalan.

Kalau ikutkan aku, memang sekarang ni aku dah tak larat nak berjalan-jalan sakan ni. Kalau dulu cakap je nak pegi mana, aku on je. Ni baru 4 bulan, aku dah tak larat dah. Hehe... Mase hantar FIL aku ke JB ritu pun naik sengal-sengal bontot dibuatnye. Tobat aku takmo p lagi dah.

Hubby ada ajak p ronda-ronda Melaka hujung bulan ni tapi tak taula nak pegi ke tidak. Pak Long pulak ajak pegi Terengganu awal bulan depan tapi tak pasti lagi dapat pegi ke tak. Aduh belum pegi pun dah terase sengal-sengal dah ni. Hehe... Sesungguhnya buat mase sekarang aku memang tak berminat nak pegi jenjalan jauh-jauh ni. Yang dekat pun dah mencungap aku dibuatnya. Cam mane?

tak dapat makan kat secret recipes, makan kat pizza hut pun jadilah...


By the way, baju yang aku pakai tu adalah hadiah pemberian hubby sempena harijadi aku yang ke 27 tahun semalamnya tu. Senyap-senyap je dia belikan baju tu kat Jusco Melaka mase nak pegi jemput adik ipar aku kat PD lepas hantar FIL aku ke JB ritu. Dia boleh sorok baik punya tu... Bila dah tepat 12 malam barulah dia kejutkan sambil ucap 'happy birthday'. Dia tunjukkan baju tu tapi aku time tu tengah mamai lagi so pagi2 tulah baru aku tengok betul-betul baju tu. 


To my hubby... Terima kasih banyak-banyak sebab dah bahagiakan sayang selama kita bersama ni. Terima kasih jugak atas pemberian hadiah tu. Sayang tak kisah pun sebenarnya, yang penting abi sayangkan sayang dah cukup..:-)



Perempuan mengandung Dan Sembelit II.






Cerita pasal perempuan mengandung dan sembelit lagi. Kali ni aku nak kongsikan serba sedikit petua untuk mengatasi masalah sembelit ni.


1. Madu

Seperti mana yang kita semua ketahui, madu ni kan banyak khasiatnya. Salah satunya adalah untuk mengatasi masalah sembelit. Pada awal kehamilan memang aku ada amalkan makan satu sudu madu setiap pagi dan sebelum tidur. Dari pemerhatian aku, lebih mudah nak buang air besar setiapkali lepas makan madu ni. Ada jugak yang risau sebab katanya madu ni panas. Takut baby dalam perut kepanasan pulak kalau makan madu macam tu saja. Kalau macam tu, campurkan saja madu tu bersama dengan air segelas. Mudah kan? Kalau susah nak cari madu yang asli, carilah jus madu @ jus kurma madu yang banyak dijual di pasaran. InsyaAllah... sembelit akan berkurangan.

2. Buah-buahan

Macam entry yang lepas, ada jugak disebutkan pasal buah-buahan kan. So hari ni aku nak tambah sikit info pasal buah-buahan yang sesuai untuk mengatasi masalah sembelit ni. Daripada pembacaan serta maklumat yang aku dapat dari mak aku, antara buah-buahan yang sesuai untuk mengatasi sembelit ni adalah seperti pisang, betik, anggur dll. Ada jugak yang kasi petua makan buah naga atau buah prune. Ikut selera masing-masinglah kan. Tapi makesure, makan buah dulu sebelum ambik apa-apa makanan berat. Dulu-dulu x tau, bantailah makan buah lepas makan. Rupanya salah aturan... patutla aku kerap kena sembelit. Aduhai...

Lepas tu dari sumber yang aku dapat jugak, dikatakan kita perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan seratnya. Antara buah-buahan yang tinggi kandungan seratnya adalah buah jambu batu. Memang bagus sebab kandungan vitaminnya jugak banyak.


3. Jus buah-buahan segar

 Kalau rajin bolehla buat jus buah-buahan. Tak kisahla jus apa asalkan bukan jus nenas bagi yang mengandung. Hehe... Kalau aku lebih prefer jus oren atau epal. Jus kurma madu atau jus prune jugak boleh diamalkan. memang sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Disamping tu, kenalah minum air kosong banyak-banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Kalau tak berkesan jugak, disarankan pergilah jumpa doktor ye. Sekian.




