My Nuffy

Tuesday, March 30, 2010

Projek pertama cuppy cupcake





Nama projek : cuppy cupcake
Tempahan dari : Kak earna
jumlah : 59 biji + 3 biji percuma ( sebab nak lengkapkan dalam 1 kotak kek)
tarikh : 27 Mac 2010 ( Sabtu )
Tema : cupcake perisa oren/blue freshcream/simple decoration

2 minggu lepas dapat tempahan cupcake pulak dari Kak earna untuk celebrate betday bapa beliau uang dikasihi Sabtu ni (27/03/2010). Mulanya macam tak confident nak ambik tempahan tu. Mana taknya, aku tak pernah buat cupcake yang siap dengan deco tu! setakat muffin biasa tu bolehlah... tu pun kadang - kadang jadi kadang - kadang tidak.(tangan tak berbedung kot!kuikuikui....)

So lepas je dapat tempahan aku terus menggoogle resepi - resepi cupcake ni. Puas gaklah menggoogle. Balik rumah pun sibuk dok menggoogle resepi je kejenye....

Hasilnya.....
.
.
.
.
.

tadaaaa.......(maaf kualiti gambar x bagus)


Nilah die hasil yang tak berape kreatif daripada aku.... Biasalah, budak baru nak belajarlah katakan...
Tapi alhamdulillah la cupcake tu menjadi. Risau gak mula - mula tu kalau - kalau jadi macam mase nak buat cupcake untuk Aqish hari tu. Benyek and 'ranggup' sangat sebab terlebih gula. dah macam kueh bahulu pulak rasanya.

Kak erna mintak perisa oren. Untuk dekonya pulak die tak kisah wane ape pun so aku buatkan warne biru walaupun aku tahu dia suka warna hijau. Chelsea kan biru.... Hehehehe! Saje mendengki die...

Untuk deko aku lebih suke gunakan fresh cream walaupun mahal sikit sebab kalau buat buttercream macam mual sikit. Mulanya nak buat deko guna sugar paste ke... fondant sugar ke... tapi tak sempat. lagipun takut tak menjadi pulak nanti sebab aku baru 1st time nak buat. lagipun resepinya ada tapi bahan tak cukup pulak. so aku buat jelah mana yang senang.

Cuma aku tak puas hati deco yang aku buat simple sangat. Pening jugaklah aku nak pikirkan harga yang sesuai aku nak bagi. takut tak berpatutan... Almaklumlah yang tempah kawan sepejabat. takkan nak bagi harga yang mahal kot...

InsyaAllah lepas ni aku akan makin galak and busy memperkembangkan bisnes aku. Hari tu kak jun dah suruh aku buat sikit kek nak letakkan kat kedai husband dia. Ni Ude pulak bising suruh aku buat kek, muffin and kastard buah suh letak kat kedai die. Bertambah tak senang duduklah aku lepas ni nampaknya.....

Bulan 5 nanti Encik Abi konv and dalam kepala otak aku dah terfikir banyak bisnes yang boleh aku buat masa tu tapi Encik Abi nak aku duduk dalam dewan dengan mak. tengok die ambil sijil sebab ayah xmo masuk dalam tu.... Kenalah aku cari pekerja sambilan nanti... hehehe... ada sape2 berminat?

Lagi 1/2 jam aku akan berangkat pulak ke Hotel Concord Shah Alam... kena kursus 1 hari setengah.... macam yang aku pergi kat The zone JB dulu tu. Sungguh2 bosan... kalaulah aku tak perlu pergi kursus bodoh ni....




Ada sape2 nak tempah cupcake? :-)

Sunday, March 28, 2010

Belajar vs Berhenti

Ni keputusan paling berat aku nak buat....
Sama ada nak teruskan belajar atau berhenti sahaja....
Untuk makluman...
aku sekarang membuat PJJ di OUM Seremban....
Insyaallah bakal tamat pengajian pada tahun hadapan....
Masalahnya sekarang aku dalam dilema sangat - sangat ni....
aku tak pasti sama ada aku dapat meneruskan pengajian untuk semester yang akan datang atau tidak....
atas sebab - sebab tertentu terutamanya dari segi kewangan....
Ok! aku bukan nak minta sedekah kat sini ye!
Untuk semester depan, yuran pengajian yang aku kena bayar adalah sebanyak RM1000+++
Sedangkan separuh gaji aku adalah untuk membayar hutang peribadi
separuh lagi untuk bayar kereta...
sangat - sangat sakit sekarang ni....
Patutkah aku meminta nasihat daripada AKPK?
masalah yang kedua,
sejak aku terlibat dengan perniagaan kecil - kecilan ini aku kurang masa untuk membuat tugasan dan ulangkaji pelajaran...
bayangkanlah 8.00 am - 5.00 am aku ada di pejabat.
balik kerja terus bukak gerai....
sampailah pukul 12.00 pm baru sampai rumah....
cuma hari selasa sahaja cuti
balik penat terus tidur...
esoknya macam tu jugak...
So mana masa aku nak belajar?
Nak tarik diri berniaga atau belajar?

Sesungguhnya PJJ bukanlah sesuatu yang senang seperti yang pernah aku bayangkan....
tanpa pengurusan masa yang betul and sesuai...
inilah yang terjadi....
aku mengharapkan pandangan serta sokongan uolls dalam hal ni....
sekian terima kasih....

Aku Di tag!





Semalam adalah hari yang sangat sibuk buat aku sampai tak sempat aku nak jengah blog kesayangan aku ni. Hari ni bukak je blog dah ada yang tag aku. Thanx to Miss Ryehanna (tak lama lagi kena panggil puan Ryehanna plaklah kan... hehe jangan mare hea....) yang sudi meng'tag' aku kali ni.

So meh kite tengok same - same apa kandungan tagnya kali ni ye.

1. Siapakah diri anda di rumah?

Aku adalah seorang yang sangat 'manja' di rumah. Sebab apa? Sume benda Cik Kiah yang buat. Aku cuma tau balik kerja, duduk depan tv, makan pastu on9 blog. Kadang - kadang tu sampai terlelap kat depan lappy tu. Kuikuikui.... Tapi kadang - kadang ada jugaklah aku tolong sapu lantai, basuh baju and basuh pinggan cuma tak selalulah macam masa aku 'tanam anggur' dulu. Tambahan sekarang aku sibuk dengan bisnes kecil - kecilan dengan Encik Abi. Lagilah tak ada masa sangat. 

2. Siapakah diri anda di samping rakan?

entahla... kalau nak jawapan yang pasti kena tanya sendiri kat tuan punya badan. Yang pastinya aku adalah seorang yang kuat membebel and macam budak - budak! Haha

3. 5 benda yang anda idamkan tapi belum tercapai

~ notebook - tak kesahla jenama apa asalkan function tiptop
~ nikon DSRL (psst... Lepas ni nak mula operasi goda encik Abilah supaya belikan untuk aku sebijik... Wahaha)
~ Toyota Estima putih - Impian aku and Encik Abi. Senang nak bawak family pegi mana - mana nanti kan...
~ 1 juta dalam simpanan
~ anak - Haha... memangla belum tercapai sebab belum kahwin... kuikuikui...

