My Nuffy

Thursday, September 30, 2010

++Open House Melaka++

Ni citer Sabtu lepas. Kiteorang pegi beraya kat rumah sedara kat Melaka. Siap tido sane lagi. Ahad malam baru balik. Adohai letihnya jangan cakapla... Walaupun bukan aku yang bawak keta...Tido je kat belakang... letihnya tetap same...haha...

 Sebelom pegi sempat je posing dulu.

Bila sampai kat sane bukan terus pegi umah orang tu... Sempat pulak ajak mak mentua aku cuci mata kat KK Home Deco Ayer Keroh. Syokkkk oooooo...... Rambang mata dibuatnya! Kalau boleh sume benda kat situ aku nak bawak balik... Haha.

C! Siap paksa incik suami ambikkan gambar.

Harga kat KK Home Deco ni pun boleh tahan jugakla... Berpatutannnnn... Bagi akulah. Tempat lain aku tak taulah kan. Eii... Rase cam jam jam tu jugak nak beli tapi nasib baikla teringat yang ceti-ceti tengah menanti...hehe. Bukan ceti haram ok!

Hah! Da berkenanlah tu...Hehe

Nasib baiklah tuan rumah telepon tanya dah ada kat mana... Kalau tidak mau berjam-jam kiteorang kat situ. So buat sementara ni balik dengan tangan kosong dulu. Nantilah! Gaji bulan depan ciaplah ko KK Home Deco! Akan kuserbu ko bersama  incik suami & mak kesayangan aku. Huahuahua...

++Aku dah Kurus ke?++


 "ape rahsia kurus lepas kawen?" Haha... Nak terguling-guling rasanya bila ada orang tegur aku macam ni. Dia ni perli ke ape? Dia tak nampak ke pipi aku yang tembam macam kueh apam mekar ni? Kalau ramai yang cakap aku kurus boleh gaklah aku nak caye... ni die sorang je yang cakap cenggitu. Camner tu?

Yang lain kalau terserempak dengan aku, compem kate aku ni dah semakin sihat walafiat. Takder pulak yang komplen aku ni nampak susut ke hape... Isy3x. Musykil betul aku.

Cuma yang pastinya selera makan aku dah tak macam sebelum kawen dulu. Kalau dulu, sume benda halal aku nak bedal. Nasi kalau x tambah sampai dua pinggan tak sah tapi sekarang ni tambah jugak cuma kuantiti tak banyak macam dululah. Siketttttt sajaaaaaa...

Nak kata dah pregnant x pulak. Steady je lagi ha... Haha.

Ei entahla... Tambahan sekarang ni tekak tengah sakit... lagilah xder selera nak makan kecuali KFC. Haha. Sodap oooooo...... Hingga menjilat jari!

So yang pastinya... kurus ke montel ke... janji incik suami sayang sudah...... Ye dak?

++Sape nak hadiah free? =)++

Ini 1 lagi giveaway yang aku berminat nak join. Entahla... sejak demenjak ni rajin je aku nak masuk contestla... giveawayla... Mungkin sebab nama selalu naik kot? hehe.

Nak menang? sape xnak menang kan? Aku pun nak menang jugak tapi apa yang paling penting... aku dapat kenal blogger-blogger yang lain dan tambah kenalan baru! :-)

Ok! cara nak join giveaway ni mudah je.. Ikut cara kat bawah ni...

1. bt entry "Sape nak hadiah free? =)" 
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog 
 http://nadiafarahida.blogspot.com/
 2. dan jgn lupe, letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg 
dan link kan terus ke entry ni ye. klu pic besau sngt, korg tlg kecikkan ye.

3. mnjadi follower blog tu.

4. tag 3 org blogger 
lain dan pastikan dorg tahu bahawa mereka telah ditag!

5. dan last sekali, 
jgn lupe tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat 
kotak komen entry "Sape nk hadiah free? =)" ni ye.


Hadiah?
misteri... sama ada duit tunai, topup, ataupon brg. tgk keadaan. 
nnti aku decide time da pilih blogger yg bertuah. 
xpon, bg korg pilih nk ape, boleh? =)

Tarikh tutup:
1 October 2010, 10:00 am.
jom try ong! mane tau korg bernasib baik.


 eh lupe, utk permulaan, 3 org blogger yg aku tag,
incik suami

++Open House di KK++

Open house di KK? Wah kota kinabalukah? Jauh betul pegi open house ye... Yang dekat ni pun tak habis lagi pegi. Ni pulak jejauh macam tu. Giler???!! Hehe.... Ala, kita pegi Kuala Kelawang jelah. Tak jauh pun. Cuma 1 jam lebih je dari tempat aku ni.

Itupun atas rengekan incik suami yang beria-ria nak pegi sebab yang buat tu kawan baik + keluarga angkat dia sejak kecik lagi. Hehe...

Mula-mula memang serba salah jugak aku nak pegi. Yelah... dahla jauh.... Buat pulak lepas isyak.... Bukan hari cuti pulak tu. Mentua aku sendiri pun malas nak pegi. Kalau hari cuti boleh jugak ramai-ramai pegi. Tak adalah aku seriau sangat. Puas dok buat macam-macam aksi tapi incik suami tak layan jugak. haha.

So semalam lepas keje, haruslah kiteorang bergegas pegi ke KK. Sampai-sampai je terus kiteorang pandang satu sama lain. Kenapa? Sebab rumah dia sangat ramai orang. Pastu dieorang mue pakai baju melayu dengan baju kurung. Wah... Aku pakai seluar dengan blouse je ko!

Nasib baik anak tuan rumah (kawan baik incik suami) ni dah tunggu kat luar rumah. Rupa-rupanya dia buat kenduri tahlil n doa selamat sekali. Patutlah berduyun tiba....

Ni salah sorang member incik suami jugak.

Nasib baiklah satu lagi group x datang, kalau tak.... alamatnya subuh nantilah baru kiteorang dapat balik macam hari tu. Hehe. Baekkkk punya citer antoooo dieorang bukak sampai terjegil-jegil mata nak yakinkan kiteorang dan yang peliknya kiteorang caye plak tu. Haha. Apela kan... :-)



Bila tengok semua dah beransur-ansur balik... kiteorang pun apa lagi. Takkan nak tido situ kot kan? Janji pukul 10 mesti dah chow sebab awal-awal lagi aku dah warning incik suami supaya balik cepat. Kalau hari cuti xpelah nak melepak kat situ. Aku on je.

