My Nuffy

Monday, November 17, 2014

Abang Patah Tangan??!

Kejadian ni berlaku lebih kurang 3 minggu lepas! Pagi lepas bawak abang pegi sarapan dekat kedai roti canai 50 sen kedai favorite abang, terus hantar dia ke taska. Macam biasalah, mula-mula memang merabak nangis macam orang kena dera! Terpaksa tarik tangan dia bila dia mula meronta-ronta nak lepaskan diri. Nak dukung memang takla... Dah 15 kg kot!

Masuk kelas, abang mula berhenti menangis lepas pujuk dia sikit. Sambil borak dengan cikgunya sambil tu pandang dia dari kejauhan kat dalam tu. Muka tak puas hati ko! Tapi kesian jugak tengok dia masa tu... entah apa yang tak kena.

Lebih kurang 20 minit lepas tu dapat panggilan dari cikgu Gee mintak aku datang jemput abang. Tangan kanan abang ada masalah katanya. Dia tanya sama ada abang ada jatuh semalam. aku hairan... Baru pagi tu depan mata aku abang memanjat besi penghadang... Takkanlah kan? Nak kata sebab tangan dia kena tarik sebelum tu tak pulak dia mengaduh sakit. Lagi pulak pagi tu aku nampak dia boleh main macam biasa.

Aduh dahlah aku baru je sampai tempat kerja, dah kena patah balik.. Apakan daya demi anak, kerja aku tinggalkan.

Sampai kat taska, cikgu-cikgu dah sedia menanti dengan cemas. Abang pulak tengah duduk dikelilingi kawan -kawannya. Aku tanya abang kenapa dengan tangannya? Dia diam... Aku tanya siapa yang buat? Dia tunjuk cikgu Gee...  Tergelak aku bila nampak muke cikgu Gee dah gabra tapi aku pasti memang bukan cikgu Gee yang buat.

Aku bawak abang masuk ke kereta dan aku tanyakan lagi sekali siapa yang buat tangannya sampai sakit. Barulah dia sebut nama kawannya. Aku tak puas hati so aku tanya berkali-kali tapi jawapan abang tetap sama. Termenung aku dibuatnya sebab aku memang kenal benar nama yang disebut tu.

Aku bagi tahu pada en.suami dan dia sangat terkejut. Lepas jemput dia di pejabat, kami terus bawa abang ke klinik kesihatan.

See muke abang nampak macam sayu sangat sambil pegang tangannya yang sakit tu. Mase tengah tunggu giliran kat klinik ni which is sangat lama, cikgu Gee whatsapp lagi tanya keadaan abang. Tak tau nak jawab ape lagi sebab belum jumpa doktor lagi. Aku just mention yang abang ada sebut pasal budak yang buat dia tu tapi cikgu Gee cakap tak nampak pulak budak tu ada buat apa-apa.

Hmm.. Tak tau mana satu yang betul dah... Just hope tangan abang tak ada apa-apa. So dipendekkan cerita, lepas jumpa doktor dan xray, doktor sahkan tangan abang tak patah! Fuh lega sangat. Cuma abang kena pakai anduh sampai tangan dia elok je.


Then lepas tu dekat 2 minggu gak tak hantar abang p taska. 3 hari duk kat kampung duduk dengan mak mentua aku. Mak mentua aku urut tangan abang sampai elok. 3 hari jugak mama dia merabak merindu budak yang banyak cakap ni!huhu...

Serius memang tak boleh kalau die tak ada. Sunyi de!

About that boy, for tak ada apa yang nak dimarahkan... Mungkin dia tak sengaja sebab dah 2 tahun abang kenal budak tu sampai pernah bawak dia balik sekali sebab mak dia tak sempat ambik kat taska tapi tak pernah dia buat apa-apa kat abang. Now abang pun dah okey so nothing to dendam2 rite?

Thursday, November 13, 2014

Dalam Ingatan


Kembar Iqy ke ni? Ye boleh dikatakan nilah kembar Iqy... Arwah Imran. Lahir pada bulan yang sama dengan Iqy cuma berbeza tarikh sahaja. Arwah Imran merupakan anak senior merangkap rakan sekerja saya dulu. Membesar sama-sama tapi akhirnya arwah Imran pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Al Fatihah.