4. Siapakah nama pasangan anda?

Nama dia Mohamad Fauzi. Panggilan kat rumah dia along. Kawan - kawan dia panggil dia Pojie. Aku pulak panggil dia abi tapi kadang - kadang tersasul panggil dia Along. Hehe...

5. Ceritakan 5 perkara yang anda suka tentang pasangan anda

~ senyumannya... sangat mendamaikan... Senyumannya buat aku lupa masalah yang muncul tak diduga.
~ ringan tulang... rajin mengemas ( ok aku mengaku yang aku bukanlah rajin sangat mengemas. Aku mengemas bila rajin je... hehe). Encik Abi jugak sangat suka tolong aku kat dapur... Tolong masak.... tolong potong sayur... buat kuih or kek... nak tengok bukti?
masa raya tahun 2009

Encik Abi tolong buat kuih raya

See! Betapa tekunnya beliau di dapur

~ Dia sudah mula pandai memujuk! - Seriesly masa mula -mula awal dulu aku selalu merajuk dengan sikap dia yang macam tak caring langsung dengan aku. Tak paham emosi dan kehendak aku masa tu tapi bila dah lama - lama... aku tengok dia dah makin maju. Dia dah mula beri perhatian khusus/khas/utama kepada aku selain tanggungjawab dia pada family.... Dia mula faham sikap dan perangai aku.

~ Dia tak pernah meninggi suara - seriesly aku sangat manja dengan Encik Abi. Seingat aku, selama bersama ni belum pernah dia meninggi suara pada aku walaupun kena marah teruk dengan aku. Dengan family apatah lagi. Alhamdulillah... (p/s: setiapkali aku dengar lelaki marahkan anak or wife depan - depan orang mesti aku ngeri...)

~ Dia seorang yang penyabar - Terus terang aku katakan, aku bukanlah seorang yang penyabar sangat tapi aku bertuah sebab dapat tunang yang penyabar orangnya. Sabar menghadapi karenah aku... sabar menemani aku ke kelas setiap minggu... sabar mendengar mendengar makian - makian aku pada pemandu yang kurang berhemah kat jalanraya tu... Pendek kata sabarla....Hehe...



Eh da cukup 5 eh??????

6. Bila tarikh anda couple?

Aku and Encik Abi tak pernah couple! kawan lepas tu terus tunang. Tak sempat nak couple.... Hehe. Tapi kalau tarikh mula kawan.... Tak hengatla pulak... Hehehehe......

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasanga anda?

Nama pun kenangan pahit.... Perlukah dikenang?????

8. Lagu tema cinta anda?

Kita ditakdirkan jatuh cinta - spring ?????? Haha.... Mesti berguling - guling Encik Abi gelak lepas ni!
Rasanya lagu "Aku & dirimu - Ari Lasso & Bunga cinta lestari". Betul x Encik Abi????? :-)

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat pada pasangan anda?

hhhhmmm.... entahla.... xde kot..... :-) Aku sayang dia seadanya....:-)

10. Tag rakan anda yang lain

~ Encik Abi
~ Kak earna
~ Shiro

and kepada sesiapa yang ada pasangan...

Sekian terima kasih....:-)

Friday, March 26, 2010

Alhamdulillah kalau dah rezeki tak ke mana...

Dah lama dah nak buat entry khas untuk Encik Abi pasal "sate Gemas"nya tu tapi asik terlupa je... tambahan pulak malas nak cucuk punat telepon tu kat pc. Kejap bawak wayarnya... Kejap kang dah lupa balik.... So ada masa setengah jap sebelum balik ni aku buatla ek entry pasal "sate Gemas" encik Abi saya ni ek.

Terlebih dahulu saya... - wah budget nak bagi ucapan ke hapa... Hehe.

Alhamdulillah lepas kegagalan yang pertama dulu, Encik Abi tak langsung putus asa... Tambahan pulak aku sentiasa memberikan dorongan serta galakan pada beliau (mestilah kan... Dah nama pun husband and wife to be ye dak?) Sapa lagi nak bagi sokongan kalau tak wife to be sendiri kan? bertuah x? bertuah x? bling bling...! Kenyit - kenyit mate 44x.
- ni nama dia angkat kain masuk bakul sendiri! Hahaha...

Alhamdulillah jugak mak mentua and pak mentua aku yang sporting and seportive sentiasa memberikan kepercayaan kepada kiteorang berdua untuk mengusahakan "sate Gemas" ni.

Thanx to both my mother and father in law... :-)

So tiap - tiap malam jugaklah aku kena Ikut encik abi pegi meniaga... Lagipun aku ada jual topup sekali. Alhamdulillah sambutannya agak menggalakkan - tu yang buat encik abi tambah semangat nak meniaga tu.
Minggu depan mungkin kiteorang akan menambah lagi jualan yang lain pulak macam jagung cawan, sate goreng or sate goreng pulak. Tadi pun member - member opis aku ada oder sate 50 cucuk tapi aku tambahkan lagi 15 cucuk sebab aku takut tak cukup nanti tambahan pulak kalau Encik Bos and Encik Acibana turun. haha.... Ampon bos....:-)

Kalau encik abi dapat kerja kat maybank or majlis daerah segamat nanti ke kenalah aku bawak sendiri sate tu ke gerai tapi yang penting encik abi akan tetap turun padang jugak nanti. lagipun ini memang idea and perniagaan dia.

cuma pesanan aku untuk encik abi, rezeki tu ada di mana - mana. kalau hari ni kite tak jadi bukak kedai, mungkin esok rezeki kite kat tempat lain pulak. Yang penting yakin and usaha. jangan putus asa... Aku tak pernah pandang rendah atau rasa rendah diri punya tunang seperti Encik Abi. Bangga lagi ada... Sebabnya dia jenis yang takkan berhenti berusaha untuk capai target dia.

Tak kisahla apa orang nak kata pasal dia. Mungkin terlalu sengkat untuk aku kenal hati budi dia tapi itu bukan bermakna tak yakin pada dia. bak kata pepatah... kalau dah jodoh takkan ke mana kan... macam tu jugaklah rezeki... kalau dah Allah tetapkan itu rezeki kita, InsyaAllah....

Oklah, I nak balik dululah ye. Hari ni I tak ikut Encik Abi meniaga sebab nak ciapkan assignment and cupcake kak erna. InsyaAllah itu salah satu cabang rezeki kami jugak walaupun aku taklah sepandai mana pun bab - bab memasak ni.

So ada sesapa lagi yang nak buat tempahan?

Lihat sajalah aksi Encik Abi yang baru nak belajar potong timun.
Lemah gemalai siot...
hehe...
jangan marah tau abi...

Ni baru nak belajar - belajar bakar sate
Abi boleh buat sebenarnya...
Cuma Pak uDe je yang tak caya kat abi...
Cian abi tak dapat tunjuk skill...

