My Nuffy

Tuesday, October 26, 2010

kenangan

gambar hubby KU mase sekolah dulu

Monday, October 25, 2010

Kata Abi....

Ada orang cakap hidup tu satu perjudian...

Shakespears cakap hidup tu satu lakonan...

Ada pulak cakap hidup tu macam roda...

Habis tu kehidupan tu ape? Semua terdiam.... 

Abi cakap hidup tu bukan satu perjudian.... Hidup tak seharusnya kita perjudikan.... Dalam mana-mana agama sekalipun tak pernah menghalalkan perjudian kata abi... Apatah lagi hidup kita... lalu kehidupan itu apa abi?

Hidup itu jugak bukanlah satu lakonan... Hidup ini juga bukan satu pementasan drama... Kata abi tak semestinya yang berlakon jadi baik itu baik... Tak semestinya jugak yang berlakon jadi jahat tu jahat... Habis tu kehidupan tu ape abi?

Abi senyum..... Abi cakap lagi hidup kita ini bukan seperti roda.... Yang sekejap di atas... sekejap di bawah... sekejap pulak di tepi.... Kalau macam tu gayanya... bila kita nak cemerlang?

Abi diam lagi... Abi renung wajah kami seorang demi seorang... Abi senyum lagi...Lalu abi pun berkata...

KEHIDUPAN ialah PEPERIKSAAN...

"OUR LIFE IS AN EXAMINATION"

Apa maksud abi? Kami tak faham.... Abi kata lagi....

Ada orang cakap hidup ini seperti satu ujian... Abi tak setuju.... Kata abi... Ujian kita boleh ambik berkali-kali tapi peperiksaan cuma sekali... begitulah hidup kita kata abi...

Lantas siapa pembuat soalannya?

Kata abi.... pembuat soalan peperiksaan dalam hidup kita adalah tuhan.

Siapa pula yang akan menjawabnya?

Kata abi... Kita... manusia di muka bumi ini.

Apa kelayakanya untuk mengambil peperiksaan ini?


Kata abi... Syaratnya cukup ringkas... Yang penting die mestilah akhil baligh yakni sudah cukup umur... Berakal yakni waras pemikirannya... dan yang akhir sekali tidak dipaksa.

Lantas apa pula bentuk soalannya?

Abi kata... cuma ada 2 bentuk soalan... Yang wajib & pilihan... Contoh soalan yang wajib adalah anggota tubuh badan kita... bagaimana kita menjaganya... bagaimana kita menggunakannya... 

apa pula bentuk jawapannya?

Abi kata.... bentuk jawapan juga cuma ada dua... Sama ada betul atau salah... Pilihan pada diri kita sendiri...

Apa pula panduan untuk menjawab soalan ini?

Kata abi... Mudah saja.... berpeganglah pada agama yang benar... Insyaallah... Segalanya akan jadi mudah.

Di manakah tempat dan masanya?

Kata abi... tempat kita menjawab segala persoalan ini adalah di dunia ini...

Lalu bagaimana pulak dengan keputusannya?

Kata abi... Sama ada lulus atau gagal...

Maka kata abi... manfaatkanlah hidup kita ini sebaik-baiknya... Bagi yang sihat jagalah kesihatan diri... Pergunakanlah setiap anggota badan kita demi untuk kebaikan.... InsyaAllah kita akan lulus dalam peperiksaan ini...

Wallahualam...

Pesanan dari Abi Asyraf ~ penceramah bebas kursus Induksi siri 5/2010.

100+ hilangkan mual?


Betul ke ni? 100+ boleh hilangkan mual? Hehe...

KU pun mula-mula tak percaya jugak bila dapat petua ni tapi nak cuba punya pasal, mase pegi pasaraya hari tu KU pun belilah 2 botol kecik 100+ ni. Satu perisa biasa... satu lagi perisa lemon lime.