Tuesday, January 18, 2011

Marble Cake Untuk MIL & Chocolate Cake Untuk Hubby.






Dah lama aku tak sentuh oven. Bahan-bahan pun dah banyak yang expired dah rasanya tapi ari tu entah macam mana tergerak pulak nak buat atas permintaan MIL yang teringin nak makan marble cake. Bila tanya pada hubby, dia pulak teringin nak makan chocolate cake. Dah tentulah kedua2 permintaan susah untuk aku tolak. Lagipun aku dah jumpa balik buku resepi aku tu. So tak ada alasan untuk mengatakan TIDAK.

Kedua-dua jenis kek ni aku guna adunan yang sama kemudian aku bahagikan kepada 2 bahagian. Satu aku campurkan dengan pes koko. Satu lagi aku cuma letakkan sedikit pes koko untuk jadikannya marble. Mintak maafla kalau bahasa aku ni tunggang langgang. Kalau jadi chef confirm orang tak layan. Hehe...

Kedua-dua jenis kek ni aku buat kat rumah mak aku, then esoknya dibawak bersama-sama ke JB untuk kudap-kudap. Tapi tak ke mana pun kudap-kudapnya. Memandangkan kek tu terletak cantik kat dalam bonet sudahnya bawak balik balik ke rumah.

Yang paling tak tahan, aku isi kek tu penuh-penuh kat dalam tuppaware tapi bila mase singgah kat Tesco mana entah, aku tengok kek 2 dah tinggal setengah. Aik laku jugak kek aku ni ye. Mungkin MIL aku dah makan dulu malam tu mase tengah bersembang dengan FIL. Tak sedar dah tinggal separuh gaknye. Kebetulan pulak mase tu aku dengan hubby dah masuk tidur awal. Hehe... Tak kisah pun sebab aku buat pun memang untuk my MIL and my hubby kan.

Esok Hubby nak kena pegi JB semula hantar my FIL. Mungkin kena operate. Entahla... Aduh kejap, baby aisy ni tendang perut mama diela...:-) SEjak demenjak ni aktif betul die. Dah dua malam jugak aku tak lena tidur dibuatnya. Pusing kiri salah... pusing kanan salah... Tambahan tidur atas katil bujang berdua dengan hubby, lagilah tak selesa nak kuak lentang. Hubby cadang nak bawak terus katil kelamin kat HCB tu kat kuarters tapi aku tak setuju. Nanti kalau nak duduk balik kat HCB tu macam mana? Takkan nak tidur atas toto kot? Nampak gayanya kenalah buat buget baru bulan depan.

Duit lagi.... Hmmm.




Perempuan mengandung Dan Sembelit.


Perut dah bagi signal. Hajat perlu dilepaskan. Tapi dekat 1/2 jam menunggu tak jugak lepas. Cakap je ape benda yang aku tak makan? Pisang? Oren? Semua aku telan tapi tak jugak lepas. Yang ada cuma angin kuskus je. Sembelit lagi?

Daripada pembacaan dan pemerhatian aku, perempuan mengandung memang selalu akan ada masalah dengan sembelit. Puncanye? Dikatakan peningkatan hormon tertentu mase mengandung merupakan penyebab kenapa sembelit terjadi. Dikatakan jugak kalau sembelit ni berterusan, boleh menyebabkan perempuan mengandung mengalami buasir. Sebelum mengandung pun aku memang ada masalah sembelit. Mungkin sebab pemakanan aku yang tak seimbang. Kurang makan sayur berbanding karbohidrat dan lain2.

Cara untuk mengatasinya :
  1. Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
  2. Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
  3. Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½  hingga 2 liter sehari semalam
  4. Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
Sekiranya sembelit menyerang…
  1. Banyakkan mengambil makanan berserat.
    • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
  2. Banyakkan minum air atau jus buah-buahan
    • Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
  3. Dapatkan nasihat doktor
    • Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.
Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada terkena  sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat beserta pengambilan makanan pelengkap yang dibekalkan oleh doktor. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri. Wallahua’lam.

sumber maklumat : http://anakkusayang.com/blog/kesihatan/atasi-masalah-sembelit-ketika-mengandung.