Percubaan Encik Abi bakar sate
Insyaallah bakal bukak cawangan pulak lepas ni ek!

ha ni yang nak tunjuk sikit ni...
mak mentua aku siap bekalkan lagi kuih untuk aku...
takut bena dia aku tak makan lagi...
Mekacih Mak!

~The End~

myMetro | Benjy bebas sekejap



myMetro | Benjy bebas sekejap

Aku Sudah GuMok!!!!


Ni gambar last 2 weeks rasenya masa kat Seremban tapi sekarang ni aku bukanlah nak cerita pasal 2 minggu yang dah basi masi tu. Aku nak cerita pasal berat badan aku yang semakin menjadi - jadi naiknya sekarang ni. Silap hari bulan Orang ingat aku ni kakak si Encik Abi! Wakaka.... Tak ke haru....

Last aku timbang berat badan aku almost 53 kg. Sekarang belum ada timbang lagi. Takut kalau - kalau bertambah lagi 5 kg pulak lepas ni.

Kalau setakat berat badan yang bertambah tu kira ok lagilah kan.... Ni siap dengan perut - perut sekali naik! BONSET + boroi ko! - eh bukan boroi tu untuk lelaki je ker? Conpius acik!

Kalau dulu boleh tarik je mana - mana baju nak pakai tapi sekarang semua kena pilih dulu betul - betul. Takut koyak pulak bila pakai kang.

Macam pagi tadi, punyalah lama aku dok termenung kat tepi bakul baju semata - mata nak pikir nak gosok baju apa. Adalah dekat 10 minit rasenya aku dok mencangkung kat situ. Rasa nak menangis pun ada gak masa tu mengenangkan dah takde lagi baju aku nak pakai bawak g keje.

"Apesal berat aku naik mendadak ni ha?"

Tulah yang aku selalu pikir sekarang ni.....

Ada jugak aku try nak control makan. Kiranya makan nasi sekali sehari je ke... Tak pun makan sikit je 1 hari tu... Xde makna!

Balik rumah mesti kena paksa rela makan. Alasan....

"Ponek yo den masak banyak2 ko taknak makan kan!"

bila Cik kiah dah start membebel macam tu confirmla aku kena makan jugak kan. Kalau tak nanti bila aku tanya dia masak apa mesti dia akan jawab

"time den masak kau tak makan kan! Omak tak masak rini. Selalu omak masak kau tak makan!" Haha.... merajukla pulak....

kalau kat rumah mak mentua pulak....

"makanlah... tambah lagi.... jangan segan - segan.... sini xde nak segan - segan de... makan je apa yang ada atas meja tu"

Mak ai... Aku pandang Encik Abi... Encik Abi gelakkan aku.... Kalau tak makan karang kecik hati pulak die... Lagipun mak mentua aku memang pandai masak. Perghhhh....sempat lagi lagi puji tu... mau saja aku belajar memasak darinya. wah tetibe aku cakap hindon gitu. 

Kat kampung pun sama gak.... Kalau singgah umah tok mak mesti kena paksa makan. Tak boleh tidak! Kalau tak siaplah kena bebel dengan tok mak.

Dah tu camner nak kurus maintain berat badan?

Nak makan ubat tak berani + Encik Abi tak kasi. Kata dia, kalau aku nak turunkan berat badan boleh tapi cara yang betul. Cara manual gitu. Tak boleh makan ubat semberono. Kalau nak pakai corset or girdle boleh tapi kalau tak selesa tak payah pakai. Pulak.... bilanya aku nak kurus maintain cekeding camtu kan?

Guys please help me........
berat badan tak turun pun takpela... janji perut bonset aku ni tak terjojol lagi....
So guys Ada tak something yang boleh menurunkan perut bonset aku ni?

Thursday, March 25, 2010

Jom Usha Buku Baru!



Sinopsis


Hampir mustahil bagi kita memisahkan hutang dalam kehidupan seharian. Hutang ibarat racun dan penawar. Jika bijak mengawaknya, maka hidup pasti kekal bahagia. Malah kita semakin kaya-raya. Jika hutang gagal diurus, maka hidup kita semakin miskin atau lebih buruk., bankrap.

Alangkah ruginya andai ada antara kita terlepas memiliki Hidup Tenang Walaupun Berhutan (Edisi Kemas Kini) terutamanya bagi:
- Graduan yang berminat memiliki kenderaan sendiri dengan cara berhutang.
- Pasangan suami isteri yang berhutang perabot, televisyen dan keperluan rumah lain.
- Menggunakan kad kredit setiap bulan bagi perbelanjaan sendiri.
- Gelisah diburu 'Ah Long' atau ceti haram di mana-mana sahaja.
- Bergaji tetap, namun masih sesak melunaskan segala hutang.
- Dihubungi pihak bank bertalu-talu yang menuntut hutang pinjaman.
sumber : PTS Portal

Wednesday, March 24, 2010

Ngeri : Apa nak jadi budak - budak sekarang ni?

Mimpi Ngeri


Mohamad Iqbal Shami, 23, menerima nasib malang itu apabila motosikal kesayangannya disamun di tepi jalan ketika menunggang seorang diri untuk pulang ke rumah ibu saudaranya di Gombak.

Lebih malang, kakinya melecur terkena ekzos motosikal dan badan luka serta lebam akibat dihentak dipercayai batang besi serta parang.
Beliau yang juga seorang tukang masak berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL), baru-baru ini.
Ketika itu, motosikalnya diekori sekumpulan 10 remaja berusia 18 hingga 20-an yang juga menunggang motosikal sejak keluar dari rumah rakannya di Pandan Indah.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki kumpulan terbabit berniat jahat dan tidak mempedulikan gelagat mereka yang menunggang rapat dengannya, namun sebaik melepasi laluan terowong dekat KLCC, kumpulan terbabit menyuruhnya berhenti.
“Seorang daripada kumpulan itu menghimpit motosikal saya dan cuba mengambil kunci, tetapi saya mengelak dan memecut meninggalkan mereka.

“Mereka mengejar saya serta memukul badan saya dengan batang besi. Tidak peduli badan yang sakit dipukul saya terus memecut, tapi masih gagal melepaskan diri daripada mereka,” katanya yang ditemui di sini, semalam.
Mohamad Iqbal berkata, ketika tiba di depan HKL, seorang daripada kumpulan itu memukul mukanya dengan kuat menyebabkan dia pening dan sakit sehingga terpaksa berhenti.
Menurutnya, sebaik berhenti, remaja terbabit menendang motosikalnya hingga menyebabkan motosikal itu jatuh dan menghempap dirinya. “Mereka mengambil motosikal serta beg saya sebelum memecut memasuki bulatan Pahang,” katanya.
Mohamad Iqbal berkata, beberapa minit selepas itu dia bangun dan berjalan memasuki HKL untuk dapatkan rawatan dan membuat laporan di pondok polis di situ.
Dia kini trauma dan takut menunggang motosikal serta keluar malam berseorangan.

sumber : mymetro 24/03/2010


p/s : teringat kejadian ragut yang pernah berlaku pada aku dulu masa aku duduk menyewa kat seremban. Jalan kaki sorang - sorang bawak wallet kat tangan je. Tak sedar ada yang dah lama memerhatikan aku waktu tu. sampai je kat satu selekoh, terus wallet aku kena ragut. Mujur aku tak cedera sebab aku sempat tarik baju peragut tu sambil motor tu dibawak laju. Nak je aku menjerit masa tu "woi nak ambik duit aku RM10 tu ambiklah tapi pulangkanlah ic aku bodoh!" Kononlah kan... tapi aku menjerit pun idak... Tergamam giler masa tu.