Apapun terima kasihlah pada tuan rumah sekeluarga. Makanan kat kat situ memang best! Tak rugi pegi. Alhamdulillah.

Muah Muah!

Wednesday, September 29, 2010

++Have you seen this child?++

A 2 year old child, Lee Xin Ru has been missing since 21st September 2010. If you have any information about this child, please contact:







•Insp. Haroza binti Pandi (019-879 3776)


•Raub Police Head Quarters (09-955 2222)

Monday, September 27, 2010

++Tag : Siapa sudi jawablah++

++UBAH GAYA ANDA?++

Tak kisah asalkan selesa dan tak pelik. Tak salah nak menucuba kan? Yang paling penting incik suami suka dan tak komplain macam-macam. kalau tidak sakit telinga jugak nanti dibuatnya. Haha.

++BACA, LIHAT & DENGAR++

Dulu aku suka baca novel romantis. Banyak jugak koleksi kat rumah tu tapi sejak dah kerja ni, minat tu beralih pulak pada majalah yang berunsurkan kewanitaan.

Aku suka citer melayu, citer katun, citer lawak or citer hindustan. Tak kesahlah citer ape. janji citer tu tak mengarut. Yang ada kene mengena lagilah aku suka tengok. Last tengok movie pun citer adnan sempit kot rasenye.

Aku suka dengar lagu-lagu baru yang ada unsur-unsur jiwang. Tambah-tambah lagi kalau lirik dia macam ada kena mengena dengan life aku.

++ANDA & DIA++

Saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Dia cinta hati dan sahabat terbaik aku. Bila merajuk sama-sama saling memujuk atau dalam ertikata lainnya, dia yang lebih banyak beralah. Susah senang sama-sama. Tak boleh nak berjauhan lagi dah. bak kata mak, dah melekat macam gam gajah.

++INILAH LELAKI /PEREMPUAN?++

Yang ingin difahami tapi jarang mahu memahami. Buat sesuatu yang di luar jangkaan semata-mata untuk menjaga hati kita tapi kadang-kadang dia tak sedar apa yang dia buat tu menyakitkan hati kita. Lelaki... susah nak faham hati perempuan...

++KERJA++

Kadang-kadang membosankan! Asik buat benda yang sama dan mengadap orang sama setiap hari. Tapi kalau sehari tak hadapkan rindu pulak. Rindu air teh tarek kak jun...... haha. (ada kene mengena ke?)


++SANTAI++

Kat rumah pun best pe! Tapi kalau dapat bersantai kat tepi pantai pun best jugak. Ataupun bershopping sakan kat tempat-tempat eksklusif? Tak pun sekadar pegi makan kat tempat-tempat makan yang terbaekkk! Tak gitu abi?

++SAYA SUKA LELAKI / WANITA YANG?++

Tak berapa nak hensem tapi muka manis dan sedap mata memandang. Kalau hensem sangat nanti aku jugak yang sakit ati kan! ~ dah dapat dah! Hehehe.Yang penting dia bukanlah orang yang over confident sampai memalukan diri sendiri. Tak terlampau ego dan tak menyembunyikan kesalahannya hanya untuk menjaga hati aku atau takut aku marah. Saya jugak suka lelaki yang boleh sayangkan keluarga saya macam saya sayangkan dia. TQ.

++NOTA CANTIK?++

Rajin-rajinlah buat facial sama ada sendiri atau kat kedai. TQ.

++ TAG SEKURANG_KURANGNYA 3 ORANG KAWAN ANDA?++

~Incik Suami
~Cik Ile
~Cik Q

++Malang Berbau hangit++


kejadian ni baru je berlaku yang mana wayar aircond tu tiba-tiba je terbakar. Kebetulan masa kejadian, aku ada dekat sangat dengan tempat tu. nasib baik member2 opis aku yang nampak kejadian t terus jerit suruh aku lari jauh dari tempat tu.

 Ya Allah kalaulah masa tu benda tu terkena pada aku dan aku tak sempat nak lari macam mana eh? Tak dapat aku nak bayangkan. Hidup kita ni penuh dengan risiko kan?

Semoga kejadian ni takkan berulang lagi. Walaupun ada insurans tapi kalau dah cacat or mati tak guna jugak kan?

++Tuuu... Dia Pak Tam++

Semalam Lepas penat berjalan sakan kat dalam zoo Melaka melawat sedara-mara, kiteorang singgah kat RnR Ayer Keroh. Bukan kat Restoren Jejantas tu tau tapi sebelum dia tu. Baru lagi kot... Entahlah, lagipun aku dah lama tak berjalan ni.

Alhamdulillah sedara-mara kiteorang tu sumenye sihat-sihat belaka. Pak Belanglah yang paling gembira dengan kehadiran kiteorang sampai dia tak henti-henti mengaum. Bila ambik video, dia boleh senyap pulak. MAlulah tu orang ambik gambar die.

Ah! Nak citer pasal makan dululah.

Masuk je kat tempat tu, dari jauh lagi incik suami dah terover excited nak makan kat Tuuu... Dia Pak Tam ni. Aku pun baru 1st time nak cuba jugaklah kan. Bak kata Pak Tam... Sedap boleh rekemenkan... Tak sedap sonyap yo dah. Yoko? hehe. Padahal yang sobona eh incik suami ni nak makan kek situ sobab nak ghaso duduk kek kusi dio yo....


Tah apo yang sodap bona ontah. Kok ado jual nak yo den boli an lotak kek ghumah. Pehtu kito orang pun odala mee robush dongan kuew tiew Sup. Pok dennyo kueh tiew sodap yo ghaso eh sikit. Pok dio raso apo tah. Nyosa yo dio.

Maso omak eh suh poi carik ayah eh kek surau, den ingatkan dio dah abih makan sobab bilo den tanyo dio nak laie tak kuew Tiew tu dio kato dah konyang. So bilo den tengok lamo bona dio poi carik ayah eh, den pun mulolah gatal kaki nak poi menjongok kodai kek sobolah eh tu. Tak lamo tu dio datang kek den wek muko spusen.