Takpe.
hari ni hari kau.

Mungkin kau suka kalau aku merintih sedih.
 Mungkin kau suka tengok muka aku kelat.
Mungkin kau tak sabar nak ucap kata-kata perangsang kau.

Tapi sayang.
Aku tak perlukannya.
Aku jatuh.
Aku rebah.
Aku hanya perlukan Allah.



Mengidam Kundang Mude.

Buah kundang (internet)

Dah berminggu-minggu aku mencari tapi tak jugak jumpa. Entah pelosok mana lagi yang nak aku redah untuk mencari buah kundang yang aku idamkan ni. Sampai kat dalam FB pun aku dah war2kan kot2 ade yang terjumpa buah ni. Dari sumber yang aku dapat, sekarang ni bukan musim buah kendang ni... Mungkin 2-3 bulan lagi baru ade. Tapi manala tau kan... Ade pulak yang sesat sebijik dua... 

Kalau mula-mula dulu mengidam jugak tapi tak teruk macam yang satu ni. Dulu mengidam, ari ni x dapat, esok dah lupe dah. Tapi buah kundang ni... selalu buat aku terliur je setiapkali teringat. Mana tah nak cari. Jeruk kundang mungkin ada tapi tak sama. Nak call abang aku kat kelantan sane tak pastilah die ada kat rumah ke tak sekarang ni. Sekarang kan musim banjir kat sane... Kalau cakap dengan kak Ani mungkin dia akan carikkan sebab aku kan kesayangan die...hehe.

Hmm... Nak tunggu dua tiga bulan lagi sampai musim die parahla... Kalau ada yang tau kat mana ada kundang ni boleyla roger2 ai ok. Nanti ai belanje orait!



Monday, January 17, 2011

Memaafkan Mudah... Melupakan Payah.

Ada benda yang aku cuba nak lupakan tapi payah walaupun di bibir aku melafazkan maaf. Walaupun aku cuba supaya tak pikir benda tu tapi tetap jugak terlintas kat kepala otak aku ni. Dah jadi macam kaset rosak pulak asik rewind je. Kalau cd rosak lagi teruk... Terus stuck kat situ je.

Setiapkali aku ingat benda tu... mesti emosi aku pun jadi tak stabil. Rase nak marah... rase nak maki orang... rase nak mengamok... rase nak hentak kepala kat dinding sampai hilang ingatan... Senang tak payah nak ingat benda yang menyakitkan ni.

Aku senyum... aku ketawa... Tapi dalam hati aku... jauh di sudut hati aku... aku rase macam nak pegi langkawi... nak beli coklat banyak2! Haha...





   

Wednesday, January 12, 2011

Dugaan Tuhan.

Semalam... Aku dapat satu khabar yang kurang baik. Isteri member satu opis dengan aku baru saja keguguran. Sayangnye sebab die dah mengandung 6 bulan. Sebelum tu ada jugak staf kat opis aku yang keguguran. Hmm... Banyak sangat kes keguguran buat aku risau pulak. Cadangnya minggu depan InsyaAllah aku nak pegi scan baby ni jugak sebab ritu scan tak puas nak tengok. Lagipun hubby tak tengok lagi baby aisy nye macam mana.. Apepun aku doakan semoga kawan aku tu dan isterinya tabah menerima dugaan tuhan ini.

Hmm... tak dapat aku nak bayangkan perasaan si ibu yang memang menanti2kan kelahiran bayinya itu. Persiapan pun telah tersedia walaupun tak sepenuhnya. Aku sendiri rasa ngeri kalau perkara tu berlaku pada aku. Nauzubillah...

Tapi dalam kesedihan itu, alhamdulillah aku dan hubby sekarang sudah boleh menarik nafas lega bila rezeki datang tak henti2 di saat kami memang sangat2 memerlukan. Tuhan saja yang tahu perasaan kami sekarang ni. Kebetulan hubby dapat cuti untuk menghantar ayah mentua aku ke Hospital JB esok dan minggu depan untuk pembedahan. Aku doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

p/s : buat ibu2 mengandung... jagalah kesihatan, kalau ada apa2 masalah terusla berjumpa doktor. Jangan tangguh2 ok.




Saturday, January 8, 2011

Jangan Merungut.