Nasib baik kakak angkat aku kerja dekat je dengan tempat tu. Dialah yang bawak aku pergi buat report polis tapi yang hangswanya polis tu suruh aku buat kat balai polis lain sebab tu bukan kawasan die. Dah tu kena bayar pulak tu buat report ragut. Kalau report biasa tak payah bayar. Hangguk die! Dahla aku kena ragut. duit satu sen pun xdok! Kijam betul...


Lama jugaklah aku trauma... Nak keluar sorang - sorang memang takut gilerla and aku mudah sangat sakit lepas tu. Dah lama - lama baru ok sikit. Pernah jugak ada pengalaman kena copet kat Jalan TAR. Jalan ramai - ramai pun still kena jugak. So kepada gugurl kat sana berhati - hatilah selalu ye. Kalau lelaki pun boleh kena ragut inikan perempuan kan...


Kepada peragut - peragut durjana di luar sana... tahniahlah kerana telah menempah tiket ke neraka! Paling tidak pun ke penjara!


sekian wassalam.

Monday, March 22, 2010

myMetro | Bayi menggigil



IPOH: Menyedihkan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat selepas ditinggalkan dekat kawasan pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh, di sini, petang kelmarin
Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya masih bertali pusat ditinggalkan dalam semak di belakang sebuah pasar raya besar, di sini.
Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.
“Bayi ini dipercayai baru dilahirkan dan ketika dijumpai berada dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat.
“Bayi ini juga ditemui dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu menangis,” katanya.
Katanya, bayi malang itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan untuk rawatan sebelum tindakan lanjut diambil.
Bayi itu dilihat mengalami luka dan calar di muka dan kepalanya mungkin akibat dihurung semut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon berkata, bayi itu dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 8 malam.
“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan kini ditempatkan di wad,” katanya selepas melawat bayi berkenaan bersama Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.
Katanya, bayi itu ditempatkan sementara di hospital sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
sumber : mymetro 22/03/2010

p/s : tersentuh hati tengok baby ni semalam. Comel sangat. Apalah dosa budak ni sampai tergamak orang yang melahirkannya buang? Orang macam tu tak layak nak digelarkan "emak". Semoga baby tu sihat and menjadi orang yang sihat, baik dan berjaya kelak.

myMetro | Yanie kritikal

myMetro Yanie kritikal

Sunday, March 21, 2010

sayang - marcell dan dayang nurfaizah


Dayang Nurfaizah feat Marcell – Sayang
Masihkan kau ingat
Janji cinta kita dulu bersama
Masihkah kau rindu
Saat-saat bila ku bersamamu
Jangan kau siakan cinta ini
Janganlah hilangkan segala-galanya
(korus)
Sayang…
Kau bintang yang menyinari hidupku
Kau cahayaku
Sayang…
Tiada lagi yang sama sepertimu
Kau hanya satu
Percaya padaku
Cinta ini masih seperti dulu
Hatiku merasa
Segala-galanya yang kau rasakan
Tanpa kau di sisiku kini
Hidupku dapat sama lagi
(ulang korus)

Jom serbu Pesta Buku!



Diam tak diam dah setahun berlalu dan pesta buku antarabangsa kembali lagi starting 19 - 28 Mac 2010 ni. Aku sendiri dah 3 tahun berturut - turut tak miss pesta buku ni tapi untuk tahun ni tak pasti lagi dapat atau tidak ke sana. Rak buku dah hampir penuh. Ada jugak buku - buku yang hendak aku jualkan semula. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan aku k!

berikut aku sertakan beberapa info mengenai pesta buku ni yang mungkin boleh membantu korang apabila korang nak pergi sane nanti ok.


peta ke PWTC




Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.kualalumpurbookfair.com/ 
so apa tunggu lagi? Jom Shopping!

Layan Jiwang....

Dah lama tak berjiwang - jiwang and berpuisi sakan ni... Lagu sentap seperti "terakhir" and "dinda" dari Mahkota Band memang meruntun - runtun jiwa aku rasanya nak berkarya. Wah berkaryalah sangat aku ni ek! Speaking pun berterabur lagi de...

JUmaat, aku try buat cupcake untuk birthday aQish tapi tak menjadi... Lagilah kecewa.... Padahal resepi tu resepi yang sama pernah aku buat dulu... Ok je pun... Siap bagi kat mak mentua and tok mak lagi de. Alih - alih ni tak menjadi pulak die. Terlebih pukul ker? Cik Kiah cakap cake aku terlebih gula... Ntahla... Tapi takpe... malam ni aku nak try lagi. Esok boleh bawak pegi opis... :-)

Confirm kena kutuk kaw - kaw punya lepas ni! 

Anyway Happy Birthday AQishhhhhhhh!!!!!!!!

Tadi masa bawak Cik Kiah beli barang dapur kat Giant baru aku teringat resepi kuah rojak yang aku cilok dari internet dulu. Macam senang tapi entahla.... Malam nanti nak trylah! Esok boleh beli buah kat pekan and makan ramai - ramai macam selalu. InsyaAllah ada rezeki nak buat bisnes makanan kecil - kecilan pulak lepas ni. Aku yakin rezeki ada di mana - mana. Aku jugak harap apa yang berlaku sebelum ni takkan mematahkan semangat aku dan Encik Abi untuk terus mencari rezeki yang halal.

Apa - apa pun kite layan jiwang dulu ye! Nilah antara koleksi karya - karya mentah aku dulu... Saje nak bagi imbau nostalgia zaman - zaman muda remaja dululah kan... Zaman jiwang tulis sajak - sajak cinta. Wakaka.... Layanla hea....

Pernah dulu aku berpikir tuk sendiri
menjalani hidup ini apa adanya
setelah hati terhiris penuh luka
Bukan tak pernah ada yang menyayangi
cuma hati ini masih belum terbuka
serik dilukai dan dikhianati
hanya setelah kehadiranmu dalam hidupku
merubah segalanya
kau mengisi ruangan di hatiku
setelah lamanya mengharapkan
akan ada insan yang bisa menyayangiku
meski ada yang menghalang
cinta ini masih utuh
meski diduga
aku tetap yakin pada jodoh kita
Kini mahligai impian kita makin hampir menjelma...
doaku agar kita kan melayari bahtera cinta kita
tanpa ragu dan curiga
kasihku kan tetap setia
harapku kau jua begitu...


dedicated to Encik Abi tersayang


Love,

Puan sayang....

p/s : teringat masa lepak - lepak kat Siang Malam dulu... makan rojak buahnya.... Kaw2... Rindunya.....