"kenapo?" den tanyo dio.
"asal tak tunggu.... abi nak makan lagilah... Nak makan Kueh tiew sup sayang tu.... Alih-alih tengok tadi orang tu dah angkat je..." nada macam nak menangeh pun ado.
"alalala... mano sayang tau... Ingatkan abi dah sudah makan tadi..."

Huhuhu... Tulah cito eh. Sudah eh kono yo den pujuk bolikan coklat ice blended 1. Tu pun kono bodal dek paris. Sudah eh......

p/s: haha! nak tengok poning tak poning korang baco blog den ni!

++Impian Lisa / Tudung Ekspres++


PENAMPILAN bertudungnya dalam drama bersiri Tudung Ekspres mendapat pujian peminat. Mereka mengatakan wajahnya sesuai sangat bertudung dan nampak lebih ayu hingga mencadangkan alangkah baiknya kalau terus tampil begitu.

 Petikan mymetro 26/09/2010

Aku pun kadang-kadang ada gak tengok citer ni... Kalau sempatlah... Kalau kat rumah sendiri tak merasalah nak tengok sebab belom ada tv lagi. Kalau ada orang nak tolong sponsor tv 32 inci ok gak. Aku terima je...hehe.

Berbalik citer Tudung ekspres ni tadi, aku suka tengok bukan ape... aku suka tengok si Lisa ni. Comel je... Tak mekap pun comel. Ha! jangan ingat laki je yang suka tengok Lisa ni ok! Aku pun tak terkecuali.

Tapi satu jelah yang aku tak berkenan pasal citer ni... dah tau awak tu bertudung x payahla pakai suar ketat and baju sengkat sampai nampak bontot. Macam tak sesuai je... Dah jadi trend kot orang sekarang pakai tudung tapi.... sendiri mau ingatla ye. Kalau boleh seluar tu pakai seluar yang longgar sikit ke... Baju tu pakai baju yang sesuai sikit ke... Barulah tak sakit mate memandang, ye dak?

Tapi ape yang penting citer ni boleh tahan jugaklah kelakarnya. Kelakar tengok si Lisa ni yang kelam kabut manjang. Dengarnya lepas ni nak berlakon citer Ombak rindu plak. Ala adaptasi dari novel karya Fauziah Ashaari tu... Novel faberet aku tu...

"Saya bangga kerana berpeluang bekerja dengan pengarah Osman Ali dalam filem Ombak Rindu. Ditambah pula berganding dengan pelakon berpengalaman seperti Maya Karin dan Aaron Aziz. Walaupun hanya watak pembantu, peluang ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

"Sememangnya saya menanti peluang bekerja dengan Osman Ali sejak sekian lama kerana sangat mengagumi karyanya selepas menonton Anak Halal.

"Ketika itu saya baru kembali ke tanah air selepas tamat belajar di England dan Farid cadangkan saya mesti tonton filem itu.


"Selepas menontonnya, saya kagum dan memasang impian suatu hari nanti mahu bekerja dengannya. Ternyata peluang itu saya dapat melalui Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashaari. Ini kali kedua saya menjayakan filem adaptasi novel selepas Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akasyah.

"Dalam Ombak Rindu, saya pegang watak Mila, kawan baik Izzah lakonan Maya. Wataknya memang mencabar kerana tidak pernah saya bawa sebelum ini. Wataknya boleh dikatakan antagonis dan boleh juga protagonis. Ia antara watak hitam dan putih. Sebagai persediaan menjiwai watak, saya juga membaca novelnya," katanya.


Petikan Mymetro.


Setahu aku dalam novel tu, Mila tu madu si Izzah... Dah jadi filem ni tukar jadi kawan pulak eh? Emmm same-samelah kite tunggu filem ni ye. Nak tengok same tak best dan malatopnya macam dalam novel.

(p/s: kalau Lisa yang jadi Izzah ok jugak kan!)

Muah muah!!!

Dapat no. 3 pun ok!


Haha... x sangka dapat no.3 dalam kontes ni. Kalau xder tulisan tu mungkin boleh dapat no.1 pulak kot. ~ berangan! Lalala....

Friday, September 24, 2010

++Bujang Kembali?++


Upsss! Rasa macam bujang je ok... Bukan betul-betul bujang kembali ye. Ini bukan citer 'arbain bujang kembali' ye. Tak ada kene mengena langsung.

2nd time lepas dah kawen ni, semalam incik suami lepaskan aku dan kawan-kawan berjimba-jimba kat pekan. Aha! Seronotnya.... Sekali sekala dapat keluar ngan member-member sekepala ni best jugak. Dah lama x keluar gosip-gosip and window shopping ni. Selalunya balik keje terus je balik rumah. Kalau nak shopping pun dengan incik suami tercinta saja.

Keluar dengan incik suami pun best jugak per... Boleh pow die...hehehe.....

Hasilnya semalam akhirnya dekat rm1oo habes dok beli baju, tudung, kasut dan tak lupa jugak kueh tart feberet aku...Huhu. (p/s: hujung bulan ni nak kecek sikit kat incik suamila....huhu)


Bukan aper, masa raya ritu aku tak beli tudung pun. Tu yang dapat gaji ni aku p carik tudung nak padankan dengan baju raya tu. Baju tu aku beli sebab t nak jenjalan xdok baju dah... Mue dah mengecik.

Lepas tu aku beli jugak sandal gantikan 'selipar jepang' yang dah diputuskan oleh seseorang. Beli wane puteh sama dengan kasut raya incik suami. Barulah betul-betul sedondon kan! Ngeee....

Petang semalam pulak sambung berjimba-jimba dengan nurul athikah kat pasar malam Taman yayasan. Beli ketam 3 ekor buat ratah je. Then beli sate kambing sebab mengidam nak makan daging kambing dari bulan lepas lagi. (p/s : bilala nak dapat makan korean food lagi ni....:-)

To incik suami,

Terima kasih sebab izinkan sayang pergi jenjalan dengan member-member sayang ye. Sayang abi! Muah muah!