Caranya... Bukak  sikit penutup botol tu dan biarkan semalaman sampai gasnya hilang. Lepas tu baru minum. Insyaallah rase mual tu akan berkurangan. Kalau tak berkurang jugak, silalah berjumpa doktor ye. Apa yang KU kongsikan kat sini cumalah untuk sementara saja. Mungkin ada yang serasi mungkin ada yang tidak.

Kalau nak lagi sedap, boleh letak dalam ice cube dan letak dalam peti ais. Bila dah keras, bolehla dikumam.

Ada petua yang lebih baik? :-)

Sunday, October 24, 2010

Petua Hilangkan Loya Semasa Mengandung

Orang kata 3 bulan pertama mengandung memang tak boleh nak elak morning sickness ni. KU pun same... Cuma KU kire beruntung sikit sebab buat mase ni KU takderla termuntah belahak macam sesetangah orang. KU cuma ada rase macam perut kosong and loya je tapi tak kuarkan pape pun. Mungkin sebab KU ni dah kurang makan kot.

So hari tu KU cubalah godek-godek kat Google pasal nak hilangkan loya ni. Macam-macam petua jugaklah yang KU terjumpa tapi ada 2 petua je yang KU sempat cuba dan tengah cuba pun sekarang ni. Salah satunya adalah dengan makan madu. Tak percaya?


KU dah cuba dah... Alhamdulillah lepas 2x KU amalkan, loya KU dah pun berkurangan. Badan KU pun dah bertenaga sikit. Caranya senang saja... ambil sesudu madu lebah. Kalau boleh gunakan sudu plastik. Sebelum makan madu tu bacalah bismillah dan selawat 3x. Jangan lupa niat sekali dalam hati supaya loya tu hilang. Insyaallah.

Cubalah! :-)

“..kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” [Surah An-Nahl, ayat : 69]

Bila Suami Merungut...

Ape ke he suami merungut? Tanggungjawab bela anak-anak tu tanggungjawab isteri sajakah? Habis tu tugas suami apa? Kasi benih saja?Patutla ramai anak terbiar kat luar sana kan!Hmmm.... KU bengang bukan apa... Hari ni KU jumpa dengan orang yang buat KU panas hati saja. Sudah tentulah dia seorang lelaki... Dah tajuknya pun 'bila suami merungut' kan...

Kalau KU nak citer nanti panjang lebar jadinya... Cuma kat sini KU nak share jelah rungutan seorang suami yang baru bergelar bapa dan isterinya terpaksa pegi kursus 2 minggu tak boleh balik maka anaknya meragam! Fuhhhh...... semput KU dibuatnya...

Oklah... bab tu KU fahamlah sebab maybe die belum ada pengalaman kan! Oklah dimaafkan... Tapi!!!! Yang KU tak boleh blah bila die cakap yang die lebih suka lepak kat rumah daripada bersusah payah hantar anak die yang rindukan mamanya barangkali...

Tambah lagi die boleh ajak hubby KU lepak dengan die.... cuci mata! Depan KU plak tu!!!! Isteri mana yang tak hangin??????! Kalau ikutkan hati KU yang panas mase tu nak je KU sumbat mulut die dengan selipar! Bukan sebab die ajak hubby KU pegi cuci mata je.... KU marah sebab isteri die baru je lepas pantang.... Pastu kena berkorban berpisah dengan anak and suami 2 minggu untuk jaminan mase depan.... Laki die boleh cakap macam tu????

Apa jenis suami macam tu?

Sila jawab wahai lelaki....

Saturday, October 23, 2010

Pantang Larang Orang Mengandung


Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:
  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.
Sekian.