Alhamdulillah... sekarang mak aku hampir sembuh sepenuhnya. Dia dah boleh berjalan dengan lebih cepat cuma dia selalu mengadu pergelangan kakinya masih terasa sakit. Aku cadang nak bawa mak ke klinik lagi sekali. Kalau boleh kali ni nak x-ray. Takut-takut kalau ade yang patah.

Alhamdulillah, aku jugak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang anak terhadap mak dengan bantuan hubby. Berkat kesabaran kami berdua jugak, beberapa berita gembira singgah dalam hidup kami. Benarlah kata orang... kalau kita berbakti kepada orang tua kita, insyaAllah hidup kita akan bertambah senang dan tenang. Walaupun tidak sesempurna mase orang tua kita menjaga kita masa kita kecik dulu tapi kalau kita yakin, insyaAllah... Semuanya akan berjalan dengan lancar.

Ade masenye dulu aku merungut jugak sebab masing2 macam pentingkan diri masing2 saja tapi mak tak pernah merungut. Tapi bila difikir2kan balik, buat apa aku nak merungut? Bukankah semua apa yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya?

Dan alhamdulillah... Allah dah bagi banyak ganjaran untuk aku atas apa yang aku lakukan untuk mak aku selama ni. Ganjaran yang tak terduga.... Makanya, aku n hubby adalah antara orang2 yang sangat bertuah untuk berbakti dan menjaga orang tua kami selagi hayat dikandung badan. Biarpun terpaksa bersusah payah tak mengapa... InsyaAllah Allah akan sentiasa membantu kita.

Sekarang pula adalah giliran aku untuk berbakti pada kedua mentuaku. Meskipun bukan dengan wang ringgit... InsyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menyenangkan hati mereka walaupun hakikatnya aku ni memang tak pandai nak amik ati orang...Hehe.. Doakan aku ye... Doakan juga semoga mak aku dan pak mentua aku cepat sembuh ye. InsyAllah..




Wednesday, January 5, 2011

Siapa Duga.

Sejak akhir2 ni makin banyak pulak berita kemalangan yang aku dengar. Permulaan tahun baru yang kurang bagus barangkali. Hmm...

Sat tadi, member2 aku baru je lepas bertembung dengan kemalangan ngeri. Seorang perempuan dengan anaknye. Member aku cakap kepalanye hancur. Kemungkinan besar kena gilis. Anaknye tak diketahui nasibnye. Mase kawan2 aku lalu tempat tu, polis baru nak tutup mayat tu. Nampaklah macam mane keadaan mayat tu gaknye.

Nasib baik aku tak jadi nak ikut dieorang tadi. Kalau tak aku pulak yang pengsan nanti...

Teringat mase aku n mak aku excident kat roundabout tampin dulu... Sekitar tahun 2006... Mase tu aku baru dapat tawaran kerja gomen ni... Kononnye nak p buat urine test langsung masuk hospital terus. Nasib baik x cedera teruk mase tu. Cume kaki jela berparut sikit sebab tayar dah himpit kaki aku mase tu. Bila terkenangkan excident tadi, trauma betul rasenye. Kalaulah excident tadi berlaku pada aku dengan mak aku dulu... entahla ape nasib aku sekarang ni... Meroyan masuk hospital sakit jiwa kot!

Ei ngeri bila difikir2kan... Tu sebabla banyak kali aku pesan dengan hubby supaya lebih berhati2 bila bawak motor ke tempat keje. Dahla jauh.... Tak sanggup aku kalau ape2 jadi pada hubby aku...

p/s : hubby selalu tak percaye aku ade instinct istimewa....hehe.




Tuesday, January 4, 2011

baby oh baby.