Perut Buncit Disangkakan Bunting.

"Ei buncitnya perut kucing tu... Dah buntinglah tu...."



Ade ke patut? Asal buncit je orang ingat mengandung.Asal mengandung je orang cakap buncit. Ade ke mengandung tak buncit? Tsk.



Ada orang tak henti-henti ucap tahniah pada aku yang mana aku sendiri tak tahu menahu apa halnya sampai kena ucap tahniah bagai. Rasanya claim aku belom dapat lagi. Nak kata aku mengandung pun belumlah lagi walaupun kadang-kadang aku terperasan aku ni macam perempuan mengandung yakni manja terlampau.

Ada pulak yang asik bertanya,

" Dah ada isi dah ker?" sambil pegang perut aku yang dah memang sedia buncit ni.



Isy belum lagilah. Masih dalam proses running lagi ni. Hikhikhik! Woi ingat senang ke nak dapatkan clon yang sebijik perangai macam ko? Susah ok! Macam-macam proses kena lalui. Erk...Perlukah aku menerangkan prosesnya di sini wahai kawan-kawan? - sambil kelip-kelip mata.

Hmmm....

Takpelah Abaikanlah saja sebab ramai lagi yang masih belom akhil baligh baca blog aku ni dan yang paling penting, blog aku ni bukan blog P.O.R.N.O ok! So korang jangan harap entry yang aku buat ni cerita lucah ye!

Motif aku buat entry ni adalah semata-mata untuk mengumumkan bahawa...

Saya yang bernama di atas buncit bukan sebab mengandung ye. Belum lagi ok! Kalau dah ada nanti baru kita sharing maringkan okeh! Don't worry, berita baik takkan nak sorok-sorok kan? Bukannya kiteorang buat benda yang haram kan? kan?

Dah sah dah pun. Apa nak takut? Bak kata David Archuleta, sendiri buat sendiri tanggungla....

Buat abi tercinta,

Jom kita running lagi sampai jadi! Nanti kita tanggunglah sama-sama ok! Hihihihi...... (p/s: jangan mare hea....)

Muah-muah!

++Blueberry Cheesecake++


Tempahan blueberry cheesecake dari meeja. Thanx meeja sebab sudi tempah dengan akak. Maaf ye sebab cheesecake tu kureng gebu sebab guna resepi yang lain. Akan datang ai guna resepi asal ok. reject dah resepi cheesecake baru tu. Huhu.



++Tips Dan Adab Semasa Open Haus++


Merancang untuk mengadakan rumah terbuka atau menghadiri rumah terbuka? Nah boleh ikut tips kat bawah ni.....

++ Tuan Rumah++

++ Bagi yang bekerja, seeloknya ambillah cuti untuk menguruskan rumah terbuka kamoo tu. Kalau cuti dah abes, jangan pulak kamoo ponteng semata-mata nak buat rumah terbuka. nanti kantoi, kamoo jugak yang susah.

++ Sediakan bahan-bahan serta buat persiapan lebih awal. Takut nanti tetamu dah berduyon tiba, kamoo masih lagi berkemban sambil memasak. Erk.

++ Buat anggaran jumlah tetamu yang kamoo jemput atau yang nak datang tanpa diundang. Kalau terkurang, boleh jugak nak ditambah. kalau berlebih? Tak ke membazir namanya? Lainlah kalau kamoo memang dah bajet nak bagi sebungkus sorang lepas tu. Tu xpe.

++ Carilah orang yang boleh membantu kamoo untuk menguruskan rumah terbuka kamoo tu. Contohnya, adik beradik... mak ke... mak mentua ke... sepupu sepapat ke... jenjiran ke.... Kalau susah-susah sangat, korang tempah je makanan and khemah. Tak payah nak susah-susah (bagi yang berkemampuanlah kan...)

++ Layan tetamu kamoo yang datang tu sama rata. janganlah kamoo asik dok menyembang dengan kawan baik kamoo sampai kamoo lupa ada tetamu lain yang hadir sama dalam majlis tu. Tak baik tau...
Kalau ada orang yang kamoo x berkenan dalam majlis tu atau orang yang kamoo taknak jemput pun tetiba ada sama, sekurang-kurangnya maniskanlah muka di hadapannya walaupun tak bercakap sepatah haram.

++ Nak jadi tuan rumah yang baik bukan senang... Bukan semua orang puashati dengan layanan kita. Mungkin jugak ada yang terkurang sini sana tapi kamoo kan boleh belajar dari kesilapan. Kalau kamoo rasa kamoo dah buat sebaik mungkin tapi masih jugak ada sore-sore sumbangseh yang mengata rumah terbuka kamoo tak best, biarkan saja. Yang penting kamoo dah berusaha.

++ Tetamu++

++ Hormatlah tuan rumah dan tetamu-tetamu yang lain. janganlah kamoo terlolong-lolong menjerit nama tuan rumah tu sampai dia naik segan. Kesian dia... Tak pasal-pasal popular 1 taman tapi kalau dia memang jenis yang giler glamor takpelah. tsk.

++ Pakailah pakaian yang sopan dan tak menjolok bijik mata. Taulah masih dalam mood raya kan... tapi janganlah disebabkan kamoo sorang, yang lain tak lalu nak makan. Asik dok memandang betis kamoo yang macam kulit teloor tu. Kalau macam kulit teloor xpe lagi... ni yang berkudis berkurap pun ada hati nak menayang betis. Huhu...

++ Bersapalah dengan tetamu-tetamu yang hadir. kalaupun tak semua yang kamoo kenal ataupun kamoo takut semua orang pengsan dengan bau mulot korang yang macam bau longkang tu, sekurang-kurangnya lemparkanlah senyuman kamoo yang paling manis tu pada mereka. Tak salah kan? Yang salah tu bila ada anak dara senyum kat laki korang lepas tu pandang budak tu macam nak telan.

++ Makan dengan bersopan. jangan jadi macam budak sekolah rendah. berebut-rebut bila nak ambik makanan. malulah sikit oiiii! lagi satu, jangan nak memandai komplain makanan kat rumah tu atau membanding-bandingkan makanan tu dengan rumah yang sebelumnya. Kesian tuan rumah yang penat-penat masak or sediakan.