Sumber :
http://www.mengandung.com/artikel/index.html

Friday, October 22, 2010

for the rest of my life...... Abi

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife / my husband and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

++Pagi Jumaat Yang Suram++




Thursday, October 21, 2010

Mengidam


Perempuan hamil dengan mengidam memang tak dapat nak dipisahkan kan! Belum pernah lagi KU dengar perempuan hamil tak mengidam apa-apa. Kalau ada alangkah bertuahnya si suami... Tak payah nak pening-pening kepala memikirkan permintaan si isteri yang tengah mengandung. Tambahan pulak kalau permintaan tu mengarut-ngarut je. Mintak-mintak KU taklah macam tu... Nanti kesian hubby KU kena redah hutan banat nak mencari idaman KU nanti.Hehe...

Setakat ni alhamdulillahla KU tak mintak macam-macam. Yeke? Hehe... Cume hari tu KU teringin sangat nak makan cucur udang made by my hubby. Puas gaklah hubby KU kena bebel dengan mak mentua KU sebab buat tak betul. KU rileks je tunggu depan meja makan.~lalala~

Mula-mula dulu ada jugak KU teringin sangat nak makan mangga muda cicah dengan garam. Alamak sekarang ni pun dah terliur balik dah ni...Huhu...

Pelik ke? Bagi KU biase je sebab dari semenjak KU sekolah lagi KU memang suka makan mangga muda dengan garam. Ingatkan bila dah preggy ni takdelah nak benda yang same... Tak jugak....Hehe.

Nasib baiklah gigi KU ni ngilu kalau makan mangga berlebihan... kalau tak confirmla habis 5-6 bijik mangga muda yang comey-comey kat rumah cikLi tu.

Pastu KU teringin sangat nak makan laksa buatan sendiri (bukan KU masak ye...) oleh kawan-kawan KU kat opis tapi takder sorang pun yang pandai buat. Hehe... Bila tak dapat mulalah merajuk.... Nasib baiklah si meeja yang tempah cheesecake dengan KU hari tu sudi nak tolong suruh mak die buatkan. Hehe...

Dah tu makan sikit je pulak tu.... Yelah, bila KU mintak mase tu.. mase tu jugak KU nak. Kalau dah lame xdelah KU nak makan de...Hehe... Mengade-ngade je KU ni kan!

Sebelum tu KU usha member sebelah KU buatkan sup sebab selera KU lebih pada yang berkuah tapi macam biasalah, makan sikit je.

Faktor utama KU jadi macam tu mungkin jugak disebabkan orang yang berselera makan tak teman KU makan! Ahak3x.

Selalunya KU berselera nak makan kalau tengok Kak JUne makan. Sampai kadang-kadang makanan die pun KU bedal jugak tapi kalau tengok kak Earna yang preggy makan pun xde rase pape sebab dia pun sekarang tak kuat makan. So kalau nak tengok KU makan banyak, sila temankan KU makan lepas ni and sila makan dengan bernafsu ye. Hehe....

Wassalam.

Wednesday, October 20, 2010

Petua Supaya Isteri Sentiasa Dara?


ehsan dari encik google
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

sumber : Facebook

Tuesday, October 19, 2010

Rezeki dari Allah


Alhamdulillah dengan izin dariNya... KU dan hubby dapat berita gembira ni minggu lepas.

Speechless.
.
.
.
.
Alhamdulillah..... Syukur Ya Allah...

Monday, October 18, 2010

Fasa Kehamilan 1


" Allah SWT menerangkan di dalam kitab suci Al Quran, proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :

Peringkat pertama ialah nutfah iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan setelah bercampurnya air mani. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-insan : 2 yang bermaksud :

 "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitik air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"

Peringkat kedua adalah alaqah iaitu peringkat minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

Peringkat ketiga adalah mudghah yang berlaku pada minggu keempat kehamilan.

Peringkat keempat pula ialah izam dan lahm iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh di mana tulang belulang dibentuk. Seterusnya otot-otot pula akan membungkus rangka tersebut.

Pada peringkat kelima iaitu nasy'ah khalqan akhar pula, perubahan telah memasuki ke peringkat janin.