My BFF is already sleeping rite now!hehe.... Tapi mate ni tengah degil lagi. Takmo gak kuyu layu. Baby pulak tengah buat apelah agaknye kat dalam tu... Tak sabar nak scan lagi sekali tapi kali ni nak bagi hubby tengok pulak. Yes! Hubby belum dapat nak tengok baby ni lagi. Memang cadang bila dah besar sikit baru nak bagi hubby tengok. Now dah 17 weeks dah kalau ikutkan due tulah. So 2 to 3 weeks later bolehla nak scan balik kan! Ei tak sabarnye nak tengok anak mama kat dalam ni...:-)

Perkembangan pregnancy... Hmm 2-3 ari ni baby mengeras je tetiap pagi then die selalu duduk kat perut belah kiri je. Then saje suruh bagi hubby rase. Pengalaman pertama kan so macam jakun sikitla bila jadi macam tu. hehe... Kadang2 ade rase berdenyut2. Mungkin tu kot yang dimaksudkan oleh nurse tu pasal baby menendang kot? Entahla... Bukannye aku ade pengalaman pun nak rase macam mana baby menendang dalam perut ni. Yang aku tau, ade mase perut aku rase sakit. Nak describe tu memang tak reti.

Kadang-kadang bila usap2 perut ni macam tak percaya je ade lagi 1 nyawa kat dalam ni. Alhamdulillah aku n hubby tak perlu nak menunggu lama untuk dapatkan zuriat walaupun pada awal2 tu cuak jugak. Yelah manalah tau dalam usia aku yang dah menjangkau 26 tahun, boleh beroperasi dengan baik ke aku? hikhikhik.

Ape pun, aku harap kandungan pertama aku ni tak ade masalah apa2. Almaklumlah, sekarang ni banyak penyakit yang datang tiba2. Tengok sajela allahyarham Faizal Yusup hari tu... Nampak sihat di mata kasar tapi dalaman? Tuhan saja yang tahu.

Pada yang belum ade rezeki nak dapatkan zuriat jangan putus ase. Berusahalah asalkan berlandas pada jalan yang betul. Yang paling penting doa... Berdoalah sesungguh hati... InsyaAllah Allah akan mendengarnye.

wallahualam.





>

Paris Hilton : My New BFF


Pernah tengok rancangan ni? Ak pun baru 1st time tengok rancangan ni malam ni. Nak carik BFF pun kena buat pertandingan bagai. Kehkehkeh.... Sorila pada korang2 peminat si Paris ni ok tapi sries aku rase cam mengarut je. Tapi mengarut2 pun aku tertengok gak sampai abis sebab aku ngan hubby aku jadi tukang gelak. 
Awatla yang dieorang ni kalut sangat nak jadi BFF si Paris ni tah. Sebab die fofular? atau sebab die ni kaya raya meroyan? BFF bukan senang nak cari owh... Kalau dah bertahun2 kenal pun belum tentu lagi boleh digelar BFF. Nama pun BFF... Best Friend Forever rite! 

p/s : suke tengok gandingan pink n purple dalam rancangan ni je! Ahak.



Thanx Dik!

Malam tadi mase tengah lepak2 dengan hubby, MIL aku bagi satu bungkusan plastik. TErgezut gak aku... Dalam ati ni dokla gedebak gedebuk suspen ape bende dalam plastik tu. Bila aku bukak, aku tengok ade macam kain cotton kat dalam plastik tu. Belum sempat aku nak bukak abis, MIL aku pecah rahsia... Rupanye SIL aku hadiahkan baju peknen kat aku... Ingatkan ape bendela tadi... Hehe.


Aku sendiri pun tak terpikir lagi nak beli baju peknen ni. Bukan tak excited cuma nak cari yang berkenan kat jiwa raga ni payah sikit. Dah godek2 kat FB tapi xde gak jumpe yang idaman kalbuku. Hubby awal2 lagi dah buget gaji die nanti memang nak belikan cume tak tau nak cri kat mane. Maybe p carik kat Jusco Melaka kot.

Baju baby pun xde beli lagi. Pun bukan sebab tak excited cume bahagian kewangan belum meluluskan buget untuk 2011 ni...hehe. Lagipun aku nak tunggu kalau ade sale nanti baru beli. Setakat ni aku cume sparekan 1 set baju baby dengan kasut yang aku cakap ritu tu je. set baju tu pun beli standby nak bagi pada member2 opis yang dah melahirkan p asik tertinggal je kat HCB tu. Then bila dah peknen ni nampak gayanye gune sendiri jelah.

Anyway thanx again to my SIL ye! Kire 1st give jugakla ni...hehe.




Monday, January 3, 2011

Happy New Year everyone!