Thursday, March 18, 2010

Sedey siot....



Lirik Terakhir - Mahkota Band:

Untuk terakhir kali
Ku ingin bertemu
Memelukmu
Menjagamu
Meski aku tak akan pernah
Bisa lagi melihatmu
Cinta ini takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Kerna hati ini tak mungkin bersatu
Menjalani cinta ini
Meski aku
Takkan pernah
Bisa lagi melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan
Meski aku takkan pernah bisa lagi
Melihat mu
Cinta ini
Takkan hilang
Sampai mati kan ku simpan

Aku rasa macam pernah dengar lagu ni tapi tak pasti kat mana tapi yang membuatkan aku giler bangat dengan lagu ni sejak aku bukak blog Cik Wanie yang comey lote tu. Menusuk ke kalbu rasanya lagu ni. Nak kata ada kena mengena tak jugak kot. Teringat balaks lame????!!! Owh noooo..... No kenang - kenang ok!
Sekarang kan dah ada Encik Abi... Ding ding!!!! :-)
 
Anyway thanx to Cik Wanie yang sudi bagi info tentang lagu ni... :-)
 
Since semalam aku asik dok bukak lagu ni je kat pc aku ni sampai kak erna kata "dah macam makan dadahlah pulak asik bukak lagu ni je..." Hehe.... Sowiela kak... Za ni kalau dah suka and minat satu benda tu, tu jelah yang za akan hadap selalu (macam Encik Abi) sampai dah muak nanti. Tapi jarang kot...
 
Dengan encik Abi buat masa ni tak muak lagi kot.... Hahaha..... Dia tak ada je aku muak tak tau nak buat apa. Kalau boleh nak 24 jam je dengan beliau. kalaulah boleh kan.... Almaklumlah perasaan orang nak naik pelamin kot???! Hik3x...
 
Anyway lagu ni buat aku betul - betul sentap.... Jiwa rasa macam sensitip sesangat... Terhengat - hengat kat Encik Abi. Apalah dia tengah buat sekarang.... dah makan ke die.... Dah kahwen nanti macam manalah kehidupan kiteorang kan.... entah die akan prihatin dengan aku lagi ke tak....
 
hmmmmm........
 

Monday, March 15, 2010

Kerana menyelongkar aku jumpa...

Lepas balik dari kursus ingatkan nak terus buat assignment tapi terkenangkan kain baju yang berlonggok - longgok dalam bilik tu aku postponekan dulu. Isy macam mana nak jadi isteri mithali ni Liza ooiiii..... Budget lepas kawen dah ciap - ciap ade bibik. Saper nak bagi oiiii???? Kayo bona dah???? Nasib baiklah Encik Abi tu termasuk dalam kategori lelaki yang rajin mengemas so ada harapanlah aku nak melepak - lepak lepas balik kerja nanti [ ni kalau mak mentua aku tau mampos!]

Nak dijadikan cerita, lepas mengemas aku teragak nak selongkar gerobok bawah lemari (almari) baju aku tu yang mana isinya adalah koleksi beg - beg lama me and Cik Kiah. Ntah zaman bila punya beg tah tapi ada yang masih dalam keadaan baik lagilah. Tetiba aku dapat idea nak jualkan saja daripada tersorok je dalam tu kan. So korang boleh check kalau ada yang korang berkenan pulak bagitau k.

Lepas tu aku jumpa 1 bekas ni. Kat dalam dia ada gambar - gambar lama arwah ayah aku and gambar aku masa kecik dulu.

arwah ayah aku (1934 - 2004)

Bila tenung lama - lama gambar arwah tu laju je airmata aku menitik. Rindu....
Bila tengok gambar tu rasa macam baru semalam arwah pergi...
Arwah ayah aku meninggal masa umur aku 20 tahun. So sempatla bermanja bertekak bagai.  
isy takmola cakap pasal tu lagi... Sedey aku siot.

Lepas tu aku jumpa pulak benda ni....


handphone nokia lama

Ni masa tahun 1993 - 1994 gitu. Handphone ni kepunyaan kakak aku yang kat Sabah tu masa dia belajar kat Sabah dulu. Kalau dia tengok handphone ni mesti die gelak berguling - guling. Punyalah bapak besar gedabak handphone zaman die dulu. Baling hanjeng pun mampos ni! Kalau baling orang???? Uimang ai....

Nak story pasal kursus semalam tapi nantila ek. Siap - siap nak balik dah ni....

p/s : cepatnya masa berlalu time bos and cc xde ni.... Huhuhu.....

Pertamakali mewarna lepas 9 tahun tinggalkan zaman sekolah


Panjang giler tajuk entry aku kali ni. Hihi...

Saja je pun buat tajuk ni. Bukan apa... saja nak bagi terkanang - kanangkan zaman - zaman tadika aku dulu. Dah lama tak melukis and mewarna ni since sekolah rendah dulu rasanya. Masa sekolah menengah dah tak ada dah ambik seni. Setakat lukis - lukis gitu je adalah. Tak layak pun nak masuk contest.

Actually lukisan tu merupakan salah satu artwork yang aku kena buat untuk assignment aku sem ni. Aku kena buat lebih kurang 10 artwork nak present kat tutor aku. Yang siap baru 1. hehe....
Tulah yang burok nak mampos tu. Kalah budak tadika punya lukisan burok die. (biar aku kutoks dulu sebelum korang ada niat nak kutoks okeh!)

So sekarang ada lagi 9 artwork yang aku kena buat termasuklah kolaj, montaj, pupet and etc. Adohai... Sungguhlah aku bukan student yang creative masa sekolah dulu. Inikan pulak dah besar gedabak ni. Tak sesuai noks...

Macam mana ntah nak buat. Encik Abi sedia menawarkan khidmat dan kepakarannya dalam bidang lukisan ni untuk menolong aku. Huahuahua... (dengki khianat betul) Bagi dia benda ni kacang je sebab dia memang ambik bidang ni masa kat kolej dulu. Rajin jugak aku 'tolong' tengok dia uat pelan dulu. Nak tolong lukis nanti aku takut lain pulak jadinya. Elok - elok nak lukis gambar bangunan parlimen alih - alih jadi pondok tepi sawah. Ate..... tak pasal - pasal kena backfire kang!

Malam ni nak kena sambung lagi buat assignment. Nasib baiklah petang ni and esok tak jadi ada kelas ganti. Kalau tak masak jugak nak siapkan semuanya.

p/s : mesti adik or anak korang mewarna lagi santeks dari aku kan.... Huhuhu...

Friday, March 12, 2010

Tak sabar nak tunggu esok...

Apa yang seronok sangat sampai tak sabar nak tunggu esok? hehehe....

Sebab esok....

adalah hari di mana aku akan menjalani kursus kahwen selama 2 hari ( 13 & 14 mAC 2010 ) dengan Encik Abi... Yippyyyyy!!!!!! Tapi still belom boleh kahwen lagi ...... :-(  sedeynye..... (dah gatal sangat dah budak ni!)

Nak balik!

petang ni nak tolong Encik Abi cucuk sate!