Peringkat seterusnya ialah peringkat keenam iaitu nafkhur-ruh di mana roh ditiupkan ke dalam jasad.


untuk maklumat seterusnya bolehlah layari

http://pakarhowto.com/info-berguna/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-al-quran.html#more-1732

Pesanan Buat Sang Suami

Hari ni KU akan berangkat untuk berkursus selama 2 minggu. KU ikut hubby KU pegi kerja sekali. Petang baru dia hantar pegi tempat kursus tu. Hmmm.....


Entah nape sayu je hati KU ni nak tinggalkan hubby KU tu. Yelah kan... masih lagi dalam fasa honeymoonla katekan tapi nak buat macam mana kan... Kursus ni penting untuk masa depan KU.

Makanya Ku nak tinggalkan sepatah dua pesanan buat hubby KU yang tengah intai KU tulis entry ni... Kuikuikui.

Pertama... Jangan lupa solat dan doakan sayang kat sane ye.

Kedua... Jaga diri baik-baik... bawak kereta / motor tu hati-hati.

Ketiga... Mesti ambik sarapan.... mesti makan tengahari.... Abi selalu lupa... Nanti kena gastrik lagi kan susah.

Keempat... Jangan lupe siram rumput karpet tu..... Nanti die mati..... rugi rm1o.oo Owhhh..

Kelima.... Jangan lupe jenguk mak kat rumah....Sian die....

Keenam... Jangan lupe jemput sayang 26hb nanti tau! Nak balikkkk...... uwaaaaaa......

sob sob.... kesat hingus jap.

So sepanjang ketiadaan KU dalam dunia blogging ni... KU dah sediakan bekal untuk korang semua yang selalu singgah blog KU ni.

Jangan lupa tinggalkan jejak supaya KU boleh datang bertandang ke blog kamoo semua pulak lepas ni ye.

Wassalam...

Sunday, October 17, 2010

Minum Petang Di Seremban


Semalam KU, hubby KU and mak KU pegi ke seremban sebab nak ambik gambar kawen KU dekat sepupu KU. Lama sangat dah... photographer tu kate nak poskan tapi tak jadi pulak. Nasib baiklah photographer tu suami sepupu KU jugak (bukan yang dekat seremban ni).

Janji dengan die nak minum petang... dah dekat maghrib baru kiteorang sampai. Leka dok berFB je suami isteri ni...Hehe...




Malam - rush nak balik sebab ade perlawanan bola kat tv. n9 lawan Perlis. Terpakse singgah kat kedai makan sebab nak tengok. hehe....

Oklah... KU nak chow dulu ye... Nak kemas kain baju untuk esok. Hubby KU ni dari tadi dok mengendeng-ngendeng kat KU ni ha nak balik...hehe.... Daaa....... Jumpe lagi 2 minggu ok!

Saturday, October 16, 2010

Popia Nestum yang mengenyangkan!


Dalam pada KU tak larat ni... sempat jugak KU buat popia nestum untuk KU sekeluarga kudap-kudap mase tengok perlawanan bola sepak antara Selangor dan Kelantan semalam. Senang jugak nak buatnya cuma amik mase sikitla sebab KU xde assistant. Hubby KU kalau dah mengadap bola memang tak hengat.Hehe...

Resipi popia nestum ni KU ambik dari blog Kak Hana @ Hana's Family. Terima kasih Kak Hana sebab share resepi ni. Lepas ni bolehla KU buat bisnes popia nestum pulak raye nanti. Hehe.



p/s : tempahan dibuka sekarang ye. Hehe...

++Owh Macam Ni Rupanye...++



Ehsan dari encik google

Friday, October 15, 2010

++All About Abang Maher Zain++


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

skodeng from : 
http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/insha-allah/

Thursday, October 14, 2010

Wednesday, October 13, 2010

++:-p++

~ asik nak membebel je... kene darah tinggi t taula!~

++Bila Rajin Die Dah Datang...++

Sabtu lepas KU, hubby KU and mentua families tido kat kampung KP lepas kenduri dekat rumah mak long sebab nak celebrate birthday da boy tula... Since dari malam tu lagi KU memang rase tak sihat dah. Melepet je macam lepat pisang. Mase nilah rase macam nak manje-manje je dengan hubby... Hehe.