++ Bila datang ke rumah terbuka ni jagalah sikit kelakuan tu... Jangan nak terbelek sini... terbelek sana... Dok serbu bilik orang tu.... Dapor orang tu... Konon nak melawat-lawat... Ape, ingat kamoo tu QC? Pada yang bawak anak-anak tu jugak kenalah tengok-tengok sikit kelakuan anak-anak kamoo tu. Jangan sampai lepaslaku dan merosakkan barang-barang tuan rumah pulak. Tak pasal-pasal kamoo yang kena ganti nanti. Kalau harga singgit dua ringgit takpelah jugak. kalau beriban-riban? Tak ke haru?Huhu... Nanti tak pasal- pasal kamoo dicop mak bapak yang tak pandai nak ajar anak. Tak gitu?

++ Kalau boleh pegi rumah terbuka ni janganlah terlalu lama sangat. Agak-agaklah kan? takkan nak tunggu sampai ayam berkokok baru reti nak balik kot? Tuan rumah pun nak berehat jugak lepas seharian penat melayan tetamu. Bagi yang bawak anak-anak terutamanya yang nakal lagilah kena cepat balik. Takut tengah sedap melepak anak pulak melalak satu rumah tak tenteram nanti. Sapa yang malu???? Kamoo jugak kan?

So kesimpulannya, jagalah diri kamoo semasa kat rumah terbuka nanti ye. Salam Aidlfitri...:-)

Muah muah!

Rumah Terbuka?

Topik hangat hari ni.... Rumah Terbuka?


Sana sini tengah berlawan-lawan buat rumah terbuka atau bahasa bandarnya, Open haus da... Bahang raya masih terasa kot walaupun dah dekat nak ujung-ujung ni. Aku sendiri pun ada 2-3 jemputan nanti ni tapi untuk hari ni punya mungkin tak dapat nak pegilah sebab aku ada tempahan cheesecake petang ni.

Esok dan lusa pulak kat rumah pak sedara-pak sedara belah hasben tapi macam biasalah pegi lambat sikit sebab incik hasben ni kejenye sampai pukul 7. Hari ahad taktau lagi macam mana.

Ni korang, korang pernah tak atau selalu tak paksa kengkawan opis korang tu buat open haus ni? Ataupun kengkawan korang berlumba-lumba nak buat open haus yang kadang-kadang jatuh pada hari yang sama? Pernah x? Mesti selalu kan? kan?

Ha! Tulah yang aku nak story sikit ni.... Bukan apa, pagi ni kat radio... kat tv.... asiklah citer pasal konsep open haus ni yang makin menghakis semangat bertandang raya dari rumah ke rumah. Kalau dulu tak buat open haus pun boleh terus datang beraya, tapi sekarang.... Kalau orang tu buat open haus baru boleh datang rumah dia. Kalau x, sendiri mau ingatlah... Huhu. Silap-silap boleh kena halau balik. isk3x.


Bagi aku pulak, tak kisahla aku buat open haus ke tidak, kedatangan korang tetap dialu-alukan. Cuma kalau aku buat open haus tu speciallah sikit menunya kan.... Kalau datang hari biasa-biasa, kalau yang tinggal kat rumah tu kueh raye je, kueh raye jelah yang aku jamukan. kalau aku tengah makan nasik, same-samelah kita jamah sorang sikit nasik tu. Kalau sanggup nak tunggu, bolehla aku masakkan pape yang patut.

Agaknya itulah jugak sebabnya, orang lebih prefer tunggu open haus daripada datang saja-saja. Selain kononnya tak nak menyusahkan tuan rumah masak macam-macam juadah hanya untuk korang padahal tuan rumah cadang nak bagi makan kueh raya je dan tuan rumah yang terpaksa mengemas rumah bagai nak rak sebab takut korang komplain rumah dia macam tongkang pecah (bunyi macam rumah aku je tu...hihi)

Kesimpulannya, Kalau ada orang nak datang raya tu terimalah seadanya kecuali korang ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Mana tau tetamu tu bawak rezeki? Dan sebagai tetamu pulak, janganlah dok paksa-paksa tuan rumah nak adakan open haus ni. Mana tau tahun ni dia x berkemampuan nak buat. Tahun depan kan ada lagi? Betul x?

Muah muah!

++Aku Suka Dia Suka Aku++

Aku suka cheesecake.

Dia suka chocolatecake.

Aku suka tengok cerita melayu.
Dia suka layan channel sukan.

Aku suka makan pedas.

Dia tak boleh tahan pedas.

Aku suka lepak dengan dia kat rumah.

Dia pulak suka ajak aku keluar jalan-jalan keluar rumah.

Aku tak pandai jaga kereta.

Dia pandai jaga kereta.

Dia suka kemas rumah.

Aku suka sepah rumah.

Dia suka warna pink.

Aku suka warna U.N.G.U.

Walau apa pun yang kami suka yang mana kadang-kadang banyak yang tak serupa, kami tetap bersama.
:-)
Susah senang.
Suka duka.
Tangis tawa.

Muah muah!



Thursday, September 23, 2010

Dia Memang Macam tu @ Aku yang tak pandai Pujuk?

Wah panjang giler tajuk karangan aku ni kan! Sila jangan tiru karangan saya ini ketika anda sedang menghadapi peperiksaan nanti ye. Takut nanti pemeriksa tu taktau nak bagi markah bape. Tsk.

Pernah tak korang alami situasi macam ni? Contohnya ye, entah kenapa pasangan korang tu moody tiba-tiba macam orang datang bulan atau merajuk tiba-tiba ke ataupun tiba-tiba je angin dia datang macam tsunami? Pernah x?



Mesti pernah kan? kan? So ape yang korang akan buat eh? Adakah...

A. Pujuklah.... Apalagi.
B. Biarkan aje... Dah tua-tua pun nak merajuk. Menyampah!
C. Biar dululah.... Bagi dia cool sikit dulu.... Pastu barulah pujuk kan...
D. Tanya terus apa masalah dia. Kalau dia taknak cakap, paksa jugak sampai dia bagitau apa yang tak kena.