Thursday, March 11, 2010

44 pantang larang bakal pengantin yang susah aku nak ikut



(sumber : tidak dapat dipastikan)
April 30th, 2008 at 2:13 pm (Petua Rumah Tangga)


Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang

larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk

kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

-zaman sekarang boleh ke tak keluar same? Dah tu kalau ko kerja satu opis dengan die or ko pegi balik kerja dia yang jemput macam mana pulak?

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.

-Ea? Camtu kalau sedara ajak berkenduri kendara pun takley r pegi ek!

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

-Hmmm.... yang ni boley r terima kot tapi aku ni memang suke berjalan. Tambahan pulak sekarang tengah giat mencari duit belanje kawen.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

- Yang ni.... bolehla kot nak ikut sebab aku pun jarang makan gulai berkuah ni. Selalu makan pinggan kering kontang. Hek3x

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

-petai???!!! faveret tu!

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

-erk???! selalu dengar pantang ni tapi still gak suke tengok cermin malam -malam. Napo tah.... Sambil tu terbayang ada bayang kat belakang! Huhuhu.....

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

-uish???! camner tu? baru 1st time dengar... any explaination guys?

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

-ni lagilah....

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

-manis oklah kot nak dikurangkan tapi bile masuk bab garam aku fail.

Sampai sini dulu eh. Nanti - nanti kite sambung lagi k! Encik Abi dah tunggu kot tu. Hehhehee....

Macam mana nak kurus kalau....





Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH


Makan jagung boleh kurus tak kawan - kawan???!


Macam mana nak kurus kalau.... Makan selalu saje tak hengat? Melantak sakan macam seminggu dah tak dapat makan. Encik Abi pulak jadi supporternya... Lagilah tak hengat... Tiap - tiap minggu tak sah kalau tak makan kfc. Kalau dulu makan pun nak kena paksa tapi sekarang belum sempat nak paksa aku dah ajak makan dah. Kalau tak makan mulalah meragam. Masuk anginlah... keluar anginlah... Ha! Ha! bau ape tu? Ko kentot ea????!!!! Busuk punya olang! Haha...

Kalau dulu masa awal - awal kenal, berat badan aku cuma 43 kg gitu. Saiz seluar pun dalam 26 -27 la kan... maintain gitu ( wah tetibe rasa cam riak dan bangga ) Sampai kena komplainlah dengan tok mak sebab kurus sangat ( dah lama tak jumpa tok mak... dengar celoteh die...). Mana taknya, aku cuma makan berat waktu sarapan and lunch saje. Lagipun dulu Encik Abi sangat rajin ajak aku dating @ joging kat taman rekreasi (jogginglah sangat...) Baru 2 pusingan dah terduduk. Lepas tu merengek - rengek ajak Encik Abi pegi pasar. Macam - macam Pasar yang kiteorang redah. So bila balik tu terus je membongkang tak hengat hape dah.

 Satu lagi aku cuma banyak makan bila sebelum period je. Bila dah period mulalah hilang selera makan. kadang -kadang satu hari tak makan pun tak kesah. Tu yang kadang - kadang manjang kena gastrik tu.

Tapi tu dulu.... Sekarang ni berat aku dah mencecah 53 kg ko! Bayangkanlah 10 kg naik dalam masa 6-7 bulan gitu sahaja. Mana taknya, macam tadi, baru je sarapan nasi kerabu dengan Encik Abi terus lapar lagi tengok kakak - kakak ni makan. Patutkah?

Saiz seluar aku sekarang? Alahai malunya nak habaq.... Emmmm..... 31..... Huhuhu..... Tak pasal - pasal kena beli seluar baru... Seluar yang sedia ada ni dah ketat giler. Nak bernapas pun susah. berkerut - kerut muka nak kancing seluar. Hukhuk...

Itu belum kira baju kurung, blouse and baju anak (terbalikkan) lagi tu. Semuanya dah sempit and ketat - ketat belaka. Encik Abi dah berapakali tegur baju aku ketat sangat sampai nampak ketara breast and perut bonset. Alahai... nak buat macam mana.... Tu je baju yang ada ( yang lain ada tapi belom sempat lipat! Huahuahua). Sape suruh galakkan aku melantak sakan? Kan dah kena beli baju baru... Teeettttt.....(alasan!)

Tapi yang peliknya kalau dulu orang asik komplain aku ni kurus sangat, sekarang dah berisi pun orang komplain jugak. Tak cukup sifat betul. Cik Kiahlah yang tak abes - abes mengusik.

"orang dah ada abanglah katakan... Dah senang hati." hehehe....

Pasal tu kah? Ada kena - mengena ke? :-)

Cik Kiah suspek sebab aku banyak makan ubat. Ubat apatah... Yang aku tau aku cuma minum cocoa collagen je sekarang ni. Sebelum tu ada jugak aku ambik maajun. Sajalah nak try - try konon. Tapi bila dah start minum cocoa collagen aku berhenti dulu. Nak tengok effect cocoa collagen ni pulak. Takkan sebab tu kot????!
Setahu aku tak ada pulak die tulis untuk menaikkan berat badan. So buat masa ni aku berhenti minum cocoa collagen tu dulu. nak tengok macam mana. Adakah disebabkan itu atau aku memang kuat makan sekarang ni.

Kalau boleh masa nikah nanti dah tak ada dah perut bonset and berat dah turun 48 kg semula. Atlleast cantik terletak jelah baju nikah tu kat badan aku nanti kan coz sekarang ni nak tempah baju pun takut tau. Takut tak muat pun ada... Takut jadi macam baju tunang hari tu pun ada. Sah - sah aku beli baju dah siap je nanti! Tak pun pakai je baju tunang hari tu balik (kalau muatla... Huhuhu)

p/s : kena tambah azam 2010 : Nak turunkan berat badan 53 kg -> 48 kg dalam masa 3 bulan! Boleh???!
:-)


Tuesday, March 9, 2010

Jangan Tegur





Hari ni aku balik awal. Encik Abi sangat bz menguruskan perniagaan kecil - kecilannya sekarang ni so better aku tak kacau die buat sementara waktu ni. Semalam pun aku temankan dia beli barang - barang jualannya. Almost RM50.00 jugaklah berabes.

Hopefully dia takkan putus asa. Majlis kiteorang tak lama je lagi tapi masih banyak yang kekurangan. My sister da confem nak sponsor bunga telur and doorgift. Yang lain - lain masih dalam perbincangan. So sape - sape nak sponsor aku lepas ni bolehla email kat aku no... Tapi make sure korang tak ada kepentingan pada aku ok! Hehehe...

Balik tadi ingatkan Cik Kiah ada... rupanya dia pegi balai raya. Balik - balik saja Cik Kiah terus bukak cerita pasal ada kematian kat tempat kiteorang ni tadi. Yang meninggal tu husband kepada seorang kakak ni. Weoll memang kenallah kakak ni coz mak die ada kedai runcit. Walaupun tak rapat tapi sejak dulu aku ada jugak mengikut perkembangan kakak ni.