Kali terakhir berjumpa arwah iaitu semasa hari raya yang lepas. Melihat keletahnya tiada siapa dapat menduga arwah akan pegi buat selama-lamanya. Doktor sendiri khabarnya tidak dapat mengesan apa penyakit sebenar arwah. Pedihnya kehilangan ini hanya yang mengalami sahaja yang tahu. Saya sendiri tak kuat untuk bercakap dengan ummi arwah waktu tu yang sedang mengandung sehinggalah saya datang melawat mereka seminggu kemudian. Itu pun tak terucap kata-kata dari mulut ini bila melihat ummi arwah senyum dalam duka. Saya tau ape pun kata-kata saya masa tu tak mampu untuk menghilangkan rasa sedih di hatinya. Saya hanya mampu berdoa agar mereka diberikan ketenangan dan kekuatan untuk untuk meneruskan kehidupan.

Paling saya tak dapat menahan sayu di hati apabila kakak arwah merayu supaya dibawa pulang adiknya itu dari kubur. Kakak arwah sebaya dengan Aisy iaitu 3 tahun tapi saya nampak dia memang cepat matang. Walaupun telah diterangkan berkali-kali tetap jugak dia menginginkan adiknya kembali supaya dapat menemaninya bermain barangkali.

Kini khabarnya ummi arwah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Adalah kawan si kakak nak main masak-masak nanti..Harap-harap baby saya pun baby gurl jugak supaya boleh teman saya masak-masak pulak nanti! :-)

Akhir kata, arwah tetap dalam ingatan kami semua... Semoga kita dapat bertemu di syurga nanti. Amin.




Wednesday, November 12, 2014

Abang Iqy


Seperti yang dijanjikan, nilah dia permata hati saya yang kedua, Muhammad Aisy Rifqy a.k.a IQY. LAhir pada 06 Mei 2013 sama bulan dengan abang Aisy. Ramai orang cakap dia ikut muka mama dia. Ok means mama dia memang comel! Haha! Lahirnya di Hospital yang sama dengan si abang dan secara kebetulan jumpa semula dengan doktor yang pernah menyambut kelahiran Aisy dulu. Hmm...

Alhamdulillah, waktu nak melahirkan iqy same macam abang dulu, nak jugak tunggu babah masuk baru dia nak keluar. Sabar yolah eden! Alhamdulillah merasa sakit nak bersalin jam 4 pagi sehari selepas pilihanraya. Nasib baiklah sebelum tu dah tolak nak jadi petugas pilihanraya, kalau tak mau terberanak time orang sibuk nak mengundi plak! Nayo yo kan!

Now sedar tak sedar, iqy dah 1 tahun 6 bulan dah pun... Dan insyaAllah bulan Mei tahun depan iqy akan jadi abang plak :-) Tak merancang pun nak menambah sebenarnya tapi dah rezeki kan kenalah terima seadanya.. Bohonglah kalau kata tak mengharap kali ni dapat baby gurl kan! haha. Cuma kalau ditakdirkan yang ketiga ni pun dapay boy jugak kami terima seadanya...:-) ok cerita tu kita buat next entry eh!

Then ingat tak dulu saya pernah buat wish supaya dapat pindah ikut suami saya? Ok takyah ingat! Just sekarang dah 2 tahun pun dapat pindah ikut suami. So rite now abang dah duduk kat taska, adik plak mula-mula dulu dijaga oleh isteri kawan babah dia. almost 4 bulan jugaklah dia jaga. Antara sebab kenapa pilih dia sebab dia boleh mengendalikan susu ibu. Lepas tu kami cari pengasuh lain.Alhamdulillah now iqy dah ade atok tumpang yang sangat sayangkan dia! Sabtu ahad pun bantai diambiknye iqy bawak berjalan... Nasib baik dia tak kira overtime...hehe.

Ok cukuplah tu citer pasal budak kenit sorang ni kan! Next time kita citer lagi pasal keletah dia eh... Siyes memang geram je kalau tengok muke die tau! Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang hero malaya ni.. Semoga mereka berdua menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti, mendengar cakap makpak dia dan menjadi anak yang berguna dunia dan akhirat. Amin.


++Jom Kita Tukar Link!++