So yang mana satu pilihan korang?

Jawapan aku... Mula-mula aku akan tanya dulu apa masalah dia. Kalau dia taknak jugak cakap, aku paksa jugak sampai dia bagitau apa yang tak kena sampai buat muncung 14 tu. Lepas dia dah boleh cerita apa masalah dia yang sebenarnya, aku biarkan dia dulu. Bukan tak alert dengan masalah dia, cuma aku nak bagi dia cool sikit je dulu. Kalau aku nasihatkan pun masa tu tak jalan... Yelah, orang tengah marah @ merajuk kan.... Mana nak makan saman! Eh makan nasihat. Sampai dia dah nampak ok sikit, barulah pujuk or bagi nasihat.... Bincang elok-elok.... jangan terus serbu je. Nanti tak pasal-pasal ko pulak yang kena sembur nanti. Tak ke naya? Kalau dah buat semua tu tak jugak ok, aku biarkan je. Dah tua-tua pun nak merajuk lagi! @ asik nak panas baran je.... Panas baran dia tau, panas baran aku dia tak tau lagi! Menyampah! Huhuhu....

Amacam taktik aku? Ok tak?

Jawapan A, C, dan D tu boleh amalkan tapi yang B tu jangan. Nanti kot gunung berapi bertukar menjadi tsunami plak nanti. huhu.

Muah-Muah.

++Talipon yang salah ke?++


Mak aku selalu merungut. Incik suami selalu merajuk. Sebab? Aku selalu tak angkat talipon! huhu....

Kenyataannya....

Macam mana nak angkat talipon...

++ Bila dieorang talipon aku tengah ada customer kat kaunter. Kang tak pasal-pasal aku kena fire kat kaunter tu karang.

++ Bila dieorang talipon, aku tengah makan kat pantry.( dulu rajin bawak hp merata-rata tapi sejak dah kawen ni maleh ya amat. Sebab? Takdo kredit lhorrr! Nak men mesej camno?)

++ Bila dieorang talipon, aku tengah drive. Hangin je! Kalau kena saman karang sape yang susah? Akak jugakkk.... RM3oo too boleh beli macam-macam ok! Yeke RM3oo? Huhu.

++ Bila dieorang talipon, aku tengah menabung kat dalam toilet. Kantoilah nanti dah berapa banyak yang aku simpan kat dalam tu. Erk!

++ Bila dieorang talipon, hp aku tinggal kat dalam keta. Dushhhh! Tapi perhatian ye pak perampoks semua, hp ai cuma 33 sekupang je okeh! Tak berbaloi korang nak rampoks pun! Huhu. Sisih malaikat 44.


Itulah dia sebab-sebab utama kenapa aku selalu tak angkat talipon lepas berpuluh-puluh kali menery. Sampai dieorang nek hangin dengan aku.

Tapi dieorang tak tau.....

Kadang-kadang aku tak angkat talipon pun sebab....

++ Aku tengah leka menjoyah dengan mak-mak budak kat opis ni. Kalau tak pun, aku tengah leka tengok katalog avonla.... lenola... coswayla... dll. (p/s: waktu-waktu terluang ok!Hehe...) Sendiri mau ingatla ye confes kat sini habis semua dok baca ni. Lantak....

++ Aku tengah sedap membuta sampai tak hengat donia...

++ Aku ingatkan yang talipon tu nak kutip utang! Utang keta... Utang motor... Utang-utang...

Heh! tu jelah kot. Kalau rasa-rasa macam ada je lagi reason tu silalah tambah sendiri ye. Buat incik suami yang sedang baca blog sayang ni sayang nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin ye. Ampooonkan sayang sekali lagi ye raya ni......Huuhuuuu.

Muah muah!

++Kerabu Mangga Ala-Ala TCR++


Kerabu mangga kegemaran mak aku. Kebetulan hari tu masa beraya kat rumah sedara kiteorang, mak nampak mangga muda elok je bergayut-gayutan. Apalagi, terus dia teringat aku selalu buat kerabu mangga. Motif cerita ni? Aku yakni anak dia memang pandai buat kerabu mangga daripada anak-anak dia yang lain. haha!

Bila mak dah mintak aku buatkan, haruslah aku tidak menolaknya kan? Kalau sang suami yang mintak aku buatkan lagilah wajib kan!wink! wink! (p/s: ada makna tu abi...kikkikkik)

++Percubaan Pertama++


Ini percubaan yang pertama aku guna resepi cheesecake yang baru. Rasanya boleh tahan sedap jugak cuma... disebabkan aku tak menyempat-nyempat nak keluarkan dia dari oben, habes kepet kek aku tu. Kebetulan masa tu dah pukul 7, masa untuk jemput incik suami kat tempat keje. Hangin je die. hehe. Ampon ye abi sayang.

Aku ceduk resepinya dari blog table for 2.... apetah. Nampak dia buat gebu giler. Tu yang keliur je tu. Ngidam ko apo? Huhu.

Esok nak buat untuk Meeja pulak. Dia tempah blueberry cheesecake untuk makan-makan sempena akak dia balik raya. Eh Meeja? hehe. Tunggu esok ye....:-)

Muah muah!

++CupCake Qaseh++


Cupcake ni aku buat sempena birthday anak sedara aku, Syahirah Afrina yang ke 13 tahun kot tapi ada orang ingat aku buat tu untuk saja makan-makan je sampai kecik-kecik ati dengan aku pastu. Huahuahua. Pastu tetiap hari dok perli-perli aku. Eh bukan tetiap ari tapi selalu jugaklah terutamanya bila aku sibok dok buat kek orang lain. Hehe.

InsyaAllah malam ni atau esok bolehla buat kot tapi tak janji sebab takot nanti aku mungkir janji lagi. Hehe.

Muah Muah! 


++Ini Baru Betul-betul Ungu++


Tak cukup ungu lagi???? Tunggu! Aku nak pakai serba ungu lepas ni. Pastu amik gambar tepek kat sini. Haha.

Monday, September 20, 2010

Tah Pape Tah.