Arwah husband dia ni merupakan second hubby dia. Yang first tinggalkan dia masa dia sedang sarat mengandung. Lelaki tu nampak baik sangat tapi rupanya hampeh. Lamalah jugak kakak ni menjanda sebelum die kahwin pulak dengan arwah suami dia ni. Masa tu anak dia dah besar jugaklah. Arwah ni pulak sayang sangat kat anak tiri dia tu. Sampaikan kalau orang yang tak kenal mesti ingat tu anak kandung dia. Lama jugaklah baru kakak tu mengandung lagi sekali. Tapi aku tengok arwah still layan anak tiri dia tu dengan baik.

Cerita versi Cik Kiah kata arwah ni baru balik daripada hospital sebab tengok anak dia yang sakit. Alih - alih dia pulak yang masuk hospital... Daripada cerita Cik Kiah lagi, arwah ni orang jumpa kat tepi jalan terbengkok je... So orang tu bawaklah pegi hospital tapi Allah lebih sayangkan dia... Kesian sangat.... Terbayang - bayang rasanya...

kenapa orang yang baik - baik ni cepat sangat pergi...

Betullah kata cik Kiah... Akan ada kematian dalam masa terdekat ni...

Ahad lepasla... Masa tengah lepak - lepak tengok tv lepas balik dari Kampung, burung kematian tu berbunyi lagi... Galak sangat... Kuat pulak tu... Bunyinya agak menyeramkanla jugak coz masa tu dah senja dah. Aku ni punyalah sengalnya bantai dok tegur benda tu. Aku tanya cik Kiah apa benda tu. Dan - dan kena marah kat Cik Kiah!

Dah tu malamnya tak pasal - pasal aku mengigau! Mengigau benda tu kacau aku. Puaslah aku baca macam - macam tapi tak jugak benda tu pegi. Aku rasa macam aku baca ayat kursi tapi mulut aku jadi berat sangat... Sepatah haran pun tak keluar ayat yang aku try baca tu. Hawau!

Menyesal aku tegur benda tu! kesimpulannya, kalau nampak atau dengar something yang luar biasa... Tak usahla gatal - gatal nak tegur. Kang tak pasal - pasal mengigau macam aku. Senyap saja sudah... paling penting siap sedia awal - awal contohnya sentiasa siap sedia dengan al Quran kecik ke... Doa - doa menghalau setan iblis ni atau apa - apa jelah yang korang rasa penting.

Tapi yang paling penting korang kena ingat! Lagi korang takut.... lagi benda tu suka datang kat kau! Macam aku sekarang ni....Huhuhu....

Al Fatihah buat arwah....


Monday, March 8, 2010

Aku tak minat bola tapi aku minat orang yang main bola tu



Sabtu 06/03/2010


Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku rasanya aku pegi stadium tengok perlawanan bola sepak. Fuhhh...

Kala Bangga + teruja gitu... even aku datang pun sebab semata - mata nak tengok si kembar Aidil  and Zakuan! Teettttt.....


See? Sanggup paksa Encik Abi ambikkan gambar Zakuan

Memandangkan aku ni rabun so aku taklah berapa nampak muke si kembar tu so tiapkali ada pemain yang injured, aku cepat - cepat tanya Encik Abi. Kalau die tipu, tipula aku sebab aku tak nampak pun! Wakaka....

Sebelum - sebelum ni tak pernah pun ada sesape nak ajak aku pegi tengok bola ni.... Setakat tengok orang main futsal adeler.... (Rajin pulak orang nak ajak aku tengok bola... Bek dieorang ajak aku tengok movie ke hape...) Heee....

Sesungguhnya dengan Encik Abi nilah aku merasa and berpeluang buat aktiviti - aktiviti cenggini. Something yang tak pernah terpikir dek paler hotak aku ni. Tu yang teruja sangat tu.

Dalam pada teruja - teruja tu ada jugaklah yang tak bestnya time tengok bola ni. Smokers!

Kiri kanan depan belakang penuh dengan smokers muenya. Ok silap! sebelah kiri Encik Abi yang smoking. Lemas aku dek asap rokok dieorang ni. Budak lelaki yang duduk depan aku tu lagi pulak. Rasanya umur die muda sangat. Rasa macam sengkolah lagi kot tapi isap rokok macam makan coki - coki je die buat. Mau kat 5-6 batang rokok die isap dalam masa 2 jam tu. Giler! Tu yang aku bertutup muka bagai tu! Rasa nak beli je rokok 2 - 3 kotak lepas tu sumbat muenye dalam mulut die! Makan sangatla ko rokok tu! Hawau betul!

Bukanlah aku ni getiks sangat tak boleh plak nak bau asap rokok. Hakikatnya memang tak boleh pun! Even abang - abang aku merokok pun aku duduk jauh - jauh. Kengkawan yang smoking pun tau and respect hak aku sebagai non smoker ni. Owh lupa pulak.... aku tak kenal pun budak tu..... Patutla die buat dek jerk... Huhuhu....

Satu lagi penyokong - penyokong setia Ns ni. Kebetulan pulak kiteorang duduk kat tempat "panas" gitu yang mana penuntun - penuntunnya tersangatlah emosi. Carut mencarut ni macam makan kuaci je dibuatnya. Paling tak boleh blah ada yang bawak anak kecik tapi selamba je keluarkan kata - kata yang tak bermoral. Halooo.... kalau budak - budak kuang ajar kau marah! Tapi cuba pikir mana datangnya kuang ajar tu kalau tak kau yang ajar?

Kalau kau rasa kau datang untuk mencarut tak usahlah bawak anak bini kau. Kau ajak je kawan semencarut kau tu okeh! Aku pulak yang emosi jadinya. Huhu...

So awal - awal lagi aku dah sound Encik Abi supaya bila dah ada anak nanti jangan bawak pegi tengok bola kat stadium! Kalau nak bawak jugak kena duduk kat tempat yang tak "panas". Duduk jauh - jauh sikit! Muktamad!


Semangat! Hobing jang hobing!
(erk! betul ke aku sebut ni?)

Tapi yang pastinya N.Sembilan menang 3 - 2 ke atas Perlis!


See! NS menang...


Kesimpulannya next time kalau pegi tengok perlawanan bola lagi aku nak duduk kat grandstand (uish betul ke aku eja ni?) pulak. Mahal pun mahallah. Janji tak kena hujan panas. Janji tak dengar lagi sesi carut carutan ni. Yang penting janji dapat tengok Aidil and zakuan! Wahaha.... ( ampun Encik Abi..:-))


Saturday, March 6, 2010

Lepas Gian Nak Melalak..... Lalalalala.....