Pantang die xde depan mate mulala melilau bijik mate mencarik. Pastu kalau dah jumpe tu yang buat muke seposen tu....Hehe.

Ahad tu pun same... tapi dalam pada melepet2 tu pun KU ni asik nak berjalan je kejenye. Tak reti nak dok diam tak buat pape. Tu kalau kat rumah orangla kan...Kalau kat rumah sendiri, konpemla KU dah berenang kat atas katil tu. Hehehe....

Hubby KU nak tanam rumput karpet kat halaman rumah tu... Bersungguh-sungguhla hubby KU ni nak buat itu... nak buat ini... KU on je tapi nak menolong xdela....hehe.

So pagi tu (pagi ape... matahari dak tegak tas pale dah oi!), KU pun mulalah usha-usha hubby KU ni cari nursery dekat-dekat situ. Yelah dari tak buat pape kan... Walaupun KU ni memang tengah pening-pening lalat. Tapi biaselah... Selalu je buat muke tak poas hati ko! Nak buat KU rase bersalahla tu....huhu.

Tapi bila dah sampai kat nursery tu tak hengat....




Kalau boleh sume rumput karpet kat situ nak diborongnya....Kuikuikui.


Dan hasilnya petang tu..... Setelah berhempas pulas mengemas kawasan laman rumah tu..... Tadaaa...


Hubby KU suke-suke je potong rumput karpet tu ikut selera die... Letak pun main suke-suke je... Entah bile mase die nak siram entahla.... Nak nak sekarang dah keje jauh pulak.... KU macam biaselah... kena tunggu hubby KU kat rumah mentua KU dulu baru balik sekali. Dah tu camno?

++Birthday Boy++


10.10.2010 - hari jadi budak ini yang ke 3 tahun kot rasenye. Kecik tapi sangat degil. Die ni sepupu hubby KU. Mama die kate semua orang tak boleh marah die sebab hari tu birthday die tapi KU tak sengaja tertinggi suara kat die sampaikan hubby KU pandang KU semacam je. Pelik kot nape tetibe perangai KU yang cool dengan budak-budak ni boleh garang macam tu... Hehe....

KU bukan sengaja... KU tak berapa sehat hari tu. birthday boy ni pulak asik dok mengendeng kat hubby KU je.... Tu yang jeles tu...Hehe...

Yang penting, KU tetap ingat nak beli present die ok.Kalau nak ikutkan hubby KU, sume yang tak payah die tu... Ingatkan nak buat kek sikit tapi tak baper terlarat. Nasib baik mase member opis KU tempah birthday kek anak die ritu ade lebey so KU bawakla sikit nak jamah-jamah.

Apa pun KU doakan dak kecik ni jadi budak baik dah besar nanti ye. Takmo nakal-nakal lagi dah ye...Hehe.

++10.10.10... seribu makna++

10.10.10... Ada yang bergembira... Ada juga yang berduka... Walaupun dah beberapa hari berlalu tragedi kemalangan ngeri di rembau masih lagi hangat diperkatakan berbanding dengan hari perkahwinan gilang gemilang angkasawan negara kite, Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shah dan pasangannya.

Yang tragis....
Macam-macam spekulasi jugaklah yang KU dengar sejak tragedi tu. Ada yang kate pemandu bas tu bawak lajulah... sebab angin lintangla... nampak benda halusla... Nak mengelak kenderaan lainla... Yang pastinya tragedi ni bukan yang pertama kali berlaku kan?

Apapun takziah KU ucapkan pada keluarga mangsa yang terlibat. Pada Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shah dan pasangannya, KU ucapkan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat. Best kan semua orang sponsor! Tinggal bawak diri je... hehe.