Gambar-gambar ni aku cedok dari google. Saja nak rileks-rilekskan minda petang-petang cenggini. Enjoy!







sumber : google.

sayasangatmalasnakupdateblog.com

Aku tak taula dari mana datangnya penyakit malas nak update blog ni. Makin hari makin malas. Otak rase langsung beku macam iceberg. Adohai...

Tapi yang pastinya sebab-sebab utama aku malas nak update adalah kerana :

1. Aku dah tukar handphone dengan incik suami. Handphone yang aku pakai sekarang ni leceh sikit nak ambik gambar ni. Tu yang bila time nak update je macam malas sebab xdok gambar nak uploadkan. Nak beli hp baru tapi belum ader jeki da... huhu.

2. Ada berokband tapi line kat rumah aku macam hampeh. Nak pasang streamyx tapi xde tiang talipon pulak. Macam mana?

3. Card Reader aku hilang. Aku tak pasti kat mana aku sumbatkan benda alah tu. Rasa macam ada orang pinjam tapi xder pulak yang nak mengaku. Macam mana tu? Takkan nak tuduh sorang-sorang pulak kan? Tengok-tengok nanti ada kat dalam beg aku. Huahuahua. Dah biasa terjadi tu.

4. Memory card aku xdok. Masih ada kat makcik shiera sebab hari tu dia tolong ambikkan gambar kahwen aku pakai memory card aku tu. Kena tunggu aku datang beraya rumah dialah baru amik.

5. Aku malas nak syok sendiri amik gambar gediks kiteorang upload kat blog sebab aku rasa sekarang aku sangat gemoks. haha.

6. Incik suami sangat cibok dengan kerja. Kerja dia 6 hari seminggu. Hujung minggu selalunya xde buat pape pun. So x dapatla nak update. Zaman muda-muda dulu je rajin pegi berjalan. (p/s: dah lama x pegi Melaka kan abi.....)

7. Takdok citer menarik yang nak aku coretkan.

8. Aku dah tak pandai nak mengarang cerita.

9. Aku rasa xda orang nak baca blog aku.

10. Pendek kata aku memang sangat malas nak update blog aku ni dah! Nak delete boleh? Huhu.


Saturday, September 18, 2010

yummy-yummy.

Hari tu masa balik raya kat kampung Rembau, tiba-tiba incik suami teragak nak makan coklat cheesecake kat secret resepi. Terus singgah kat Giant Tampin. Hehe....



Aku pulak teragak nak makan semua kek kat situ. Boleh???? Haha...

Nasib baik masa tu nak pegi beraya, kalau tidak kiteorang nak lepak je kat situ. Dapat gak nak manja-manja. Haha...


Apalagai.... bungkus bawak baliklaaaaaa.....

Tapi kan.... memandangkan malam tu jugak kiteorang balik ke Kuala Paya, masa sampai tu aku terlupa nak keluarkan kat dalam kereta saki baki kek tu. Apa lagi..... merosaklah kek tu sudahnya....... Hmmmm..... Rugi RM3.oo........ (Harga 1 slice -RM6.8o)

Konon-konon taknak dieorang habiskanlah..... Sudahnya terbuang gitu je.... Huhu.... Bak kata mak aku, orang tamak haloba selalu rugi. Huhuhuhu.......



Wednesday, September 15, 2010

Raya kedua.

Nak cerita pasal raya lagi. Biar korang muntah darah baca blog aku ni. Haha.

Raya kedua aku kat Kuala Paya sebab awal-awal lagi dah goda incik suami raya pertama mesti kat pb. Bujet sebab mak aku sorang je kat rumah kan. Alih-alih tengok akak aku balik. Okler. So raya kedua giliran belah incik suamila pulak kan. Nasib baik dua-dua kampung tak jauh.... Kalau tidak alamatnya dua-dua muncung sedepa tak dapat beraya kat kampung masing-masing kan!

Dipendekkan cerita, pagi tu dah jadi kemestian kot kat kampung incik suami ni pergi ke kubur beramai-ramai.


Family kiteorang je dah penuh keliling kubur tu. Sampai menumpang duduk kat depan kubur orang lain pun ada. Bab terlangkah kubur orang lain jangan ceritalah. Yelah dah bersesak macam tu kan.

Rasa macam kenduri pun ada gak aku rasa. Siap dapat bekal air, kerepek and surah yasin sekali tu. Mulot jahat aku ringan je nak cakap,

" dah macam kat kubur cina pun ada dah aku rasa....."

Huhu.... mana taknya, Sekali datang beramai-ramai.... pastu siap bagi serbinia bagai.... Ayyokkk! Dah tu datang bukan reti mulot tu nak dok diam. Macam kat pasar pun ada. Yang ambik gambar pun ada (p/s : termasuklah aku...hehe). Yelah, inilah 1st time aku tengok suasana macam tu. Meriah kat kubur tu. Aku rasa yang kat bawah tu sama riang ria sekali kot tengok suasana tu.


1st time aku melawat kubur arwah atok incik suami..... Perasaan? Gementar.......


Lepas pegi kubur, kiteorang lepak kat rumah sampai petang. Tak tau nak pegi mana. Aku mulalah letih je... tapi makan tak hengat. Hehe.

Petang tu barulah mentua aku ajak pegi rumah sedara kat Pemanis. lama gak lepak kat situ. Sampai aku dengan incik suami dah boring, kiteorang dating kat luar rumah tu pulak. Sedar-sedar je dieorang dah ajak balik.

Malam tak ada agenda. Duduk lepak-lepak je. Esoknya lepas bekfast terus balik rumah sebab dieorang nak datang serbu rumah kiteorang pulak nanti. Cabuutttttt........

p/s : teringat arwah ayah...... Bilalah nak jenguk kubur arwah agaknya.......:-(

Tuesday, September 14, 2010

cupcake raya


tempahan cupcake dari ikhma sempena hari raya. Sori ye sebab tak sempat nak buat banyak perisa. :-) nanti akak buat yang lain untuk along ye. :-)
Thanx ye along...:-)

Happy Raya Day!

Selamat hari raya kawan-kawan!!!!