 
His Name mucuk
Semalam yang hangit. Dekat 1/2 hari moody... Satu kerja pun tak jalan. Masa balik Encik Abi yang jemput tapi aku tak call pun. Tunggu gitu je. Kalau dia jemput... baliklah.... kalau tak aku jalan kaki jelah balik. Masa Encik Abi jemput aku tu macam biasalah nampak penuh barang dalam kereta. Ada beg, ada baju ada kasut, ada sampah.... Tikus je tak ternak kat dalam tu. Bukak je pintu aku tengok ada benda bersungkup dengan blazer kat tempat duduk. Mulanya memang nak hangin jugaklah tapi Encik Abi beria - ria suruh aku bukak. Musykil jugaklah masa tu. Angkat je blazer tu aku tengok ada si mucuk (dalam gamabar di atas) kat situ. Aku buat muka series. Konon - konon tak pahamla... Padahal alam hati berbunga - bunga dah. Hahaha....

Sungghla sekarang Encik Abi dah makin pandai nak memujuk. Walaupun kadang - kadang aku rasa aku je yang melebih - lebih marahkan dia. Huhu....

 

Balik semalam Wedges kesayangan aku pulak putus. wedges hitam yang beli kat Melaka Hari tu dah tercabut  pulak butangnya. Kenapa tah kasut sekarang ni tak berkualiti langsung. Sekejap pakai dah jahanam. Ker aku yang mengganas sangat? Huhu...

Lepas makan Encik Abi ajak keluar tapi takmo bagitau nak pegi mana. Puas godek - godek dah... Tapi die senyum je. Bila dah masuk dalam kereta barulah Encik Abi bukak mulut. Dia nak bawak aku pegi Melaka???!!! Fuhhhh.... Jauhnya....
Kalau awal - awal bagitau kan elok. Boleh pegi awal sikit. Ni dah pukul 8 lebey... Bilanya pulakla nak balik kan? Aku pun tak ada mood nak jalan - jalan time poket ngah sengkek ni. So nak tak kenalah patah balik pergi Bahau pulak. 

Konon - konon nak tengok Niyang Rapik tapi Encik Abi yang Penakot tak mau tengok! Ok bab ni aku tipu. Aku yang penakut sebenarnya. Haha... Kebetulan dekat dengan movie tu ada pusat karongke @ karoake. Ha! Apalagi.... Jom Sumbangkan suara yang sedia sumbang!!!!!!


Encik Abi menyanyi dengan penuh perasaan @ perasan????!



kat sini pakai touch screen je. Lagi sanggeh daripada kbox kat seremban kot.
Lagu - lagu dia pun banyak lagu baru

Masa ni kira 1st roundla kiteorang mensumbangkan lagu. 1jam = RM33.00. Gile ko! Tak puas nak sakitkan anak tekak. Huhu... 



2nd round mensumbangkan lagu

Kali ni kiteorang pergi tempat lain pulak. Kebetulan kiteorang parking kereta betul - betul dekat dengan tempat ni. Kat sini 1jam RM20.00 sahaja bagi bilik standard berbanding tempat yang mula - mula kiteorang pegi tadi 1 jam RM 33.00. Lagu - lagunya pulak lagi latest dari tempat tadi. Cuma yang tak bestnya tempat tu open sangat. Orang luar siap tinjau - tunjau kiteorang tengah fokus menyanyi. Mesti dieorang sangat kagum dengan kesungguhan aku membawakan lagu Abang Anuar Zain "I'm The Lucky One". Wakaka... 

Encik Abi sampai mengalir - ngalir airmata terharu dengar aku melalak. Orang - orang yang kat luar tu pulak msti berdarah - darah telinga dengar aku menyanyi masa tu... Haha.... Kejam betul aku!

Tak puas 1 jam aku mintak lagi Encik Abi tambah lagi 1/2 jam. Wah.... Encik Abi dah sakit tekak bagai tapi aku selamba je nyanyi and tambah lagu. Tu pun rasa  tak puas lagi tuh! Lepas ni ciaplah.... Tension je terus pegi karaoke kat Bahau! Haha..... Perabih duit je kejenya....


Encik Abi dah tak malu - malu nak nyanyi lagi dah!


Lagu pilihan aku untuk Encik Abi nyanyi.
Sebijik sore macam kembar Irwansyah ko! haha
Bodek lebey....


Sib baiklah hari ni nak pegi Seremban. Sepupu aku buat birthday party dia dengan anak bujang dia. Kalau tak.... Mau aku heret Cik Kiah sekali pegi karaoke... Haha...

Cik Kiah Dah bising dah ni.....

Yang penting malam ni nak tenok bola kat stadium Paroi!
Saper nak join roger - roger ok!

Daaaaa.......

Friday, March 5, 2010

Kenapa Hati cepat berubah?

Kenapa certain - certain manusia ni hati dia cepat sangat berubah?
Susah sangat ke nak stick pada seseorang @ sesuatu benda atau kerja tu?

Hmmmmm.........

Sedangkan nak ubah perangai buruk kepada baik pun ambik masa lama.
Tapi hati?

Cepatnya......

2nd Day kat CH : Nak balik dah...

Sepagi di CH hari kedua

Pagi hari kedua kat CH semua bangun lambat. Penat berjalan and shopping semalam tak hilang lagi. Encik Abi lagilah. Jadi pemandu setia kiteorang kat sana. Aku nak pegang stereng pun dia tak bagi... Hukhukhuk...

Bangun - bangun terus bukak tingkap. Basahkan jari telunjuk dengan air liur pastu test letak lat luar. Kenapa? Saja! Nak tengok sejuk ke tak kuar tu. Hehehe...

Check out sepatutnya dalam kul 12 gitu tapi kalau dah namanya kuar shopping compem lambat balik. Takut nanti balik tengok barang - barang mue dah kat depan lip. Haha... Ada ka? So siap - siap packing barang mue dulu pastu terus check out. So tak adalah bazir masa ke hapa lagi kan. Walhal motif utama kenapa check out and packing barang awal adalah untuk menghalang Cik Kiah Beli pokok bunga lagi! Erk? Salah ke?

Agenda pertama pagi tu - shopping! Lagi - lagi shopping kan! Dah koyak rabak dah poket ni asik dok shopping je kerjanya. Nak muntah pun ada rasanya asik tengok benda yang sama kat sana tapi sibuk gak nak beli.

showing his new glove


kite pun ada glove jugak ok!
Tak sejuk pun pakai gak...


Singgah kat Cactus point.
yang semalam tu cactus valley de...
Salah informasi... Huhuhu


Cik Kiah yang jeles tengok kiteorang borong cactus semalam tak lepas peluang


Lepas shopping - shopping sayur mayur bagai kat tempat tadi kiteorang pegi tempat lain pulak dengan agenda yang sama
-shopping-


Lepak sarapan dulu
Cuma makan roti.


Cik Kiah tak sah kalau tak ada plastik kat tangan dia


Agak - agak kalau aku cakap aku baru 13 tahun orang caye tak????!

 
Singgah Bharat Tea shop
Tak puas tengok ladang tea boh semalam
Nak breakfast sekali lagi tapi bila tengok harga terus terbantut


Baju sama hijau denga daun tehnye...


Hari siang barulah nampak Air terjunnya...


nak balik dah...
tata titi titu....

Lepas ni nak ke mana pulak ek???!! Ada sape - sape nak sponsor bulan madu kiteorang x????!!! hehehe.....

++Jom Kita Tukar Link!++