Happy New Year! Hehe... Dah 3 ari masuk tahun baru dah barulah aku terhegeh-hegeh nak buat en3 pasal New Year ni. Huh nak buat macam mane? Asal duduk je dah kena buat itu... buat ini... Sampai berat aku pun dah turun 1/2 kg td. Pastu aku ditimpa penyakit so so so pemalas!

Nak citer pasal new year ni pun bukannye ade citer sangat pun. Malam new year, aku n hubby dah lama terbongkang tido atas katil. Konon nak celebratelah gak sambil buat ayam panggang tetibe bila sebut 'ayam' je tekak dah rase mual. Langsung cancel!

Ape pun hujung tahun 2010 ade suka ade jugak duka. Pasal my mom excident... SKT... adoi! perit bila sebut tang SKT ni... Yang penting tahun 2010... Msia menang Piala Suzuki ok! Dah tentu jugak sekarang minat aku beralih pada KFCM (khairul Fahmi Che Mat). Haha... Boleh kejang otot hubby bila aku sebut pasal KFCM ni. Mana taknye terutama bila wife die merengek2 mintak beli baju bola tapi nak jersi penjaga gol punya. Ahak. Mana nak ade katenye. Ke die memang saje kate tak ade? Entahla labu...Hik2.

Last update pasal KFCM ni, baru tadi aku add kat belog awek die. Minat punye pasal kan. Jangan risau, aku masih lagi sedar diri yang aku dah jadi wife orang skang ni. Ahak. Ala minat je kan... Bukan luak pun. Hubby aku jelah kot risau kalau2 baby keluar nanti ade iras2 KFCM pulak. Mate sepet cam  mat japang. Haha. kenkadang sampai aku pandang hubby aku pun nampak muke die ade iras2 KFCM tapi tak sampai ati nak cakap. Kalau aku cakap mesti die cakap KFCM tu yang iras die sebab die lahir dulu daripada KFCM tu. Boleh?Hehe...

Ok tutup citer bab KFCM ni dulu ye. Next time kalau ade mase kite citer lagi. Pasal tahun 2010... banyak benda nak share n rewind balik tapi malasla. Nak buat ape kiter bukak citer yang lepas2 kan! Biarlah semua tu berlalu bagai debu.

Tahun 2011 pulak tak sah kalau tak citer pasal azam kan! Aku pun cuma tahun ni blur skit bab azam ni. Tak pikir sangat pun sebenarnye. Aku lebih banyak pikirkan pasal keje, hubby n baby dalam perut ni. Tahun 2011 aku berazam nak dapatkan markah SKT 90%. Taknak lagi dapat markah hampeh. Orang suruh aku bercakap, ha! sekarang aku akan mula banyak cakap. kalau dapat markah rendah lagi taktaula aku nak bercakap stail ape lagi. Pasni nak buat keje kaw2. Sampai kuantiti kerja aku sampai tahap maksimum n bos aku tak complain lagi. Hehe.Tambahan pulak tahun ni aku bakal cuti panjang. Tak jadi nak ambik cuti 3 bulan tu. Kalau aku ambik cuti 3 bulan bertambah kurangla kuantiti keje aku nanti. Rugi owh...

Ni bukan statement gile kuase ke ape ok! Just tak puas ati je dengan tahap pencapaian aku tahun 2010 lepas. Orang nak kate aku poyo ke hape lantaklah. Ade aku kesah?

Then tahun ni aku nak start kumpul2kan harta n duit untuk keperluan baby nanti. Hubby pun aku dah warning awal2 supaya jangan gatal2 nak tukar2 keje lagi. Penat owh nak survive. Tambahan pulak bila dah ade baby nanti. Azam tahun baru jugak, nak duduk rumah kat HCB tu. Kesian dah berbulan2 terbiar. Duduk rumah sendiri selesa sikit.

Yang lain2 tu ai update later k. InsyaAllah lepas roadtax n others prob settle, kiteorang akan start ronda2 balik. Wuhu... Dah lame tak p jenjalan owh... windu sangat. Sementara baby lom kuar ni kan. Tu pun ai akan update ok!:-)

So happy new year sekali lagi! :-)

p/s : tak sampai ati nak letak gambar KFCM kat dalam en3 ni... nanti hubby terkecik ati...hik3x.




++Jom Kita Tukar Link!++