Banyak dapat duit raya......... anak? haha! Kira duit raya anak jelah kerja korang ni ye. Yang belom ada anak tolong kirakan duit adik beradik pulak ye. Aku pun kira duit raya jugak tapi duit raye yang nak bagi kat orang..... huhu. xpe korang jangan risau, stok duit syiling banyak dalam tabung botol nenen aku tu. Haha.

Kisah hari raya? Biasa je. :-) kecuali kisah jiran aku yang meninggal pada malam 1 hari raya ari tu padahal masa aku beraya kat rumah arwah pagi tu dia nampak ok lagi cuma memang kurang sihatla. Siap salam-salam lagi. Alih-alih malamnya meninggal. Kata mak, arwah ni memang banyak penyakit. Hari tu pun dia baru pas kuar hospital sebab penyakit kencing manis. Al fatihah.

Actually pagi tu kiteorang nak pegi melawat kawan anak sedara aku yang baru dapat baby. Hye budak zaman sekarang ni lagi pantas dari aku. huhu.



Nilah baby die..... Mohd akhil...... apetah name die. panjang bebeno. Sempat gaklah merasa pegang and pangku baby ni. Incik suami pun tak terkecuali. Ambik berkat bak kata mak. hehe.

Sebenarnya pagi raya tu baru kiteorang balik rumah mak aku walaupun sebenarnya aku janji nak balik malamnya. Nasib baiklah rumah dekat je so takderla ralat sangat. Lagipun kalau balik malam tu confirm kena kerah tenaga punyalah! Baik lepak kat rumah je layan mata... hehe. 



Kesimpulannya, raya pertama........ biasa saja.


Lepas sembahyang raya, kiteorang dok melepak je kat rumah sambil makan-makan and layan facebook. Lepas tu tengok baby and beraya rumah jenjiran. Lepas tu lepak lagi makan-makan. Tido. Makan lagi. pastu dah nak malam baru balik kampung mak aku kat rembau. Pastu dieorang balik pb, aku and hubby pulak terus balik kuala Paya. raya kat sana pulak. Adeiiii penat de......

Thursday, September 2, 2010

shopping time.

31 Ogos lepas mak mentua aku ajak pegi Segamat sebab anak dara dia nak beli lappy. - actually kiteorang pun memang nak hikut sekali. hehe. Saja nak sebok. Sambil-sambil tu aku nak survey barang-barang rumah sekali. Aku ingat nak amik mesin basuh dengan peti ais tapi incik suami nak amik tv jugak. Isy mana boleh tamak-tamak kan?! Kalau nak jugak amik tiga2 barang tu nanti takut terover bajetla pulak. So nak amik ati hubby punya pasal, so aku pun bersetujulah untuk amik peti ais dengan tv jerk. Mesin basuh laterla ye. Tapi semua tu bukanlah nak ambik sekarang pun coz sekarang kan dah dekat nak raye, banyak hutang nak kena settlekan dulu hokeh!

So Lepas settle pasal lappy anak dara tu terus je kiteorang pegi jenjalan sekitar kawasan shooping. Macam biasalah, orang mula berpusu-pusu sebab kat situ jugak ada dibuat bazar ramadhan. Survey2 jugak baju melayu hubby tapi xder yang die berkenan. Aku sendiri pun tak berkenan eh. Tapi takper, banyak masa lagi. InsyaAllah minggu depan ni dapat duit bantuan RM 5oo tu boleh jugaklah buat beli baju raya lagi nanti. Huhu...

Antara barang yang sempat aku beli ritu adalah...


ni senang nak gantung spender..hehe.

Actually banyak lagi yang aku beli tapi malas nak tepek kat sini. Ala kat rumah korang pun aderla benda-benda tu cuma aku je jakun sikit sebab dok rumah baru kan.... Ngeeeee.... So sume benda nak kena beli baru. Nasib baiklah sekarang ni belom ada baby lagi so tak banyaklah barang nak kena beli. InsyaAllah kalau ada baby pulak nanti pun rezeki melimpah ruah lagi. Amin.

Tapi buat masa ni nak ajak orang datang raya kat rumah aku segan sebab kiteorang xde meja makan lagi. hehe. Pinggan mangkuk pun tak cukup sifat lagi neh.

selesai shopping kiteorang terus balik. Then dalam perjalanan kiteorang singgah kat bazar ramadhan taman yayasan. Best jugaklah. Kiteorang cadang nak berbuka kat rumah Londah je coz dah dekat seminggu duduk situ belum pernah sekali pun kiteorang berbuka kat situ. So aku pun bajetla beli ayam panggang segala. Siap beli bekas air batu sekali kat sakan.

Sebelum tu kiteorang beli dapor gas yang kecik tu tau konon2nya nak masak nasik jelah petang tu sebab lauk semua beli je. Tambah pulak mak mentua aku bekalkan extra ayam panggang. Lepas tu punyalah excited kiteorang pun pegilah kedai nak beli gas.Sekali rege die Rm 76.oo ko! Terkedu aku kejap. Terlupa pulak aku yang kalau nak beli gas tu kenala ada tong gasnya. Kalau beli gitu je memangla mahal. Huhu...
Punyalah excited nak memasak langsung semua lupa. Hubby senyap aku pun senyap. Huhu. Terus suggest nak pow tong gas mak aku nanti. hehe. Buat sementara ni aku terpaksalah guna dapor elektrik aku tu dulu. Tu je yang mampu. Huhu.

Sudahnya malam tu kiteorang beli je nasi.

Rasa nak marah pun ada masa tu tapi bila pikir-pikir balik kelakar pulak. Tulah, masa duk umah mak tak pernah amik peduli bab-bab cenggini. Dah kawen ni ha! Hambik ko! Nasib baiklah aku ni dalam kategori 'bolehla jugak masak' kan. Haha. Nantilah aku dah ada tong gas dengan peti ais nanti! Tiap-tiap hari aku update pasal makan jork. Ha bagi korang terliur.

Petang ni nak berbuka kat rumah mak ai pulak sambil membasuh baju sebab kain baju dah selonggok kat depan toilet tu. Mana taknya, semalam elok-elok dah idai balik tu tengok dah berterabor je kat lantai diterbangkan angin. Huhu. Habis baju tidur yang seksi baru beli tu. Wakaka. - statement maut de.

++Jom Kita Tukar Link!++