++testing++

~internet weng lagi da...~

Monday, October 11, 2010

++Under construction++

~ x dapat nak update banyak buat mase ni sebab line internet weng ~

Harap maklum.

Saturday, October 9, 2010

++Tempahan CupCake Harijadi++


Tempahan ni KU terima last minute dari member opis KU... Untuk Hari lahir anakandanya Ain yang ke 4 tahun. Lupe katanya... Hehe.

KU tak kisah cume takut bahan-bahan tak cukup je. Lagipun rumah KU belum ada peti ais so x dapat nak simpan bahan-bahan tu lame-lame. Ni pun KU tumpangkan kat rumah mak KU dulu. InsyaAllah bila dah stabil sikit nanti baru KU akan beli peti ais idaman KU tu ye. Buat mase sekarang ni kena bersusah-susah dululah kan...:-)

Anyway thanx to Kak Jun yang sudi tempah lagi cupcake dengan KU ye. KU buat tak cantik mane pun. Budak baru belajarlah katekan... Hehe.






p/s : tak sabar nak join kelas cake plak lepas ni...:-)

++Baju Lutsinar++


++Kalau Dah Berhutang tu bayarla...++

 ~Ini ialah sticky Mode entry~
Kisahnya...

Adalah si polan ni beli barang kat kawan KU ni. Dah lama dah... Sebelum puase lagi kot. KU pun pernah dengar jugak pasal ni tapi KU ingatkan dah selesai dah... Rupenya si polan ni tak bayo-bayo lagi hutangnya tu. Yang tambah sakit hati, die boleh buat selamba macam tak ada pape berlaku je depan kawan KU tu. Kawan KU ni pulak jenis yang malas nak bising-bising so dia buat derk jela... Walaupun KU tahu hati die terkilan jugak tu.

KU pun sebenarnya baru dapat tahu benda ni tak settle lagi... Kalau KU tahu hari tu memang mendapat si polan tu. Bukan KU tak tahu kisah die dulu. Kalau die baca blog KU ni, baik cepat bayar hutang kawan KU tu sebelum KU pecahkan tembelang ko kat semua orang! Jangan ingat KU tak tau dan tak kenal keluarga die. Jangan ingat semua orang diam, die boleh buat shit kat sini!

Banyak cara buruk KU boleh buat kat die tapi KU takkan buat macam tu. Jadi kalau sedar diri... bayar hutang tu cepat. Jangan jadi penipu lagi. Kiteorang dah muak dengarnya. Kawan-kawan KU memang diam tapi KU tetap nak bersuara. Ini kira jalan terakhir nak bagitau die supaya bayar hutang tu cepat. Kalau tidak.... sendiri mau ingatla ye! jangan kate KU tak ingatkan!


++Datuk Nicol Ann David menang lagi++


Tahniah buat Datuk Nicol Ann David yang memenangi 1 lagi emas buat Malaysia. 

Friday, October 8, 2010

++My Hubby's Confession++

Tak sangka betul KU...

Tadi mase KU tengah asyik bubuh losyen Vaseline kat tangan hubby KU, tiba-tiba dia buat 1 confession. Katanya mase KU tertinggal losyen tu kat rumah mentua KU hari tu.... Dia ada curi-curi pakai losyen ni... Sajelah nak test. Bila sampai kat opis, member opis die tegur and tanya die pakai minyak wangi ape? Apalagi... Seganla die nak jawab yang die pakai losyen KU kan... So die cakap ler yang die beli minyak wangi dari member KU...Hehe...


KU akuilah losyen ni memang wangi...:-) nasib baiklah peraduan Vaseline tu dah habis... Kalau tidak boleh jugak KU masuk...Hehe.

++Mana nak dapat baju macam ni?++



Cute x?
~lalala~



++Rasa macam nak beli ni la....++





++Jom Kita Tukar Link!++